Blog Sabree Hussin

Komisen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal May 2016

Bila saya lihat semula, perkongsian-perkongsian yang saya pernah muatkan dalam blog ni, rupanya selalu jugak saya bercerita tentang peluang perniagaan yang terdapat dalam bidang percetakkan. Bidang percetakkan ini berpotensi untuk menghasilkan pendapatan yang agak lumayan jika dijalankan dengan betul.

 

Pertama sekali, anda boleh jalankan perniagaan percetakkan ini secara online sahaja. Ini bermakna, anda boleh mulakan dan jalankan bisnes ini pada bila-bila masa. Kalau nak mulakan perniagaan atau bisnes printing ini sekarang juga tak ada masalah.

 

Kedua, bisnes printing ini boleh dimulakan dengan modal yang sangat rendah ataupun tanpa modal langsung. Macam mana nak jalankan bisnes printing tanpa keluar modal langsung? Caranya ialah dengan menjadi ejen. Konsepnya ala-ala buat duit dengan dropship gitu.

 

Ada banyak juga sebenarnya syarikat atau bisnes printing kat luar sana yang menawarkan peluang untuk orang biasa macam kita jadi ejen untuk syarikat mereka. Baik, saya nak bercerita tentang HARGA.

 

Tahukah anda, sekurang-kurangnya terdapat empat (4) struktur harga yang berbeza apabila melibatkan sebarang perniagaan, dan bisnes printing juga tak terkecuali, iaitu

Harga kos

Ini merujuk kepada harga yang perlu dibayar untuk menghasilkan produk yang siap. Sebagai contoh, jika anda ingin mencetak t-shirt. Setelah mengambil kira faktor-faktor seperti harga material, dakwat, tenaga elektrik, mesin dan sebagainya, anda mungkin akan dapati kos untuk menghasilkan sehelai t-shirt ialah RM15 sahaja. Ini contoh.

Walaubagaimanapun, adalah hampir mustahil untuk anda memperoleh harga ini, sekiranya anda tidak mempunyai peralatan anda sendiri.

 

Harga ejen

Mudahnya, harga ejen ini ialah harga kos + peratus keuntungan kepada pemilik perniagaan. Masih lagi lebih murah berbanding harga yang dijual di pasaran.

 

Harga pasaran

Ini merujuk kepada harga yang biasanya di tawarkan di kedai-kedai.

 

Harga borong

Murah sedikit berbanding harga pasaran. Selalunya kita hanya layak untuk mendapatkan harga borong kalau kita beli dalam kuantiti yang besar. Namun begitu, bergantung juga kepada di mana kita tempah sesuatu t-shirt tersebut. Sesetengah kedai tak dapat berikan harga diskaun atau harga borong walaupun kita beli banyak.

Sebab tu kita kena tau, kat mana nak cari supplier yang boleh berikan harga yang lebih menjimatkan.

 

Kenapa agaknya orang menceburkan diri dalam bidang percetakkan dan menjalankan bisnes printing? Adakah sebab mereka nak buat duit? Tak tentu jugak. Dari pemerhatian yang saya lakukan, ramai juga sebenarnya yang melibatkan diri dalam bisnes printing ni sebab mereka nak dapatkan harga yang murah untuk dapatkan barang-barang yang perlu melalui proses percetakkan terlebih dahulu.

 

Untuk anda yang berminat nak belajar selok belok perniagaan dalam bisnes printing ni, yang saya tahu, anda boleh belajar dari syarikat KNZ Creative Solution. Anda boleh dapatkan panduan yang mereka dah sediakan dan belajar dari panduan tersebut. Kalau kat tempat lain, mungkin ada juga panduan macam ni, tapi saya pun tak berapa pasti.

 

“Anda adalah PELANGGAN untuk perniagaan anda sendiri”

 

Cuba tanyakan pada diri anda sendiri. Adakah anda, atau perniagaan anda, sentiasa memerlukan produk-produk seperti fliers, brosur, banner, tshirt dan sebagainya? Jika jawapan anda adalah ya, maka anda memang digalakkan untuk belajar bagaimana selok belok perniagaan percetakkan ni di jalankan.

 

Paling penting ialah, anda boleh tahu, kat mana lubuknya untuk anda dapatkan lubuk supplier yang boleh berikan anda kos yang rendah, berbanding harga pasaran. Tak perlu risau jika anda masih belum ada sebarang pelanggan lagi, sebabnya “anda adalah pelanggan untuk perniagaan anda sendiri.”

 

Keuntungan anda adalah dalam bentuk penjimatan yang anda dapat nikmati. Lagi banyak atau lagi kerap anda dapatkan servis printing, maka akan lagi banyak penjimatan yang anda perolehi.

 

Untung, kan? Adakalanya, kita tak perlu nak buat bisnes atau menjual sesuatu untuk dapat keuntungan. Adakalanya, cukup dengan kita jimatkan perbelanjaan. Penjimatan itulah keuntungan anda.

 

Baiklah, ini bayaran komisen yang saya terima untuk bulan May 2016 ni. Komisen affiliate bisnes printing tanpa modal.

 

Syukur Alhamdulillah. Mudah-mudahan para pembeli yang dah beli panduan jalankan bisnes printing ini sebelum ni dapatlah manfaatkan panduan tersebut.

 

 

 

Exit mobile version