Blog Sabree Hussin

Mulakan Hari Baru Dengan Sesuatu Yang Lebih Mencabar

Jom kita mulakan hari ini dengan semangat baru.

Hari ini adalah permulaan bagi sesuatu yang baru.

Apa yang berlaku di masa lepas, kita jadikan sebagai pengajaran, dan mana-mana yang buruk, yang menyakitkan hati, kita jadikan ia sebagai sempadan.

Hari ini, kita perbaharui niat, visi, dan misi kita untuk jadi seorang insan yang lebih berjaya berbanding hari-hari sebelum ini.

No more stress, no more laziness!

Ini juga bermakna, no more buat kerja yang sama, berulang-ulang kali, namun pada masa yang sama kita asyik mengharapkan sesuatu yang berbeza akan terjadi.

Ini masanya untuk kita jadi lebih realistik.

Kalau setiap hari, kerja kita asyik campur sirap dalam air dan tambah gula, maka hasilnya akan sentiasa air sirap. Ia tak akan berubah jadi fruit punch walaupun kita sering terbayang-bayangkan nak minum air fruit punch.

Kita kena buat sesuatu yang baru. Sesuatu yang lain sikit dari kebiasaan.

Setiap perkara yang anda pernah capai setakat pada hari ini, itu semua disebabkan anda yang memilih untuk capai perkara tersebut.

Anda sendiri yang memilih,

Kat mana anda nak tinggal

Kat mana anda nak bekerja

Pakaian bagaimana yang anda nak pakai

Kerja apa yang anda buat sekarang

Dengan siapa anda nak berkahwin

Berapa banyak RM yang anda ingin hasilkan

Itu semua pilihan anda.

Anda ada pilihan sama ada nak kekalkan taraf dan tahap kehidupan anda sekarang. Atau mungkin anda ingin kurangkan mana-mana yang tak mampu untuk anda maintain, dan mungkin juga sebenarnya anda ingin upgrade lifestyle anda.

Sampai bila nak teruskan cara hidup sekarang?

Oh personally saya rasa soalan ini kurang tepat.

Persoalan sebenar, sepatutnya bukanlah sampai bila, tetapi sepatutnya soalan yang tepat ialah hingga sampai tahap mana?

Jika anda adalah seorang Internet Marketer, adakah anda dah cukup puas hati jika hanya berjaya maintain sales affiliate RM20 sehari?

Untuk sesetengah orang, RM20 sehari mungkin agak banyak.

Tetapi, you can do better than that!

Kenapa mesti cepat sangat berpuas hati, dan cuma buat benda-benda yang senang, sedangkan Allah dah anugerahkan kepada setiap orang potensi untuk majukan diri yang tidak terhad.

Again… walaupun dah menyedari hakikat ini, setengah daripada kita masih lagi sibuk membancuh air sirap daripada untuk berkorban kesenangan semasa untuk hasilkan fruit punch yang lebih enak dan mengiurkan.

Kadang-kadang saya juga tertanya-tanya, sampai bila saya akan buat bisnes Tone Excel ini? Adakah 2 tahun, 3 tahun, atau 5 tahun?

Ops…

Kemudian saya tersedar, soalan tu sebenarnya soalan yang salah. Bukan sampai bila persoalannya, tetapi sampai tahap mana?

Alang-alang dah terjebak, biarlah usaha kita tu sehingga menampakkan hasil seperti ini

Ya

Income kat atas ini ialah income mereka yang dah berpangkat branch.

Dalam agama, kita juga diajar supaya jadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini. Tetapi… kalau setiap hari, kita lebih risaukan air sirap yang kita perlu bancuh, adakah kita akan jadi lebih baik berbanding sebelum-sebelum ni?

Air sirap… air sirap…

Kenapa saya asyik ulang-ulang air sirap.

Hmm… sebab ianya mudah. Ringkas, dan tak memerlukan usaha yang luar biasa untuk menyediakan air sirap.

Ah… semoga kita semua tak terperangkap untuk sentiasa melakukan perkara-perkara yang mudah semata-mata.

Saya harap, anda bukannya hanya fokus pada air sirap ketika membaca entri pendek ini 🙂

 

 

Exit mobile version