Blog Sabree Hussin

Pengalaman kali pertama BERJAYA dapat komisen dari Jobdirumah

Anda pernah dengar nama Jobdirumah?

 

Pembaca dan pelawat blog ini pasti biasa dengar nama Jobdirumah ni. Jika anda lihat kepada arkib blog ni, boleh dikatakan banyak juga saya bercerita tentang program jobdirumah ni.

 

Tapi saya tak nafikan, pasti ada dalam kalangan pelawat dan pembaca blog ini yang baru pertama kali dengar tentang Jobdirumah.

 

Kalau anda nak tahu, setiap hari saya akan terima emel dari jobdirumah.

Ada empat jenis emel yang biasa saya terima dari pihak Jobdirumah ini. Anda juga boleh lihat pada screenshot diatas.

 

Emel jenis pertama: Pemberitahuan kerja kosong

Emel seperti ini saya terima hampir setiap hari. Bagi mereka yang dah menjadi ahli Jobdirumah, anda akan terima emel seperti ini yang memaklumkan kerja kosong apa yang ada.

 

Jadi bila dapat emel seperti ini, kita boleh baca dan login ke sistem. Kalau ada kerja yang rasa berkenan, bolehlah memohon kerja tersebut dan tunggu respons dari pihak majikan yang menyediakan kerja tersebut.

 

Emel jenis kedua: Pemberitahuan yang saya menerima komisen

Emel ini biasanya menggunakan tajuk “New Commision Generated”. Setiap kali saya terima emel ini, saya hanya mampu mengucapkan syukur dan tersenyum sendiri.

 

Saya join program affiliate Jobdirumah.

 

Jadi, saya memang rasa seronok bila dapat notifikasi emel seperti ini. Cuma sayangnya, saya tak berjaya dapat emel seperti ini setiap hari.

 

Alangkah bahagianya kalau boleh dapat emel macam ni setiap hari. (Nampaknya kena usaha lebih keras lagi…)

 

Emel jenis ketiga: Pemberitahuan yang komisen saya telah dibayar

Emel ni saya terima sebulan sekali. Biasanya selepas pembayaran komisen dilakukan oleh Kliks Solution, saya akan terima emel notifikasi yang memaklumkan saya dah terima komisen.

 

Emel jenis keempat: Emel promosi

Kadang-kadang pihak Jobdirumah ni juga akan hantar emel berbentuk promosi. Sama ada promosi untuk dapatkan pakej Jobdirumah dengan harga yang lebih murah ataupun promosi untuk join lain-lain program yang mempunyai konsep yang hampir sama dengan Jobdirumah.

 

Ada juga peluang buat duit dari rumah yang lain. Sama ada kita nak ambik tawaran tu ataupun tidak, semuanya terpulang pada kita.

 

Kalau ada pembaca blog ini yang masih belum join program ni dan berminat nak join, bolehlah tekan klik pada pautan ini.

 

Fahamkan betul-betul apa yang ditawarkan oleh jobdirumah. Kalau minat dan faham baru join. Kalau tak minat, tak payahlah bazirkan duit anda tu.

 

Pada waktu catatan ni saya buat, pihak jobdirumah sebenarnya tengah mengadakan promosi sempena hari raya. Boleh join Jobdirumah dengan harga diskaun.

 

Jadi bolehlah anda jimat banyak. Anda boleh ke laman web ini dan semak berapa harganya ya.

 

Disebalik timbunan emel-emel dari Jobdirumah yang masuk ke inbox emel saya, saya cuba cari… bilakah kali pertama saya terima duit dari Jobdirumah.

 

Akhirnya saya terjumpa emel yang bertarikh 1 March 2013.

Rupa-rupanya, itulah dia tarikh saya terima komisen pertama dari Jobdirumah. Dah lebih 4 tahun yang lepas rupanya.

 

Selepas menerima komisen yang pertama dari Jobdirumah, boleh dikatakan hampir setiap bulan juga saya akan dapat komisen dari jobdirumah.

 

Jumlahnya sahaja yang tak menentu.

 

Ada ketikanya saya dapat banyak. Ada ketikanya saya cuma dapat sedikit sahaja.

 

Secara kasar, saya terima bayaran sekitar RM25 (paling sedikit) ke RM400++ (paling banyak pernah saya terima) setiap bulan.

 

Bayaran tersebut adalah bayaran komisen kerana mempromosikan program Jobdirumah.

 

Kalau termasuk dengan bayaran bagi melakukan kerja-kerja dari rumah, seperti menulis artikel, maka jumlahnya lebih banyak dari itu. Apapun semuanya bermula dengan saya menjadi ahli jobdirumah.

 

Pengalaman saya join Jobdirumah

Saya terjumpa pula emel terawal yang saya dapat dari pihak Jobdirumah. Ini adalah emel yang memberitahu bahawa saya telah buat bayaran untuk join Jobdirumah.

Saya buat bayaran untuk menyertai Jobdirumah adalah pada 20 Februari 2013.

 

Ada dua sebab kenapa saya join Jobdirumah pada waktu tu. Pertama, sebab saya nak cari duit. Kedua, sebab saya masih belum ada kerja dan saya perlukan kerja. Bila ada kerja, barulah ada duit, kan.

 

Apabila ada yang hantar emel kepada saya, lepas tu masing-masing duk cerita kisah sedih masing-masing yang perlukan duit tambahan la, tak ada income la… apa yang saya boleh katakan ialah, SAYA FAHAM.

 

Walaupun situasi kita mungkin tak sama, namun saya juga pernah lalui keadaan dimana saya tak ada duit. Jadi, saya memang faham betul.

 

Bila saya dapat akses ke ruangan ahli Jobdirumah, saya mula fahamkan selok-belok dan cara kerja sebenar apabila bekerja dari rumah.

 

Saya tak kata benda ni senang.

 

Namun pada masa yang sama, ianya juga tidaklah begitu susah.

 

Kita sendiri tentukan, apa kemahiran kita dan apa bidang yang kita nak pilih.

 

Adakah anda nak bekerja sebagai designer, programmer, writer, data entry, translator, dan macam-macam lagi. Saya gunakan istilah inggeris, sebabnya kebanyakkan kerja yang ditawarkan memang dari luar negara dan memerlukan anda untuk fahami bahasa inggeris.

 

Peringkat permulaan, saya cuba memohon semua kerja yang ada.

 

Walaupun tak semua saya dapat.

 

Dalam lapangan kerja ni, kita memang kena bersaing dengan ramai orang. Malahan, kita sebenarnya akan bersaing dengan ramai lagi pekerja bebas dari luar negara.

 

Salah satu kerja yang cukup popular adalah kerja data entry. Saya fikirkan kerja data entry tu senang je. Rupa-rupanya, ianya tidaklah semudah mana.

 

Bagi yang minat kerja data entry, mungkin bagi mereka kerja tersebut senang.

 

Tapi pada saya, kerja data entry ni agak mengantuk dan membosankan. Kerjanya memerlukan tahap ketelitian dan fokus yang sangat tingi.

 

Tak boleh buat salah.

 

Jangan buat salah langsung.

 

Kalau ada salah, walaupun cuma sedikit, kerja tersebut akan dikira REJECT. Kena buat semula dan buat semakan dari awal sampai akhir.

 

Apapun, tu semua adalah kenangan dan pengalaman.

 

Sekarang ni, saya lebih utamakan buat kerja penulisan artikel advertorial dan juga affiliate marketing.

 

Lebih kurang je. Masih lagi boleh bekerja dari rumah, dan yang penting boleh buat duit dari rumah. Sekian dulu.

 

Kalau anda nak join sebagai ahli Jobdirumah, boleh klik sini ya.

 

 

 

 

 

Exit mobile version