Blog Sabree Hussin

Kalau cuma ada semangat boleh berjaya ke?

Kalau cuma berbekalkan SEMANGAT semata-mata, boleh ke buat bisnes dengan jayanya? Ianya tak mustahil, namun ia bukannya sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

 

Saya pernah nampak, orang yang hanya berbekalkan semangat semata-mata, mampu untuk melakukan banyak perkara-perkara yang hebat. Pencapaian mereka sungguh mengkagumkan, walaupun dalam proses untuk mencapai kejayaan tersebut, ada banyak kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Namun, berbekalkan semangat yang kuat, yang tidak mudah mengenal erti putus asa, dia teruskan jugak sampailah kejayaan berada dalam genggaman.

 

Saya berpeluang untuk lihat sendiri perkara ni apabila saya sertai bisnes Tone Excel. Saya lihat ramai betul ahli-ahli Tone Excel yang baru, yang penuh dengan semangat ketika mereka buat kerja-kerja pemasaran. Mereka dengan penuh semangat, terus menerus buat promosi walaupun mereka lebih kerap kena reject daripada berjaya dapat pelanggan.

Orang yang tak kuat semangat, baru kena reject sikit dah give up. Terus nak cari bisnes lain. Dengan mudah dia akan terasa apa yang dia buat selama ini adalah benda bodoh semata-mata. Taubat dah tak nak buat lagi.

 

Saya juga biasa nampak orang yang penuh dengan ilmu di dada, tapi tak ada semangat langsung. Orang begini memang RAMAI. Dia tau, sesuatu benda tu memang boleh buat duit, tapi dia tak buat. Tak ada semangat. Contohnya, dia tau kalau dia join sebagai affiliate Lazada, dia boleh jana komisen affiliate yang lumayan setiap bulan, tapi dia tak bertindak.

 

Orang yang tak ada semangat ni, benda yang mudah dan senang-senang pun akan terasa susah. Ada-ada je alasan yang akan keluar dari mulutnya untuk mengelak daripada perlu bertindak. Sebabnya? Dia memang tak nak buat. Dia tak ada semangat nak buat.

 

Kat mana kita nak cari semangat yang hilang? Adakah semangat ni ada dijual kat mana-mana, dan boleh ke kita naikkan semangat kita macam kita makan vitamin atau makan makanan tambahan shaklee misalnya?

 

Pergi seminar atau beli buku. Seminar adalah satu tempat yang baik untuk recharge semula semangat yang hilang. Kat seminar, bukan semata-mata tempat untuk menimba ilmu. Hakikatnya, orang yang datang seminar, kebanyakkan adalah orang-orang yang memang dah ada ilmu dan memang dah tau apa yang bakal diajarkan.

 

Sebaliknya apa yang mereka kurang pada waktu tersebut adalah semangat. Semangat untuk terus berjalan. Semangat untuk terus perjuangkan apa yang mereka percayai selama ini. Mereka perlukan semangat untuk kembalikan kepercayaan terhadap diri mereka sendiri bahawa apa yang mereka lakukan selama ini adalah yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Itu gunanya seminar.

 

Walaupun begitu, bukan semua orang mampu untuk datang ke seminar. Tak ada masalah. Sebabnya? Masih ada lagi alternatif untuk anda caj semula semangat yang hilang dengan cara banyakkan membaca buku-buku motivasi. Anda tak tau kat mana nak dapatkan buku-buku motivasi?

 

Mudah sahaja, boleh dapatkan sama ada di laman web Bookcafe ataupun anda juga boleh tempah di laman web Borders.

 

Berbalik kepada persoalan yang mula-mula tadi. Ya, kalau hanya dengan berbekalkan semangat semata-mata, mungkin kita tak akan betul-betul boleh berjaya. Tapi, itu masih lebih baik berbanding ada ilmu tapi tak ada semangat.

 

Saya pernah berada dalam situasi tersebut. Ada ilmu, tapi semangat tak ada. Memang cukup sukar nak lakukan sebarang tindakan. Kalau ada kedua-duanya, (ilmu dan semangat) ianya adalah suatu bonus. Namun, kalau cuma ada semangat, cuba jangan bunuh semangat tu. Sebaliknya tambahkan ilmu supaya semangat tersebut dapat bawa kita ke destinasi yang sepatutnya.

 

 

Exit mobile version