Blog Sabree Hussin

Tips Buat Duit Bekerja Sebagai Data Entry

Jika anda bercadang untuk bekerja dari rumah hanya dengan bantuan laptop peribadi dan sedang mempertimbangkan untuk memohon kerja dalam bidang data entry, ada beberapa perkara atau tips yang saya ingin kongsikan kepada anda.

 

Setengah perkara yang bakal saya kongsikan mungkin adalah perkara baru bagi anda, dan sebahagian yang lain mungkin adalah common sense sahaja. Untuk mereka yang baru pertama kali nak mencuba memohon kerja dan ingin buat duit bekerja sebagai data entry clerk, mungkin ada beberapa maklumat dalam ini yang berguna untuk anda.

 

Jadi, dipersilakan untuk baca dan semoga info ini berguna untuk anda. Dalam penerangan ini, saya akan tunjukkan cara memohon kerja data entry 100% secara online sahaja. Anda tak perlu susah payah untuk ke pejabat mahupun bersusah payah untuk bangun dari tempat duduk anda. Dah sedia nak tahu? Sila teruskan pembacaan.

 

Mula-mula sekali, jika anda tak tau kat mana nak dapatkan job data entry ini, saya ingin cadangkan anda ke laman web freelancer.com [http://www.freelancer.com]. Laman web ini merupakan salah satu laman web yang cukup popular dalam kalangan pekerja bebas atau Freelancer dari seluruh dunia untuk dapatkan kerja sambilan dari rumah.

Apabila anda layari laman web ini, anda akan dapat lihat terdapat dua option disediakan kepada anda, iaitu sama ada Hire ataupun Work. Lazimnya, mereka yang melayari laman web ini ada dua tujuan sahaja. Sama ada nak bekerja dari rumah sebagai freelancer ataupun ingin mencari pekerja.

 

Jika anda ingin mencari pekerja untuk buat tugasan data entry bagi pihak anda, atau sebarang tugasan lain, maka anda klik Hire.

 

Untuk makluman anda, laman web ini juga dapat memainkan peranan untuk bantu anda mencari pekerja bebas yang mungkin sesuai untuk apa sahaja tugasan. Sebagai contoh, saya kerap kali dapat emel dari sistem freelancer yang mengatakan ada individu di Kuala Lumpur yang memerlukan khidmat pembersihan.

 

Contohnya adalah seperti emel dibawah ini.

Saya menerima emel ini kerana saya pernah mendaftar untuk melanggan emel update dari pihak freelancer. Saya juga ada akaun dengan pihak freelancer sebagai salah seorang pekerja atas talian. Memandangkan alamat yang saya gunakan ketika pendaftaran adalah alamat di Kuala Lumpur, maka saya kerap dapat notifikasi kerja kosong seperti dalam emel tersebut.

 

Jadi, jika ada dalam kalangan pembaca yang minat nak jadi tukang cuci secara sambilan, maka bolehlah mendaftar sebagai salah seorang pekerja bebas (freelancer) dilaman web ini.

 

Dalam perbincangan kali ini, saya akan fokuskan kepada topik bekerja dari rumah dan bukannya mendapatkan pekerja. Jadi anda klik pada Work.

 

Saya tak akan terangkan secara panjang lebar, step by step tutorial bagaimana untuk mendaftar di laman web ini. Jika anda perlukan tutorial yang lengkap, ianya telah disediakan di laman web jobdirumah. [klik sini]

 

Saya belajar tentang cara untuk bekerja dari rumah juga menerusi panduan yang disediakan di laman web Jobdirumah. Atas sebab itu saya tak akan terangkan dengan panjang lebar dalam blog saya. Lagipun, panduan yang lengkap dah pun ada, jadi saya tak cadang nak buat kerja yang sama banyak kali. Saya syorkan anda muat turun sahaja panduan tersebut ya.

 

Apa yang saya nak kongsikan pada anda dalam posting ini adalah salah satu contoh job offer dalam bidang kerja data entry yang anda boleh apply. Sila rujuk pada screenshot dibawah.

Untuk mencari kerja kosong seperti data entry di laman web ini, anda hanya perlu guna search box (kotak carian) yang disediakan dan menaip kata kunci seperti ‘data entry‘, ‘typing‘ dan sebagainya. Job offer seperti diatas saya temui hasil daripada carian dibuat dilaman web tersebut.

 

Apa yang anda perlu tahu sebelum apply kerja data entry ini?

(1) Pastikan status kerja masih lagi open

Jika anda apply kerja yang dah ‘closed‘ anda memang ada masalah. Kadang-kadang memang ada kerja yang dah berstatus closed tetap tersenarai dari hasil carian. Jadi saya syorkan pada anda, sebelum anda baca deskripsi tugas, lebih baik lihat dulu status kerja.

 

Nanti buang masa pula baca deskripsi kerja untuk job data entry yang berstatus closed.

 

(2) Lihat kolum Bids

Kolum Bids memberi maklumat berapa ramai yang cuba untuk dapatkan job ini. Sebaik-baiknya carilah bids yang rendah supaya tak perlu bersaing dengan terlalu ramai pekerja lain. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, laman web ini memang popular dalam kalangan freelancer dari seluruh dunia.

 

Jadi tak mustahil untuk anda lihat, bagi sesuatu kerja yang diiklankan, ada ramai calon freelancer yang cuba untuk dapatkan pekerjaan tersebut. Sistem kerja disini menggunakan sistem Bids (atau bida dalam bahasa Melayu). Setiap freelancer perlu berikan tawaran terbaik untuk dinilai oleh bakal majikan.

 

(3) Lihat kolum Average Bid (Avg bid)

Semasa anda bid untuk dapatkan projek ini, anda perlu nyatakan berapakah upah yang anda inginkan. Ada teknik tertentu yang anda boleh gunakan.

 

Namun demikian, anda perlu ingat, upah yang murah belum tentu menjamin anda untuk dapat kerja ini. Ada beberapa kriteria yang digunakan sebelum melihat sama ada seseorang freelancer itu layak untuk diberi pekerjaan atau tidak.

 

Antaranya, lihat pada pencapaian dan hasil kerja sebelum ini, lihat pada kelayakkan, pengalaman dan macam-macam lagi. Jadi, semata-mata dengan meletakkan nilai bids yang rendah masih belum menjamin anda untuk dapat kerja tersebut.

 

(4) Lihat kolum projek budget

Pada kolum ini anda boleh lihat, berapakah julat bajet yang disediakan oleh majikan.

 

Setengah majikan menyediakan bajet untuk tujuan bayar upah yang tinggi. Bergantung pada tahap kesukaran sesuatu projek. Majikan yang mampu menyediakan bajet yang besar juga ada kemungkinan akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan di masa akan datang.

 

(5) Majikan mempunyai status verified

Ada setengah kes, majikan tidak membayar setelah kerja yang diminta siap dilakukan.

 

Salah satu sebabnya ialah majikan tersebut telah lari. Sebagai langkah keselamatan, saya cadangkan anda hanya pilih majikan yang berstatus verified sahaja. Kerja-kerja yang ada di laman web seperti ini adalah kerja jangka masa pendek.

 

Ada kes yang mana majikan lari kerana dia berubah fikiran dan tak jadi untuk teruskan projek tersebut. Jadi, daripada dia bayar freelancer untuk projek yang tak jadi buat, lebih baik dia hilangkan diri. Sebab tu penting untuk lihat status majikan sama ada verified ataupun tidak. Bimbang nanti kerja dah siap, majikan pulak hilang.

 

(6) Pastikan anda faham tugasan yang perlu dilakukan

Bukan sekadar faham, malah anda juga wajib tahu guna tools yang mungkin diperlukan untuk siapkan job ini.

 

Antaranya ialah seperti perisian microsoft excels, words dan sebagainya. Ada juga setengah majikan yang hanya mahukan kita gunakan sistem dari mereka sahaja. Dari pemerhatian saya, kebanyakkan kerja data entry memerlukan anda mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Excels.

 

(7) Ambil exam untuk tingkatkan value anda

Ya. Anda juga perlu ambil exam. Hasil daripada result exam tu tadi, anda akan diberi rank sama ada anda bagus atau tidak dan ia juga digunakan untuk menentukan sama ada anda layak atau tidak untuk apply mana-mana job.

 

Adakah exams ini PERCUMA? Jawapannya ada yang percuma dan ada yang berbayar. Saya tak boleh nak bagi jaminan yang anda pasti akan dapat kerja jika ambil exam yang berbayar. Akan tetapi, lulus exam dengan cemerlang dan markah yang tinggi memang akan dijadikan penanda aras untuk mengetahui sama ada anda adalah pekerja bebas atau freelance yang bagus atau tidak.

 

Apapun, saya syorkan anda untuk buka laman web freelancer.com ini dan cubalah kaji bagaimana sistem mereka berfungsi. Cuba sendiri sistem carian yang mereka sediakan untuk lihat kekosongan kerja dalam bidang data entry atau lain-lain bidang yang mungkin sesuai dengan kemahiran dan kepakaran anda.

 

Jika anda berjaya dapat kerja, buatlah sesuatu pekerjaan tu dengan betul. Biasanya kerja pertama memang agak susah nak dapat. Tapi bila dah berjaya dapat, untuk kerja yang seterusnya lebih mudah.

 

Tips buat duit bekerja sebagai data entry ini adalah sebahagian yang diajarkan kepada pelanggan program jobdirumah. Kerja data entry ini memang sangat popular, dan untuk pengetahuan anda, ia bukan sahaja popular di negara kita, malahan ia juga popular di seluruh dunia. Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut, dan ingin belajar lebih banyak lagi selok-belok tentang kerja dari rumah, sila [klik sini]

 

Kita belajar dari panduan yang sama, yang saya sendiri pernah rujuk satu masa dulu. Cubalah, mana tau kat sini adalah rezeki anda.

 

 

Exit mobile version