Blog Sabree Hussin

Nota Jutawan Nota Perniagaan Online

Nota Jutawan Nota Perniagaan Online. “Tip, teknik dan strategi yang TERBUKTI BERKESAN daripada pakar perniagaan online”

 

Siapa pakar yang dimaksudkan tu? Jawapannya tak lain dan tak bukan, Irfan Khairi. Buku ini ditulis oleh beliau sendiri. Jika anda ingin dapatkan serba sedikit panduan, pandangan dan teknik-teknik perniagaan online dari Irfan Khairi, buku ini adalah salah satu caranya.

 

Membaca penulisan orang yang dah berjaya adalah salah satu kaedah untuk kita belajar macam mana nak contohi kejayaan yang telahpun berjaya dihasilkan. Mungkin kita tak ada masa nak bertemu empat mata dengan beliau, mungkin kita sendiri tak tau nak tanya apa bila ada peluang bertemu dengan beliau, tapi dengan membaca apa yang beliau tulis dalam buku-buku tulisannya, pasti ada sekurang-kurangnya satu perkara yang dapat kita pelajari.

Dah pernah baca buku Nota Jutawan Nota Perniagaan Online ni? Saya pun sebenarnya baru je habis baca buku ini. Kalau anda belum pernah baca dan berminat nak baca buku ni, bolehlah dapatkan kat pautan ini. Buku ini mengandungi 138 muka surat sahaja dan saya rasa anda juga boleh habiskan baca buku ini dalam masa sehari sahaja.

 

Sama ada anda merupakan seseorang yang memang dah berpengalaman atau baru nak mula menceburkan diri dalam bidang pemasaran dan perniagaan online, buku ini sesuai untuk anda. Pada saya la kan, tak rugi baca banyak-banyak buku. Mungkin satu masa nanti, dengan kesungguhan kita baca buku tu, (dalam kuantiti yang banyak dan pelbagai tajuk) akan menjadikan kita sebagai salah seorang yang pakar dalam topik tertentu.

 

Mungkin ada yang nak tahu, apa dia yang dimuatkan dalam buku Nota Jutawan Nota Perniagaan Online ini. Jom kita lihat satu per satu.

BAHAGIAN 1 TIDAK TAHU HENDAK JUAL APA?
Idea 1: Mengikut Minat
Idea 2: Mencari Kelainan
Idea 3: Bijak Mencari Peluang
Idea 4: Idea Yang Unik
Idea 5: E-Book
Idea 6: Membuka Peluang Perniagaan
Idea 7: Berdasarkan Latar Belakang dan Pendidikan
Idea 8: Tip Memilih Produk
Idea 9: Penyelesaian Masalah
Idea 10: Kecilkan Skop Perniagaan
Idea 11: Pelbagaikan Idea Perniagaan

 

Dalam bab permulaan, Irfan Khairi menyentuh topik tentang masalah atau persoalan yang kerap bermain dalam fikiran mereka-mereka yang baru nak bermula. Ya, sebagai orang baru, kadang-kadang kita tak tau nak mula dengan menjual apa?

 

Masalah ni timbul bukannya sebab tak banyak benda yang boleh kita jual, tetapi terbalik. Disebabkan ada terlalu banyak benda yang boleh kita jual, menjadikan kita rambang mata, atau mungkin sampai satu tahap kita sendiri keliru dan tak tau nak mula dengan menjual apa.

 

Sesetengah pendapat, kalau kita nak berjaya buat duit di internet, kita kena jual macam-macam produk. Jika boleh, kita nak bakal pelanggan kita hanya berurusan dengan kita untuk memenuhi setiap keperluan dan kemahuan mereka.

Contohnya macam laman web Lazada. Mereka menjual macam-macam produk di laman web mereka. Ia ibarat sebuah pasaraya yang sangat besar. Cuma bezanya ialah ia mungkin hanya wujud di alam maya sahaja.

 

…atau pendapat lain ialah, kita hanya fokus untuk menjual satu produk sahaja. Pilih satu produk yang kita benar-benar faham, dan produk itu mestilah memenuhi keperluan dan kehendak satu segmen pasaran yang spesifik. Sebagai contoh, produk Panduan Jobdirumah ini dijual kepada segmen pasaran yang serius nak memulakan karier sebagai seorang pekerja yang boleh bekerja hanya dari rumah sahaja. Panduan ini direka bagi membantu individu seperti itu merealisasikan impian dan hasrat mereka.

 

BAHAGIAN 2 MEMBINA LAMAN WEB
Idea 12: Fikir Seperti Pelanggan
Idea 13: Bina Laman Yang Sesuai
Idea 14: Bandingkan Laman Web Dengan Pesaing
Idea 15: Tarik Minat Dan Perhatian
Idea 16: Perbanyakkan Manfaat di Laman Web
Idea 17: Sertakan Gambar dan Imej Menarik
Idea 18: Testimoni Pelanggan
Idea 19: Tip Membina Laman Web
Idea 20: Kreatif Membuat Promosi
Idea 21: Pastikan Berpuas Hati

 

Adakah kita masih perlukan laman web, sekiranya kita boleh terus berniaga menggunakan Facebook sahaja? Jawapannya? Dah tentulah PERLU. Pertama, dengan memiliki laman web sendiri, kita dapat mengurangkan kebergantungan terhadap Facebook semata-mata. Ya, Facebook itu memang perlu untuk memudahkan kita mengendalikan urusan bisnes kita, memudahkan kita berinteraksi dengan bakal pelanggan, namun dengan mempunyai laman web sendiri, ada banyak benda yang kita boleh lakukan.

 

Mari kita fikir untuk jangka masa panjang. Kita ambil contoh laman web Lazada. Laman web mereka dilengkapi dengan sistem tempahan dan macam-macam lagi. Dengan ini, pelanggan boleh terus buat tempahan di laman web Lazada tanpa perlu pelanggan tersebut menghantar mesej, SMS atau whatsapp kepada penjual terlebih dahulu. Semuanya boleh dijalankan secara semi automatik.

 

Jika anda hanya menguruskan tempahan sekitar 10 unit atau kurang dari itu, mungkin ia bukan satu masalah untuk fokus pada Facebook sahaja. Namun bayangkan, jika dalam masa 5 tahun dari sekarang, pelanggan anda bertambah, dan anda terpaksa urus 10,000 unit tempahan dalam masa sehari! Adakah anda masih lagi larat nak berbalas-balas komen, berbalas-balas mesej dengan bakal pelanggan?

 

Dalam bahagian 2 ini, Irfan Khairi ada menyentuh topik tentang pembinaan laman web. Baiklah saya nak syorkan kepada para pembaca sekalian untuk luaskan lagi pembacaan tentang topik pembinaan laman web ini. Diluar sana terdapat pelbagai konsep laman web yang anda boleh cuba.

 

BAHAGIAN 3 PENGIKLANAN DI INTERNET
Idea 22: Pilih Tempat Terbaik
Idea 23: Aplikasikan A-I-D-A
Idea 24: Pilih Tempat Yang Kurang Iklan
Idea 25: Iklan Yang Efektif
Idea 26: Iklan Yang Jelas Dan Menarik
Idea 27: Pelbagaikan Iklan Dan Lokasinya
Idea 28: Peruntukkan Bajet Pengiklanan
Idea 29: Berikan Perkhidmatan Terbaik
Idea 30: Sasaran Yang Tepat
Idea 31: Aktif Dalam Forum dan Blog Berkaitan

 

Kejayaan bisnes anda akan sangat dipengaruhi oleh keberkesanan iklan yang anda hasilkan. Iklan untuk perniagaan boleh jadi dalam bentuk imej, video ataupun mungkin dalam bentuk perkataan, ayat atau artikel! Namun, bagaimana yang dikatakan sebagai iklan yang efektif?

 

Lain produk maka lain kaedah pengiklanannya.

 

BAHAGIAN 4 BERBLOGGING UNTUK PERNIAGAAN
Idea 32: Fokus Kepada Topik Bidang Perniagaan
Idea 33: Hantar Blog dan Laman Web ke Enjin Pencari
Idea 34: Konsisten Menulis
Idea 35: Berkongsi Maklumat Percuma
Idea 36: Balas Komen-Komen Pembaca
Idea 37: Sedikit Lebih Banyak
Idea 38: Tip Blog Perniagaan
Idea 39: Menjadi Penulis Tamu
Idea 40: Gunakan Laman Web Sosial Media
Idea 41: Pastikan Penulisan Anda Berkualiti

 

Saya tersenyum sendiri bila Irfan Khairi sentuh topik ini dalam bukunya. Berblogging. Anda rajin tak nak menulis dalam blog? Ok… soalan seterusnya, adakah anda minat menulis? Adakah anda jenis yang banyak idea, yang mana bila anda mula menaip, secara tiba-tiba ada banyak idea mencurah-curah masuk.

 

Mana satu yang menggambarkan diri anda? Kaedah blogging memang terbukti dapat menambah dan meningkatkan jualan untuk produk-produk yang saya promosikan. Namun, ia bukannya satu benda yang mudah. Perlu ada konsistensi ketika melakukan kerja-kerja penulisan.

 

Kalau anda tak ada masa nak menulis, tetapi anda ingin gunakan kaedah blogging untuk tingkatkan jualan anda, tak perlu risau. Upah sahaja orang lain untuk menulis bagi pihak anda.

 

BAHAGIAN 5 BERNIAGA DI FACEBOOK
Idea 42: Elakkan Spamming
Idea 43: Membalas Komen dan Pertanyaan Dengan Pantas
Idea 44: Sentiasa Berinteraksi Dengan Pengikut
Idea 45: Iklan yang Berfokus
Idea 46: Tambahkan Nilai Engaggement
Idea 47: Kongsikan Perkara Mengenai Perniagaan Anda
Idea 48: Meletak Gambar-gambar Yang Menarik
Idea 49: Menganjurkan Pertandingan
Idea 50: Aktif di Media Sosial

 

Ada smartphone, ada akaun Facebook, dan dah tau apa benda yang nak di jual. Maka, anda dah boleh mula sekarang. Saya rasa, budak sekolah rendah pun boleh mula menjual di facebook, itupun jika mereka sanggup belajar kaedah berjual beli menggunakan media sosial.

 

BAHAGIAN 6 MENJUAL DI YOUTUBE
Idea 51: Pemasaran Melalui Video
Idea 52: Muat Naik Video Ke Internet
Idea 53: Membuat Video Bersiri
Idea 54: Tip Pemasaran di Youtube
Idea 55: Cahaya dan Bunyi Video
Idea 56: Hasilkan Video Yang Menarik
Idea 57: Jenamakan Saluran Youtube Anda
Idea 58: Video Yang Menyentuh Emosi
Idea 59: Gunakan Annotations di Youtube
Idea 60: Iklan Berbayar di Youtube
Idea 61: Kenali Penonton Klip Video

 

Setiap kali saya nak mula menggunakan Youtube sebagai medium pemasaran, saya terfikir beberapa perkara. Adakah saya perlu beli alat perakam video khas atau patutkah saya invest untuk dapatkan software yang boleh buat video animasi.

 

Apa yang saya cuba nak sampaikan ialah, pemasaran menggunakan video bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya sukar, dan saya percaya, bukan saya seorang yang merasakan membuat kerja-kerja pemasaran menggunakan video adalah suatu yang sukar.

 

Video yang lucu, menarik, comel dan viral mungkin disukai ramai. Ada ramai yang suka nak tonton. Namun, itu bukan satu jaminan bahawa ia akan menambahkan lagi jualan produk-produk kita.

 

BAHAGIAN 7 PEMASARAN MELALUI EMEL
Idea 62: Mempunyai Senarai Emel
Idea 63: Mesra Dalam Cara Penulisan Emel
Idea 64: Kandungan Emel Tidak Terlalu Panjang
Idea 65: Kotak Subscribe Untuk Senarai Emel
Idea 66: Dua Cara Menghantar Emel
Idea 67: Jangan Melakukan Promosi Sahaja
Idea 68: Belajar Daripada Pesaing
Idea 69: Memberi Tajuk Pada Emel
Idea 70: Emel Yang Ringkas dan Tepat
Idea 71: Sentiasa Mengemaskini Tip dan Info Terkini

 

Bila sebut tentang pemasaran melalui medium emel, maka satu tools yang paling penting untuk menjayakan misi tersebut adalah sistem autoresponder. Saya juga adalah salah seorang yang melanggan emel dari Irfan Khairi dan saya percaya kat Malaysia ni sahaja, mungkin ada berjuta orang yang turut melanggan emel dari Irfan Khairi.

Bagi tujuan pemasaran emel, saya syorkan anda menggunakan sistem Autoresponder Emelmatik.

 

BAHAGIAN 8 ANALISIS PERNIAGAAN INTERNET ANDA
Idea 72: Analisis Laman Web
Idea 73: Install Google Analytics
Idea 74: Kaji Jumlah Pelawat Setiap Hari
Idea 75: Tip Guna Google Analytics

 

Bahagian 8 adalah tentang mengukur sejauh mana keberkesanan usaha yang telah dilakukan selama ini. Kita akan bermain dengan statistik, nombor dan analisis. Bukan satu bab yang seronok, namun ia perlu dilakukan.

 

Alright. Buku ini boleh juga dibeli di kedai-kedai buku. Kalau rasa nak lagi mudah, beli je secara online. Ini link jika anda berminat nak buat tempahan sekarang.

 

Selamat membaca dan semoga bermanfaat!

Exit mobile version