Blog Sabree Hussin

Komisen Mobicow Mac 2017

Hasil buat duit dengan Mobicow bagi bulan Mac 2017 telah pun masuk ke akaun Paypal. Sepatutnya, semua yang pernah join program ini dan masih lagi menyiarkan iklan dari Mobicow telah menerima bayaran.

 

Cubalah semak emel masing-masing, dan pada masa yang sama, cuba juga semak akaun Paypal. Mungkin anda juga ada terima bayaran, cuma tak perasan atau tak sedar.

 

Ini bayaran yang saya terima bagi bulan Mac 2017.

Nampaknya ada kelemahan dari segi technical dan tactical yang saya gunakan untuk buat duit dengan program pengiklanan cap lembu ni. Sebenarnya, saya menjangkakan pendapatan saya akan makin naik, naik dan terus naik. Rupa-rupanya saya silap.

 

Buktinya? Itu ha… income dari Mobicow saya menurun jika nak bandingkan dengan pendapatan pada bulan-bulan yang terdahulu.

 

Baca juga artikel saya yang terdahulu.

Komisen Mobicow Januari 2017 – USD13.12

Komisen Mobicow Februari 2017USD20.45

Komisen Mobicow Mac 2017 – USD10.03

 

Komisen dari Mobicow paling tinggi pernah saya dapat adalah pada bulan Februari 2017. Saya betul-betul berharap komisen pada bulan Mac akan mencatatkan peningkatan, rupa-rupanya perkara yang sebaliknya pula yang berlaku.

 

Tak apa. Redha. Untuk bulan April 2017 nanti, harapnya boleh dapat lebih tinggi.

Macam mana nak buat duit dengan Mobicow? Susah ke tak?

Secara teorinya, nak buat duit dengan Mobicow ini sangat senang. Anda hanya perlu lakukan tiga langkah mudah.

  1. Layari laman web Mobicow menerusi pautan ini dan buat pendaftaran.
  2. Tunggu sehingga pendaftaran anda diterima. Seterusnya masukkan kod iklan dalam blog.
  3. Apabila jumlah terkumpul sudah melepasi USD5, anda akan dapat bayaran secara automatik ke akaun Paypal.

 

Senang, kan?

 

Memang senang. Apa yang lebih mencabar adalah pada faktor blog kita tu nanti. Bagi memperolehi pendapatan yang cukup lumayan, kita perlu pastikan blog yang kita gunakan untuk menyiarkan iklan dari Mobicow mestilah mempunyai bilangan trafik yang tinggi.

 

Kalau tak tau, macam mana nak tingkatkan trafik blog, kenalah belajar buat blog yang mampu untuk sedut trafik yang banyak dulu. Sumber trafik paling besar untuk blog ini, datangnya dari laman web search engine google.

 

Bagi mereka yang masih tak tau, macam mana nak sedut trafik yang banyak dari google, bolehlah baca perkongsian saya berjudul “Bagaimana cara guna Teknik Search Engine Optimization dalam pemasaran Blog

 

Harap-harap anda bolehlah dapat serba sedikit manfaat dari artikel tersebut. Kalau boleh, lepas dah baca tu, sudi-sudikanlah untuk tinggalkan komen pada artikel tersebut ya.

 

Supaya dengan ini saya boleh tahu, yang anda telah baca artikel tersebut.

 

Ada tak cara nak tingkatkan pendapatan dari Mobicow?

Memang ada. Salah satu cara yang saya percaya mampu untuk melonjakkan pendapatan dari Mobicow ini adalah dengan mempromosikan referral program yang dianjurkan oleh pihak Mobicow.

 

Ini dia referral link milik saya.

 

Sayangnya ia tak berfungsi pada waktu catatan ini saya tulis. Jika anda klik, ia akan membawa anda ke pautan ERROR.

 

Saya telahpun hubungi pihak Mobicow dan mereka juga telah sahkan pada saya yang pihak mereka sedang berusaha untuk memperbaiki masalah error tersebut.

 

Nampaknya kena tunggu lagi.

 

Kalau ikut pemerhatian saya, agak lama juga link tersebut tidak berfungsi, hinggakan saya menyangka pihak Mobicow ingin menghentikan program referral ini.

 

Apapun, jika anda masih belum join program ini, saya ingin ajak anda untuk join cepat. Siapa tahu, anda juga akan berjaya buat duit yang berkali ganda lebih banyak berbanding yang saya telah hasilkan sebelum ini.

 

 

Exit mobile version