Blog Sabree Hussin

Keris Jutawan – Ilmu Jadi Jutawan Dengan Semangat KERIS

Bulan Julai 2014 dah hampir sampai ke penghujungnya.

Saya perasan, bulan ini, saya masih lagi belum invest untuk dapatkan ilmu-ilmu perniagaan dan pemasaran yang baru untuk diri saya sendiri.

Pening…

Saya cari-cari, bahan bacaan apa agaknya yang sesuai untuk saya beli, baca, dan hadam isi kandungannya.

Begitulah sifat ilmu.

Ilmu itu perlu dicari, bukannya ilmu itu yang mencari kita

Jujurnya, saya cukup muak dengan sikap sebilangan manusia, yang nak ilmu, nak jadi pandai, tapi pemalas dan kedekut.

Malas nak cari ilmu, dan kedekut pulak nak laburkan sedikit duit untuk dapatkan ilmu tu.

Hasil daripada pencarian tu, saya temui satu material pembelajaran, di laman web http://www.kerisjutawan.com

Saya tertarik.

Daripada apa yang saya baca pada laman web tersebut, jelas. Ada sesuatu yang pemilik produk ini tahu, yang saya tak tahu. Buktinya, pada pencapaian dan pendapatan saya dalam bidang pemasaran dan perniagaan online ini.

Kalau beliau dengan mudah boleh capai pendapatan 4 – 5 angka secara online, buat kerja-kerja freelance pulak tu, bermakna, ada sesuatu yang beliau tahu, yang berbaloi untuk saya belajar.

Kalau nak harapkan saya perlu berjumpa sendiri dengan pemilik produk ini, dan belajar face to face, mungkin saya perlu sediakan ribuan ringgit.

Untuk masa beliau yang saya ‘pinjam’ untuk belajar, dan juga kos untuk travel ke tempat beliau berada sekarang. Saya difahamkan, penulis ebook ini tidak tinggal di Malaysia.

Walaupun beliau adalah orang Melayu, namun beliau adalah usahawan dan affiliate marketer global. Orang baru macam saya, memang tak kenal beliau.

Tak apa. Mungkin, menerusi ebook ini, satu masa nanti saya akan dapat peluang untuk berkenal-kenalan dengan beliau.

Setahu saya, produk keris jutawan ini bukannya produk baru.

Mungkin, dari segi marketing, ia masih lagi kurang dipasarkan secara meluas, buatkan ramai orang tak tau.

Ataupun, mungkin ramai yang kali pertama baca laman web ini, mereka salah anggap.

Nama KERIS JUTAWAN itu sendiri… silap-silap ada yang beranggapan, pemilik laman web ini mengajar macam mana nak jadi jutawan dengan menjadi saudagar keris.

Istilah KERIS itu sendiri adalah satu konsep yang membawa makna tersendiri.

K – Key player of our business

E – Engagement among key players in our business

R – Return of Investment Report

I – Improvement of current marketing strategies

S – Successful Result

Itulah sebabnya ia dinamakan dengan istilah KERIS.

Adakah dengan mengikuti panduan Keris Jutawan ini, anda akan jadi jutawan?

Senyum.

Itu bergantung pada, apa langkah seterusnya yang bakal anda ambil setelah anda muat turun dan baca panduan Keris Jutawan ini.

Adakah anda praktikkan dan ikuti setiap langkah demi langkah tanpa buat silap?

Atau adakah anda terus simpan, dan abaikan seperti mana panduan-panduan lain yang anda pernah beli dan simpan sebelum ini.

Saya rasalah kan… kalau diberi peluang, untuk saya semak, produk-produk, panduan-panduan yang anda pernah dapatkan sebelum ini, pasti hampir setiap produk mengajar anda macam mana nak jadi jutawan.

Dengan syarat, anda sanggup untuk ikuti panduan yang dinyatakan.

Bukannya simpan, dan abaikan.

Ada juga yang cuma semangat nak beli keris jutawan, mungkin sebab harganya yang amat “murah”, lalu segera dibeli kerana takut harganya dinaikkan.

Sayangnya selepas beli, jangankan baca, download pun tidak.

Ya.

Pengalaman saya jual produk ebook, memang wujud pelanggan macam ni.

Beli, tapi tak download.

Download, tapi tak baca.

Saya melihat, panduan Keris Jutawan ini juga tak jauh bezanya.

Sesetengah topik atau bab yang dibincangkan, memang adalah perkara-perkara yang memang saya sedang buat. Jadi, tak salah rasanya, kalau saya kata, ada beberapa perkara, yang sememangnya saya dah on track untuk berpeluang menjadi jutawan.

Baiklah, saya nak sambung baca panduan keris jutawan ini.

Saya akan cerita lebih lanjut tentang panduan ini, sedikit demi sedikit, itupun kalau saya ada masa. (nak menulis)

Kalau anda juga berminat nak baca tentang Keris Jutawan ini, anda boleh muat turun panduan keris jutawan itu di laman web ini.

 

 

Exit mobile version