Blog Sabree Hussin

Cara Terbaik Membelanjakan Duit BR1M?

Alhamdulilah saya merupakan salah seorang penerima BR1M.

Ini bermakna saya tergolong dalam kumpulan yang perlu dibantu?

Wallahua’lam.

Hari tu cuba-cuba apply (itu pun mintak tolong orang lain buatkan) tak sangka saya layak terima.

Saya terima duit BR1M ni pada 20hb Februari 2014.

Siap ada nama penuh lagi.

Dua tiga hari juga saya ambik masa untuk fikir…

“Apa lah yang aku nak buat dengan duit BR1M ni…”

Kalau beli makanan… alah… berapa lama sangat makanan tu boleh bertahan.

Kalau beli pakaian, hmm… masih banyak yang masih elok dan boleh dipakai.

Nak beli buku… no no.

15hb Feb yang lepas baru je pergi pesta buku Big Bad Wolf. Total spent RM92 dah dapat 16 buah buku yang sampai sekarang ni baru sempat habiskan baca satu buku.

Jadi idea untuk beli buku lagi kurang praktikal.

Setelah fikir-fikir, sambil fikir terkorban jugak RM10 heh

Akhirnya saya buat keputusan.

Saya nak buat perlaburan ilmu.

Saya nak belajar cara sebenar melabur dalam pasaran saham.

Maklumat lanjut –> http://www.sabreehussin.com/belajar-sendiri

Nak pergi kelas saham, saya tak tau pulak kat mana kelas saham terdekat.

Jadi nampak gayanya, opsyen yang relevan dengan saya buat masa ini ialah belajar saham sendiri. Belajar menerusi DVD ni.

… dan ya.

Saya buat pembelian untuk dapatkan DVD ini pada 23 Februari 2014.

Saya nak cari ilmu yang boleh gandakan lagi duit BR1M yang saya terima tu.

Saya dengar juga ramai yang masih belum dapat, dan ramai lagi yang tak tau sama ada mereka akan dapat atau tidak.

Apapun, bersabarlah ya.

Kalau ada rezeki, In Shaa Allah anda akan dapat. Selama ini pun kita tak pernah bergantung harap pada BR1M kan.

Jadi, kalau dapat, terimalah.

Kalau tak dapat, anggaplah bukan rezeki, dan In Shaa Allah akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

 

 

 

Exit mobile version