Blog Sabree Hussin

Pemenang Insentif Tunai Pengulas TERBAIK Siri 2

Sebenarnya hari ni saya agak sibuk.

Ada beberapa aktiviti yang perlu saya hadiri dan terlibat sama. Itu nantilah, kat hujung-hujung entri ni nanti baru saya ceritakan.

Seperti yang dijanjikan, saya akan mengadakan mini kontes secara TERTUTUP dari masa ke masa untuk pembaca, pelawat dan subscriber blog saya. Tujuannya tak lain dan tak bukan adalah bagi menghargai anda semua. Tanpa anda, blog saya ni NOTHING.

Antara sebab saya tulis blog adalah untuk buat duit. Kalau sebelum-sebelum ini, saya terlalu fokus untuk buat duit untuk diri sendiri, sehingga saya terlupa untuk berkongsi kekayaan dan kesenangan yang Allah pinjamkan kepada saya menerusi blog ini.

Jadi, In Shaa Allah, lepas ni, blog ini bukan sahaja akan jadi alat buat duit online bagi saya, tetapi untuk anda juga, iaitu pembaca dan pelawat blog ini.

Walaubagaimanapun, saya tak dapat nak beri kepada semua orang. Hanya yang benar-benar serius dan sudi nak ambil inisiatif sahaja yang akan dapat peluang ini. Yang lain, yang hanya tengok sahaja… maaf la ya… anda tengok sahaja la saya tunjuk bukti-bukti macam ni ya.

Untuk siri kedua ini, artikel pilihan adalah bagi artikel berjudul Pengalaman sesi rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Qayyum

Jujur saya katakan, kali ini persaingan lebih sengit! Sebabnya? Ada banyak komen-komen yang hebat-hebat dan menarik yang diberikan oleh pembaca.

Antaranya adalah komen daripada saudara Faris, penulis blog FarisOsman.com

Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi untuk kongsikan ilmu tentang amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum tidur. Semoga pembaca sekalian juga dapat amalkan tips ini.

Selain itu, pendapat daripada saudari erranis juga sangat berharga. Memang betul kata dia, makhluk ini akan merosakkan tubuh badan kita dari dalam.

Perubatan moden tidak dapat mengesan aktiviti jahat makhluk ini, sehinggalah ia benar-benar terlambat dan mudarat. Pada waktu itu, kalau kita bawa kepada perhatian pihak hospital. pihak hospital hanya akan mengesahkan bahawa pesakit mengidap kanser.

Saya tertarik dengan ulasan daripada saudara Zul Hairi Ahmad mengenai Jin “Asyik”. Ya, saya pernah terbaca mengenai jin asyik sebelum ini di majalah-majalah tabloid dan terima kasih untuk komen tersebut, Ia satu peringatan yang sangat berharga buat saya.

Baca lagi

Semua komen bagus-bagus belaka. Jadi, siapa yang MENANG?

Pemenang yang berjaya memikat hati juri ialah, komen daripada Puan Sharifah Aishah

… dan seperti yang dijanjikan, insentif tunai sebanyak RM10 akan ditransfer pada keesokkan harinya setelah kontes TAMAT, dengan syarat pemenang tu mestilah SEGERA beri nombor akaun bank bila saya hubungi nanti 🙂

Insentif tunai dah pun selamat di sampaikan

Bagi setengah orang, RM10 mungkin tak seberapa. Akan tetapi, walaupun nilainya tak besar mana, ia tetap ada manfaatnya dan boleh digunakan untuk tujuan tertentu.

Terima kasih yang tak terhingga sekali lagi saya ucapkan buat para peserta yang sudi untuk menyertai mini kontes ni.

Siap sedia untuk panggilan kontes untuk siri ketiga pula. Jika anda tak mahu ketinggalan untuk mendapatkan notifikasi mengenai kontes ini, anda boleh sertai group tertutup saya di FB yang saya namakan dengan nama Sabree Hussin VIP Client Support.

Info terbaru mengenai sebarang kontes terbaru akan saya maklumkan di sana.

Macam yang saya bagitahu awal-awal tadi, hari ini dan esok (27 & 28 Sept) saya agak sibuk, sebabnya saya terlibat dengan program amal Sentuhan Mesra Bersama Asnaf di Rumah Amal Asnaf Al Barakh, Olak Lempit

Untuk program ini, saya mewakili kelab Generasi Warisan Prihatin (GWP).

Saya merupakan salah seorang Admin bagi kelab ini, dan In Shaa Allah, di masa akan datang, saya akan banyak bercerita mengenai aktiviti kelab di blog ini.

Dan sekiranya ada daripada kalangan pembaca blog saya yang berminat nak sertai aktiviti kelab, juga amat saya alu-alukan.

Baiklah, terima kasih saya ucapkan atas penglibatan kalian dalam kontes yang saya anjurkan. Bagi yang tak menang, harap anda tidak serik, dan cuba lagi di lain masa dan waktu.

Semoga berjaya

 

 

Exit mobile version