Blog Sabree Hussin

Komisen Mobicow Februari 2017

Beberapa hari lepas, saya telah pun menerima bayaran komisen dari program pengiklanan Mobicow yang saya sertai sebelum ni. Bayaran pada kali ni, merupakan bayaran kedua yang saya terima sepanjang saya menyertai program pengiklanan mereka.

Apa yang best dengan Mobicow ni ialah, mereka membayar dalam matawang USD. Kalau pada hari ini, kita bimbang kalau-kalau nilai matawang kita makin lemah berbanding USD, maka apa kata kita alihkan fokus kita daripada terus bimbang kepada buat sesuatu yang boleh mendatangkan income dalam USD.

 

Kalau RM terus jatuh berbanding USD, kita cari sumber pendapatan dalam USD. At least, kita akan dapat lagi banyak RM apabila nilai RM makin lemah nanti.

 

Tak tau macam mana nak dapatkan pendapatan dalam matawang USD? Boleh ikut apa yang saya dan ramai lagi penulis blog di Malaysia lakukan. Sertai program pengiklanan dan jana pendapatan dalam matawang USD. Salah satu program pengiklanan yang patut dicuba ialah program pengiklanan Mobicow ini.

 

Memandangkan ini adalah kali kedua saya terima bayaran dari Mobicow, jadi rasa lebih yakin nak recommend kepada para pelawat dan pembaca blog ini untuk sertai program pengiklanan ni.

Klik untuk baca: Komisen dari Mobicow Januari 2017

 

Bila saya sendiri dah pernah dapat bayaran dari program ini, at least saya boleh cerita dengan lebih confident dekat orang lain.

 

Nak buat duit dengan Mobicow ni pun rupa-rupanya tidaklah sesukar mana. Saya ringkaskan caranya dibawah.

(1) Mula-mula sekali, anda perlu layari laman web Mobicow dan buat pendaftaran. Boleh daftar dengan menekan klik pada pautan ini.

(2) Apabila pendaftaran anda telahpun diterima, dapatkan kod iklan dan pasangkan kod iklan tersebut di laman blog milik anda.

(3) Biarkan.

(4) Apabila pendapatan anda mencecah jumlah USD5, pihak Mobicow akan buat bayaran secara automatik ke akaun Paypal anda.

 

Senang, kan? Jadi apa yang menghalang anda untuk daftar dan join program ni sekarang?

 

Apa dia? Nak tau berapa yang saya dapat untuk bulan Februari 2017 ni? Ok… berikut adalah jumlah yang berjaya saya perolehi.

Ya, ada sedikit peningkatan berbanding bulan yang sebelum ini.

Januari 2017 dapat USD13.12

Bulan ni, Februari 2017 dapat USD20.45 

 

Alhamdulillah. Apa pun saya nak ucapkan terima kasih buat para pembaca dan pelawat blog ini yang sudi untuk singgah ke blog ini. Tanpa kehadiran kalian dalam blog ini, memang mustahil untuk blog ini menjana sebarang pendapatan.

 

Betul. Saya ada beberapa lagi blog yang trafiknya tidak sebanyak trafik blog ini. Blog tu pun saya ada pasangkan dengan iklan Mobicow, tapi sayangnya incomenya tak berapa jalan.

 

Nampak sangat, ada banyak lagi yang kena buat untuk bagi performance blog tu boleh kalahkan atau at least boleh setara dengan performance blog ini.

 

Apa pun, terima kasih sekali lagi saya nak ucapkan. Saya harap anda semua tidak jemu-jemu untuk berkunjung lagi ke blog ini.

Pada asasnya, naik dan turunnya pendapatan yang boleh dihasilkan menerusi program pengiklanan Mobicow ini, sangat berkait rapat dengan jumlah trafik yang diterima. Kalau pada bulan tersebut, blog anda menerima kunjungan trafik yang sangat banyak, saya pasti pendapatan anda juga akan merekodkan peningkatan.

 

Jika sebaliknya, maka pendapatan juga akan turun. Jadi, walaupun pada bulan tertentu pendapatan anda agak tinggi, tetap tak boleh nak rasa selesa sangat. Anything can happen dan selera dan kemahuan pembaca boleh berubah sekejap sahaja.

 

Khusus untuk jana pendapatan dengan program pengiklanan Mobicow ini, anda perlukan trafik yang datangnya daripada peranti mobile. Ataupun smartphone. Kalau pembaca dan pelawat blog anda kebanyakkannya adalah pengguna smartphone, maka kebarangkalian untuk anda dapat pendapatan yang tinggi dari program pengiklanan ini memang sangat tinggi.

 

Walaubagaimanapun, jika kebanyakkan pelawat yang melayari laman blog anda adalah pengguna laptop ataupun desktop, maka ia tidak akan beri sebarang peningkatan kepada pendapatan anda.

 

Selain faktor trafik, kena juga ambil kira faktor lain seperti berapa ramai jumlah advertiser yang mengiklankan perniagaan mereka menggunakan platform Mobicow. Ini juga akan beri kesan kepada pendapatan yang bakal dihasilkan.

 

Apa pun, saya berpendapat kita cuba sahaja dulu. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk menyertai program pengiklanan ini. Anda boleh sertainya secara percuma sahaja. Daftar secara percuma sahaja disini.

 

Sekiranya selepas sebulan anda siarkan iklan Mobicow, dan anda merasakan ianya kurang berbaloi atau anda rasa kurang gembira, boleh buang sahaja kod iklan Mobicow dari blog anda.

 

Selamat mencuba dan semoga anda juga berjaya buat duit dengan Mobicow.

Baca juga: Jana Pendapatan Sampingan dan Pasif dengan Mobicow

 

Memang tak sia-sia belajar buat blog. Masa yang digunakan untuk pelajari setiap satu fungsi blog, beza antara blog wordpress dengan blogspot, belajar tentang SEO lagi, semua ini akhirnya mendatangkan hasil.

 

Program pengiklanan seperti ini adalah salah satu kaedah bagaimana blog boleh menghasilkan pendapatan.

 

Exit mobile version