Blog Sabree Hussin

Cara tingkatkan Jualan apabila berniaga online di Shopee

Saya memang ada perancangan nak berniaga di laman web Shopee.

 

Buku panduan untuk dijadikan rujukan apabila berbisnes di Shopee pun saya dah beli. Saya ni bukan setakat beli, malahan saya dah baca buku tersebut berulang-ulang kali.

 

Panduan berbisnes di Shopee yang saya maksudkan adalah Ebook Bisnes Shopee. [sila muat turun di halaman ini]

Sebelum ini, saya dah pernah tulis review ebook bisnes Shopee ini. Kalau ada pelawat blog ni yang masih belum baca ebook tersebut, bolehlah baca dulu review yang saya sediakan tu ya.

 

Tekan sahaja klik pada pautan yang saya berikan.

 

Dari segi konsep, berniaga di laman web atau applikasi Shopee ini memang sangat mudah. Ada beberapa step sahaja yang kita perlu lakukan.

(1) Daftar akaun Shopee

(2) Buka kedai

(3) Masukkan maklumat produk

(4) Uruskan tempahan daripada pelanggan

(5) Pastikan pelanggan terima barang yang ditempah

(6) Tunggu pihak Shopee release payment

(7) Ulang semula dari langkah nombor 3

 

Namun, apabila kita nak berniaga di Shopee, kita juga perlu bersedia untuk hadapi cabaran yang bakal mendatang. Apa cabarannya?

 

Persaingan dari peniaga lain yang terdapat di Shopee.

 

Bagi mereka yang tak biasa dengan sistem Shopee, sebenarnya dekat website Shopee ini bukan hanya terdapat peniaga dari Malaysia sahaja. Malahan peniaga dari oversea pun ada.

 

Selalunya peniaga oversea ini adalah peniaga dari China. Perasan tak, mereka ini ada dimana-mana! Dekat Lazada pun ada seller dari China. Mereka ini mampu untuk tawarkan harga yang sangat murah kepada para pembeli.

 

Walaupun mereka boleh menang dari sudut tawaran harga, namun pada masa yang sama pembeli terpaksa berkompromi dan bersabar dengan masa penghantaran yang agak lama.

 

Kalau produk dari China, barang mungkin akan sampai lewat, dan ia boleh mengambil masa sehingga 2 – 3 minggu. Cuba letakkan diri anda sebagai seorang pembeli. Sanggupkah anda menunggu sampai 2 atau 3 minggu untuk barang yang dibeli?

 

Saya sendiri awal-awal lagi akan kata tak sanggup. Biarlah kena bayar mahal sikit, asalkan barang yang dibeli boleh sampai dalam masa 2 atau 3 hari.

 

Kalau boleh nak hari ni bayar, esok poslaju dah hantar barang tersebut ke rumah. Ini situasi yang paling ideal.

 

Setelah membuat pembacaan ebook Bisnes Shopee, saya baca juga perkongsian pengalaman dari seller lain, termasuk kajian sendiri yang saya lakukan, saya dapati sebenarnya ada beberapa pendekatan yang boleh kita praktikkan bagi memastikan produk yang kita jual di Shopee boleh hasilkan jualan yang memberangsangkan.

Apa dia? Saya senaraikan dibawah ini antara langkah-langkah yang kita patut praktikkan.

 

(1) Gunakan gambar produk sebenar yang jelas

Kalau anda mempunyai produk dalam tangan, sebaik-baiknya anda gunakan gambar produk sebenar. Kalau anda hanya menggunakan gambar produk seperti yang dibekalkan oleh pihak supplier, anda mungkin akan dapati gambar tersebut turut digunakan dalam listing seller lain.

 

Dekat situ tak nampak keunikkannya.

Setuju tak kalau saya katakan gambar jam tangan G-Shock couple set diatas ni nampak lebih menarik kalau nak bandingkan dengan hanya menggunakan gambar model semata?

 

(2) Gunakan video

Ini pun satu kaedah yang bagus juga. Penggunaan video disamping guna gambar akan buatkan pelawat berhenti lebih lama untuk melihat iklan yang anda siarkan.

 

Lagi lama pelawat berada dalam kedai Shopee anda, makin tinggi tahap kepercayaan pelanggan terhadap anda. Saya sendiri telah beberapa kali memilih seller yang menyediakan video produk berbanding seller yang hanya berikan gambar sahaja.

 

(3) Tawarkan penghantaran percuma

Baru-baru ni, saya hampir-hampir tak jadi nak buat pembelian di Shopee disebabkan tak ada opsyen penghantaran percuma!

 

Kenapa saya agak sensitif dengan bab penghantaran percuma? Macam yang saya sebutkan di peringkat awal tadi, yang saya telah beli dan baca ebook bisnes Shopee. Dalam ebook tersebut ada dimuatkan bab tentang Shopee Free Shipping Program.

Barang yang saya nak beli tu beratnya tak sampai 1KG tapi kena bayar kos untuk penghantaran. Ini memberi gambaran yang saya sebenarnya sedang berurusan dengan ejen dropship Shopee dan bukannya dengan tauke besar.

 

Faktor kos penghantaran ini juga akan mempengaruhi mood pembeli sama ada nak teruskan dengan pembayaran ataupun tidak.

 

(4) Belajar untuk gunakan ayat-ayat copywriting dalam keterangan produk yang dijual

Kalau sebelum anda berkenalan dengan Shopee, anda pernah berniaga menggunakan platform facebook atau lain-lain media sosial, saya percaya anda pasti familiar dengan teknik penulisan copywriting.

 

Teknik copywriting adalah teknik penulisan bersifat memujuk dan menyakinkan pembaca untuk buat keputusan dan bertindak sewajarnya seperti mana yang kita inginkan.

 

Kalau nak menunjukkan iklan produk anda di Shopee nampak lain daripada yang lain, tulislah ayat copywriting produk anda dengan baik.

 

Jangan sekadar copy paste atau sekadar tulis ala kadar seperti mana yang diberikan oleh pembekal anda.

 

(5) Gunakan fungsi Marketing Centre yang diberikan oleh pihak Shopee

Dekat bahagian marketing centre ini juga ada banyak tools yang kita boleh gunakan untuk membuatkan pelawat Shopee tertarik dengan iklan kita.

Fungsi My Ads boleh digunakan bagi membuatkan iklan kita dilihat oleh lebih ramai pelawat.

 

My Discount Promotions akan membuatkan pelawat tertarik dengan listing kita kerana kita beri diskaun yang banyak. Cuma kalau beri diskaun terlalu tinggi, sampai nampak tak masuk akal, itu akan membuatkan pembeli jadi lebih waspada.

 

Disamping menggunakan kaedah berbayar seperti yang terdapat di marketing centre, gunakan juga nama yang mengandungi kata kunci yang mungkin dicari oleh pelawat dalam iklan produk kita di Shopee.

 

(6) Buat pemasaran untuk naikkan bilangan followers di Shopee 

Tahukah anda, bilangan follower yang ramai di Shopee turut memberikan gambaran yang positif terhadap perniagaan yang anda jalankan.

Konsepnya lebih kurang sama dengan bila kita berniaga di media sosial. Page kita akan lebih dipercayai dan diyakini apabila ada banyak follower berbanding page orang lain yang tak banyak pengikut.

 

(7) Berikan respon yang pantas terhadap pertanyaan

Respon rate juga patut diberikan perhatian.

 

Jangan biarkan pelanggan tertunggu-tunggu dengan jawapan balas dari anda. Andai kata pada waktu itu anda tidak ada jawapan sekalipun, balaslah dan beritahu kedudukan sebenar.

 

“Maaf ya puan boleh bagi sedikit masa untuk saya buat semakan dulu? Sekejap lagi saya akan jawab pertanyaan puan”

 

Itu lebih baik daripada anda diam sahaja. Kelewatan anda membalas pertanyaan pelanggan akan memberi kesan terhadap respons rate anda kelak.

 

(8) Buat pemasaran di luar laman web Shopee

Seterusnya, jangan lupa buat pemasaran diluar laman web Shopee!

 

Ajak para pelanggan anda untuk beli produk yang anda jual melalui Shopee. Selepas pembelian dilakukan, anda boleh minta para pelanggan anda untuk meninggalkan komen dan review yang positif di Shopee.

 

Lagi banyak komen dan review positif lagi bagus!

 

Ini sangat membantu dalam menggalakkan jualan yang lebih banyak dimasa akan datang.

 

Kalau anda mempunyai bajet untuk pengiklanan, boleh juga dapatkan perkhidmatan iklan artikel jenis advertorial untuk mempromosikan kedai Shopee dan barang-barang yang anda jual di Shopee.

 

Kaedah iklan menggunakan artikel advertorial di blog akan memberikan anda trafik yang konsisten dari search engine dan juga dari kalangan pembaca blog tersebut.

 

Dengan ini, anda tidak hanya bergantung harap pada sistem Shopee semata-mata, sebaliknya kedai anda turut mendapat support daripada lain-lain laman web yang ada diluar sana.

 

Lapan cara yang saya kongsikan dalam posting ini adalah antara langkah-langkah yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan jualan di laman web Shopee.

 

Jika anda luaskan lagi pembacaan, anda pasti akan temui banyak lagi teknik untuk tingkatkan jualan di Shopee. Misalnya teknik buat banyak-banyak akaun, dan buat banyak-banyak listing produk.

 

Bagi pembaca yang masih belum ada sumber pendapatan tambahan dan sedang mempertimbangkan untuk jadi seller di Shopee, saya harapkan semoga tips ringkas ini berguna untuk anda.

 

Jika anda memerlukan rujukan dan panduan yang lebih lengkap, downloadlah panduan Ebook Bisnes Shopee ini. Group sokongan juga disediakan untuk anda, jika anda perlukan sebarang bantuan atau ada pertanyaan nanti.

 

Selamat mencuba dan semoga anda berjaya!

 

Exit mobile version