Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Jobdirumah March 2016

Satu perkara yang memang best dengan Jobdirumah ni ialah, lepas kita dah join, kita buat kerja, lepas tu setiap bulan kita akan dapat komisyen dari Jobdirumah. Best tak dapat macam tu?

 

Jangan kata saya tipu pulak, sebabnya saya sendiri dah buktikan yang kita memang boleh buat duit setiap bulan dengan Jobdirumah. Dengan syarat kita buat kerja ok!

 

Seperti mana yang anda semua boleh baca, duit yang saya terima ini adalah bayaran komisyen. Saya rasa, bekerja untuk dapatkan jualan dan dibayar dalam bentuk komisyen lebih sesuai untuk saya. Lebih-lebih lagi bila kita buat pemasaran menggunakan medium blog.

Most of the time, saya akan tulis je apa-apa yang saya suka, dan ikut mood saya. Tak ada peraturan dan formula tertentu yang saya perlu ikut. Ini dah tentu sangat berbeza dengan bekerja dengan majikan di laman web portal pekerjaan. (Senarai laman web portal kerja dari rumah akan diberikan apabila anda muat turun panduan Jobdirumah ni)

 

Setiap majikan ada kehendak masing-masing. Kalau kita tak ikut seperti mana yang mereka mahukan, kita kena perbetulkan semula hasil kerja kita. Itu kalau kita dapat majikan yang bertimbang rasa. Setengah majikan, dia akan terus reject hasil kerja kita dan tak akan membayar penat lelah kita. Majikan yang macam ni pun ada.

 

Dia peduli apa. Dia boleh dapat banyak lagi freelancer yang dia mahukan. Hanya kerana seorang tak boleh berikan hasil kerja yang baik, ini bukan satu masalah pada pihak majikan.

 

Ah… anda akan belajar macam-macam perkara bila dah berada dalam bidang freelancing atau pekerja bebas ni. Ini dia bayaran komisyen Jobdirumah yang saya terima untuk bulan March 2016.

Untuk bulan March 2016 ni, nampaknya komisyen yang saya terima adalah separuh daripada komisyen yang saya perolehi pada bulan Februari 2016.

 

Baca: Komisyen Affiliate Jobdirumah Februari 2016

 

Saya difahamkan ada something yang tak kena pada server. Jadi pihak admin sedang jalankan kerja-kerja pembaikkan, dan secara tak sengaja, ia memberi kesan pada komisyen yang dapat saya hasilkan.

 

Apa pun, saya bersyukur atas kurniaan ini. Banyak atau sikit, saya terima dengan penuh kesyukuran.

 

Baiklah, buat para pembeli panduan Jobdirumah sebelum ini, yang ingin mencuba buat duit seperti yang saya buat sekarang ni… ini satu tips dari saya.

 

Mula-mula sekali pastikan anda ada blog. Kedua, anda tulislah segala yang anda tahu tentang jobdirumah. Target untuk dapatkan sekurang-kurangnya 30 artikel. Kemudian tambah lagi artikel-artikel lain yang mungkin pada asalnya tak ada kaitan sangat dengan jobdirumah, tapi pandai-pandailah anda selitkan dan kaitkan.

 

Fokus.

 

Cuba sasarkan jumlah artikel sebanyak 100 artikel promosi untuk panduan Jobdirumah di peringkat permulaan. Bila dah lepas angka 100 artikel, naikkan jadi 200, 300, 400 dan 1,000 artikel. Pastikan setiap artikel tersebut adalah unik dan panjangnya lebih kurang 400 – 1,000 patah perkataan.

 

In Shaa Allah, lepas berjaya capai semua ni, anda akan mudah dapat komisyen. Saya dah cuba, dan saya juga dah dapat hasilnya. Kalau anda pun buat, saya percaya, ini bukannya pekerjaan yang sia-sia.

 

 

 

Exit mobile version