Blog Sabree Hussin

Mudahnya Bina Web Promosi Tone Excel Dengan Blogspot

Siapa kata bina website untuk mempromosikan bisnes Tone Excel tu susah?

 

Kalau ada yang rasa benda ni susah, saya rasa ini mungkin disebabkan anda masih lagi belum pernah cuba untuk bina website dengan menggunakan perisian blogspot to minisite. Betul tak?

 

Ini adalah laman web untuk anda muat turun perisian blogspot to minisite. Sila layari >> http://bs2ms.com

 

Paparan seperti dibawah akan dapat dilihat.

 

Sebelum saya cerita dengan lebih lanjut mengenai sistem blogspot 2 minisite ni, saya nak kongsikan serba sedikit tentang kaedah pemasaran Tone Excel menggunakan website.

 

Mungkin ada yang tertanya-tanya, “perlu ke saya ada website sendiri untuk promosikan Tone Excel?” 

 

Sebenarnya, soalan ni memang cukup popular dalam kalangan ahli Tone Excel yang baru join. Mereka join bisnes ni menerusi seseorang yang dikenali, sama ada di media sosial atau dimana-mana, dan mereka ni juga diberikan dengan laman web replika mereka sendiri.

 

Apabila dikatakan, laman web replika yang dibekalkan tu sebenarnya tak cukup untuk bantu anda dapatkan jualan yang banyak, ramai yang mula mengerutkan dahi. Ye ke tak cukup? Perlu ke ada website sendiri?

 

Kalau pada saya, secara peribadi, dah tentu saya akan jawab MEMANG PERLU. Lebih-lebih lagi kalau anda memang tak ada masa nak buat marketing secara offline. Maksud saya, buat marketing dengan cara edar fliers dari rumah ke rumah, open table, buat presentation dari rumah ke rumah dan sebagainya.

 

Saya sendiri banyak menggunakan website untuk mengembangkan lagi rangkaian Tone Excel saya.

 

Pada saya, bila kita buat marketing cara online ni, kita tak perlu nak terlalu memaksa-maksa. Konsepnya mudah, “kalau ko rasa ko berminat dan nak join, jomlah. Kalau ko rasa tak minat dan tak nak join, aku pun tak paksa. In fact, aku pun tak perlu nak mengadap muka ko.”

 

Dalam situasi ini, saya menyerahkan seratus peratus tugas menjual kepada laman web yang saya bina.

 

Kalau ada pelanggan yang betul-betul berminat dan berkenan, bolehlah sertai saya. Kalau tak minat pun, tak ada masalah. Saya tak paksa. Ada ramai lagi pengguna internet yang saya boleh capai untuk saya tawarkan peluang bisnes ni.

 

Bunyinya memang nampak macam angkuh, namun itulah kenyataannya.

 

2 Fungsi penting website promosi Tone Excel yang anda perlu tahu

Sebelum anda bina sebarang website, perkara pertama yang anda perlu jelas ialah, apa sebenarnya fungsi website yang bakal anda bina tu? Adakah ia memainkan satu fungsi sahaja atau ia bakal memainkan dua atau tiga fungsi?

 

Baiklah, saya akan kongsikan dua fungsi penting yang patut ada dalam mana-mana website promosi yang anda bakal bina.

.

..

Pertama, kumpul senarai nama dan emel prospek untuk kita promosikan Tone Excel kepada mereka

Walaupun kita buat promosi secara online, namun kita tak terkecuali daripada perlu mendapatkan prospek.

 

Dalam konteks pemasaran secara online, selagi target market kita belum opt in ataupun memberikan nama dan alamat emel mereka kepada kita (untuk di follow up menerusi sistem autoresponder) selagi itu mereka masih belum jadi prospek kita.

 

Mereka hanyalah seseorang yang pernah dengar dan terbaca tawaran kita. Itu sahaja. Sekali lagi saya ulang, mereka hanya akan dikira sebagai prospek apabila mereka dah beri nama dan emel ke dalam sistem autoresponder kita.

 

Jangan sia-siakan setiap pelawat yang melayari laman web anda. Dapatkan data mereka. Minta mereka untuk tinggalkan nama dan alamat emel mereka supaya kita boleh buat follow up dengan mereka. Hadiahkan mereka sesuatu sebagai pertukaran untuk dapatkan maklumat mereka.

 

Kedua, terus buat jualan!

Ok tak nak cerita panjang.

 

Bila kita buat Tone Excel ni, kita nak dapatkan jualan. Kita mahukan sales. Sebabnya dari sales itulah kita akan dapat komisyen. Lagi banyak sales kita dapat, lagi besar jugaklah potensi pendapatan yang bakal kita dapat.

 

Satu sales kita dibayar komisyen sebanyak RM20.

Kalau 10 sales, kita dibayar RM200.

Kalau 100 sales, kita dibayar RM2,000.

 

Jadi, pandai-pandailah anda pilih, sama ada nak dibayar sikit sahaja atau nak dibayar dengan bayaran yang banyak. Kalau cuma nak dibayar sikit je, tak payah la buat sales banyak-banyak.

 

Sebelum nak dapat sale yang banyak tu, kenalah buat marketing banyak-banyak juga. Apabila mesej pemasaran kita lebih kuat dan lebih jelas berbanding orang lain, maka dari situ barulah peluang kita untuk dapat downline lebih cerah.

 

Sebaliknya, kalau mesej kita sama sahaja, dengan orang lain, prospek kita mungkin tak perasan dengan kewujudan kita, dan lebih buruk lagi, mereka mungkin tak minat nak sertai rangkaian kita.

.

..

Kenapa saya guna blogspot untuk bina laman web promosi?

Sebenarnya saya bukan hanya bergantung kepada blogspot semata-mata. Saya ada lebih daripada 10 laman web berbeza yang saya gunakan untuk tujuan pemasaran. 

 

Laman web minisite blogspot ini hanyalah salah satu daripadanya.

 

1. Saya pilih blogspot sebab ianya PERCUMA

Siapa yang tak suka barang percuma, kan?

 

Blogspot ni adalah milik google. Walaupun servis ini adalah percuma, namun tak bermaksud ianya tak berkualiti. Disebabkan ianya percuma, saya boleh bina 2, 5, 10, 100 malahan hingga 1,000 laman web promosi jika saya mahu. Tapi rasanya tak perlulah kot nak bina sampai beribu-ribu website promosi.

 

Dapat bina satu pun dah cukup, asalkan anda konsisten dalam melakukan promosi.

 

2. Saya pilih blogspot sebab ada sistem tracking

Screenshot kat bawah ini ialah statistik pelawat yang berkunjung ke laman web promosi yang saya hasilkan.

Link: tawaran-toneexcel.blogspot.com/

Saya hanya gunakan kaedah percuma sahaja untuk dapatkan prospek.

 

Serba sedikit maklumat yang kita boleh dapati daripada sistem tracking ni ialah seperti berapa banyak jumlah pelawat yang telah lihat tawaran ni, dari mana sumber pelawat, dan dari negara mana pelawat tersebut datang.

 

Kalau pelawat banyak yang datang dari oversea, maknanya ada yang tak kena dengan kaedah pemasaran yang sedang saya gunakan. Selain itu, dengan adanya data-data ini, ia sangat membantu untuk saya ketahui sama ada teknik pemasaran yang saya gunakan selama ini berkesan atau tidak.

 

Kebanyakkan web replika yang dibekalkan oleh upline, tidak mempunyai fungsi tracking seperti ini. Walaupun hanya yang asas. Jika anda gunakan web ToneXpress sebagai web replika, dari situ anda boleh tahu berapa banyak jumlah klik yang pernah ada hasilkan.

.

..

Sebelum anda muat turun perisian blogspot 2 minisite, apa yang anda perlukan?

Paling penting sekali, anda wajib ada perisian photoshop.

 

Fungsi photoshop ni adalah untuk edit wording yang anda bakal gunakan sebagai header bagi design yang anda bakal gunakan. Jangan risau part design, sebabnya kerja kita hanya perlu tukar tulisan sahaja.

 

Ini contohnya

Ketiga-tiga gambar diatas adalah berasal daripada design yang sama. Saya cuma tukarkan tulisan dia semata-mata. Nak tukar tulisan pun sangat mudah. Jika anda tak biasa dengan perisian photoshop juga tak ada masalah, sebabnya pemilik produk ini dah pun beri anda tutorial cara-cara nak guna photoshop untuk edit tulisan.

.

..

Nak tengok web promosi yang saya buat?

Klik sini.

.

..

… dan jika anda masih belum sertai Tone Excel, boleh terus buat tempahan dari saya 😀

 

Pasti berbaloi-baloi. Sebabnya anda akan dapat semua bonus yang saya tawarkan dalam web tersebut. Ataupun, jika anda dah sertai Tone Excel, dan berhasrat untuk mempelbagaikan lagi kaedah promosi yang bakal anda lakukan, maka saya amat menyarankan anda gunakan laman web blogspot.

 

Hasilkan minisite ataupun website promosi anda yang pertama menggunakan perisian blogspot 2 minisite. Saya yakin, anda pasti mampu hasilkan sebuah laman web yang kelihatan profesional dan membuatkan prospek anda kagum, walaupun pada hakikatnya anda hanya menggunakan sistem percuma dari blogspot dan anda juga baru belajar bina website.

Klik sini untuk muat turun perisian blogspot 2 minisite sekarang.

 

 

Exit mobile version