Blog Sabree Hussin

Komisen Affiliate Jobdirumah May 2016

Setiap hari, akan ada individu yang mencari peluang dan cara, bagaimana untuk meninggalkan pekerjaan yang mereka benci, dan buat sesuatu yang mereka suka. Terdapat macam-macam sebab dan situasi kenapa seseorang tu bencikan pekerjaan yang dia lakukan sekarang ini.

 

Mungkin sebab tak suka dengan pihak pengurusan yang pilih bulu. Bos yang kepala angin yang selalu fikir dia boleh buat apa sahaja kepada stafnya hanya kerana dia adalah seorang bos. Atau mungkin anda bencikan pekerjaan anda sekarang kerana dengan pekerjaan tersebut, anda terpaksa berpisah dan tinggal berjauhan dengan insan yang tersayang.

 

Sekarang ni, apa kata kalau saya beritahu anda, yang sebenarnya ada cara untuk anda ubah semua tu. Anda tak seharusnya biarkan diri anda terperangkap dalam keadaan yang anda sendiri tak suka. And of course, untuk kehidupan anda berubah, anda perlu berubah terlebih dahulu.

 

Along the way, anda juga mungkin akan dapati, ada beberapa perkara yang perlu anda korbankan. Such as wang ringgit, masa dan juga tenaga anda. Walaubagaimanapun, ianya MEMANG BERBALOI.

 

Anda korbankan sesuatu sekarang, untuk mencapai sesuatu yang anda memang betul-betul inginkan di masa akan datang. Bukankah itu lebih baik, berbanding anda langsung tak buat apa-apa, dan membiarkan diri anda terperangkap dalam keadaan yang anda sendiri BENCI untuk laluinya setiap hari?

 

Bagaimana kalau saya katakan, yang salah satu pengorbanan kecil yang anda perlu lakukan ialah pengorbanan dari segi wang ringgit, (tak akan buatkan anda jatuh miskin pun) itu pun untuk memperkayakan diri anda dengan ilmu yang sepatutnya dan menjadikan diri anda lebih baik dari sebelum ini.

 

Satu pengorbanan kecil yang bakal membuka minda anda. Orang putih kata, an eye opener. Saya pernah berada dalam situasi anda. Apa yang saya buat? Saya ambil keputusan untuk berubah, dan saya lakukan pengorbanan. Satu pengorbanan dari segi wang ringgit (RM50 sahaja) untuk menjadi salah seorang ahli Jobdirumah dan belajar (masa & usaha pula) bagaimana nak buat duit dari rumah sahaja sebagai seorang pekerja bebas.

 

Adakah saya menyesal kerana saya lakukan tindakan tersebut? Sudah tentu tidak. Ada banyak keputusan-keputusan silap yang pernah saya lakukan sebelum ni. Ada antaranya yang memang saya langsung tak rasa bangga. Tetapi, kita tak akan tahu, sama ada keputusan tersebut adalah keputusan yang betul atau tidak, jika kita tak laluinya sendiri.

 

Apa yang boleh saya katakan, keputusan untuk join Jobdirumah ini adalah salah satu keputusan yang tepat dan betul-betul memberikan hasil kepada saya. Buktinya? Ini bayaran komisen yang saya terima baru-baru ni. Ya, ini adalah bayaran komisen jobdirumah yang saya terima bagi bulan May 2016.

 

Untuk bulan May 2016 ini, bayaran komisen jobdirumah yang saya terima ialah sebanyak RM300. Ianya mencatatkan satu peningkatan sebanyak RM75 berbanding bulan lepas. Anda boleh baca

Klik untuk baca: Komisen Affiliate Jobdirumah April 2016

 

Adakah saya akan dapat nikmati semua ini kalau saya tak buat keputusan untuk join Jobdirumah satu masa dulu. Entah. Saya pun tak pasti. Namun instinct saya kuat mengatakan, kalau dulu saya tak join jobdirumah, saya tak mungkin akan rasa apa yang saya rasa sekarang ini.

 

Apa kata instinct anda?

 

Adakah anda cukup berani untuk berubah? Beranikah anda untuk ambil risiko, demi untuk merealisasikan impian yang terpendam dalam diri anda selama ni? Risiko bukan sebarang risiko, sebaliknya risiko yang telahpun dihitung kebarangkaliannya.

 

Dulu saya fikir begini.

 

Lepas saya dah join jobdirumah, saya akan peruntukkan at least satu jam sahaja dalam sehari untuk buat kerja-kerja dari rumah secara online. Jika cara tersebut tak berjaya nak buat duit, saya akan pastikan saya ada back up plan ataupun plan B. Plan B saya pada waktu tu? Ialah untuk menjadi affiliate Jobdirumah.

 

Ini bermakna, kalau saya tak begitu berjaya buat duit sebagai seorang freelancer, saya akan pastikan at least saya berjaya buat duit sebagai seorang affiliate. Jadi, bila saya dah tahu, apa outcome yang saya nak capai, saya beranikan diri untuk ambil risiko tersebut.

 

Ya! Mungkin saya kurang berjaya untuk dapatkan job-job yang boleh dipohon menerusi laman web directory pekerjaan. Namun, pada masa yang sama, saya masih tetap berjaya buat duit sebagai seorang ejen affiliate. Rasanya saya tidaklah gagal seratus peratus, kan?

 

Mungkin, saya lebih sesuai buat kerja-kerja promosi, dan bekerja dalam bidang jualan berbanding buat kerja-kerja admin. Setidak-tidaknya, menerusi program ni, saya dapat temui di mana kekuatan saya, dan saya fokus pada apa yang saya memang pandai untuk lakukan.

 

Anda tak perlu jadi macam saya. Tak perlu buat jualan, jika itu bukan minat anda. Fokus pada untuk membuat kerja-kerja freelancing... kerana kat situ pun sebenarnya ada banyak duit yang anda boleh hasilkan.

 

Baiklah, peluang seperti ini mungkin jarang muncul dalam hidup anda. Itu sebab anda rasa takut untuk bertindak. Percayalah, semua orang rasa benda yang sama.

 

Macam masa mula-mula kita nak daftar masuk ke universiti atau kolej satu masa dulu tu. Ada ketakutan yang sukar untuk kita jelaskan. Apa tidaknya, kos pengajian bukannya murah. Kemudian, kita masih lagi perlu korbankan masa dan usaha kita untuk teruskan pengajian, hinggalah kita berjaya dapatkan apa yang kita benar-benar mahukan dalam hidup kita.

 

Ini juga tak banyak bezanya.

 

Takut tu bagus. ia menjadikan kita lebih berhati-hati. Namun, jika ketakutan itu menjadikan kita langsung tidak bergerak, langsung tidak ambil sebarang tindakan… saya rasa itu tak bagus. Ketakutan yang seperti ini membuatkan kita terus terperangkap dalam kehidupan yang kita BENCI.

 

Apa pun, keputusan di tangan anda. Kalau anda bercadang untuk sertai Jobdirumah dan betul-betul dah bersedia, boleh klik sini untuk mendaftar.

 

Exit mobile version