Blog Sabree Hussin

15 Kelebihan bisnes berkonsepkan Affiliate Marketing yang tak terdapat pada bisnes lain

Saya nak sambung sedikit perbincangan terdahulu mengenai topik buat duit dengan program affiliate. Kali ini saya nak sentuh mengenai kelebihan yang terdapat pada program affiliate yang mungkin tak tak terdapat pada model bisnes yang lain.

 

Anda mungkin masih belum yakin untuk mula ceburkan diri dalam bidang ini. Jadi perbincangan kali ini saya nak highlight mengenai kelebihan yang ada pada bisnes yang dibina berkonsepkan affiliate marketing.

 

Ada orang anggap affiliate marketing hanyalah satu kaedah untuk buat duit online. Pada saya pula, affiliate marketing ini adalah suatu bisnes. Apabila dibuat dengan mindset yang betul, income yang terhasil mampu untuk memberikan kita kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

 

Jadi tanpa membuang lebih banyak masa, ini dia kelebihan yang terdapat pada bisnes berkonsepkan pemasaran affiliate.

 

1. Disini terdapat peluang bisnes yang sangat menguntungkan

Perniagaan yang bernilai jutaan ringgit turut menawarkan program affiliate. Kenapa agaknya ya?

 

Kita tengok perniagaan yang dimiliki oleh Lazada dan juga Shopee. Laman web mereka (dan juga applikasi mobile) menerima kunjungan dari pengguna sebanyak puluhan juta kunjungan dalam masa sebulan. Orang yang sama mungkin mengunjungi laman web mereka berulang kali dalam masa satu bulan.

 

Tak perlu cerita untuk tempoh sebulan, saya rasa anda mesti kenal seseorang yang suka sangat tengok-tengok barang di Shopee tanpa mengira waktu. Mungkin dalam masa satu hari, ada dua atau tiga kali dia akan buka apps shopee dan mula buat window shopping.

 

Biasanya individu yang suka sangat buka shopee ni mungkin sebab dia ada terbaca review, ataupun posting dari kawan-kawan FB yang rekemen untuk beli barang itu barang ini. Begitulah besarnya pengaruh media sosial terhadap laman web online shopping seperti ini.

 

Sebelum ini anda mungkin tak menyangka, yang sebenarnya posting dari rakan anda itu sebenarnya adalah posting yang mempromosikan link affiliate!

Syarikat ecommerce seperti Lazada dan Shopee ini sudah popular dan mempunyai reputasi yang baik, namun masih tetap tawarkan program affiliate. Adakah sebab ejen affiliate merupakan antara penyumbang kepada jualan jutaan ringgit yang terhasil? Boleh jadi juga.

 

Pihak syarikat yang offer program affiliate sebenarnya tak rugi apa-apa. Mereka hanya perlu bayar komisen kepada affiliate hanya apabila ada jualan terhasil. Kalau tak ada jualan terhasil, mereka masih dapat benefit melalui free marketing yang dilakukan oleh pihak ejen.

 

Sedangkan kalau tanpa affiliate, syarikat perlu bayar sejumlah kos untuk tujuan pemasaran. So its a free marketing dan hanya perlu bayar bila ada jualan. Itu dipihak penganjur program.

 

Bagi kita selaku ejen, kita boleh tumpang reputasi, jenama dan nama baik yang telah dimiliki oleh syarikat untuk buat duit. Ok, mana satu anda lebih yakin.

 

Beli dari laman web Lazada.com.my atau beli dari laman web WaTaraTipuLaAnjirrrr.com.my?

 

2. Peluang perniagaan yang memerlukan kos permulaan yang rendah

Pernah tak anda ditawarkan untuk menyertai suatu peluang perniagaan? Saya rasa pasti jawapan anda pernah.

 

Anda telah pun mengikuti sesi pembentangan mengenai bisnes yang bakal dilakukan. Anda dengar dengan penuh minat dan mula ambil perhatian mengenai risiko, peluang, strategi dan teknik-teknik yang bakal digunakan bagi menjalankan bisnes tersebut.

Kini tibalah masanya untuk anda lancarkan bisnes tersebut. The moment of truth! Muncul pula persoalan yang perlu dijawab oleh setiap bakal usahawan. Berapakah modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes tersebut?

 

Terdapat banyak idea bisnes yang hanya kekal diatas kertas disebabkan oleh pemilik idea tersebut tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk memulakan bisnes tersebut. Berbeza dengan perniagaan berkonsepkan affiliate marketing.

 

Anda boleh mula ceburkan diri dalam bidang ini, tak kira berapa modal yang anda miliki sekarang.

 

Anda langsung tak ada duit? Tak ada masalah. Sebabnya anda boleh mula join program affiliate tanpa sebarang yuran dan boleh terus mula melakukan kerja pemasaran tanpa perlu keluarkan sebarang kos.

 

Bagaimana caranya? Anda ada akaun Facebook? Ada akaun twitter? Ada whatsapp? Ada wechat? Ya, semua ini anda boleh gunakan untuk tujuan kerja-kerja promosi (atau pemasaran). Tak perlu ada modal langsung pun tak ada masalah.

 

Namun begitu, jika anda ada bajet, gunakan bajet tersebut bagi tujuan pemasaran. Duit tersebut boleh digunakan bagi tujuan berikut

 

1. Membuat langganan pakej domain dan hosting bagi tujuan membina laman web promosi

Laman web promosi yang saya syorkan adalah laman web berkonsepkan blog. Ya, ianya sama seperti yang anda sedang baca sekarang ini. Laman web saya ini adalah sebuah blog.

 

Untuk membina sebuah blog, saya syorkan anda mendapatkan domain dan hosting terlebih dahulu. Saya menggunakan khidmat hosting dari laman web Net KL Network.

Saya telah mula menggunakan khidmat dari syarikat ini sejak dari tahun 2009 lagi tanpa sebarang masalah. Justeru, saya tak rasa ada keperluan untuk saya bertukar kepada syarikat hosting yang lain.

 

Namun sekiranya anda mahu menggunakan khidmat dari syarikat hosting yang lain juga tiada sebarang masalah. Gunakanlah servis dari mana-mana syarikat yang anda rasa selesa.

 

Waktu saya mula bina blog dulu, kos langganan untuk domain dan hosting hanyalah RM60 sahaja setahun. Tapi pada hari ini, kos tersebut telah meningkat. Saya cadangkan untuk anda lihat ke laman web mereka untuk mengetahui harga terkini yang mereka tawarkan.

 

Anda boleh pilih pakej hosting yang menawarkan free domain, ataupun langgan pakej domain dan hosting secara berasingan.

 

2. Melanggan perkhidmatan sistem autoresponder

Sistem autoresponder diperlukan sekiranya anda menggunakan kaedah pemasaran emel dalam kempen pemasaran affiliate anda. Fungsi sistem autoresponder ini adalah untuk menyimpan nama dan alamat emel prospek anda dalam satu sistem database.

 

Fungsi lain sistem autoresponder adalah untuk menghantar email secara pukal kepada semua subscriber anda, tanpa perlu risau email tersebut akan masuk ke dalam spam folder.

 

3. Membuat iklan berbayar sama ada di Google (google adwords) mahupun FB Ads

Ini merupakan cara pantas untuk anda dapatkan trafik bagi mendapatkan jualan untuk produk atau servis yang anda promosikan. Namun awas, jika anda tak mahir menggunakan teknik iklan berbayar seperti ini, anda mungkin akan habis banyak duit untuk pengiklanan namun tiada sebarang jualan terhasil.

 

4. Mendapatkan khidmat penulisan advertorial dari penulis blog

Saya kelompokkan kaedah iklan ini sebagai kaedah iklan berbayar sebabnya dalam kaedah ini anda akan menghubungi mana-mana penulis blog yang anda rasakan sesuai untuk menyiarkan artikel promosi untuk produk affiliate yang bakal anda promosikan.

 

Kaedah ini lebih kurang sama dengan kaedah membuat pemasaran menggunakan blog cuma bezanya kita akan menyiarkan artikel promosi di blog milik blogger yang sudah dikenali atau well establish. Anggap ini sebagai satu short cut.

 

Kaedah pengiklanan berbayar memang ada risikonya. Jika anda ingin menggunakan kaedah pengiklanan berbayar, anda seharusnya tahu bagaimana cara untuk mengawal risiko.

 

Satu lagi perkara yang saya suka dengan bisnes berkonsepkan affiliate marketing ini ialah, kita boleh mula sedikit demi sedikit. Contohnya pada bulan pertama (atau pada tahun pertama kalau anda betul-betul tak ada duit) anda fokus untuk bina laman web terlebih dahulu. Kos yang diperlukan adalah sebanyak RM150 sahaja setahun.

 

RM150 bukanlah tinggi sangat, sebabnya kalau anda bina laman web (berkonsepkan blog) dengan teknik yang betul, dalam masa kurang dari setahun anda sudah boleh hasilkan pulangan yang berkali ganda lebih besar daripada RM150 yang anda laburkan buat pertama kali.

 

3. Anda tak perlu tunggu jadi PAKAR untuk bermula

Ini satu alasan kenapa banyak orang masih tak mula menceburkan diri dalam bidang pemasaran affiliate ini. Mereka kata, “saya tak ada kepakaran”.

 

“Bab-bab komputer saya tak pandai…”

 

Hakikatnya, semua ini cuma alasan. Apa yang anda tak pandai pada hari ini, jika anda luangkan masa at least satu jam setiap hari selama setahun untuk belajar perkara tersebut, cukup setahun anda boleh jadi pakar dalam perkara tersebut. Well… kalau tak pakar sekalipun, anda masih boleh jadi seseorang yang lebih berpengetahuan berbanding sebelumnya.

 

Saya perhatikan alasan “tak pandai”, “tak reti”, “tak pakar” dan sebagainya digunakan terlalu berleluasa. Akhirnya mereka sendiri yang rugi. Sedangkan kalau mereka buang ego dan mulakan untuk belajar affiliate marketing hari ini juga, dalam masa tak sampai setahun mereka akan berjaya hasilkan pendapatan melalui affiliate.

 

…dan kalau anda memilih untuk buat affiliate style blogger seperti saya, In Shaa Allah anda juga akan alami pengalaman dapat duit walaupun tak buat apa-apa. Actually bukanlah tak buat apa-apa langsung, sebenarnya saya sedang mengutip hasil daripada artikel-artikel lama yang pernah saya tulis dalam blog dan yang masih dibaca hingga ke hari ini.

 

Artikel lama yang saya pernah tulis tu, bolehlah dikatakan sebagai artikel yang evergreen (malar segar). Selagi mana ada orang baca artikel tersebut, dan pembaca ada klik pada link affiliate yang saya paparkan pada artikel tu lalu dia buat pembelian, maka selagi itulah saya akan terus menerima komisen.

 

Tapi ada juga artikel-artikel lama yang pernah saya hasilkan sebelum ini, yang sudah tidak dibaca langsung. Boleh jadi sebab artikel tersebut sudah tak relevan dan maklumat yang saya kongsikan didalamnya sudah tidak up to date. Untuk artikel seperti ini, saya perlu lakukan penambahbaikkan, edit dan tambahkan kandungannya supaya ia dibaca semula oleh pelayar internet.

 

Jujur saya katakan, apa yang saya “pandai sikit” hanyalah dalam bab-bab menulis sahaja. Bercakap tentang menulis, saya percaya jika anda pernah masuk sekolah rendah, kemudian sambung ke sekolah menengah… bermakna anda juga mempunyai ilmu penulisan yang lebih kurang sama dengan apa yang saya ada.

 

Kemahiran yang saya ada, saya terus asah melalui pengalaman menulis di blog bertahun-tahun lamanya. Saya mula menulis di blog bermula 2009. Sekarang ini dah pun masuk tahun 2021. Jadi saya sudah ada pengalaman hampir 12 tahun menulis di blog. Sudah tentu ini bukan satu perkara yang aneh kalau saya mampu hasilkan penulisan yang “sedikit lebih baik” berbanding mereka yang jarang-jarang menulis.

 

Baiklah, untuk menulis dan menghasilkan penulisan yang baik memerlukan minat yang tinggi. Anda perlu minat menulis, dan pada masa yang sama, perlu minat membaca juga. Lazimnya, orang yang banyak membaca ini adalah orang yang minat juga menulis dan mampu menghasilkan penulisan yang baik.

 

Sekiranya anda memerlukan modul latihan yang mungkin boleh bantu anda menjadi penulis yang bagus, serta mampu untuk bantu anda buat duit di internet, ada beberapa yang saya boleh syorkan, iaitu

(1) Ebook Rahsia Penulis

Semua yang anda perlu tahu untuk jadi seorang penulis yang mampu hasilkan income at least RM1,000 setiap bulan didedahkan dalam ebook ini. Actually saya pun selalu juga bagi tips untuk buat duit dengan menulis dalam blog ini. Cuma mungkin tips yang saya berikan tak begitu tersusun, jadi agak sukar untuk sebahagian pembaca.

 

Justeru, kalau mahukan modul latihan yang tersusun dan langkah demi langkah, bolehlah invest sikit duit untuk dapatkan ilmu ini. Anda boleh muat turun di laman web ini.

Panduan yang dimuatkan dalam ebook ini lebih kepada untuk jadi penulis bebas atau penulis freelancer. Anda menulis di blog anda sendiri, anda menulis di blog orang lain hinggalah anda menjadi penulis bersama untuk buku penulis lain.

 

(2) Ebook Sukses Writer

Ebook ini akan memberikan anda pendedahan tentang bagaimana cara untuk menjadi seorang penulis ghostwriter dan juga penulis copywriting.

Ilmu copywriting ini sebenarnya adalah ilmu menulis ayat iklan yang memukau hingga mampu membuatkan pembaca menjadi pembeli. Biasanya usahawan online memang perlukan ilmu dan teknik penulisan copywriting seperti ini.

 

Cuma biasanya sebagai usahawan, memang mereka tak ada masa untuk belajar teknik penulisan copywriting. Justeru mereka lebih cenderung untuk mengupah penulis yang mempunyai kepakaran tersebut. Siapa tahu, anda adalah penulis yang dicari-cari!

 

Ebook sukses writer boleh diperolehi dari laman web ini.

 

Dari segi bab teknikal, saya memang tak pandai langsung. Malahan, setiap kali blog saya ada masalah, saya akan cepat-cepat hubungi pihak hosting saya (saya langgan servis dari NetKL) untuk bantu selesaikan.

 

Apa yang saya nak sampaikan ialah, tak perlu nak tunggu jadi pakar baru nak mula. Mulakan je sekarang, kemudian dari masa ke masa, boleh tambahkan pengetahuan.

 

4. Pendapatan tambahan

Adakah saya dah cakap sebelum ini, yang menerusi program affiliate ini, saya berjaya tambahkan pendapatan saya? (oh saya percaya dah banyak kali saya cakap benda yang sama)

 

Tahun demi tahun, program affiliate makin berkembang. Sebabnya? Ada banyak syarikat yang mula tawarkan program affiliate dan ini membuka peluang kepada kita untuk jana pendapatan tambahan.

 

Satu ketika dulu, bila bercakap mengenai program affiliate, opsyen yang ada hanyalah program affiliate yang mempromosikan produk-produk seperti ebook sahaja. Tapi sekarang, situasinya sudah mula berbeza.

 

Saya berikan anda beberapa contoh.

 

Kalau anda minat travel dan pergi bercuti, anda boleh promosikan bilik hotel yang pernah anda menginap, homestay, guesthouse dan sebagainya. Ini boleh dilakukan menerusi program affiliate yang ditawarkan oleh Agoda, booking.com, hotels.com, airbnb dan banyak lagi.

 

Sekiranya anda lebih suka idea menjual beribu-ribu produk, (walaupun jualan setiap produk mungkin cuma mampu berikan sedikit sahaja komisen) anda boleh mula mempromosikan laman web e-commerce yang popular seperti Lazada, Shopee dan banyak lagi.

List dia sangat panjang dan kalau anda minat nak lihat list penuh, boleh daftar sebagai affiliate melalui Involve Asia disini.

 

Ataupun mungkin pada satu hari anda membaca di portal berita tentang keadaan ekonomi semasa dan trend pengangguran yang semakin membimbangkan. Anda nak bantu mereka yang kehilangan kerja dengan cara memberitahu mereka bahawa terdapat syarikat yang sedang mencari pekerja.

 

Anda boleh join program affiliate Adhance dan mula mempromosikan laman web carian kerja Maukerja.MY

 

Orang yang tak bekerja dan masih menganggur ni, kadang-kadang jadi macam tu sebab dia tak tahu dekat luar sana ada majikan yang sedang mencari pekerja.

 

5. Konsep perniagaan yang sangat fleksibel dan tak perlu berikan tumpuan setiap masa

Saya suka dengan konsep perniagaan berasaskan affiliate sebab ianya mampu menjadi sebuah bisnes dengan konsep set and forget. Kita setup sekali lepas tu kita boleh tinggalkan ianya berjalan sendiri. Nak lupakan (sekejap) pun boleh. Cuma janganlah sampai hilang ingatan.

 

Pernah satu ketika, saya cek akaun bank saya. Tiba-tiba ada pertambahan duit. Tak adalah banyak sangat, adalah dalam RM300 lebih kurang macam tu. Saya pun tak tahu dari mana datangnya duit ini. Bila saya semak nama orang yang buat pembayaran, baru saya tahu rupa-rupanya ia datang dari program affiliate yang pernah saya sertai sebelum ini. Saya pun dah tak ingat pernah join. Tau-tau (lepas sekian lama) dapat pula komisen dari program tersebut.

 

Program affiliate ini tak mengganggu lifestyle saya. Saya hanya perlu berikan tumpuan hanya untuk beberapa ketika sahaja. Mungkin anda kurang jelas. Baiklah ini yang saya maksudkan.

 

Katakanlah, saya minat nak promosikan sebuah ebook berjudul Bisnes Shopee. [sila ke halaman ini]

Apa yang saya akan buat ialah, saya tetapkan satu target. Misalnya saya nak tulis 10, 20, 50 atau 100 artikel yang berkaitan dengan topik Shopee. Perlu saya ingatkan, untuk kaedah pemasaran seperti yang saya gunakan, lagi banyak artikel yang pernah ditulis, lagi cerah peluang untuk hasilkan lebih banyak duit.

 

Katakanlah saya target 50 artikel. Bila dah ada target yang jelas, maka saya pun mula menulis. Akhirnya target tercapai dan saya telah ada 50 artikel yang mempromosikan produk ini. Saya dah boleh stop buat artikel dan mula move on kepada projek lain.

 

Ikut pengalaman saya sebelum-sebelum ini, bila kita dah ada banyak artikel promosi, lazimnya sales akan terhasil dengan sendirinya. Masa tu, kita boleh buat projek lain, dan kalau tak nak buat apa-apa projek sebab nak rileks sahaja pun tak ada masalah.

 

Selagi mana artikel tersebut masih dibaca, selagi mana pembaca klik pada link affiliate lalu buat pembelian, selagi itulah kita akan terus menerus dapat komisen melalui artikel promosi tersebut. Best, kan?

 

6. Bahan promosi disediakan oleh penganjur program

Saya tak kata semua penganjur program affiliate akan menyediakan bahan promosi. Namun, kebanyakkan penganjur program akan menyediakan bahan promosi ini untuk anda.

 

Bahan promosi yang saya maksudkan ialah dalam bentuk

i. Video ataupun montaj bagi tujuan pemasaran melalui video

ii. Template email yang anda boleh copy paste untuk anda forward kepada prospek anda

iii. Ayat-ayat copywriting yang sesuai untuk anda post di FB sebagai post update

iv. Artikel ringkas yang menerangkan tentang kelebihan produk atau yang berkaitan dengan produk

v. Gambar-gambar produk yang menarik

vi. Banner bagi tujuan pemasaran

 

Penganjur program ini menyediakan semua ini bagi memudahkan kerja-kerja anda. Kalau anda gunakan material yang disediakan dan anda berjaya dapatkan jualan, anda akan dapat komisen manakala penganjur akan dapat untung melalui jualan. Ianya suatu perkara yang boleh kita sifatkan sebagai win-win situation.

 

Salah satu program affiliate yang pihak penganjurnya kerap menyediakan bahan promosi adalah program affiliate Klikjer. Pihak klikjer menyediakan bahan promosi dalam bentuk imej produk, ayat copywriting, artikel dan juga video pemasaran.

 

Berikut adalah screenshot member area dan anda boleh lihat memang pihak klikjer ada menyediakan material pemasaran.

Bahan promosi seperti ini sangat berguna untuk mereka yang masih baru dalam bidang pemasaran affiliate. Pada peringkat ini, saya faham kalau mereka masih agak blur dan tak tahu cara untuk bina ayat promosi, ayat copywriting dan sebagainya.

 

Justeru, dengan adanya bahan promosi seperti ini, mereka hanya perlu lakukan copy and paste sahaja!

 

Jadi, apa lagi alasan anda untuk tak mahu bermula?

 

7. Ada pelbagai teknik pemasaran yang boleh digunakan

Walaupun saya lebih gemar menggunakan teknik penulisan artikel (dipanggil juga article marketing atau content marketing) sebenarnya ada banyak lagi teknik pemasaran yang boleh digunakan.

 

Anda boleh guna social media.

Boleh guna Youtube dan buat video.

Boleh guna sistem autoresponder dan mulakan kempen pemasaran emel.

Boleh guna kaedah iklan berbayar, dan iklankan melalui Google Adwords, FBAds dan sebagainya.

Boleh guna khidmat freelancer, dan pandai-pandailah suruh freelancer tu buat marketing bagi pihak anda.

 

Dengan adanya pelbagai teknik yang boleh digunakan, tak kan tak ada satu pun yang anda tahu guna? Guna sahaja mana-mana satu teknik yang anda rasa selesa dan In Shaa Allah anda tetap akan berjaya hasilkan jualan. Cuma janganlah mengharap anda akan dapat keputusan serta-merta jika ini merupakan percubaan kali pertama anda dalam bidang ini.

 

8. Boleh mulakan bisnes anda sendiri serta-merta!

Konsep bisnes affiliate ini adalah semudah 1, 2 dan 3.

 

Nombor 1, anda daftar sebagai ejen affiliate.

Nombor 2, anda pilih produk yang anda nak promosikan.

Nombor 3, anda buat kerja-kerja pemasaran (atau promosi)

 

Itu sahaja. Sebaik sahaja pendaftaran anda untuk menyertai program affiliate telah diterima, anda sebenarnya sudah mempunyai bisnes anda sendiri. Anda dah boleh mula buat pemasaran.

 

Tak perlu nak tunggu-tunggu.

 

Kalau anda ada blog, anda sudah boleh mula menulis tentang produk yang anda nak promosikan.

Kalau anda ada akaun social media (FB, twitter dan sebagainya) anda sudah boleh mula bercerita tentang produk tersebut.

 

Anda tak perlu pening-pening kepala nak fikir untuk hasilkan produk apa. Perlu diingat, bukan semua produk akan berjaya dan diterima oleh masyarakat. Cuba bayangkan, kalau anda jadi founder produk. Anda telah habiskan ribuan ringgit untuk keluarkan produk.

 

Kemudian anda perkenalkan produk anda dipasaran, dan akhirnya anda dikejutkan dengan hakikat bahawa produk yang anda keluarkan tidak diterima!

 

Tetapi kalau melalui affiliate, kita boleh pilih untuk promosikan produk yang best seller sahaja atau yang sedang viral.

 

9. Anda boleh tawarkan pelbagai jenis produk dalam satu masa

Mana lebih baik? Jual satu produk sahaja, atau jual 10,000 produk dalam satu-satu masa? 

 

Orang yang kata fokus jual satu produk sahaja lebih baik, ada hujahnya.

Manakala orang yang kata jual 10,000 produk dalam satu-satu masa adalah lebih baik, juga ada hujahnya.

 

Persoalan yang saya timbulkan ini bukanlah untuk memilih mana jawapan terbaik. Sebaliknya ia terpulang kepada personaliti anda. Anda lebih cenderung untuk suka yang mana?

 

Saya suka kalau boleh fokus jual satu barang sahaja. Tak pening kepala, dan tak perlu serabut nak kaji tentang produk lain.

 

Walaubagaimanapun, setelah Corona Virus melanda Malaysia, saya jadi lebih bersyukur sebab sebelum ini saya pernah menjual lebih dari 100 produk! Sepanjang arahan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dikeluarkan, jualan untuk produk yang berkaitan dengan percutian (bilik hotel, pakej wifi, tiket bas, tiket kapal terbang, pakej aktiviti, tiket masuk dan sebagainya) LANGSUNG TAK ADA!

 

Saya tak dapat bayangkan, kalau sebelum ini saya cuma bergantung harap pada jualan produk-produk dalam niche tersebut semata-mata… saya ingat mungkin saya juga akan jadi antara individu yang terkesan teruk dari segi ekonomi disebabkan oleh hanya fokus pada satu produk atau perkhidmatan sahaja.

 

10. Pengiraan komisen dan pembayaran adalah secara automatik

Apa lagi yang istimewa tentang buat duit dengan affiliate? Ini dia, proses pengiraan komisen dan pembayaran semuanya adalah automatik.

 

Program affiliate klikjer biasanya akan bayar komisen pada minggu pertama setiap bulan.

Program affiliate Lazada akan bayar komisen pada minggu terakhir.

Program affiliate Involve Asia, kita boleh request komisen pada bila-bila masa dengan syarat dah cukup jumlah komisen terkumpul.

Program affiliate Adhance, biasanya akan bayar komisen pada 21hb – 23hb.

Adsense juga akan mula bayar pada 21hb lebih kurang.

 

Jika dibuat dengan strategi yang betul dan dengan bersungguh-sungguh, boleh dikatakan setiap minggu akan ada payment yang akan masuk. Menerima bayaran dari program affiliate adalah moment terindah buat para penggiat bisnes ini. Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.

 

Alaaa lebih kurang macam dapat gaji.

 

Cuma bezanya, sebab kita join macam-macam program affiliate, so kita bolehlah tengok yang kita dapat banyak kali payment dalam sebulan, berbanding hanya sekali sahaja payment yang masuk kalau kerja makan gaji.

 

Pada saya, saya tak kira berapa nilai komisen yang masuk. Walaupun cuma masuk RM100 sahaja sekalipun, saya tetap rasa syukur dan seronok! Now, can u imagine, kalau kita join 10 program affiliate, dan setiap program tu pula bayar kita minimum RM1,000! 

 

Saya rasa waktu tu anda juga akan pilih untuk berhenti kerja dan fokus kepada affiliate marketing sahaja hahaha.

 

11. Tak perlu simpan stok

Ini satu lagi kelebihan yang ada pada program affiliate. Kita tak perlu risau langsung mengenai perlunya menyimpan stok!

 

Katakanlah, saya nak promosikan model terbaru jam tangan Jenama G-Shock. Apa yang saya akan buat ialah, saya akan terus menulis artikel promosi ataupun terus membuat posting di media sosial mengenai model-model terbaru jam G-Shock yang paling menarik.

 

Kemudian saya akan sertakan link affiliate yang akan membawa pembaca ke laman web milik penjual jam tangan G-Shock yang saya pernah beli dari mereka. Sama ada pembaca akan membuat pembelian atau tidak, itu semua terpulang pada mereka.

Ada juga keadaan yang mana, mereka tak beli jam tapi beli benda lain. Contohnya beli makanan kucing. Kan lain tu, saya promosikan jam tangan, tiba-tiba dia beli makanan kucing. Walaupun begitu, saya tetap dapat komisen.

 

12. Anda boleh menjual apa sahaja produk

Pada hari ini, kebanyakkan benda yang kita perlukan boleh dibeli secara online. Sama ada kita beli melalui kenalan di media sosial, beli melalui laman web, ataupun kita beli melalui laman web e-commerce.

 

Satu masa dulu, kita mungkin rasa agak susah nak membayangkan bahawa proses pembelian jadi begitu mudah seperti sekarang. Hanya perlu layari laman jualan, buat tempahan, nyatakan berapa banyak yang kita perlukan, buat pembayaran dan tunggu barang tersebut dihantar kepada kita.

 

Dengan wujudnya pelbagai laman web jualan, persaingan sesama pemilik laman web jadi sengit. Mereka perlu lakukan sesuatu, supaya mereka dapat mendominasi pasaran dan menjadi penjual pilihan. Mereka perlu menggunakan semua cara yang boleh mendatangkan jualan, termasuklah menawarkan program affiliate.

 

Kalau dulu, kita hanya boleh jadi pelanggan sahaja. Kini, kita ada peluang untuk jadi pelanggan bagi sesebuah perkhidmatan yang kita suka, dan pada masa yang sama kita juga boleh buat duit.

 

Saya berikan contoh Malaysia Airlines System atau MAS.

Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang pernah menggunakan khidmat mereka dan berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Anda yang rasa puas hati tu, mungkin nak syorkan orang lain untuk turut menggunakan khidmat Malaysia Airlines.

 

Kali ini anda boleh buat recommendation dan pada masa yang sama boleh dapat komisen 2% jika orang yang anda rekemen untuk guna khidmat ini tadi buat tempahan.

 

Kalau anda join program affiliate melalui laman web affiliate network, sama ada melalui Access Trade ataupun Involve Asia, saya percaya anda juga akan rasa bingung, sebabnya ada terlalu banyak produk dan servis yang anda promosikan sebagai seorang affiliate.

Cuma apa yang saya ingin sarankan, pilihlah produk dan perkhidmatan yang anda benar-benar suka sahaja. Jangan tamak dengan mencuba untuk mempromosikan semua sekali. Ianya sangat memenatkan.

 

13. Boleh jadikan sumber pendapatan pasif

Merujuk kepada sumber wikipedia, Pendapatan Pasif ini adalah satu bentuk pendapatan yang anda akan terima untuk kerja-kerja yang telah anda lakukan sebelumnya, namun pendapatan ini anda akan terus dapat walaupun anda telah berhenti melakukan kerja-kerja tersebut.

 

Persoalannya, macam mana nak jadikan affiliate marketing ini sebagai satu sumber pendapatan pasif?

Sebenarnya ada dua cara, untuk jadikan pendapatan dari program affiliate ini sebagai pendapatan pasif.

 

(1) Join program affiliate yang menawarkan komisen dua level atau lebih

Konsep komisen dua level ni lebih kurang sama seperti bisnes MLM atau network marketing. Selain kita fokus kepada membuat jualan, kita juga rekrut orang lain untuk jadi affiliate dibawah kita dan membina rangkaian kita sendiri.

 

Ada beberapa program yang boleh saya syorkan, iaitu

i. Affiliate Klikjer

ii. Visondata

iii. Adhance

iv. Access trade

v. PG Mall

 

Pilihlah mana-mana satu yang anda berkenan dan mulakan bina empayar affiliate anda hari ini juga.

 

(2) Guna kaedah pemasaran Search Engine Optimization (SEO)

Ada dua kaedah pemasaran yang menepati ciri ini, iaitu pemasaran menggunakan artikel yang disiarkan di laman blog dan satu lagi pemasaran menggunakan video yang disiarkan di Youtube.

 

Selagi mana ada pembaca yang membaca artikel tersebut, ada penonton yang masih nak menonton video yang anda hasilkan, selagi itulah ada peluang untuk buat duit.

 

Bagusnya bisnes affiliate ini, anda masih tetap buat duit walaupun pada ketika itu anda sedang tidur lena. In Shaa Allah satu masa nanti anda juga akan alami perkara ini.

 

14. Boleh bekerja dari mana-mana lokasi

Ya, anda boleh bekerja dari mana-mana lokasi untuk mempromosikan program affiliate. Asalkan anda mempunyai peranti dan peralatan yang sesuai, ada sambungan internet yang baik, anda sudah boleh menjalankan kerja-kerja anda.

 

Masa kerja pula begitu fleksibel. Terpulang kepada anda, nak buat kerja berapa lama dalam sehari. Sama ada nak bekerja selama satu jam, dua jam, tiga jam dan sebagainya. Waktu bekerja juga terpulang kepada anda.

 

Macam saya sendiri, saya lebih selesa bekerja pada waktu malam. Biasanya selepas pukul 12 malam, barulah idea untuk buat kerja-kerja pemasaran akan muncul dengan banyaknya.

 

15. Risiko perniagaan yang kecil

Seterusnya mari kita lihat dari segi risiko. Bisnes affiliate mempunyai risiko perniagaan yang agak kecil. Pertama sekali, anda tak perlu keluarkan modal untuk mula libatkan diri dalam perniagaan jenis ini.

 

Mungkin akan ada beberapa kos tambahan yang anda perlu keluarkan, namun kos tersebut bukanlah modal untuk bisnes. Macam sebelum ini saya ada sebutkan, jika anda ada duit lebih, boleh gunakan duit tersebut untuk tujuan pengiklanan berbayar atau langgan domain dan hosting.

 

Namun, itu semua cumalah optional, dan bukannya sesuatu yang wajib buat. Tak ada sebarang jaminan, kalau anda langgan domain dan hosting, atau anda guna iklan berbayar, anda pasti akan dapat sales. No, tak macam tu.

 

Semuanya nanti bergantung kepada skil dan ilmu pemasaran yang anda ada. Kemudian, bila anda sedar yang anda ada banyak benda yang anda tak tahu, pada masa itu mungkin anda akan rasa perlunya untuk belajar ilmu-ilmu baru, sama ada datang kelas, pergi seminar, beli buku atau download ebook. Semua ini perlukan kos, dan kos ini tak sesuai kalau kita kata sebagai kos untuk buat bisnes ini.

 

Katakanlah, selepas anda buat bisnes ini dengan serius, anda pun telah keluarkan kos tertentu bagi tujuan pemasaran dan juga menambahkan ilmu, tiba-tiba anda tak berjaya buat sales… apakah anda telah mengalami kerugian yang sangat besar?

 

Sudah tentulah tidak.

 

Kadang-kadang boleh berlaku, satu keadaan yang mana kita telah usaha sehabis baik untuk mempromosikan sesuatu produk. Tapi kita masih tetap gagal dapatkan jualan. Ada masanya ia bukan salah anda. Mungkin anda salah pilih produk, dan jika puncanya adalah salah pilih produk, anda hanya perlu tukar produk lain. Itu sahaja.

 

Baiklah saya harap 15 kelebihan yang datang bersama dengan program affiliate ini cukup untuk meyakinkan anda untuk mula buat duit dengan program affiliate. Percayalah, setiap orang boleh berjaya. Kalau setakat nak hasilkan komisen sebanyak RM100 (sebagai permulaan) ianya tak begitu susah.

 

Buktinya?

 

Ini screeenshot dari program Accesstrade yang saya sertai.

Saya cuma promote “main-main” je kat FB, dah boleh dapat RM122.

 

Saya kata nak buat duit dengan program affiliate ini tak susah untuk saya, sebab saya dah pernah ada pengalaman. In fact salah satu sumber pendapatan saya adalah dari program affiliate.

 

Kalau anda masih baru, dan tak pernah tahu apa tu affiliate sebelum ini, mungkin anda akan rasa lebih susah. Itu normal. Saya pun pernah berada dalam situasi tersebut. Cuma janganlah cepat mengalah.

 

Teruskan usaha. Asalkan anda tahu, apa yang anda buat tu betul. Strategi yang digunakan, juga betul. Maka teruskan buat promosi. Nanti bila anda dah ada pengalaman, percayalah cakap saya, anda juga akan rasa… ala setakat nak hasilkan RM100 dalam masa sebulan tu senang jer. Walaupun tak berapa serius buat marketing pun tetap boleh dapat.

 

Kadang-kadang ada yang hantar emel dan hubungi saya menerusi FB sebab nak belajar dengan lebih mendalam cara nak buat duit menerusi program affiliate dengan saya.

 

Maaf sebab terpaksa mengecewakan anda. Saya bukan tak nak ajar, tapi anda kena faham, saya bukannya cikgu dan saya tak pernah buka slot untuk buat kelas, personal coaching dan sebagainya. Saya tak ada masa dan komitmen kearah itu.

 

Namun, saya bukanlah kedekut ilmu. Saya dah curahkan apa yang saya tahu tentang selok belok buat duit online dalam blog saya. Rajin-rajinkanlah diri untuk baca artikel terdahulu yang saya pernah tulis sebelum ini. Dekat sana ada banyak yang saya dah kongsikan.

 

Baca, fahamkan dan cuba praktikkan. Kalau betul-betul tak faham, boleh hubungi saya dan tanyalah soalan yang spesifik. Apa masalah anda dan dekat mana yang tak faham.

 

Kalau setakat tanya “cam mana yer nak buat affiliate ni?” dan anda minta saya terangkan melalui whatsapp… anda fikir saya ada masa untuk semua tu? Letakkan diri anda dalam situasi saya, dan anda fikirlah wajarkah saya melayan pertanyaan tersebut sedangkan jawapan dah ada dalam blog saya.

 

Akhir kata, kalau anda nak jadi seorang super affiliate dan hasilkan komisen sampai ratusan ribu ringgit, bolehlah belajar dari tiga individu ini.

Adilah pernah hasilkan RM170,966.90

Halim dah berjaya dapat RM90,250.00

Shahrul dapat RM82,589.70

 

Komisen affiliate mereka ini, boleh buat beli kereta secara cash. Minat nak belajar dengan mereka, boleh baca dilaman web mereka disini.

 

Baik itu sahaja buat masa ini. Semoga ada manfaat untuk kalian.

 

 

Exit mobile version