Blog Sabree Hussin

Nilai ringgit makin rendah berbanding USD dan apa kesannya?

Semalam, 24 Ogos 2015 saya saja-saja buat semakan berapa kadar tukaran matawang RM berbanding USD dan dibawah ni pula adalah hasilnya

Hari ni, 25 Ogos 2015 sekali lagi saya buat semakan

Kalau situasi semalam, jika kita nak dapatkan 1 USD, kita hanya perlu sediakan RM4.21 sahaja.

Tetapi hari ini, jika kita nak dapatkan 1 USD, kita kena tambah lagi duit kita sebanyak RM0.04 baru boleh dapat 1 USD.

Maksudnya, duit USD dah jadi lebih mahal atau dalam bahasa biasa kita akan katakan matawang negara kita jatuh berbanding USD.

 

Ok… so what kalau jatuh? Ada kesan ke?

 

Akhbar online Sinar Harian hari ni melaporkan beberapa berita tentang kesan kejatuhan matawang negara kita. Antaranya

Bahagian yang saya tandakan dengan warna merah itu adalah antara berita yang dilaporkan berhubung isu kejatuhan nilai matawang negara kita.

 

Pelajar Malaysia yang menyambung pengajian diluar negara akan terkesan

Kejatuhan nilai ringgit akan menyebabkan harga barangan yang dijual dalam matawang asing jadi lebih MAHAL.

 

Untuk saya pulak… yang melanggan servis autoresponder dari luar negara, pun turut terkesan.

 

Caj dalam USD masih lagi SAMA.

 

Tetapi, dalam matawang RM saya sebenarnya perlu keluar lagi banyak duit untuk tampung kos penggunaan sistem Autoresponder Aweber ni.

 

Apa boleh buat… sabar je la dan mudah-mudahan semua ni akan berakhir tak lama lagi.

 

 

Exit mobile version