Blog Sabree Hussin

Kelebihan menggunakan blog untuk pemasaran bisnes anda

Anda dah ada blog untuk mempromosikan bisnes anda?

 

Eh perlu ke ada blog? Tak cukup ke kalau guna media sosial? Banyak sangat nak kena jaga ni. Facebook la, Instagram la, twitter lagi… jadi, perlu ke saya nak tambahkan blog sebagai medium untuk buat pemasaran?

Jawapannya terpulang pada anda.

 

Mempunyai blog untuk bisnes bukanlah semudah sewa domain dan hosting, memasang sistem wordpress dalan lepas tu tinggal. Nope.

 

Jika anda buat keputusan untuk ada blog bagi tujuan bisnes, bermakna anda telah menambah komitmen dan anda perlu komited untuk membangunkan blog tersebut. Bermula dari saat itu, anda kena fikir hal-hal seperti menghasilkan konten, update blog secara berkala, memastikan blog anda ada trafik dan banyak lagi.

 

Saya percaya, ketika anda buat keputusan untuk jadi usahawan, anda tidak pernah merancang untuk jadi blogger. Jika tersilap percaturan, fokus anda mungkin akan terganggu.

 

Sepatutnya anda fokus untuk mengembangkan perniagaan dan memberi khidmat terbaik kepada pelanggan, tapi disebabkan anda ingin ada blog untuk bisnes, anda lebih sibuk dengan hal-hal pembangunan laman web dan blog.

 

Walaupun begitu, blogging untuk bisnes jika dilakukan dengan betul dapat memberi banyak manfaat dan kelebihan untuk anda. Disini saya kongsikan beberapa kelebihan yang bakal anda perolehi apabila anda membangunkan blog untuk bisnes anda.

 

Jom kita lihat satu per satu.

 

(1) Kawalan penuh terhadap kandungan laman web anda

Selagi mana kita masih bergantung kepada platform percuma yang disediakan oleh pihak ketiga, sama ada facebook, instagram, twitter, Lazada, Shopee dan sebagainya… selagi itu kita perlu ikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh mereka.

 

Pada satu hari saya cuba untuk upload video lagu di Facebook. Video tersebut saya perolehi di laman web Youtube. Apa yang berlaku ialah Facebook tidak membenarkan saya untuk upload video tersebut kerana ada isu berkaitan dengan hak cipta (copyright).

 

Tapi Facebook tak ada masalah untuk benarkan saya share link sahaja.

 

Ok apa yang saya cuba sampaikan ialah, terdapat sekatan dan peraturan yang perlu kita ikuti selagi mana kita bergantung kepada laman web milik orang lain.

 

Ini berbeza apabila kita gunakan laman blog milik kita sendiri. Kita bebas untuk upload apa sahaja. Kita bebas untuk menulis apa topik sekalipun.

 

Tiada istilah kena block, kena report atau disekat untuk buat posting. Sudah tentu, kalau anda melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang, anda perlu bertanggungjawab di kemudian hari.

 

Saya bukanlah nak menggalakkan anda melanggar peraturan atau melakukan kesalahan. Apa yang saya cuba sampaikan ialah, dari segi kawalan anda mempunyai kuasa penuh untuk buat apa sahaja pada laman web milik anda.

 

(2) Artikel dan konten yang anda siarkan lebih kerap dibaca

Artikel yang anda siarkan di laman blog kebiasaannya akan disenaraikan di laman web carian google untuk kata kunci tertentu.

 

Saya pernah menulis sebuah artikel promosi untuk seorang pelanggan saya yang menjalankan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah.

Artikel yang saya maksudkan adalah artikel yang saya tandakan dengan kotak berwarna merah. Walaupun artikel ini kejap berada di page pertama, dan kadang-kadang masuk ke page kedua, namun apa yang saya perhatikan sampai ke hari ini artikel tersebut masih menerima pelawat.

 

Pelawat yang membaca artikel tersebut lazimnya adalah mereka yang merancang untuk pergi bercuti ke Sabah dan masih belum buat keputusan nak sewa kereta dari syarikat mana.

 

Artikel tersebut disiarkan pada bulan Januari 2018 dan hingga kini ia masih lagi dibaca oleh para pengguna laman web google.

 

(3) Dapatkan pelanggan baru melalui blog 

Dari masa ke masa, pelanggan saya ini akan update kepada saya yang dia berjaya dapat pelanggan melalui artikel blog yang saya siarkan.

 

Penulisan di blog, jika dibuat dengan betul, kesan positif yang bakal kita perolehi akan berterusan sepanjang hayat. Selagi mana blog dan artikel tersebut masih wujud, selagi itu peluang untuk dapatkan pelanggan baru akan tetap ada.

 

Artikel blog juga mempunyai jangka hayat yang panjang. Bagi artikel yang dah berjaya masuk ke halaman pertama google, ia akan terus menyumbangkan trafik kepada pemilik laman web.

 

Konsep jangka hayat ini agak berbeza, kalau nak bandingkan dengan artikel yang kita siarkan di media sosial, terutama sekali facebook.

 

Artikel di facebook hanya akan keluar di newsfeed kita untuk beberapa minit atau beberapa jam sahaja. Selepas itu, artikel tersebut agak sukar dicari, kerana facebook tidak mempunyai fungsi arkib.

 

Kalau artikel blog, kita dengan mudah boleh cari semula artikel lama melalui halaman arkib seperti ini ataupun kita buat sahaja carian di google mengikut kata kunci yang relevan dengan artikel blog tersebut.

 

(4) Anda boleh jadikan blog anda sebagai sumber rujukan 

Zaman sekarang ini masih ada lagi ke orang yang beli dan baca majalah?

 

Sudah tentu masih ada, cuma ia mungkin sudah tak begitu banyak kalau nak bandingkan dengan satu ketika dulu. Sekarang ini, kalau nak cari maklumat lebih mudah untuk kita google sahaja.

 

Pada era digital kini, tingkah laku manusia telah banyak berubah. Oleh kerana dewasa ini, manusia lebih banyak bergantung kepada maklumat yang disiarkan di halaman google dan laman-laman web yang ada diluar sana, apa kata anda manfaatkan perkara ini untuk kegunaan bisnes anda.

 

Anda wujudkan sebuah laman web bagi memberi ilmu kepada bakal pelanggan anda. Jadikan diri anda, (melalui blog anda) sebagai tempat rujukan bakal pelanggan.

 

Orang yang buat bisnes workshop, patut ada laman web sendiri. Ceritalah tentang

 

Ataupun orang yang menjalankan bisnes pusat tuisyen, ataupun personal tutor.

 

Kalau orang yang menjalankan bisnes berkaitan dengan percutian, sama ada yang menjual pakej percutian, perkhidmatan kereta sewa ataupun yang menjalankan bisnes homestay… Anda juga patut mempunyai blog sendiri dan kongsikan perkara-perkara seperti

 

Apabila blog anda menjadi pusat sehenti (one stop centre) untuk para pengguna dan pelawat internet, pada masa ini anda akan dapat pelanggan secara automatik walaupun anda sudah agak jarang menghasilkan konten yang baru.

 

“Bukankah semua ini boleh dilakukan walaupun kita cuma guna media sosial?”

Ya memang betul. Guna FB sahaja pun boleh. Cuma kalau bergantung kepada media sosial semata, anda tak dapat nak rasai kesan Search Engine Optimization (SEO) untuk jangka masa panjang yang dapat menyumbangkan pelanggan secara percuma kepada anda.

 

(5) Gunakan blog bagi menerangkan kepada pelanggan apa sebenarnya bisnes yang anda jalankan

Apa sebenarnya bisnes yang anda jalankan?

 

Adakah anda menjual produk ataupun sebenarnya menjual perkhidmatan? Atau adakah anda menjual kedua-duanya sekali? 

 

Bisnes yang berkaitan dengan perkhidmatan, selalunya memerlukan penerangan yang lebih terperinci sebelum pelanggan bersedia untuk memberikan komitmen dan mendapatkan khidmat dari anda.

 

Contohnya kalau anda bergiat dalam bisnes jenis konsultasi. Dalam bisnes jenis konsultasi, apakah sebenarnya yang dibeli oleh pelanggan?

 

Adakah pelanggan sekadar membeli nasihat, kepakaran dan pengalaman anda? Saya rasa bukan itu. Pelanggan mahukan

 

Itu sebab saya kata, sesetengah bisnes memang perlukan penerangan yang lebih, kemudian barulah pelanggan akan berminat untuk ambil servis dari kita.

 

Berbeza dengan bisnes menjual produk. Kita tunjukkan kepada pelanggan, apa produknya, apa kelebihannya dan dari situ pelanggan boleh buat keputusan sama ada nak beli ataupun tidak.

 

Proses menjual perkhidmatan sedikit rumit kalau nak bandingkan dengan jual produk fizikal. Anda perlu berikan penerangan yang lebih berbanding jual produk fizikal. Gunakan medium blog untuk buat penerangan yang terperinci, dan dalam penerangan tu nanti bolehlah anda masukkan gambar-gambar dan juga video untuk menguatkan lagi hujah anda.

 

(6) Dapatkan trafik secara percuma melalui Search Engine Optimization (SEO)

Cuba tanyakan pada diri anda.

 

Sampai bila anda nak bergantung kepada teknik pemasaran berbayar untuk kerja-kerja pemasaran? Sedangkan anda boleh dapat pelanggan secara percuma melalui teknik pemasaran Search Engine Optimization (SEO).

 

Kaedah pemasaran melalui iklan berbayar Google Adwords, Facebook Ads dan Instagram Ads memang seronok, kerana kita boleh nampak hasilnya dalam masa yang singkat. Tapi apa yang tak seronok adalah kita kena bayar untuk perkhidmatan iklan tersebut.

 

Saya berpendapat untuk mengimbangkan kos pemasaran, perlu juga dilakukan kaedah pengiklanan percuma, supaya pada satu hari nanti, anda masih boleh dapat jualan walaupun tak buat iklan berbayar.

 

Ataupun boleh juga gunakan pendapatan dari pemasaran percuma bagi menampung kos iklan berbayar. Jadi tak adalah rasa berat sangat untuk bayar kos pengiklanan.

 

(7) Berikan ilmu dan pendidikan yang betul untuk pelanggan anda

Apabila ada terlalu banyak info yang dikongsikan di internet, kadang-kadang kita sendiri jadi bingung dan tak tahu mana satu yang fakta dan mana satu yang auta semata-mata.

 

Jadi, bagi orang yang terlibat secara aktif dalam sesebuah industri anda pastinya mempunyai kepakaran dan ilmu yang lebih baik berbanding orang luar. Kongsikan kepakaran anda kepada bakal pelanggan.

 

Bantulah bakal pelanggan untuk buat keputusan dan penilaian, berdasarkan kepakaran, ilmu dan pengalaman yang anda miliki. Andai kata anda adalah seorang penjual kamera secara online dan biasa menggunakan pelbagai jenis kamera. Anda pasti mampu untuk beri nasihat yang berguna tentang cara untuk memilih kamera yang terbaik mengikut keperluan pengguna tersebut.

 

(8) Menjawab persoalan yang selalu ditanyakan oleh pelanggan

Kalau anda tak tahu nak tulis apa dalam blog anda, saya syorkan anda ingat balik apa soalan-soalan yang sering ditanyakan (FAQ) oleh pelanggan anda.

 

Anda mungkin akan dapati, kebanyakkan soalan yang ditanya tu adalah soalan yang sama atau lebih kurang sama. Pelanggan yang berbeza tapi mempunyai pertanyaan dan soalan yang sama.

 

Walaupun kita tak boleh nak expect yang pelanggan kita tu akan baca setiap posting dalam blog kita, tapi kerja kita untuk memberikan penerangan kepada pelanggan kita akan jadi lagi mudah bila ada blog.

 

Setiap kali muncul soalan yang sama, anda tak perlu susah payah nak buat explanation, sebaliknya anda hanya perlu berikan link artikel blog anda untuk pelanggan tersebut baca. Dekat sini anda dah berjaya jimatkan banyak masa.

 

(9) Guna semula artikel dan konten dalam blog anda dalam bentuk lain

Saya pernah guna semula artikel-artikel yang pernah saya tulis dalam blog ini, untuk dijadikan sebuah ebook. Ini salah satu ebook yang pernah saya hasilkan.

Ebook ini menghimpunkan tips, teknik dan strategi yang saya pernah gunakan bagi tujuan meraih komisen dalam pemasaran affiliate. Sebahagian konten dalam ebook tersebut pada asalnya adalah artikel yang saya pernah tulis dan siarkan dalam blog ini.

 

Bila saya tulis semula artikel tersebut dalam bentuk ebook, saya jual ebook tersebut dan buat duit dengan ebook.

 

Ideanya ialah, kita guna semula artikel lama dalam blog kita dan jadikan satu produk yang baru. Kalau anda tak berapa suka nak buat ebook, boleh jadikan artikel dalam blog kita tu nanti sebagai konten untuk teks ucapan, program latihan dan lain-lain.

 

(10) Dapatkan kepercayaan bakal pelanggan atau target market

Apakah yang membezakan antara perniagaan yang anda jalankan berbanding dengan pesaing anda? 

 

Biar saya jawab. Sebagai pelanggan, saya nak tahu

 

Ramai orang yang suka harga yang murah. Saya juga begitu. Namun, saya tak ada masalah untuk bayar lebih mahal berbanding dengan pesaing anda, asalkan perkhidmatan yang anda tawarkan memang first class!

 

Kalau nak murah, laman web Shopee ada terlalu banyak penjual yang mampu berikan harga murah untuk pelbagai jenis produk dan perkhidmatan.

Namun, apalah gunanya, bayar murah tapi kesudahannya saya tak puas hati, saya pening kepala, saya kena menunggu lama, dan saya rasa tertipu. Itu semua adalah mimpi ngeri bagi seorang pelanggan.

 

Sebagai pelanggan, apabila kita berurusan dengan penyedia perkhidmatan secara online, kita memang tak akan tahu hal-hal seperti adakah peniaga tersebut boleh dipercayai, mampukah mereka berikan perkhidmatan yang bagus dan adakah peniaga tersebut tidak menipu tentang tawaran yang dia berikan.

 

Akan tetapi, kalau anda selaku peniaga, sanggup untuk luangkan masa menyediakan laman blog dengan konten yang berkaitan dengan perniagaan yang anda jalankan, pembaca akan rasa lebih yakin untuk memilih anda dan berurusan dengan anda.

 

Apabila kepercayaan itu telah terbina, maka peluang untuk dapatkan lebih ramai pelanggan juga akan lebih terbuka.

 

(11) Blog dapat memberikan signal bahawa perniagaan anda masih wujud

Salah satu cara bagi pelanggan untuk tahu sama ada bisnes anda masih wujud ataupun tidak adalah dengan merujuk kepada laman blog anda.

 

Kalau bisnes anda mempunyai laman media sosial, dari situ pelanggan anda juga boleh mengetahui yang bisnes anda masih lagi wujud.

 

(12) Gunakan blog untuk buat jualan

Ini yang saya sendiri praktikkan.

 

Kebanyakkan jualan yang saya hasilkan, saya dapatkan menggunakan blog. Sesekali saya akan gunakan juga media sosial, itupun agak jarang.

Apabila menulis di blog, anda boleh tulis artikel panjang-panjang dan boleh minta pelanggan anda untuk terus buat pembelian. Jika blog anda dilengkapi dengan sistem ecommerce, anda boleh proses pembayaran yang dilakukan oleh pelanggan anda hanya melalui blog.

 

(13) Dapatkan maklumat bakal pelanggan seperti nama, emel dan nombor telefon melalui blog

Awal-awal tadi saya ada sebutkan poin tentang search engine optimization dan juga ranking artikel di laman web carian google.

 

Apabila artikel blog telah masuk ke halaman carian google, pada masa ini anda akan memperolehi pelawat secara percuma walaupun tak buat sebarang kerja-kerja pemasaran secara aktif.

 

Pelawat yang datang sendiri ke laman blog anda ini sebenarnya sangat berharga, dan sebaik-baiknya janganlah disia-siakan.

 

Tawarkan free gift kepada mereka, sama ada kupon diskaun, akaun percubaan, sampel percuma dan sebagainya. Sebagai ganti, anda minta mereka berikan nama, alamat emel ataupun nombor telefon.

 

Setelah anda memperolehi maklumat tersebut, anda boleh buat follow up dari masa ke masa, dan dari proses follow up yang anda lakukan, tak mustahil kalau ada yang berminat untuk jadi pelanggan anda.

 

(14) Buat kajian pasaran melalui blog

Kebanyakkan sistem blog, sama ada yang dibangunkan menggunakan platform blogspot ataupun wordpress menyediakan maklumat statistik yang kita boleh jadikan rujukan.

 

Statistik yang dibekalkan menggambarkan aktiviti yang berlaku di laman blog milik kita. Kita boleh dapatkan maklumat seperti

 

Maklumat-maklumat ini sangat berharga untuk bantu kita buat keputusan sama ada pasaran yang cuba kita tembusi itu sebenarnya menguntungkan atau sebaliknya.

 

(15) Kongsikan misi, visi dan semangat anda melalui blog

Misi dan visi syarikat kerap kali hanya dijadikan perhiasan didinding dan mencantikkan buku laporan kewangan sahaja.

 

Saya berpandangan, seharusnya misi dan visi diterjemahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang kita semua boleh nampak.

 

Visi syarikat penerbangan tambang murah Air Asia adalah

To be the largest low cost airline in Asia and serving the 3 billion people who are currently underserved with poor connectivity and high fares.

 

Ia bukan setakat kosmetik, tetapi memang betul-betul diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Saya pasti diluar sana, selain saya dah ramai yang pernah dapatkan tiket penerbangan zero fare (tambang RM0) dari Air Asia.

 

Perkara-perkara ini, yang melibatkan visi dan misi syarikat anda perlu diketahui oleh pelanggan sasaran anda. Syarikat besar seperti Air Asia sudah mempunyai liputan yang meluas, dan banyak agensi berita dan media yang akan menulis tentang syarikat mereka.

 

Namun, bagi bisnes kecil atau bersaiz sederhana, adakalanya tak ada siapa yang nak menulis tentang bisnes anda.

 

Kalau begini keadaannya, bermakna anda perlu lakukan sesuatu. Kalau pada peringkat permulaan ini, tiada siapa yang nak menulis tentang bisnes yang anda jalankan, anda kena mulakan dulu. Anda sendiri yang perlu tulis tentang bisnes anda.

 

Sekiranya anda masih tercari-cari platform yang sesuai untuk menulis tentang bisnes anda, saya sangat mengesyorkan anda menulis di blog.

 

Anda tak ada masa nak menulis blog?

Sebenarnya ini bukanlah satu penamat untuk bisnes anda.

 

Saya faham, orang yang buat bisnes memang tak ada masa untuk tulis blog.

Begitu juga penulis blog. Oleh sebab dia terlalu sibuk dengan blog miliknya, dia tak ada masa nak buat bisnes.

 

Andai kata anda tak ada masa nak buat blog dan tulis blog, anda sebenarnya boleh outsource sahaja kerja-kerja ini kepada orang yang memang ada kepakaran.

 

Saya sendiri telah bergiat aktif menulis tentang bisnes milik pelanggan saya sejak dari tahun 2010 lagi. Jika anda mahu saya menulis tentang bisnes anda, bolehlah rujuk halaman ini untuk dapatkan info lebih lanjut.

 

Jika anda merasakan agak sukar untuk wujudkan blog sendiri bagi bisnes anda, bolehlah bekerjasama dengan penulis blog yang memang aktif menulis untuk bantu promosikan bisnes anda.

 

 

Exit mobile version