Blog Sabree Hussin

RAHSIA Lulus Cemerlang Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27

Jika anda adalah salah seorang calon yang bakal menduduki peperiksaan online Penolong Penguasa Kastam, sila semak laman web rasmi Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam untuk mendapatkan info, tips dan updates terkini berhubung dengan peperiksaan yang bakal dijalankan pada 05hb Ogos nanti.

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan kepada anda Rahsia mereka-mereka yang dah pernah duduki peperiksaan untuk menjadi pegawai kastam.

Rahsia ini mungkin tidak diceritakan mahupun didedahkan kepada orang ramai. Tapi sebelum tu, apa kata anda lihat dulu bukti-bukti emel berikut daripada mereka yang dah pernah ambil exam Penolong Penguasa Kastam ini terlebih dahulu.

Bukti testimoni kejayaan lulus peperiksaan kastam

Bukti testimoni kejayaan lulus ujian Penguasa Kastam

Bukti testimoni kejayaan lulus peperiksaan kastam

Sebenarnya ada banyak lagi testimoni-testimoni lain yang anda boleh baca di laman web rasmi Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam ni.

Setiap daripada mereka yang lulus ini memiliki satu persamaan yang ketara.

Inilah sebenarnya senjata rahsia mereka untuk lulus dalam peperiksaan kastam ini.

Dan sebentar lagi, rahsia tersebut juga bakal menjadi milik anda. Anda nak tahu apa rahsianya?

Beberapa hari sebelum peperiksaan dijalankan, mereka telah memuat turun panduan peperiksaan yang dikeluarkan oleh Tim Info Kerjaya dan selepas itu mereka hanya perlu study dan fokus pada set soalan contoh yang menyamai set soalan sebenar.

Itu sahaja.

Cara mereka lebih smart jika nak dibandingkan dengan ribuan lagi calon yang lain.

Calon lain, yang kurang berjaya dalam peperiksaan tersebut, beberapa hari sebelum tarikh peperiksaan, masih lagi study. Tetapi, apa yang mereka study langsung tak relevan atau kurang relevan dengan keperluan peperiksaan yang bakal dijalankan.

Terdapat tiga seksyen soalan yang perlu dilalui oleh setiap calon, iaitu Seksyen A, Seksyen B dan Seksyen C.

Seksyen A misalnya, adalah soalan berbentuk pengetahuan am. Disini, para calon akan diuji dengan soalan-soalan am dan secara tak langsung ia bakal menguji sejauh mana pengetahuan yang dimiliki oleh calon tersebut.

Sebenarnya, soalan yang ditanya, walaupun pengetahuan Am, bukanlah diambil secara random atau rawak. Soalan yang ditanya juga ada kaitan dengan bidang tugas yang bakal dilaksanakan oleh calon yang berjaya kelak.

Contohnya, dalam sesi peperiksaan sebelum ini, dalam seksyen A, soalan yang pernah ditanya adalah berkaitan dengan topik GTP ataupun nama penuhnya Government Transformation Programme. Ia merupakan satu inisiatif oleh PEMANDU.

Kastam adalah salah satu badan kerajaan yang terlibat dalam program GTP. Jadi, jika anda ingin sertai Kastam dan berkhidmat dengan Kastam, sedikit sebanyak anda perlu tahu mengenai GTP.

Begitu juga halnya dengan topik GST.

Diramalkan, untuk peperiksaan 05hb Ogos nanti, topik berkaitan GST (Government Service and Taxes) bakal menjadi soalan favorite untuk disoal di seksyen A.

Dalam masa yang singkat ini, mungkin anda tak sempat nak tahu semua sekali mengenai GST, jadi, sebagai langkah bijak, anda boleh muat turun panduan peperiksaan online ini. Ia juga bakal memudahkan anda jawab soalan kelak.

Dalam seksyen B pula, merangkumi soalan pecahan dan matematik. Ia juga bakal menguji kreativiti calon yang menduduki peperiksaan Penolong Penguasa Kastam ini nanti.

Soalan dalam seksyen C pula adalah soalan yang mudah-mudah sahaja. Ia juga dikenali sebagai Ujian Phycometrix. Tujuannya bukanlah untuk lihat sama ada anda mampu menjawab soalan dengan betul atau salah, tetapi ia lebih kepada untuk melihat personaliti dan karekter diri anda.

Untuk seksyen ini, anda perlu berlaku jujur dengan diri anda. Walaupun anda rasa sifat diri anda itu agak negatif terhadap sesuatu perkara atau isu, yang penting anda mesti berlaku jujur dan tetapkan pada jawapan yang satu. Jangan berdolak-dalik.

Selain itu, anda juga perlu mempunyai pengetahuan yang tepat mengenai jawatan yang bakal anda pohon ini.

Syarat Lantikan:

i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]

ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]

iii. Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ]

iv. lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i. mempunyai kelayakan seperti di atas; atau

ii. lulus Peperiksaan Khas; dan

iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

Deskripsi Tugas :

i. Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.

ii. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.

iii. Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.

iv. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.

v. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.

vi. menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

 

Baiklah, info dalam laman web ini mungkin masih belum cukup membantu anda untuk lulus peperiksaan Penolong Penguasa Kastam ini.

Sebab itu, anda digalakkan untuk muat turun panduan peperiksaan online Penolong Penguasa Kastam Gred W27 disini.

Saya doakan semoga anda berjaya dalam peperiksaan ini.

Wallahua’lam 

 

 

Exit mobile version