Blog Sabree Hussin

Pemenang Insentif TUNAI Pengulas TERBAIK Siri 1

Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian rakan blogger, pembaca, dan pelawat blog ini yang sudi untuk ambil bahagian dalam cabaran memberi ulasan TERBAIK yang saya anjurkan baru-baru ini.

Ini adalah cabaran ataupun kontes TERTUTUP yang saya jalankan khas untuk para subscriber saya sahaja.

Pemenang telah pun dikenalpasti!

Untuk siri pertama ini, cabarannya mudah sahaja. Anda hanya perlu memberi komen, feedback, ulasan ataupun pendapat anda pada entri berikut iaitu Review ebook Blueprint TS – Teknik hasilkan sales ribuan ringgit dalam masa 24 jam.

Alhamdulilah, seramai 21 orang peserta telah ambil bahagian! Terima kasih saya ucapkan.

Seperti yang saya janjikan, insentif tunai diberikan dalam masa 24jam selepas pemenang diumumkan.

Tahniah saya ucapkan buat saudari Nurul Auni Binti Yahaya kerana berjaya memenangi cabaran yang pertama ini.

Anda menang kerana komen yang anda berikan telah berjaya memikat hati para juri dan pengadil pertandingan.

Bukan mudah nak pilih pemenang tau. Boleh dikatakan banyak yang memberi komen yang bagus-bagus belaka.

Walaubagaimanapun, untuk cabaran pada kali ini, hanya seorang pemenang sahaja yang dicari.

Buat yang tak menang, harap anda tak serik untuk ambil bahagian. In Shaa Allah, di masa akan datang, saya akan anjurkan lagi mini contest seperti ini.

Ini pula adalah komen saudari Nurul Auni yang berjaya memikat hati para juri sebelum ni.

Buat duit online cara MUDAH

Dibawah skop buat duit online, sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk anda buat duit online.

Tak semestinya kena jual barang, sama ada join affiliates, dropship atau join bisnes Tone Excel.

Tak semestinya juga anda mesti kena buat kerja-kerja blogging, artikel review dan sebagainya.

Dengan anda sertai kontes yang diadakan oleh pihak perseorangan seperti ini juga sebenarnya adalah salah satu cara yang anda boleh sertai untuk buat duit secara online.

Pada awal-awal penglibatan saya dalam bidang buat duit online, saya juga banyak sertai kontes-kontes seperti ini. Bezanya… dulu saya hanya sebagai peserta, sekarang ni, upgrade sikit…

Jadi penganjur pulak la…

Baiklah, cabaran siri kedua untuk pengulas TERBAIK akan dilangsungkan tak lama lagi. Penyertaan hanya saya buka untuk subscriber sahaja.

Jika anda berminat nak sertai, apa kata anda sertai mailing list saya untuk dapatkan update terkini mengenai kontes yang akan dijalankan akan datang.

[hcshort id=”11″]

Rajin-rajinlah semak emel ya.

 

Exit mobile version