Blog Sabree Hussin

Penipuan yang berselindung disebalik nama bekerja dari rumah sebagai data entry

Jika anda menerima tawaran atau peluang untuk bekerja hanya dari rumah untuk melakukan kerja-kerja mudah, sebagai  contoh kerja sebagai data entry, tetapi anda tak berapa pasti dari mana sumber pekerjaan tersebut, maka berhati-hatilah!

 

Anda perlu lebih berwaspada terutama sekali apabila pihak yang menawarkan anda peluang pekerjaan tu pula yang bertindak meminta anda membuat sejumlah bayaran ke akaun mereka terlebih dahulu sebelum anda dibenarkan untuk memulakan kerja dalam bidang data entry ini.

 

Sebelum kita bincangkan topik ini dengan lebih lanjut lagi, saya perlu tegaskan terlebih dahulu, yang sebenarnya kerja-kerja data entry adalah suatu pekerjaan yang SAH dan memang ada syarikat yang memerlukan seseorang untuk uruskan hal-hal berkaitan memasukkan data.

 

Ini salah satu contoh iklan yang saya temui di laman web Jobstreet.

Sekiranya anda berminat untuk memohon pekerjaan jenis ini, ia ada diterangkan dengan jelas menerusi iklan diatas.

 

Masa bekerja dari jam 8.45 am – 5.45pm

Berdekatan dengan Masjid Jamek, Kuala Lumpur

Gaji yang ditawarkan ialah RM1,200

Syarikat ini hanya memerlakan pekerja kontrak selama 6 bulan sahaja

 

Namun, apa yang sering menjadi kemusyikilan buat sesetengah individu ialah, apabila anda ditawarkan untuk bekerja dalam bidang data entry ini hanya dari rumah. Boleh ke pekerjaan dalam bidang data entry ni dilakukan hanya dari rumah?

 

Boleh jadi, masih ramai yang belum tahu, yang sebenarnya sebarang kerja yang boleh dilakukan hanya menggunakan komputer, ianya boleh dilakukan walau dimana-mana sahaja. Sekiranya di tempat anda berada mempunyai sambungan internet, itu lagi bagus. Dengan adanya sambungan internet, anda boleh menghantar hasil kerja anda kepada majikan melalui emel sahaja tanpa perlu anda bersua muka atau datang ke pejabat.

 

Konsep kerja seperti ini memang tak asing lagi jika di luar negara dan di negara-negara maju. Mereka gelarkan pekerjaan seperti ini dengan istilah “tele-commuting”. Para pekerja tak perlu lagi bersusah payah untuk datang ke ofis dan mereka boleh terus mulakan bekerja hanya dari rumah sahaja.

 

Namun kalau di negara-negara Asia, dan khusus untuk di Malaysia, kerja sebagai data entry hanya dari rumah masih belum betul-betul popular. Kebiasaannya, mana-mana syarikat yang memerlukan khidmat data entry, mereka masih belum benar-benar bersedia untuk mengupah pekerja yang bekerja dari rumah secara bebas atau freelancer.

 

Selalunya, mana-mana syarikat yang mempunyai sejumlah data yang perlu disemak dan di key in dalam format tertentu, mereka akan dapatkan bantuan daripada syarikat outsource.

 

Sebagai contoh, iklan dari jobstreet yang tunjukkan pada anda. Saya percaya, dalam tempoh 6 bulan itu tadi, anda akan bekerja untuk menyusun dan key in data bagi syarikat lain dan bukannya dari syarikat yang mengupah anda bekerja. Syarikat tersebut kita namakan sebagai klien kepada syarikat outsource yang bakal mengupah kita nanti.

 

“Apa sebenarnya kerja seorang data entry?”

Menyusun, mengurus, mengkelaskan dan memasukkan data dalam bentuk tertentu seperti yang dimahukan oleh pihak majikan.

 

Mari lihat contoh dibawah. Saya juga ada memohon beberapa job dalam bidang data entry secara online.

Kebiasaannya, mana-mana majikan yang serius memerlukan pekerja dan memerlukan khidmat pembantu untuk menguruskan mahupun mendapatkan data bagi pihak mereka akan menyatakan secara terang dan jelas apa sebenarnya yang mereka mahu kita lakukan.

 

“Ada tak cara untuk kita kesan penipuan yang menggunakan nama data entry job?”

Selalunya, orang yang memang dah ada pengalaman bekerja, mereka tak ada masalah untuk mengesan ciri-ciri yang mungkin berpotensi untuk bertukar menjadi satu bentuk penipuan. Namun, kemahiran yang sama mungkin tak dimiliki oleh mereka yang baru nak kenal alam pekerjaan.

 

Sama ada golongan pelajar yang baru habis sekolah menengah atau pelajar yang baru sahaja menamatkan pengajian di kolej mahupun univerisiti.

 

Baiklah, jika sesuatu peluang pekerjaan sebagai data entry sambilan dari rumah mempunyai ciri-ciri berikut, ianya patut di curigai dan anda perlu hati-hati.

 

1. Bakal majikan langsung tak menyebutkan apa dia perkara-perkara yang anda perlu lakukan dalam pekerjaan anda tu nanti.

 

2. Anda diminta untuk membayar sejumlah wang ke akaun mereka terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk melihat senarai kerja kosong.

 

3. Anda dikehendaki untuk memilih pakej, dan setiap pakej mempunyai keistimewaan yang berlainan dan setiap pakej mempunyai harga yang berbeza. Sebagai contoh, pakej A RM50 dan anda boleh lihat 50 kerja kosong. Manakala pakej B berharga RM100 dan anda boleh lihat 100 kerja kosong.

 

4. Anda diminta untuk buat keputusan SEGERA atau CEPAT untuk elakkan terlepas peluang kaut pendapatan yang lebih tinggi. Sebenarnya kerja dalam bidang ni tak akan pernah habis. Jadi tak perlu tergesa-gesa.

 

5. Anda diminta untuk promosikan program yang sama dan sebagai balasan, anda akan dapat komisyen.

 

6. Komisyen anda dikira berdasarkan hasil jualan anda, dan ada juga overiding komisyen hasil daripada jualan yang dilakukan oleh downline anda.

 

7. Dari bayaran yang anda lakukan, anda hanya menerima ebook atau video yang terlalu basic yang infonya sangat mudah di dapati secara percuma sahaja.

 

8. Anda diminta untuk ulang kembali apa yang dilakukan oleh orang yang mula-mula memperkenalkan peluang ini kepada anda.

 

9. Testimoni dari peserta dahulu hanya cerita tentang DUIT semata-mata. Langsung tak pernah cerita mengenai apa dia kerja yang dia pernah buat.

 

10. Tak ada siapa yang pernah dengar tentang peluang ini, kecuali anda, penganjur dan beberapa orang yang beri testimoni pada laman web penganjur. Itu sahaja. Jika ia terlalu hebat pasti ramai orang pernah dengar dan pernah cuba.

 

11. Peluang kerja data entry ini menawarkan pendapatan yang sangat lumayan! Sebenarnya, kerja-kerja data entry bukanlah satu pekerjaan yang akan dibayar mahal. Ianya adalah kerja-kerja mudah namun memakan masa yang panjang kerana kita akan berhadapan dengan jumlah data yang banyak. Yang penting, anda patut tahu bayaran upah untuk bekerja dalam bidang ini bukannya tinggi sangat.

 

12. Kerjanya digambarkan sebagai terlalu mudah hinggakan orang yang tak bersekolah pun boleh buat. Yang ini saya setuju. Ada banyak kerja-kerja data entry yang memang mudah-mudah belaka (walaupun remeh). Namun AWAS! Kerja data entry adalah antara kerja yang paling banyak persaingan. Walaupun mudah, belum tentu anda akan terpilih untuk dapat job ini.

 

13. Anda boleh berhenti kerja sekarang, pecat bos anda dan jadi kaya dalam masa yang singkat. Ini memang satu penipuan yang direka khusus untuk menjerat mereka-mereka yang ada masalah ditempat kerja.

 

Bagaimana jika anda dah terjerumus dan dah jadi mangsa penipuan?

BERHENTILAH.

 

Jangan teruskan legasi penipuan ini dengan menjadikan orang lain pula sebagai mangsa seterusnya. Program penipuan yang menggunakan nama data entry akan terus berjalan selagi ada individu yang terus menerus mempromosikannya.

 

Apa pun, nak buat apa sekalipun kena ada ilmu. Tempat saya belajar ilmu tentang data entry dan lain-lain perihal mengenai bekerja dari rumah adalah menerusi panduan ini.

 

Baiklah, apa pun semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat untuk anda ya.

 

Exit mobile version