Blog Sabree Hussin

Komisen Mobicow April 2017

Komisen dari Mobicow bagi bulan April 2017 telah pun dibayar dan saya juga telah menerima bayaran tersebut menerusi akaun Paypal saya.

 

Part dapat bayaran tu, memang saya GEMBIRA.

 

Namun, disebalik kegembiraan ini, ada beberapa perkara tentang Mobicow yang saya agak kecewa.

 

Pertama, saya agak kecewa dengan program referral Mobicow yang nampaknya macam tak berfungsi. Saya pernah tanyakan berkenaan status program referral ni kepada pihak pengurusan Mobicow dan menurut mereka, pihak tech support sedang usahakan untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

 

Secepat mungkin? Hmm… saya rasa dari tahun lepas lagi program referral ni ada masalah.

Apabila saya mempromosikan referral link saya untuk dapatkan seberapa ramai publisher Mobicow yang baru, halaman yang akan terpapar adalah seperti diatas.

There’s something wrong.

 

Rasa sakit hati jugak bila masalah ini terus berlarutan sampai sekarang.

 

Kita dah susah payah buat kerja-kerja penulisan, sampai ada antara artikel yang saya tulis mengenai mobicow dah berjaya masuk ke page pertama hasil carian Google, alih-alih artikel tersebut tak dapat digunakan untuk dapatkan lebih banyak referral pulak.

 

Perkara kedua, yang buat saya agak kecewa dengan program Mobicow ni ialah, komisen yang diterima makin menurun ha3.

 

Saya semak balik pendapatan yang pernah saya terima dari Mobicow sebelum ini.

Komisen Mobicow Januari 2017 – USD13.12

Komisen Mobicow Februari 2017USD20.45

Komisen Mobicow Mac 2017 – USD10.03

 

Saya ingatkan, untuk bulan April ni akan ada peningkatan, rupa-rupanya saya silap. Komisen yang diperolehi makin turun rupanya.

 

Ini dia screenshot emel yang saya terima dari Paypal.

Ya, bayaran yang saya terima adalah berjumlah USD9.58

 

Harap-harap bulan depan ada kenaikkan. Amin In Shaa Allah.

 

Betul ke Mobicow akan bayar komisen apabila jumlah komisen mencapai angka USD5?

Soalan ini ditanyakan kepada saya oleh The Haikal menerusi posting saya sebelum ini yang berjudul Jana pendapatan sampingan dan pasif dengan Mobicow.

 

Saya harap, bukti pendapatan paling LATEST yang saya terima dari Mobicow ini dapat dijadikan hujah dan bukti.

 

Sebenarnya, kat website Mobicow sendiri, kat bahagian FAQ pun ada dinyatakan bahawa pihak Mobicow akan buat bayaran kepada para publisher apabila komisen kita dah cukup USD5.

 

Saya berpendapat, nilai USD5 ini tidaklah begitu susah nak dicapai, especially kalau blog anda memang mempunyai trafik yang banyak.

 

Sedangkan blog saya ini yang biasa-biasa pun boleh dapat income, inikan pula blog milik anda yang dah bertahap selebriti.

 

Walaupun saya tahu, link referral saya ini masih lagi tak berfungsi dengan baik, namun saya tetap akan promosikan ia. Dengan harapan, satu hari nanti, pihak Mobicow akan do something untuk perbetulkan masalah yang berlaku dipihak mereka.

 

Jika anda masih belum join program pengiklanan ini, dan berminat untuk mencuba, bolehlah klik sini untuk sertai program ini sekarang.

 

 

 

Exit mobile version