Blog Sabree Hussin

Review LENGKAP Teknik SANNIN V2 – Rahsia Dapat Iklan Murah Sehingga RM0.01

Bismillahir Rohmaanir Rohim

Hari ini saya berkesempatan untuk menghasilkan satu lagi artikel review mengenai satu produk yang didakwa mampu membantu pengguna dan pengamalnya mendapatkan kos iklan yang murah sehingga serendah RM0.01 untuk setiap iklan di FB.

Dengan mengamalkan kaedah yang diajarkan ini, anda juga berupaya untuk mendapat prospek yang BERKUALITI dan mampu melipatgandakan JUALAN dan KEUNTUNGAN anda.

Teknik yang dimaksudkan ialah Teknik Sannin Version 2

JANGAN BELI Teknik Sannin V2 ini selagi anda masih belum baca review yang saya tulis ini.

Nak tau kenapa? Saya nak bantu anda buat keputusan. Sama ada wajar atau tidak anda dapatkan ebook ini. Saya memang dah faham sangat dengan sikap pembeli-pembeli ebook kat Malaysia ni.

Cuma semangat waktu nak membeli. Tetapi bila sampai masa nak praktikkan apa yang diajar, tiba-tiba jadi lemau, lemah dan lesu. Kesudahannya… ebook yang dibeli dibiarkan sahaja tanpa ada manfaat dalam hard disk anda.

Saya tak nak anda membazir macam tu. Nasihat saya kepada semua rakan-rakan, klien dan juga para subscriber… TOLONG… beli sesuatu produk jika anda benar-benar memerlukan dan akan menggunakannya sahaja.

Sama juga halnya dengan ebook Teknik Sannin V2 ini. Adakah selama ini anda memang menggunakan kaedah pengikalan berbayar FBAds untuk mengiklankan bisnes dan juga produk anda?

Jika jawapan anda YA. Maka produk ini sesuai untuk anda.

[monkeytools msnip=”http://memochimp.com/memo.php?u=870&p=352″]

Macam mana pulak kalau anda bukanlah individu yang bergantung pada FBAds dalam kerja-kerja pemasaran (macam saya) misalnya? Kalau niat anda ikhlas nak tambah ilmu. Boleh beli. Silakan. Sebabnya ilmu dalam ni boleh juga diaplikasikan dalam konteks pemasaran selain FBAds juga.

*

Apa yang terkandung dalam ebook ataupun Modul Latihan Teknik Sannin V2?

Berikut adalah modul-modul yang terkandung dalam ebook Teknik Sannin V2.

Apa yang saya highlight dengan warna kuning tu adalah antara modul yang paling MAHAL yang diajarkan dalam ebook ini.

1. Bagaimana mengesan bakal pelanggan anda menggunakan tools PERCUMA yang memang disediakan oleh Facebook?

Ramai yang tak tahu macam mana nak guna tools ini. Silap-silap ramai yang tak sedar kewujudan tools ni. Kalau yang pernah nampak tools ni, besar kemungkinan mereka tak tahu macam mana nak baca data-data yang disediakan.

2. Siapa yang anda perlu target untuk menjadi pelanggan anda?

Bukan semua likers berpotensi untuk jadi pelanggan kita. Jadi, dengan teknik yang diajarkan dalam ebook Teknik Sannin V2 ini, anda boleh abaikan prospek yang tak berkualiti dan hanya tumpukan pada prospek yang benar-benar ada kuasa membeli sahaja.

Kelebihannya, dapat jimat kos iklan dan kebarangkalian untuk dapat jualan lebih tinggi berbanding apabila anda sasarkan iklan anda secara rawak

**

Senarai ebook yang anda akan perolehi jika membeli ebook Teknik Sannin V2

Ya.

Saya adalah PEMBELI ebook ini. Review yang saya hasilkan ini adalah berdasarkan pada pengalaman dan pemahaman saya setelah selesai melakukan pembacaan.

Saya juga telah ikuti step by step seperti yang pernah disarankan oleh penulis ebook ini. Anda boleh lihat artikel saya yang terdahulu berjudul cara LICIK dapatkan kos iklan FBAds Murah

Kembali kepada topik perbincangan asal, ini adalah senarai ebook yang anda bakal perolehi.

Sebagai pembeli Teknik Sannin V2 anda akan dapat percuma ebook Teknik Sannin V1.

Saya nak cerita serba sedikit mengenai isi kandungan ebook Utama. Sebelum ini saya dah nyatakan, anda akan diajar cara menggunakan tools PERCUMA yang disediakan oleh pihak FB untuk mengenalpasti siapa pelanggan anda. Masih ingat lagi?

Tools percuma yang dimaksudkan ialah Audience Insights.

Mula-mula sekali anda pergi ke Ads Manager, kemudian baru anda pilih Audience Insights

Memandangkan ini merupakan kali pertama saya jelajah di bahagian Audience Insights, satu pop up pun keluar.

Kalau anda tekan pada Take Tour anda akan diajar cara menggunakan Audinece Insights. Penerangan adalah dalam Bahasa Inggeris dan agak panjang. Silap-silap anda akan makin tak faham jadinya.

Jadi, lebih baik anda belajar dari ebook Teknik Sannin ni je. Penerangannya lebih ringkas dan kalau masih tak berapa jelas, boleh tanya terus kepada penulis ebook ini.

Group support turut disediakan untuk para pembeli.

Kat atas ni pulak adalah tools yang anda boleh guna untuk mengesan siapa sebenarnya yang berpotensi untuk jadi prospek anda.

Saya tak akan terangkan dengan panjang lebar, kalau anda betul-betul serius dan minat nak tahu macam mana nak dapatkan data-data dan maklumat pelanggan, seperti dimana lokasi mereka, apa yang mereka suka, dan apa aktiviti terbaru mereka, anda baca sendiri ebook Teknik Sannin ni.

Apa yang saya tulis dalam blogpost ini lebih kepada overview apa yang anda akan perolehi apabila anda muat turun ebook ini sekejap lagi.

Seterusnya, selepas anda dah ikuti step by step seperti yang diajarkan, anda hanya perlu save data bakal pembeli anda. Langkah seterusnya adalah untuk buat satu iklan, khusus untuk target kumpulan sasaran ini sahaja.

Apabila iklan kita tepat mengenai golongan sasaran, maka CTR akan jadi rendah dan kesannya kos iklan juga akan jadi lagi murah.

Inilah sebabnya kenapa pengamal teknik ini boleh dapat kos iklan yang murah. Lihat bukti screenshot dibawah.

(klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)

***

Ebook Tambahan Teknik Expert

Selesai perbincangan tentang ebook utama. Ebook utama lebih menjurus kepada teknik mengesan prospek atau pelanggan anda supaya iklan yang anda hasilkan betul-betul relevan dengan diri mereka. Dengan ini barulah lebih mudah untuk dapat jualan.

Walaubagaimanapun, ini belum menjamin bahawa anda GERENTI akan dapat jualan yang memberangsangkan.

Ada banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan sesuatu iklan.

Antara faktor tersebut ialah target audience (golongan sasaran), ayat copywriting dan juga penggunaan gambar. Penerangan mengenai penggunaan gambar yang tepat ada disediakan dibawah.

Sebab itu anda perlu baca ebook tambahan iaitu Ebook Teknik Expert.

Apa yang anda akan pelajari?

Anda akan mempelajari cara membaca dan menggunakan data-data yang terdapat pada FBAds report. Kat sinilah anda boleh tahu mana satu iklan yang bagus, mana satu iklan yang tak perform dan mana satu iklan yang patut dihentikan.

Kalau orang yang tak pandai baca report ini, dia memiliki kecenderungan untuk terus run iklan walaupun hakikatnya iklan tak perform. Buat habis bajet iklan je.

Kelebihan Penggunaan FBAds Report

1. Tahu berapa kos untuk setiap impression/ click dengan lebih details

Kalau anda seorang usahawan yang bijak, anda patut tahu berapa kos setiap iklan. Bila anda boleh minimumkan kos, In Shaa Allah anda dapat memaksimakan keuntungan.

2. Tahu demographic mana yang sepatutnya dibuat sebagai target

Formulanya, jika pelanggan anda banyak di Perak, dan anda pula fokuskan iklan anda di Kelantan, anda dah terlepas peluang untuk dapat banyak sales dan membazir bajet iklan sahaja.

3. Tahu siapa sebenarnya yang lebih banyak “take action” dalam kumpulan demographic sasaran

Banyak like tapi tak ada sales. Banyak komen “pm” tapi tak ada sales. Ini salah satu petanda anda dah target golongan yang salah

4. Dapat meminimumkan target, supaya target lebih tepat dan sekaligus dapat meningkatkan ROI (Return of Investment) dalam FB Ads

Mana lagi baik? Iklan pada 10,000 orang tetapi sales cuma ada 5 unit atau iklan pada 1,000 orang tetapi sales ada 100 unit?

5. Dapat meningkatkan CTR sekaligus mengurangkan kos per klik

Yeah! Ini yang kita mahu.

Macam mana cara nak baca?

Senang.

Pergi ke bahagaian Ads manager. Klik pada campaign dan tekan View Report.

Anda tak tau macam mana nak baca report tu?

Ini boleh jadi salah satu sebab kenapa anda perlu dapatkan panduan Teknik Sannin V2 ini.

****

Ebook Teknik Gambar dan Software

Ini juga merupakan salah satu modul yang paling saya suka dalam ebook ini.

Dalam modul ini, anda akan diajar bagaimana memilih gambar yang sesuai untuk tujuan iklan FBAds.

Ramai yang buat kesalahan dibahagian ini. Nak tahu kesalahan yang bagaimana? Pengguna FB Ads cenderung untuk menggunakan gambar produk sebagai imej iklan.

Contohnya jika anda ingin mempromosikan ebook Jurnal Pemasaran Affiliates.

Sebenarnya prospek tak peduli pun macam mana bentuk produk, tetapi mereka lebih berminat nak tahu apa kesannya selepas mereka menggunakan sesuatu produk.

Itu satu point.

Lagi satu, pernah tak anda nampak iklan FB Ads yang menggunakan gambar muka seseorang?

Contohnya macam iklan kat bawah ni

Mengikut kajian dan pembacaan yang saya pernah buat sebelum ini, iklan yang menggunakan gambar muka seseorang lebih mudah menarik perhatian dan lagi mudah mendapat klik daripada kumpulan sasaran.

Lebih-lebih lagi jika gambar wajah yang digunakan jelas, ayu dan aggun. Orang pasti tertarik untuk klik. Of course ayat iklan call to action juga perlu jelas dan menarik.

5 sebab kenapa anda perlu pilih gambar yang betul-betul sesuai untuk iklan anda

1. Dapat meningkatkan nilai CTR %

2. Dapat meningkatkan JUALAN

3. Membangkitkan rasa keinginan kepada bakal pembeli

4. Dapat merendahkan kos iklan

5. Dapat meningkatkan engagement untuk sesuatu pages

Dalam ebook ini, ada 6 jenis gambar yang anda patut guna untuk mencapai tujuan iklan anda. Saya tak nak terangkan apa dia jenis gambar yang anda patut gunakan. Info ini adalah info premium dan saya juga perlu bayar untuk dapatkan tentang info ini.

Bacaan Lanjut: Review Ebook Teknik Sannin V2 – Teknik Gambar dan Software

Kadang-kadang, gambar yang anda ada perlu di edit.

Sama ada untuk tambah kecerahan, crop, letak border dan juga gabungkan dua atau tiga gambar supaya jadi satu gambar yang lagi menarik.

Ada satu software PERCUMA yang anda boleh muat turun untuk buat benda ni.

Maklumat dan cara penggunaan software PERCUMA tersebut turut diterangkan dalam ebook ini.

Klik sini untuk muat turun ebook Teknik Sannin V2.

Baiklah, saya rasa itu sahaja yang anda patut tahu mengenai ebook ini. Dari 5 bintang, saya akan beri 4.5 bintang.

At least, lepas baca ebook ini, saya dah tak perlu lagi susah payah nak rujuk ebook lain atau datang ke mana-mana personal coaching atau FB Ads seminar, sebabnya dari ebook ini je dah macam-macam yang saya boleh belajar.

Ebook ini sesuai dibaca dengan ebook Teknik Sannin V1.

Semoga artikel ini dapat membantu anda buat keputusan sama ada anda perlukan ebook ini atau tidak. Ebook ini mungkin akan dihentikan jualannya pada bila-bila masa. Jadi, jika anda dah berkenan, lebih baik anda segera dapatkan sementara jualannya masih lagi dibuka.

 

 

Exit mobile version