Blog Sabree Hussin

Konsep Bisnes Secara Runcit Berserta Contoh Perniagaan

Bila bercakap tentang bisnes runcit, atau perniagaan runcit ini, apakah sebenarnya bentuk perniagaan yang terlintas difikiran anda?

 

Adakah anda membayangkan sebuah kedai yang menjual barangan seperti ubat gigi, gula, tepung, minyak masak, ikan, sayur dan sebagainya?

 

Ala… yang biasa orang sebut sebagai kedai runcit tu.

Kalau perniagaan seumpama itu yang terlintas difikiran anda, anda tak salah.

 

In fact, ia memang merupakan salah satu contoh perniagaan yang dijalankan menggunakan konsep runcit.

 

Kita memang dah terbiasa dengan istilah bisnes kedai runcit merujuk kepada bisnes yang menjual barangan sedemikian. Kalau disebut istilah kedai runcit, memang kedai seumpama itulah yang akan terbayang difikiran.

 

Tapi sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan istilah runcit?

 

Kita tengok definisi yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi istilah runcit terlebih dahulu.

Istilah runcit itu membawa maksud bermacam-macam, beraneka warna, berbagai-bagai.

 

Kedai runcit pula didefinisikan sebagai

a. Kedai yang menjual barang secara sedikit-sedikit (terus kepada pengguna)

b. Kedai yang menjual barang yang bermacam-macam

 

Perniagaan runcit merujuk kepada suatu konsep perusahaan yang mana operasi perniagaan mereka adalah menjual pelbagai jenis barangan secara terus kepada pengguna untuk kegunaan peribadi.

 

Perniagaan secara runcit adalah merupakan check point terakhir dalam rantaian bekalan yang menghubungkan antara pengeluar atau pemborong kepada pengguna akhir.

 

Lazimnya sebagai pengguna, mereka tak akan berurusniaga dengan pihak pengeluar, pengilang atau pemborong, kerana mereka ini hanya berurusan dengan entiti yang akan membuat pembelian secara pukal atau borong sahaja.

 

Pengguna biasanya akan membeli mengikut keperluan.

Agak jarang pengguna akan beli dalam kuantiti yang banyak untuk disimpan sebagai stok. Jadi, sudah tentu mereka akan berurusniaga dengan peruncit untuk mendapatkan barangan dalam kuantiti yang mereka perlukan.

 

Sektor peruncitan ini sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam merancakkan aktiviti ekonomi, kerana ia menjadi pusat dimana pelbagai jenis barangan dapat dibeli oleh pengguna dengan mudah.

 

Perniagaan secara runcit beroperasi melalui kedai fizikal, platform laman web atau aplikasi jualan, dan juga kombinasi kedua-duanya.

 

Sebenarnya keputusan untuk beroperasi sama ada secara fizikal, secara atas talian, atau kombinasi bagi kedua-duanya adalah bergantung kepada beberapa perkara misalnya seperti

1. Keperluan untuk mula beralih ke platform yang berbeza

2. Tabiat pembelian oleh pelanggan sasaran.

3. Kemampuan peniaga untuk membuka beberapa saluran jualan yang baru

 

Ada pelanggan yang tak ada masa untuk walk in ke premis perniagaan, jadi pelanggan seperti ini ada pilihan dan boleh melihat produk secara online.

 

Ada pelanggan yang tak ada masalah untuk datang ke kedai untuk melihat produk, tetapi pada waktu itu mereka masih belum buat sebarang keputusan untuk membuat pembelian.

 

Selang beberapa hari, bila dia dah bersedia untuk buat pembelian, dia tak perlu susah payah untuk datang ke kedai untuk buat pembelian. Sebaliknya, dia boleh buat pesanan secara online sahaja.

 

Untuk lebih jelas dengan cara kerja perniagaan secara runcit ini, ada beberapa ciri yang boleh kita perhatikan.

 

Antara ciri-ciri yang boleh kita perhatikan, berkait dengan perniagaan runcit adalah

(1) Jualan kepada pengguna akhir

Biasanya pelanggan adalah merupakan individu yang membeli barangan tersebut bagi kegunaan sendiri. Oleh kerana dia beli bagi kegunaan sendiri, biasanya dia akan beli dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

 

Sebagai contoh, dalam 1 – 3 unit sahaja.

 

Bukanlah nak kata, pelanggan ini tak boleh nak jual balik barang yang dia beli dari perniagaan runcit. Boleh tu memanglah boleh. Tapi ianya tak berbaloi.

 

Kalau harga runcit ialah RM10.

Dia beli dari kedai runcit dengan harga RM10.

 

Pada harga berapa dia nak jual semula? RM11? Dengan harapan akan dapat keuntungan sebanyak RM1?

 

Tapi kan lagi baik bagi pelanggan individu tersebut beli sahaja dari kedai runcit. Kenapa perlu beli dengan harga yang lebih mahal, dari orang lain?

 

(2) Kepelbagaian produk

Perniagaan secara runcit lazimnya akan menawarkan pelbagai produk dari kategori yang berbeza.

 

Salah satu tujuannya adalah untuk memberi kepelbagaian dan pilihan kepada bakal pelanggan. Kalau perniagaan runcit itu dijalankan secara online, sama ada melalui laman web atau platform marketplace, sama ada Shopee, Lazada ataupun PG Mall, peniaga tersebut lagi mudah untuk mempelbagaikan pilihan produk.

 

Dengan adanya konsep perniagaan dropship, affiliate dan sebagainya, peniaga boleh mempelbagaikan tawaran produk tanpa perlu keluar modal diperingkat awal.

 

(3) Kedai fizikal atau laman web

Perniagaan secara runcit boleh dijalankan sama ada melalui kedai fizikal, ataupun boleh juga dijalankan sepenuhnya secara atas talian. Namun apa yang semakin banyak dipraktikkan pada hari ini ialah, perniagaan yang dulunya beroperasi secara fizikal sahaja sudah mula membuka kedai secara online.

Sekurang-kurangnya, apabila peniaga sudah mula membuka perniagaan secara online, dia tak perlu lagi hanya bergantung harap kepada pelanggan yang tinggal berhampiran sahaja.

 

(4) Pengalaman pelanggan

Bagi menggalakkan pembelian, penjual akan berusaha memberikan khidmat jualan beserta layanan yang terbaik kepada pelanggan.

 

Mereka mahu berikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan mereka. Perniagaan ini dapat berdiri dengan kukuh untuk jangka masa yang panjang apabila ia mendapat sokongan yang kuat dari para pelanggan.

 

Mereka mahukan pelanggan sentiasa membuat pembelian ulangan dengan mereka.

 

Kalau ada pelanggan yang kurang jelas mengenai produk yang bakal dibeli, mereka akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk memberikan penerangan mengenai produk.

 

Ada sesetengah pelanggan yang sebenarnya mereka tak sedar bahawa mereka perlukan produk tersebut. Dalam keadaan ini, peniaga perlu mainkan peranan untuk beri kesedaran kepada pelanggan, bahawa produk yang dijual itu sebenarnya sangat penting dan berguna untuk kegunaan pelanggan tersebut.

 

(5) Penetapan harga

Oleh kerana pelanggan biasanya hanya akan membeli dalam kuantiti yang sedikit, maka peniaga akan menetapkan satu harga runcit. Harga runcit untuk setiap unit produk ini sudah tentu akan jadi lebih mahal kalau nak bandingkan dengan harga borong.

 

Dalam proses penetapan harga ini, peniaga boleh mengikut cadangan harga yang diberikan oleh pengeluar atau memilih untuk menggunakan harga sendiri.

 

Biasanya harga cadangan (recommended retail price) ini adalah sebagai rujukan sahaja.

Peniaga boleh pilih sama ada untuk ikut harga yang dicadangkan, atau perkenalkan harga yang baru yang biasanya lebih murah berbanding harga yang disyorkan.

 

Kebiasaannya, penetapan harga ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti

i. Kos produk

ii. Tahap persaingan sesama peniaga

iii. Permintaan pasaran

 

Kalau kita lihat dalam konteks yang lebih luas, kita boleh saksikan bahawa peranan peniaga runcit ini sebenarnya adalah sebagai orang tengah yang menghubungkan antara pengeluar produk dengan pelanggan.

 

Dengan wujudnya peruncit, maka ia dapat memudahkan pengguna untuk mendapatkan sesuatu produk yang diinginkan. Sudah tentu, sebagai pelanggan, mereka mungkin tak pernah fikirkan tentang perkara ini.

 

Pada sudut pandang pengguna, apa yang lebih penting ialah, apa yang dia perlukan, dia boleh perolehi dengan mudah.

 

Sama ada siapa yang menjual, apa cabaran yang dihadapi bagi memastikan barangan yang diperlukan oleh pelanggan itu ada dijual dikedai miliknya, itu bukannya perkara yang dia perlu fikirkan.

 

Dalam posting kali ini, kita sebenarnya ingin bincangkan mengenai kepelbagaian konsep perniagaan runcit yang ada diluar sana.

 

Mudah-mudahan selepas ini bila anda dengar tentang bisnes runcit, anda mempunyai sudut pandangan yang lebih luas.

 

Dibawah ini adalah antara contoh perniagaan yang sebenarnya dijalankan menggunakan konsep runcit (atau retail) yang terdapat diluar sana. Dalam posting ini, saya akan senaraikan contoh kedai atau perniagaan dan juga produk yang biasanya dijual oleh perniagaan tersebut.

 

(1) Department stores

Boleh juga dikenali dengan istilah gedung serbaneka atau gedung membeli-belah (shopping mall).

1. Fesyen dan pakaian

2. Produk kecantikan dan kosmetik

3. Barangan rumah dan perabot

4. Peralatan elektrik

5. Barangan Permainan

6. Keperluan untuk percutian

 

(2) Supermarket

1. Makanan segar seperti ayam, ikan, dan sayur-sayuran

2. Produk makanan bakeri

3. Makanan sejuk beku

4. Barangan keperluan dalam rumah dan pembersihan

5. Makanan siap dalam pek

 

(3) Kedai serbaneka

1. Makanan & minuman ringan

2. Produk penjagaan peribadi

3. Barangan kering untuk kegunaan masakan

4. Barangan pencucian dan pembersihan kediaman

5. Hasil segar seperti ikan, ayam, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan

 

(4) Kedai barangan terpakai

1. Pakaian terpakai atau baju bundle

2. Buku terpakai

3. Kedai barangan antik

4. Barangan elektrik terpakai

5. Barang-barang permainan terpakai

 

(5) Kedai menjual pakaian

1. Pakaian lelaki

2. Pakaian wanita

3. Pakaian bayi, kanak-kanak dan keperluan ibu mengandung

4. Pakaian sukan mengikut jenis sukan

5. Pakaian dalam

6. Tudung

 

(6) Peralatan elektronik dan perkakas elekrik

1. Komputer, laptop

2. Televisyen dan set home theater

3. Handphone dan aksesori

4. Konsol game, aksesori dan video game

5. Peralatan rumah seperti mesin basuh, peti sejuk dan sebagainya

 

(7) Perniagaan menjual barangan hardware

1. Bahan untuk membina bangunan

2. Cat dan peralatan berkaitan

3. Peralatan untuk kerja paip dan elektrik

4. Peralatan dan keperluan untuk berkebun

5. Peralatan untuk kerja pertukangan

 

(8) Barangan kecantikkan dan kosmetik

1. Alat solekan dan kosmetik

2. Produk penjagaan kulit dan kecantikkan

3. Produk penjagaan dan penggayaan rambut

4. Minyak wangi

5. Produk mandian dan badan

 

(9) Kedai buku

1. Buku genre fiksyen dan sastera

2. Buku genre non-fiksyen dan rujukan

3. Buku bacaan kanak-kanak

4. Bahan pendidikan dan buku akademik

5. Majalah, surat khabar, komik dan terbitan berkala

 

(10) Kedai Barangan Kemas & Perhiasan

1. Barang kemas

2. Barang kemas fesyen

3. Cincin perkahwinan dan pertunangan

4. Jam tangan

5. Custom made barangan kemas

 

(11) Kedai menjual perabot

1. Perabot ruang tamu

2. Perabot bilik tidur

3. Perabot ruang makan

4. Perabot outdoor

5. Perabot pejabat

 

(12) Kedai alat sukan dan aktiviti luar

1. Pakaian sukan dan kasut

2. Peralatan senaman dan aksesori

3. Kelengkapan untuk camping dan hiking

4. Kelengkapan untuk berbasikal

5. Kelengkapan untuk aktiviti sukan air

 

(13) Kedai haiwan peliharaan

1. Kedai menjual makanan

2. Alat permainan untuk haiwan peliharaan dan aksesori

3. Produk dandanan dan penjagaan haiwan kesayangan

4. Haiwan kecil dan keperluannya

5. Haiwan akuatik, reptilian dan bekalan yang diperlukan

 

(14) Kedai pemainan

1. Action figures dan anak patung

2. Permainan board games dan puzzles

3. Pemainan untuk aktiviti outdoor

4. Permainan berkaitan dengan peralatan seni

5. Permainan berbentuk pendidikan

 

(15) Kedai Alat Tulis dan Kelengkapan Pejabat

1. Peralatan menulis, seperti pelbagai jenis pen, pensil dan sebagainya

2. Buku nota dan pelbagai jenis kertas (kertas A4, kertas kajang dan sebagainya)

3. Pelbagai jenis fail

4. Peralatan dan perabot untuk pejabat

5. Perkhidmatan fotokopi dan printing

 

(16) Kedai penjagaan kesihatan

1. Vitamin dan makanan tambahan (supplements)

2. Ubat-ubatan berasaskan herba

3. Peralatan dan aksesori kecergasan

4. Produk makanan semulajadi dan organik

5. Produk penjagaan dan kebersihan peribadi

 

(17) Alat Ganti dan Aksesori Automotif

1. Bateri kereta dan komponen elektronik

2. Bahagian enjin dan prestasi kereta

3. Aksesori kereta

4. Tayar dan roda

5. Produk pembersihan dan penyelengggaraan kereta

 

(18) Seni dan kraf

1. Peralatan dan kelengkapan melukis

2. Bekalan ukiran dan tembikar

3. Bekalan menjahit

4. Kraf, barangan gubahan dan projek DIY

5. Hiasan kediaman

 

(19) Kedai muzik

1. CD, DVD dan rekod vinil

2. Alat-alat dan instrumen muzik

3. Kelengkapan audio dan aksesori

 

(20) Kedai cermin mata

1. Cermin mata preskripsi dan cermin mata hitam

2. Contact lenses dan produk penjagaan lens

3. Servis pemeriksaan mata

4. Aksesori berkaitan cermin mata dan bingkai

 

(21) Kedai barangan bayi

1. Pakaian untuk bayi

2. Produk dan barangan penjagaan bayi

3. Permainan untuk bayi dan kanak-kanak

4. Perabot untuk bayi dan kanak-kanak

5. Aksesori untuk bayi seperti stroller, baby car seat, dan sebagainya

 

(22) Pusat tanaman dan tapak semaian

1. Tumbuhan, pokok bunga dan pokok renek

2. Peralatan berkebun

3. Tanah, baja dan racun perosak

4. Pokok hiasan dan aksesori taman

 

(23) Farmasi

1. Ubat preskripsi doktor

2. Ubat yang boleh dibeli dikaunter

3. Penjagaan dan kebersihan peribadi

4. Alat pemantau kesihatan

5. Produk kecantikan dan kosmetik

 

(24) Kedai Basikal

1. Basikal untuk pelbagai tujuan (jalan, gunung, hibrid)

2. Aksesori dan komponen basikal

3. Pakaian berbasikal dan peralatan perlindungan

4. Perkhidmatan membaiki dan menyelenggara basikal

 

Penutup

Apabila bercakap mengenai perniagaan secara runcit atau bisnes runcit, ia tak semestinya merujuk kepada sebuah kedai runcit.

 

Ada banyak perniagaan diluar sana yang sebenarnya beroperasi secara runcit, namun kita tak pernah pula panggil ia sebagai kedai runcit.

 

Jadi selepas ini, saya percaya anda boleh nampak betapa luas sebenarnya konsep perniagaan secara runcit ini. Ia bukanlah terhad setakat bisnes yang menjual barang-barang seperti gula, tepung, minyak masak dan sebagainya itu sahaja.

 

Katakanlah, pada satu hari nanti, jika anda berhasrat untuk memulakan perniagaan runcit anda sendiri, agak-agaknya konsep atau jenis perniagaan runcit yang mana satu yang anda akan pilih?

 

Kita andaikan yang duit modal untuk memulakan bisnes ini bukan satu penghalang. Anda hanya perlu pilih sahaja nak mulakan bisnes yang mana satu.

 

Agak-agaknya, anda akan pilih yang mana satu ya?

 

Adakah bisnes runcit pilihan anda itu ada tersenarai dalam salah satu yang saya senaraikan dekat dalam posting ini?

 

… dan ya, jika anda merasakan kos untuk memulakan bisnes runcit anda sendiri terlalu besar, kerana perlu sewa premis perniagaan dan sebagainya, anda sebenarnya boleh mulakan bisnes anda secara online terlebih dahulu.

 

 

Exit mobile version