Blog Sabree Hussin

Hidup Bebas Hutang Menerusi Jalan Penulisan

Masa zaman saya masih kecil dulu, saya juga tak sangka yang bila saya dah besar, saya akan buat duit dengan cara menulis.

 

Dulu saya ingat saya akan jadi doktor. Malahan saya jadikan kerjaya sebagai doktor sebagai cita-cita. Lepas je habis PMR, terus saya ambik aliran sains tulen. Dari situ saya mula kenal apa itu biologi, kimia, fizik, matematik tambahan dan sebagainya.

 

Saya paksa untuk masukkan input-input dari aliran tersebut hinggalah saya terpaksa mengalah dan mengaku, subjek biologi bukan untuk saya.

 

Baca ulang-ulang kali pun tetap tak masuk. Lama-kelamaan passion untuk jadi doktor makin luntur.

Harapan masih belum pudar. Jika bukan doktor, mungkin engineer. Jadi engineer juga masih lagi nampak hebat, kan?

 

Kemudian, perkara yang lebih kurang sama dengan yang sebelum ini terjadi kembali. Entah kenapa… entah di mana silapnya. Saya langsung tak boleh nak relate dengan apa yang diajar dalam matapelajaran fizik semasa diperingkat kolej matrikulasi dengan kehidupan.

 

Ketika kawan-kawan lain excited dengan ilmu fizik yang baru diterokai, saya jadi blur semacam. Even konsep fizik yang mudah, saya agak struggle untuk faham.

 

Ya, saya seorang slow learner. Ya, maybe saya seorang yang lambat pick up. At least itu yang saya fikirkan. Ketika kawan-kawan lain hanya perlu ulangkaji sekali dua untuk faham, saya perlu ulang kaji atau ulang baca at least 10 kali.

 

Bila saya bertukar aliran, kepada aliran sastera (art), iaitu perniagaan, barulah semuanya make sense. Saya pernah jugak terfikir, sepatutnya dari awal-awal lagi saya fokus pada aliran ini.

 

Tak sepatutnya saya membiarkan sentimen menjadi panduan hidup dalam membuat keputusan yang begitu besar. Nak kerjaya yang hebat? Pilihlah doktor, atau engineer.

 

Tapi… seolah-olah dah jadi satu hukum dan peraturan tak rasmi. Siapa aliran sains, dia bijak pandai. Siapa aliran seni/sastera dia kurang pandai.

 

Saya harap dulu ada seseorang yang “ingatkan” saya, semua kerjaya ada kepentingannya. Pilihlah kerjaya yang menepati minat dan kekuatan yang ada pada diri.

 

Minat memasak dan suka apa-apa yang berkaitan dengan masakan dan makanan? Pursue la kerjaya dalam bidang tersebut!

 

Cita-cita saya sekarang ni, saya nak hidup bebas hutang menerusi jalan penulisan.

 

Ya, saya nak jadi seorang penulis. (sebenarnya bukan nak jadi, saya memang dah jadi penulis pun)

 

Saya nak jadi penulis yang bagaimana? Hmm its a good question. Saya nak jadi professional copywriter.

Alang-alang dah menginjakkan kaki dalam cabang ini, apa salahnya hingga ke kelab jutawan! Walaupun sebenarnya saya dah pun berpuas hati jika dapat bebas dari hutang.

 

Adakah ianya sesuatu yang boleh dicapai? Adakah dengan memilih untuk jadi penulis, kita boleh hidup senang? Macam mana nak buat ya agaknya?

 

Kalau di Malaysia ini, adakah wujud mana-mana individu atau public figure yang menjadi professional copywriter? Boleh jadi memang ada dan individu sedemikian memang wujud.

 

Saya tidak bercadang untuk menulis dengan panjang lebar mengenai personaliti atau individu yang telah berjaya. Tapi apa yang saya nak ceritakan disini adalah, apakah langkah atau strategi yang saya sendiri boleh lakukan untuk mencapai hasrat dan cita-cita saya.

 

Ini senarai yang saya terfikir buat masa ini.

 

1. Hasilkan sejuta blogpost

Kita buat satu andaian yang mudah. Jika satu blogpost boleh menghasilkan RM1 (sekurang-kurangnya), bermakna jika satu hari nanti saya berjaya menghasilkan sejuta blogpost saya akan dapat RM1 juta.

Setiap kali saya fikir tentang angka sejuta artikel, saya mula tersenyum sendiri. Ianya ibarat satu mission impossible untuk saya. Saya adalah Ethan Hunt untuk misi mustahil ini.

 

Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa saya tak perlu tunggu sehingga saya ada sejuta artikel untuk memperolehi RM1 juta yang pertama melalui penulisan.

 

Setelah melihat kepada trend, pengalaman lepas dan potensi pendapatan yang boleh diperolehi, sebenarnya dari satu artikel yang berkualiti tinggi, yang lengkap dengan info, ia mampu hasilkan pendapatan yang berkali ganda lebih lumayan berbanding hanya RM1.

 

Mungkin ada yang tertanya-tanya, dari mana datangnya pendapatan tersebut?

 

Untuk pendapatan dari blog, biasanya berpunca dari program affiliate dan juga program pengiklanan seperti Google Adsense.

Baca juga: Mana lagi baik? Affiliate program atau Google Adsense?

 

The best part tentang income dari dua sumber ini ialah ia mampu untuk berikan pendapatan secara berulang (recurring income).

 

Apabila kita berjaya capai satu amaun tertentu, misalnya RM1,000 nilai tersebut bakal jadi jumlah pendapatan minima yang akan dicapai untuk bulan seterusnya.

 

Apa yang saya cuba sampaikan dari segi teorinya ialah, kerjaya menulis di blog ini ada potensi untuk hasilkan pendapatan yang makin meningkat dari masa ke masa.

 

Lagi banyak artikel berkualiti yang anda telah hasilkan, dan artikel tersebut terus dibaca dan menjadi rujukan para pengguna internet, maka lagi banyak potential income yang mampu anda hasilkan.

 

Make sense, kan?

 

2. Tulis ebook, dan jual

Ini merupakan satu lagi medium yang wajar untuk diterokai. Kenapa pilih untuk tulis ebook dan jual?

 

Mudah sahaja. Proses untuk hasilkan ebook sangat mudah. Kita hanya perlu menulis diperisian Microsoft Word dan bila dah siap, kita convert document tersebut kepada format pdf.

 

Seterusnya untuk menjadikan ebook tersebut nampak menarik, kita dapatkan designer untuk hasilkan ebook ecover untuk kita gunakan.

 

Kalau anda ada kemahiran untuk buat sendiri design e-cover, anda boleh jimat duit untuk upah designer. Ataupun anda boleh dapatkan khidmat design ebook e-cover dengan harga serendah USD5 (lebih kurang RM20-RM25) melalui laman web fiverr.

Dekat mana nak jual ebook yang dah siap ditulis?

Ada banyak tempat, antaranya.

i. Blog anda sendiri

ii. Anda bina halaman jualan anda sendiri

iii. Jual menerusi syarikat penerbit Klikjer

iv. Jual di media sosial

v. Jual di Shopee

 

Satu ebook masih tak cukup untuk dapat hasilkan pendapatan yang lumayan, justeru kena hasilkan banyak-banyak ebook. Apabila kita mempunyai banyak ebook, pada waktu itu kita juga dapat membina jenama dan meningkatkan kredibiliti kita.

 

3. Tulis ayat-ayat iklan yang menggoda dan mengiurkan target pembaca

Iklankan produk yang menawarkan program dropship. Ataupun, iklankan produk-produk yang ada tawarkan program affiliate.

 

Seterusnya untuk dapatkan trafik, atau dapatkan perhatian dari target audience, boleh gunakan kaedah iklan berbayar seperti FB Ads, Boost Post dan juga Google Adwords.

 

Ya, cara dapatkan audience seperti ini memang memerlukan kos, namun jika penulisan kita memang boleh convert kepada sales, apa yang nak dirisaukan?

 

Ayat-ayat iklan ini boleh jadi dalam bentuk beberapa baris ayat, beberapa perenggan atau dalam bentuk satu artikel lengkap (atau advertorial).

 

Panjang atau pendek ayat iklan, ia bergantung kepada jenis produk atau servis yang ingin dipromosikan. Untuk produk yang perlukan penerangan yang lebih mendalam, selalunya memerlukan ayat iklan yang lebih panjang.

 

4. Tulis ayat-ayat yang lebih mengancam kepada subscriber emel

Strategi atau kaedah ini terpakai kepada pengamal teknik pemasaran emel. Untuk teknik ini, kita perlukan sistem autoresponder dan perlu mengumpul senarai emel untuk dijadikan subscriber.

 

Kita cuba letakkan satu matlamat untuk kumpul dalam lingkungan 50,000 orang subscriber. Sudah tentu kalau anda mampu kumpul lebih banyak lebih bagus.

 

Mungkin kumpul sehingga 2 juta senarai emel!

 

Satu perkara yang saya kurang gemar dengan pemasaran emel ini ialah dari segi kos. Kos penggunaan sistem autoresponder akan meningkat dengan bertambahnya senarai emel yang kita miliki.

 

5. Menulis untuk majalah

Peluang ini akan muncul sekiranya ada editor majalah yang acknowledged kepakaran dan skil penulisan yang ada pada kita.

 

Cukup sekadar kita jadi penulis jemputan berbayar.

 

6. Tulis untuk surat khabar

Point ini lebih kurang sama dengan point sebelumnya.

 

7. Jadi penulis jemputan berbayar di blog-blog tertentu

Saya sebut blog-blog tertentu sebabnya bukan semua pemilik blog ada bajet atau sanggup untuk mengupah penulis sambilan untuk bantu kemaskini blog miliknya.

 

Melainkan kalau blog tersebut memang sudah ada income yang besar, biasanya barulah pemilik blog ada keupayaan untuk outsource kerja penulisan dan penerbitan artikel baru kepada penulis luar.

 

8. Jadi penulis ghostwriter untuk projek buku

Projek menulis buku kebiasaannya menawarkan bayaran yang lebih tinggi. Bayaran ditentukan mengikut bilangan patah perkataan.

 

Lagi banyak bilangan perkataan, maka lebih tinggi kadar upah. Untuk projek buku ini, tak semestinya kita akan bekerja untuk menulis satu buku. Ada juga keadaan yang mana khidmat kita diperlukan hanya untuk menulis beberapa chapter sahaja.

 

Selagi ada peluang untuk menulis, teruskan menulis. Terus hasilkan karya-karya yang berkualiti tinggi, yang boleh dijadikan rujukan untuk para pembaca.

 

Kerjaya penulis tidak seharusnya dilihat sebagai suatu kerjaya yang remeh atau lekeh. Penulis juga boleh jadi jutawan!

 

In Shaa Allah sasaran ini boleh dicapai.

 

Kalau ada orang yang boleh buat dan memang mereka berjaya buat… kenapa pulak kita tak boleh capai benda yang sama, kan?

 

 

Exit mobile version