Blog Sabree Hussin

Find Joy in Every Parcel: Membongkar RAHSIA disebalik Lazada’s Box of Joy

Congratulations!

You have been selected as a participant in the Lazada‘s Box of Joy in conjunction with our biggest sale of the year, Online Revolution 2016!

Come collect your Box of Joy during our Online Revolution Affiliate Workshop at Berjaya Times Square Hotel on the 5th of November 2016.

Sekitar bulan Oktober, saya terima emel dari Lazada Malaysia yang memaklumkan bahawa saya terpilih untuk menjadi salah seorang peserta bagi kempen Lazada‘s Box of Joy. Ini salah satu kelebihan bila kita jadi affiliate untuk Lazada. Selain berpeluang untuk dapat komisen setiap bulan, pada masa yang sama kita juga berpeluang untuk sertai macam-macam kempen yang dianjurkan.

 

Untuk collect Box of Joy ini, saya perlu hadirkan diri ke Online Revolution Affiliate Workshop yang diadakan di Berjaya Times Square Hotel.

 

Ini merupakan kali pertama saya join program seumpama ini. Lazada Malaysia sebenarnya dah beberapa kali anjurkan program workshop seperti ini sebelum-sebelum ini, tapi tu la, ada-ada je alasan untuk saya tak join. Tapi kali ni, memandangkan workshop ni dibuat di Berjaya Times Square (tempat saya pernah bekerja sebelum ini) jadi saya free kan masa untuk datang program ni.

 

Sebenarnya bagus juga bila dapat datang ke workshop macam ni. Secara tak langsung kita dapat kenal dengan lebih dekat beberapa jenama dan produk yang boleh kita promosikan di Lazada. Bila kita dah kenal dengan sesuatu jenama tu, maka akan lebih mudah untuk kita promosikan produk tersebut.

 

Masa workshop ni dijalankan, ada dua jenama yang diperkenalkan oleh wakil dari syarikat masing-masing, iaitu Mamy Poko dan L’OREAL.

Saya nak cerita pasal produk dari Mamy Poko sahaja dalam post ini. Semasa workshop ni dijalankan, wakil dari Mamy Poko telah memperkenalkan produk yang diberi nama Mamy Poko Open Air Fit. Jenama Mamy Poko ini mungkin kurang popular kalau di negara kita, tapi sebenarnya kalau di Jepun, jenama ini adalah pilihan nombor 1 para ibu-ibu disana.

 

Ada 6 sebab kenapa anda patut gunakan lampin pakai buang jenama Mamy Poko. Iaitu

i. Lembut pada kulit

Material yang digunakan adalah lembut seperti sutera.

ii. Design 3D dan mengikut bentuk punggung bayi 

Sesetengah jenama lampin pakai buang, kita boleh nampak ia berbentuk petak. Tetapi, berbeza dengan jenama Mamy Poko ini, sebabnya ia betul-betul ikut bentuk punggung bayi.

iii. Melekap dengan baik

Jika bayi anda jenis yang aktif, kejap-kejap meniarap, lepas tu merangkak dan jenis yang tak duduk diam, memang sangat sesuai pakai lampin jenis ini. Tak ada masalah lampin ini jadi senget atau tertanggal dengan sendiri.

iv. Ringan dan nipis

Walaupun nipis, ia sebenarnya tahan lama.

v. Serapan yang pantas

Ini juga penting untuk beri keselesaan kepada bayi anda. Jadi dengan fungsi serapan yang pantas, bayi anda akan kekal kering sepanjang masa. Lampin ini boleh bertahan sehingga 12 jam.

vi. Ada penanda jika basah

Dengan adanya penanda ni, anda tak perlu nak selak-selak lampin yang dipakai. Tengok je dari luar dah boleh tahu sama ada baby anda dah kecing atau belum.

Lampin pakai buang Mamy Poko Air Fit ini boleh di dapati menerusi pautan ini.

 

Lazada‘s Box of Joy: Find Happiness in Every Parcel

Memang tipulah kalau saya kata saya tak gembira bila terpilih untuk jadi salah seorang penerima Box of Joy ni. Sedangkan barang yang selama ni saya kena beli kat laman web Lazada pun saya rasa gembira campur excited bila posmen datang hantar, inikan pula barang yang saya dapat secara PERCUMA haha. Lagilah seronok berganda-ganda.

 

Di akhir program workshop ni barulah sesi pengagihan Box of Joy ini dijalankan. Boleh dikatakan semua excited dan tak sabar nak tau apa yang ada dalam kotak Box of Joy ni. Ada jugak yang dapat-dapat je terus bukak kotak tu.

 

Saya pulak? Sengaja saya tunggu bila dah sampai rumah baru saya bukak, dan tengok apa isi kandungan dalam box ni. Kalau boleh saya nak kongsikan kegembiraan ini dengan semua orang (termasuk haiwan) yang ada dalam rumah saya.

Ha… nampak tak muka curious dan excited kucing ni bila saya tunjukkan Box of Joy ini pada dia. By the way, nama kucing ni Limau. Kebanyakkan barang-barang untuk Limau ni saya beli kat Lazada. Especially barang-barang yang memang jenis berat-berat contohnya pasir, makanan, dan ada beberapa mainan untuk Limau, pun beli kat Lazada.

 

Beli secara online je senang. Kalau beli kat pet shop terpaksa angkut sendiri makanan dengan pasir dia yang berat tu. Tapi kalau beli kat Lazada, at least ada orang tolong angkatkan dan pakej siap tolong hantar sampai depan pintu rumah lagi.

 

Kat bawah ni pulak adalah kesemua barang-barang yang saya terima. Sebahagiannya disusun cantik dalam kotak Box of Joy tu, dan sebahagian lagi dimasukkan dalam beg Lazada Affiliate tu.

Macam-macam ada dalam kotak yang comel tu rupa-rupanya. Kiranya memang untung siapa yang join Affiliate Workshop ni.

 

Memandangkan gambar kat atas ni mungkin tak berapa clear, jadi biarlah saya cerita sikit apa dia yang saya dapat dalam kotak Box of Joy tu ye.

 

(1) SanDisk Ultra Dual Drive 64GB m3.0 OTG USB Flash Drive for Android & Computers

Benda ni memang sesuai sangat untuk mereka-mereka yang selalu ada masalah tak cukup space pada smarphone masing-masing. Kadang-kadang kita syok ambik-ambik gambar, rakam video, download lagu, download movie ke smartphone, tiba-tiba dapat notification yang memory dah hampir full pulak.

 

Kalau sebelum ini, mungkin kita terpaksa delete gambar-gambar atau file yang dah lama tersimpan dalam memory phone kita tu. Kalau nak transfer ke laptop, terasa leceh dan makan masa pulak kan. Tetapi, dengan adanya Sandisk USB Flash Drive ni, ia memudahkan kita untuk transfer file dan simpan file ke sini.

 

Jika anda lihat di laman web ini, produk ini didatangkan dengan tiga saiz storan yang berbeza, iaitu 16GB, 32GB, 64GB dan juga 128GB. Saya dapat yang 64GB secara percuma dari Lazada. Dah jimat duit, sebab tak payah beli sendiri.

 

Masa mula-mula dapat ni, saya agak pening jugak sebab tak tau macam mana nak guna. Tapi lepas tonton video review ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu untuk faham cara nak guna produk ni.

 

(2) Pelbagai barangan dari jenama Nestle

Ini antara produk dari jenama Nesttle yang saya dapat, iaitu

 

(3) Mamy Poko Gentle Baby Wipes

Barang dari jenama Mamy Poko pun ada jugak dalam Box of Joy.

 

(4) Barangan dari jenama L’OREAL

Ada beberapa produk dari L’OREAL yang turut dimasukkan dalam Box of Joy tu, antaranya

 

Saya pun tak berapa tau apa fungsi barang-barang ni semua. Saya rasa isteri saya tau la kot apa nak buat dengan barang-barang ni semua nanti. Ha ha

 

(5) RM11 Lazada Voucher 

Dapat lagi voucher untuk beli barang dari Lazada.

 

(6) Voucher Food Panda

Dengan menggunakan kod voucher yang ada dekat panda atas ni, saya akan dapat potongan diskaun RM10 apabila berbelanja minimum RM40 di laman web Food Panda. Buat masa ni tak tau lagi nak order apa. Mujurlah voucher ni valid sehingga 31 December 2016.

 

Kat atas ni semua barang-barang yang memang ada dalam kotak Box of Joy ini. Kat bawah ni pulak barang-barang yang tak dimasukkan dalam kotak. Mungkin sebab tak muat la kot.

 

(7) Tefal Manual Chopper

Masa mula-mula tengok Tefal Manual Chopper ni, saya rasa nak tergelak la juga. Almaklumlah, tak pernah tengok benda ni sebelum ini. Kemudian bila saya dah cuba guna, lagilah rasa kelakar. Dah macam nak tarik generator pun ada.

 

Boleh tengok video demonstrasi macam mana cara nak guna manual chopper ni kat bawah ni.

 

Honestly, bila dah selalu guna manual chopper ni, rasa syok pun ada. Sambil buat kerja-kerja dapur, sambil bersenam. Senang je cara gunanya.

 

(8) Beg Ola Bola

Berita baik untuk anda, sebenarnya anda juga boleh dapatkan beg Ola Bola ini secara percuma apabila anda membuat pembelian pek milo promotion bundle menerusi pautan ini.

 

Promosi beg ola bola percuma ini hanya sah untuk 3,000 pembeli yang pertama sahaja. Jadi kalau nak beg Ola Bola ni, bolehlah buat pembelian produk milo menerusi pautan yang saya berikan tu. Sementara promosi masih ada.

.

..

Jadi inilah dia barang-barang yang saya dapat dari Box of Joy. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan pada Lazada Malaysia kerana sudi untuk memilih saya sebagai salah seorang penerima Box of Joy ini.

 

Hopefully, in future, kalau Lazada ada nak buat kempen macam ni lagi, saya akan terpilih sekali lagi. Terima kasih saya ucapkan juga buat pembaca yang sudi baca post ini sampai ke sini.

 

Kempen Online Revolution Lazada sebenarnya masih belum tamat lagi. Apa kata anda lihat kalender dibawah.

Jika anda terlepas promosi Mega Day pada 11.11 tempoh hari, jangan sedih-sedih. Bermula dari 1 November hinggalah 14 December 2016, Lazada akan menjalankan kempen yang berbeza setiap hari. Rujuk kalendar di atas untuk mengetahui apa promosi dan kempen yang sedang berlangsung.

 

Masih ada lagi promosi menarik yang bakal dijalankan, iaitu pada 12.12

 

Sekiranya anda baru pertama kali nak buat pembelian di laman web Lazada, saya syorkan anda gunakan voucher diskaun Lazada ini.

Masukkan kod 20LAPOR25 semasa membuat pembayaran untuk dapatkan diskaun sebanyak 20% atau maksimum RM25. Kod diskaun ini hanya untuk pelanggan baru dan sah sehingga 17 December 2016 sahaja.

 

Sekian dulu. Terima kasih Lazada Malaysia. Terima kasih buat semua.

 

Limau: Miawwww … Meoww …. miau…. (Panda ni Limau nyer~~)

Dari awal-awal lagi Limau asyik target Panda tu. Dia ingat tu mainan untuk dia la kot.

 

 

Exit mobile version