Blog Sabree Hussin

Apa yang BEST dengan bekerja dari rumah?

Apa yang menarik dan seronoknya dengan bekerja dari rumah?

 

Sebelum anda buat keputusan sama ada nak bekerja dari rumah, atau lebih baik anda teruskan sahaja bekerja dengan majikan anda di pejabat, ada baiknya anda luangkan sedikit je masa untuk baca apa yang saya kongsikan ni. Siapa tahu, mungkin kat sini nanti ada satu atau dua point yang berguna untuk anda.

 

Sebelum ni, saya pernah cerita dua topik yang ada sangkut paut dengan topik ini. Saya nak sarankan anda baca jugak dua artikel saya sebelum ni yang berjudul

1. Jadual dan rutin harian seorang Internet Marketer Malaysia

2. Realiti kehidupan apabila bekerja dari rumah

 

Saya selalu dengar orang kata, “Rumahku syurgaku.” Tapi saya tak pernah pulak dengar orang sebut, “Ofisku syurgaku.”

 

Sekarang ni, kita nak jadikan rumah kita sebagai tempat bekerja. Ala-ala macam ofis kita. Kat sinilah tempat untuk kita cari makan. Tempatnya untuk kita jemput rezeki. Untuk mereka yang memang jarang rasa happy kat tempat kerja, kena selalu berjaga-jaga bila nak bekerja dari rumah. Kita risau nanti anda bawak balik pulak segala pengaruh negatif dan rasa benci anda terhadap kerja.

 

Kalau sebelum ni, kalau tak suka kerja, bolehlah MC, ambik AL, atau balik rumah. Tapi kalau sekarang ni dah memang bekerja dari rumah… Hmm… nak lari pergi mana lagi? Ye tak?

 

Dalam catatan kali ni, saya cuma nak ceritakan perihal dan perkara yang best-best je berkenaan dengan bekerja dari rumah. Benda-benda yang tak berapa best pun ada banyak, cuma saya tak nak ceritakan sekarang. Itu saya akan ceritakan di lain masa ye. Jadi, kalau anda berminat nak terokai topik ni dengan lebih mendalam lagi, kenalah rajin-rajinkan diri untuk selalu ikuti penulisan saya dalam blog ni.

 

Kelebihan dan keistimewaan apabila bekerja dari rumah

Pertama sekali, anda perlu tahu, anda nak bekerja sebagai apa apabila anda memilih untuk bekerja dari rumah?

 

Walaupun sebenarnya ada banyak kerja yang boleh anda lakukan hanya dari rumah, terlalu banyak sebenarnya, namun jika anda sendiri masih belum jelas, apa yang anda mahu lakukan, saya khuatir perjalanan kerjaya anda akan berkesudahan dengan kekecewaan sahaja nanti.

 

Baiklah, menurut pengasas Panduan Jobdirumah, sebarang pekerjaan yang boleh dihantar menerusi emel, contohnya kerja-kerja seperti programming, penterjemahan, pengaturcaraan laman web, design, data entry dan sebagainya boleh dilakukan hanya dari rumah.

 

Pekerjaan-pekerjaan seperti ini boleh dilakukan hanya dari rumah. Anda hanya perlu berurusan dengan majikan sama ada menerusi whatsapp, wechat, FB, emel dan sebagainya. Kemudian, untuk proses penghantaran hasil kerja, anda boleh gunakan emel sahaja. Ataupun jika majikan anda memerlukan anda untuk hantar kerja dalam bentuk hard copy, anda boleh gunakan servis kurier dari pos laju.

Kaitan antara bekerja dari rumah dengan berniaga dari rumah

Kebanyakkan peluang untuk bekerja dari rumah adalah bersifat untuk menghasilkan jualan. Agak sukar untuk mencari peluang-peluang untuk bekerja dari rumah yang tak melibatkan anda perlu untuk buat jualan.

 

Salah satu tempat yang anda boleh pergi untuk dapatkan senarai job yang available untuk anda bekerja hanya dari rumah adalah di laman web freelancer.com

 

Berkenaan dengan topik senarai pekerjaan ini, In Shaa Allah akan saya kupaskan dilain kali. Topik tentang cari kerja di laman web freelancer sebenarnya telahpun dikupaskan dalam panduan jobdirumah ini.

 

Sama ada anda nak buat duit dengan melakukan kerja yang dibayar upah, ataupun nak buat sales yang dibayar dalam bentuk komisyen, mana-mana satu bagus untuk anda. Dari pengalaman saya, cara kerja untuk kedua-dua kaedah penjanaan pendapatan ini juga sebenarnya tidaklah sesukar dan serumit mana. Bila benda yang sama kita buat setiap hari, lama kelamaan kita akan jadi mahir jugak.

 

Jadi, apa yang buatkan bekerja dari rumah ini bagus untuk anda?

 

Cipta karier dan kerjaya yang ideal untuk anda

Bila bekerja dari rumah, kita tak boleh tunggu orang nak bagi kita kerja. Kita sendiri yang kena wujudkan kerja dan cipta peluang untuk kita buat duit. Tak perlu tunggu orang bagi kita job.

 

Bukan macam bila kita kerja dengan orang. Bila sampai masa, kita akan dinaikkan pangkat, ada kenaikkan gaji, ada tugasan baru dan sebagainya. Bukannya macam tu. Bila bekerja dari rumah, anda sendiri yang tentukan, bila anda nak naik gaji, bila anda nak mulakan projek yang baru.

 

Sebenarnya seronok jugak bila kita bekerja dari rumah, kemudian kita ada macam-macam projek. Sampai satu masa, setiap projek tu pulak membuahkan hasil. Setiap bulan kita hanya perlu kutip hasil semata-mata. Ibarat macam seorang petani yang mempunyai ladang yang sangat luas. Mula-mula je kena kerja keras, bila semuanya dah membuahkan hasil, petani tu tadi boleh gunakan hasil tu tadi untuk upah orang lain untuk buat apa yang dia malas nak buat.

 

Anda dibayar mengikut prestasi anda

Pernah tak anda rasakan, sepanjang bekerja dengan orang lain, seolah-olah anda dibayar kurang berbanding apa yang sepatutnya anda terima? Contohnya macam ni, dengan pengalaman dan kepakaran yang anda miliki, bila anda bekerja dengan orang lain, anda hanya dibayar gaji kira-kira RM3,000 sahaja sebulan.

 

Sedangkan anda tahu, yang sebenarnya anda bernilai lebih dari itu. Dengan kepakaran, kemahiran dan pengalaman yang anda miliki, sekurang-kurangnya anda patut dibayar RM10,000

 

Ya majikan anda TAK AKAN bayar anda RM10,000 sedangkan dengan bayaran RM3,000 sahaja pun dah cukup memadai. Jika anda rasakan yang anda patut dibayar lebih daripada apa yang sepatutnya anda terima sekarang ni, maka mulakanlah perancangan anda untuk bekerja dari rumah secepat mungkin.

 

Cabar keupayaan minda anda

Anda mungkin akan dapati, dalam satu-satu masa, anda akan buat dua, tiga atau lebih projek serentak. Tiada lagi pengkhususan pekerjaan dan hampir segala-galanya anda perlu buat sendiri.

 

Kalau anda memang jenis yang sukakan cabaran, yes… kerja dari rumah seperti ini memang sesuai sangat untuk anda. Dari pembacaan yang saya buat, orang yang banyak gunakan minda dia, dan banyak berfikir ni, lebih genius berbanding orang yang cuma buat satu benda je.

 

Bekerja ikut ketetapan masa yang anda suka

Andai kata anda memilih untuk bekerja dari rumah sepenuh masa, kini tiada lagi masa bekerja 9.00 pagi hingga 6.00 petang untuk anda. Boleh jadi anda akan bekerja lebih masa, ataupun mungkin juga masa anda bekerja akan kurang daripada itu, tetapi pada masa yang sama anda masih lagi boleh jana pendapatan yang lumayan.

 

Anda adalah boss untuk diri anda sendiri. Jadi terpulang kepada anda sama ada anda nak bekerja lebih masa, atau nak buat kerja sedikit sahaja.

 

Dari pengalaman saya sendiri, saya dapati pada peringkat awal, sebenarnya saya akan bekerja lebih lama berbanding orang lain. Kalau dulu, saya hanya bekerja dari jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang sahaja, sekarang tak lagi. Ada masanya saya bekerja lebih daripada 12 jam setiap hari.

 

Apa pun, semuanya memang berbaloi, sebabnya ia bukan untuk orang lain, sebaliknya semua tu untuk diri saya sendiri.

 

Sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran

Apa yang pasti, bekerja sendiri hanya dari rumah adalah suatu yang sangat mencabar. Gangguannya terlalu banyak.

 

Memangla kita tak ada bos atau supervisor yang memerhati. Tapi bila bersendiri kat rumah ni, memang cukup mudah untuk hanyut. Sekejap-sekejap akan terasa nak layan video kat youtube, lepas tu rasa nak tonton tv series dan gangguan paling susah sekali nak lawan ialah rasa nak tidur ha ha.

 

Apa pun, semua ni adalah cabaran. Embrace it.

 

Pada waktu catatan ni saya buat, salah satu projek paling mencabar yang saya sedang usahakan ialah projek ini. Sebab projek ni pun masih agak baru, jadi masih ramai lagi yang tak tau dan kurang yakin untuk join. Tapi apa pun, saya terima tugasan ni dan In Shaa Allah akan buat yang terbaik.

.

..

Baiklah, dalam post yang akan datang, saya akan cerita pulak tentang kelemahan dan kekurangan yang perlu anda ketahui dan mungkin anda akan lalui jika bekerja dari rumah.

 

Stay tune ok.

 

Terima kasih kerana sudi membaca, dan semoga pembacaan ini bermanfaat untuk anda.

 

 

Anda minat nak bekerja dalam bidang penterjemahan? Jom lihat senarai kekosongan di laman web kerja translator ini.

 

 

Exit mobile version