Blog Sabree Hussin

Jana Pendapatan Sampingan dan Pasif dengan Mobicow

Adakah anda masih lagi mencari-cari cara PALING MUDAH untuk jana pendapatan sampingan di internet?

Jika jawapan anda adalah YA, saya ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan kepada anda.

 

Saya percaya yang anda telah sedia maklum, bahawa kita sememangnya boleh jana pendapatan dari internet. Kisah kejayaan individu yang berjaya buat duit online bukan lagi satu kisah yang cukup asing buat kita semua.

 

Saya juga seperti anda. Setiap hari, saya pasti akan luangkan sedikit masa untuk mencari dan mengkaji beberapa kaedah yang boleh dilakukan bagi menghasilkan pendapatan tambahan. Lepas dah jumpa sesuatu kaedah tertentu, saya akan teruskan ke langkah seterusnya iaitu cuba sendiri kaedah tersebut.

Matlamat saya mudah. Jika saya boleh lakukan, dan jika saya boleh buktikan yang ianya memang mudah untuk dilakukan, saya akan kongsikan kepada pembaca dan pelawat blog ini. Sesuatu yang baik dan yang boleh menjana pendapatan, patut dikongsi bersama. Setuju?

 

Lebih-lebih lagi jika ianya mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan modal dan belanja yang begitu besar. Jika anda terus membaca perkongsian saya ini, anda mungkin akan dapati apa yang diperlukan untuk buat duit online semuanya sudah ada pada diri anda. Hanya tinggal laksanakan sahaja!

 

Bukan senang nak jumpa satu sistem buat duit yang semudah “pasang dan tinggal”. Kalau ada pun, sama ada ianya kejap berfungsi kejap tidak, ataupun ianya hanya tipu sahaja. Anda perlu lebih berhati-hati. Lebih-lebih lagi jika anda dijanjikan dengan pendapatan yang begitu lumayan hingga tak masuk dek akal.

 

Satu hari, saya berpeluang untuk berkenalan dengan MOBICOW. Namanya cukup senang untuk lekat dalam minda, sebabnya ia buatkan saya teringat tentang movie tentang sekumpulan pemburu yang memburu ikan paus bernama Mobi Dick. Bezanya Mobicow bukannya tentang ikan paus dan ia langsung tak ada sebarang kaitan dengan hidupan laut.

Saya lihat, konsep buat duit dengan Mobicow cukup mudah. Ia mungkin sesuai untuk dijadikan sebagai “sumber pendapatan pasif” untuk anda. Walaupun saya sendiri kata ianya mudah untuk buat duit, namun saya perlu akui, apa yang mudah untuk saya, mungkin bagi sesetengah orang ianya agak sukar.

 

Jika anda putus asa sekarang, saya bimbang anda akan terlepas peluang untuk buat duit dengan cara yang cukup senang seperti ini.

 

Kenapa saya kata buat duit dengan Mobicow ni cukup senang?

Ianya hanya memerlukan tiga (3) langkah mudah untuk buat duit dengan program ini.

Pertama, layari laman web Mobicow menerusi link ini.
Kedua, buat pendaftaran sebagai publisher.
Ketiga, masukkan kod iklan Mobicow ke laman web atau blog anda. SIAP.

 

Paling mudah nak buat duit kalau masukkan kod iklan Mobicow ni pada laman blog yang memang kita selalu kemaskini secara aktif. Mari saya tunjukkan buktinya. Mungkin lepas ni, anda akan nampak dengan lebih jelas POTENSI untuk buat duit dari program ni.

Fokus pada bahagian yang saya tandakan dengan kotak yang berwarna merah. Itu adalah kolum untuk Income ataupun pendapatan yang telah dihasilkan. Ini adalah pendapatan yang terhasil secara automatik dan pasif bagi tarikh 9 December 2016 hingga 17 December 2016.

 

Pada 10hb sampai 12hb, saya bercuti di kampung di Jitra. Pada waktu ini, memang saya tak ada masa dan tak sempat nak buat sebarang kerja-kerja online, dan sambungan internet juga kurang stabil. Tapi Alhamdulillah, masa ini income tetap jalan.

 

Kemudian dari 14hb sampai 16hb, sekali lagi saya terpaksa balik ke kampung. Ada urusan pengkebumian ahli keluarga yang baru sahaja meninggal dunia… dan seperti yang anda dapat lihat, pada waktu tu income dari Mobicow masih tetap berjalan.

 

Saya berpendapat, walaupun ia mungkin tidaklah begitu banyak (bagi sesetengah orang) namun ia sangatlah bermakna. Apapun, dari statistik diatas, saya pasti anda boleh nampak bahawa program ini ada peluang yang cerah untuk jadi pendapatan pasif untuk anda!

 

Hati-hati! Elakkan dari melakukan kesilapan yang sama yang saya telah lakukan sebelum ini…

Saya rasa semua sekali sekurang-kurangnya ada tiga kesilapan yang telah saya buat. Saya harap anda tak ulangi kesilapan yang saya dah lakukan sebelum ini. Nak tau apa kesilapan yang saya dah buat?

 

(1) Saya tak siarkan iklan Mobicow dari awal-awal lagi!

Ini bukannya kali pertama saya dengar tentang Mobicow. Saya dah dengar tentang Mobicow sejak beberapa tahun yang lepas. Waktu tu, memang dah ada beberapa orang kenalan yang memang dah berjaya buat duit dengan program ini.

 

Sayangnya waktu tu saya tak terus join Mobicow.

 

Iklan Mobicow hanya akan disiarkan kepada pembaca blog yang menggunakan peranti mobile untuk mengakses laman blog ini. Bagi mereka yang menggunakan laptop ataupun komputer, mereka tidak akan diganggu dengan iklan-iklan dari Mobicow.

 

Pada hari ini, pengguna internet yang menggunakan smartphone sebagai peranti sudah makin meningkat. Disebabkan paparan pada skrin mobile adalah berbeza berbanding paparan pada skrin komputer, maka mereka tidak akan nampak iklan-iklan yang dikhususkan untuk pengguna laptop. Kiranya siapa yang tidak mensasarkan pengguna smartphone, mereka rugi.

 

Ada banyak pelawat (trafik) tapi tak buat duit pula.

 

(2) Saya tidak begitu kerap menyiarkan artikel-artikel baru dalam blog ni

Bagi mendapatkan bilangan trafik yang cukup banyak, maka saya perlu sentiasa kemaskini blog-blog yang saya miliki. Apa yang saya nampak, lagi kerap blog tersebut dikemaskini, lagi banyak trafik yang akan saya perolehi. Jadi lepas ni, saya akan kemaskini blog dengan lebih kerap.

 

Lagipun dengan adanya Mobicow, pendapatan akan meningkat dengan bertambahnya trafik.

 

(3) Saya tersalah letak iklan Mobicow

Pada awal-awalnya, saya hampir-hampir putus asa dengan Mobicow. Saya rasa pendapatan yang boleh dihasilkan sangatlah sedikit dan tak berbaloi!

 

Kali pertama saya siarkan iklan dari Mobicow adalah pada 4 December 2016. Anda boleh lihat pada screenshot dibawah.

Saya hanya tersedar yang saya dah buat silap selepas 4 hari saya siarkan iklan dari Mobicow. Seperti yang anda boleh lihat, saya hanya berjaya hasilkan USD0.001 sahaja. Kemudian pada 7hb, saya langsung tak berjaya dapat sebarang income.

 

Kemudian saya tersedar satu perkara PENTING. Mungkin sebab saya tersalah pilih kedudukan masa letak iklan! dan rupa-rupanya memang betul. Saya salah letak iklan. Kemudian, untuk perbetulkan kesilapan ni, saya muat turun plugin Mobicow yang boleh diperolehi di member area. Ubah serba sedikit setting, akhirnya pada 8hb, barulah pendapatan dari Mobicow ni berjalan dengan baik hinggalah sekarang ni.

 

Pengajarannya ialah, jangan nak memandai-mandai. Ikut je cara yang dah diajar, dan In Shaa Allah anda pasti boleh buat duit seperti yang telah saya lalui sekarang ni. Sekiranya anda juga ingin siarkan iklan dari Mobicow seperti yang saya buat, sila elakkan daripada lakukan kesilapan yang sama yang telah saya lakukan. Rugi beberapa hari tanpa pendapatan.

 

Jom sertai Program Pengiklanan Mobicow untuk jana pendapatan pasif dari laman web anda…

Secara purata, (buat masa ni) salah satu laman web saya boleh menghasilkan pendapatan sebanyak USD0.44 sehari, iaitu bersamaan dengan lebih kurang RM1.97 (dengan andaian USD1 bersamaan dengan RM4.48) secara pasif. Namun, ada juga hari-hari tertentu yang pendapatan yang dihasilkan adalah lebih tinggi dari USD0.44

 

Saya pernah sebutkan dalam posting saya sebelum-sebelum ini, bahawa kos untuk memiliki sebuah laman web yang menggunakan nama domain dan hosting adalah lebih kurang 17 sen sahaja sehari. Ambil pakej my Silver X dari NetKL Network.

Dengan menyiarkan iklan dari Mobicow, saya masih lagi untung sebabnya, income Mobicow tolak dengan kos domain dan hosting, masih ada lagi baki RM1.80

RM1.97 (dari Mobicow) – RM0.17 (kos domain dan hosting) = RM1.80 

 

Apa yang boleh saya katakan, pendapatan yang bakal dihasilkan dari Mobicow sudah cukup untuk cover kos untuk memiliki laman web yang menggunakan nama domain dan hosting sendiri.

 

Saya tak tau sama ada program ini sesuai untuk anda. Jika anda juga adalah sama seperti saya, iaitu lebih gemarkan sesuatu yang hanya perlu pasang sekali dan tinggal, lalu pendapatan masuk sendiri, maka program pengiklanan Mobicow ini mungkin sesuai untuk anda.

 

Sekiranya anda masih lagi belum mempunyai akaun publisher bersama Mobicow, bolehlah buat pendaftaran disini. Selamat mencuba dan selamat menjana pendapatan dalam matawang USD.

 

Syarat untuk cash out juga tidak begitu sukar. Apabila sudah cukup USD5, anda akan menerima bayaran upah yang pertama.

 

 

Exit mobile version