Blog Sabree Hussin

Bebas Hutang Sekejap

Artikel ini merupakan catatan pertama bagi memulakan kerjaya blogging saya untuk bulan Mei 2014. Fuh…

Selepas hari keempat, baru saya ada kelapangan untuk menulis sesuatu dalam blog ni. Tema blogging untuk bulan May ini… “bebas hutang“.

Saya mahu bebas hutang. Seboleh-bolehnya, saya nak langsaikan semua hutang-hutang saya sebelum saya menghembuskan nafas yang terakhir atas muka bumi ini.

Sama ada hutang peribadi, hutang kad kredit, hutang pembelajaran dan macam-macam lagi hutang.

Tak ada guna kita nak lari dari hutang. Sebab tak mungkin manusia akan dapat lari dari hutang-hutangnya. Kalau kat dunia ni, mungkin boleh selamat, tapi kat akhirat nanti… tetap akan dituntut setiap hutang-hutang yang ada.

Tadi bila semak akaun kad kredit, baki hutang untuk Amex masih ada lagi RM224.94

Minimum payment pula ialah RM25.00 sahaja untuk bulan ini.

Kebetulan… saya ada duit lebih yang belum rancang nak digunakan dalam masa terdekat ni.

Jadi, daripada duit tu duduk saja-saja dalam saving account dan langsung tak beri manfaat, maka saya gunakan dulu untuk langsaikan hutang sedia ada.

At least bila buat macam ni, saya berjaya langsaikan hutang saya terus.

If let say satu masa nanti saya perlukan duit, (dan terdesak) masih boleh gunakan semula kad Amex ini. Jika tidak ada keperluan, maka selamatlah.

Dapatlah saya bebas dari hutang ini.

Jadi lepas ini saya boleh kembali fokus untuk buat kerja-kerja pemasaran untuk projek buat duit tanpa modal.

 

 

Exit mobile version