Blog Sabree Hussin

Cara mudah menjadi ejen pemasaran Pakej Percutian

Peluang untuk buat duit dalam bidang pelancongan sekarang ini terbuka luas. Kalau sebelum ini, anda belum pernah lagi ceburkan diri dalam bidang ini, apa kata selepas ini anda fikir-fikirkan tentang potensi pendapatan yang boleh dihasilkan dan selepas itu ambil tindakan yang sewajarnya.

 

Walaupun ramai individu di sekeliling kita yang mengeluh disebabkan kos sara hidup yang tinggi, harga barang harian semakin mahal, harga petrol yang tak turun-turun, namun ini tidak menghalang mereka untuk pergi bercuti.

 

Sebaliknya cabaran-cabaran seumpama ini, dapat menjadikan seseorang itu jadi lebih kreatif dan bijak membuat pemilihan, pakej percutian yang bagaimana yang mereka inginkan. Bila sebut tentang pergi bercuti, setiap orang mempunyai citarasa tersendiri.

Bagi mereka yang lebih kepada outdoor person, lazimnya mereka akan pilih destinasi percutian yang sarat dengan pelbagai aktiviti. Individu seperti ini biasanya tak begitu berkira tentang tempat penginapan. Kalau tak dapat hotel lima bintang pun tak ada masalah, sebabnya masa mereka akan banyak diluangkan diluar.

 

Apa yang penting, tempat penginapan untuk mereka pilih ini selesa, selamat dan tidak begitu jauh dengan tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong.

 

Pernah tak anda terfikir untuk mulakan bisnes yang menawarkan pakej percutian?

Saya pernah. Mujurlah saya ada beberapa orang kenalan, yang turut menjalankan bisnes dalam bidang pelancongan. Sedikit sebanyak, saya boleh belajar dari pengalaman mereka uruskan perniagaan yang mereka jalankan.

 

Kenali produk dalam bisnes pelancongan

Kalau nak buat duit dalam bidang ini, kita mulakan dengan berkenalan dengan apa produk yang kita boleh jual untuk hasilkan pendapatan.

 

Ini antara produk yang berkaitan dengan bisnes dalam bidang pelancongan

 

(1) Tiket

Termasuk tiket kapal terbang, tiket bas, tiket feri dan lain-lain pengangkutan. Selain itu anda boleh juga menjual tiket masuk ke mana-mana tempat menarik yang memerlukan anda membeli tiket.

 

Untuk beli tiket bas, anda boleh dapatkan secara online sama ada menerusi laman web BusOnlineTicket atau CatchThatBus

Kedua-dua syarikat yang saya sebutkan diatas, ada membuka peluang kepada orang biasa macam saya untuk jadi sebahagian dari pasukan pemasaran mereka. Dengan kata lainnya, saya boleh menjadi seorang ejen yang menjual tiket bas ke mana-mana destinasi di semenanjung Malaysia melalui mereka.

 

Selain daripada tiket bas, tiket kapal terbang juga boleh dibeli secara online sahaja. Malahan anda boleh gunakan laman web Online Travel Agent (OTA) bagi tujuan mencari harga tiket kapal terbang paling murah yang terdapat dipasaran.

Baca disini: Tips membeli tiket kapal terbang dengan harga paling murah

 

Ada beberapa syarikat yang saya tahu, yang mana kita boleh sertai sebagai ejen dan mula mempromosikan tiket penerbangan. Antaranya ialah AirPaz, Qatar Airways, Emirates, Thai Airways dan sebagainya. Macam mana nak mula jadi ejen? Saya akan cerita dengan lebih lanjut dipenghujung artikel ini.

 

Tahukah anda, menerusi laman web Lazada, kita juga boleh beli macam-macam tiket masuk ke mana-mana Theme Park dengan harga yang berkali ganda lagi murah berbanding harga di kaunter masuk? Lihat buktinya di halaman ini.

Anda boleh buat perbandingan harga, antara harga yang dipaparkan di laman web Lazada ini dengan laman web rasmi pengendali theme park atau mana-mana laman web yang ada diluar sana. Kalau anda dapati, anda boleh dapat harga yang lebih rendah, mungkin disitu anda boleh jadikan seller di Lazada ini sebagai pembekal anda.

 

Kalau tiket harga RM135, anda mark up jadi RM150 dan jual kepada orang lain yang berminat. Jika anda berupaya dapatkan pembeli, dekat situ sahaja anda boleh dapat untung sebanyak RM15 tanpa perlu susah payah nak bina theme park anda sendiri.

 

Ok.. saya tahu bunyinya macam melampau pulak, nak kena bina theme park sendiri semata-mata nak dapatkan untung belas-belas ringgit.

 

Tapi apa yang saya cuba nak sampaikan ialah, jual tiket masuk ke theme park juga merupakan salah satu produk dalam kategori pelancongan yang anda patut pertimbangkan untuk jual.

 

(2) Tempat penginapan atau tempat bermalam

Antara jenis tempat penginapan yang popular di negara kita adalah seperti hotel, motel, hostel, homestay, chalet dan sebagainya.

 

Ada pelbagai pilihan dan jenis tempat penginapan yang boleh dipilih oleh para pengunjung, dan yang menariknya, jika anda memilih untuk menjadi ejen pakej penginapan, anda tak perlu susah payah nak membina hotel atau homestay sebelum anda boleh mula mempromosikannya.

 

Sekiranya anda memang mahir dalam bab-bab pemasaran, anda ada peluang untuk hasilkan pendapatan yang lebih tinggi berbanding pemilik bisnes homestay. Semua ini anda boleh lakukan hanya sebagai ejen sahaja.

Kalau sebagai pemilik hotel atau homestay, pendapatan yang boleh dihasilkan adalah terhad kepada berapa banyak unit homestay yang dimiliki. Tapi sebagai ejen, anda boleh promosikan sebanyak mana hotel, homestay mahupun resort yang anda mahukan.

 

Jom kita lihat laman web Agoda. Dekat laman web Agoda tu sendiri, ada beribu-ribu hotel dan apartment yang disenaraikan dilaman web tersebut. Adakah semua property ini milik Agoda? Jawapannya sudah tentu tidak.

 

Agoda hanya menyediakan tapak untuk pemilik hotel mengiklankan hotel milik mereka. Seterusnya Agoda akan iklankan hotel-hotel ini semua dan jika ada tempahan, Agoda akan kenakan sedikit komisen kepada pemilik hotel. Ada tempahan, barulah pemilik hotel kena bayar caj kepada Agoda.

 

Kalau tak ada tempahan, tak perlu bayar apa-apa. Ok sekarang, kalau kita nak buat laman web seperti Agoda, kemudian nak approach pemilik hotel untuk iklankan hotel mereka di laman web kita, itu mungkin satu kerja yang agak leceh.

 

Anda perlu modal yang besar, perlu ada pasukan pemasaran dan pengurusan anda sendiri dan macam-macam lagi kerenah. Sebaliknya, jika anda lebih sukakan buat kerja yang lebih mudah (tapi bayaran komisen sekadar 4% sahaja) anda boleh jadi ejen affiliate kepada pihak Agoda.

 

Tak perlu pening-pening kepala nak fikir macam mana nak dapatkan kerjasama pemilik hotel mahupun pemilik homestay untuk iklankan property mereka dilaman web anda. Sebaliknya anda hanya perlu fokus untuk bawa masuk pelawat untuk membuat tempahan di Agoda.

 

Untuk program Agoda ini, ia boleh disertai melalui pautan ini.

 

Diluar sana, bukan Agoda sahaja yang menawarkan program Affiliate. Ada banyak lagi.

 

(3) Bisnes Tour Guide

Sekiranya anda mempunyai pengetahuan yang baik tentang sesuatu tempat, seperti anda tahu tentang sejarah, tempat-tempat menarik yang sesuai untuk dikunjungi, tempat menarik untuk bergambar, tempat sesuai untuk buat aktiviti, anda boleh tambahkan bisnes tour guide dalam pakej pelancongan yang anda tawarkan.

 

Apa kata anda lihat contoh bisnes tour guide beserta dengan aktiviti yang ditawarkan dilaman web Airbnb.

Anda juga boleh menggunakan laman web Airbnb sebagai platform untuk iklankan bisnes tour guide yang anda jalankan.

Oleh kerana laman web Airbnb ini adalah laman web antarabangsa, maka ada kebarangkalian anda akan dapat pelanggan dari luar negara. Kalau sebelum ini anda hanya tahu fungsi laman web Airbnb sebagai platform untuk iklankan homestay dan tempat penginapan sahaja, sekarang ini anda patut tahu yang anda boleh iklankan servis tour guide melalui Airbnb juga.

 

(4) Bisnes kereta sewa pandu sendiri

Tadi saya ada sebut tentang kenalan saya yang menjalankan bisnes dalam sektor pelancongan. Mereka yang saya maksudkan menjalankan bisnes kereta sewa pandu sendiri.

 

Kalau anda minat nak tahu bisnes kereta sewa yang mereka jalankan, boleh baca posting saya sebelum ini.

(i) Pengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn Bhd

(ii) Perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah – Cara mudah nak berjimat apabila bercuti ke Sabah

(iii) Perkhidmatan Kereta Sewa yang boleh dipercayai di Kota Kinabalu

 

(5) Bisnes tempat makan

Biasalah kalau pergi bercuti, kita mesti nak rasa apa hidangan istimewa yang terdapat ditempat tersebut. Dalam situasi ini, anda boleh deal dengan kedai makan untuk tawarkan harga yang istimewa untuk pakej hidangan kepada para pelanggan.

 

Kalau beli dari anda, dapat diskaun tapi kalau beli terus di kedai, kena bayar harga biasa. Saya kurang arif tentang perincian kalau nak buat duit dalam bisnes makanan, jadi saya tak dapat nak kupas dengan lebih mendalam.

 

(6) Pakej Internet dan data

Kalau bercuti diluar negara, anda perlu fikirkan tentang sambungan internet untuk terus berhubung dengan orang yang tersayang. Ada macam-macam pakej internet dan data yang anda boleh langgan. Tapi saya nak cadangkan anda lihat dulu pakej internet yang ditawarkan oleh syarikat Visondata ini.

Ada kenal mana-mana individu yang nak melancong ke luar negara? Kalau ada kenal, sebelum dia bertolak pergi tu, cadangkan untuk dia dapatkan dulu pakej internet dari Visondata.

 

Pakej internet ini membantu individu tersebut untuk kekal berhubung dengan insan yang tersayang, manakala anda pula, yang mencadangkan syarikat ini dapatlah sedikit komisen. Baiklah, cuma sebelum nak buat cadangan tu, pastikan anda join dulu sebagai ejen pemasaran Visondata ni.

 

Untuk jadi ejen, sila buat pendaftaran menerusi pautan ini.

 

(7) Gadget dan barangan keperluan semasa travel

Ada beberapa item yang terlintas difikiran saya, misalnya beg bagasi, pakaian musim sejuk, kamera, action camera dan sebagainya. Lain destinasi percutian, maka lainlah keperluan yang perlu disediakan oleh pengunjung.

 

Ada sesetengah individu yang kurang arif, tentang apa yang perlu dibawa jika pergi bercuti disesebuah tempat percutian. Kalau anda biasa pergi, mungkin boleh cadangkan individu tersebut untuk beli barangan tersebut sebagai persiapan sebelum pergi.

 

Kalau nak pergi bercuti ke negara musim sejuk, orang yang baru kali pertama nak pergi ke situ, mesti tak tau apakah jenama dan jenis pakaian yang patut dibeli.

 

(8) Cenderahati dan t-shirt

Sebagai kenang-kenangan dan buah tangan untuk dibawa balik apabila tamat percutian.

 

(9) Aktiviti semasa bercuti

Kita alih fokus kepada aktiviti yang akan atau bakal dilakukan bila kita dah sampai ke tempat percutian. Cuba fikirkan, apa yang orang akan buat di tempat percutian?

 

Kalau percutian dikawasan pulau, antara yang menarik perhatian saya ialah aktiviti snorkeling dan Island Hopping.

Jika anda biasa pergi kemana-mana pulau atau pantai, pasti anda sedia maklum, ada macam-macam aktiviti air yang kita boleh lakukan. Sama ada nak main jet ski, kayak, banana boat dan macam-macam lagi.

 

Semua ini boleh bantu kita buat duit, asalkan anda tahu macam mana caranya.

 

(10) Bisnes konsultasi

Bisnes ni biasalah, kita cuma berikan khidmat kepakaran kita. Kita bantu sediakan full itinerary yang sesuai dengan keperluan klien kita.

 

Kita bantu susun jadual percutian klien kita, kita tunjukkan cara step by step macam mana nak pergi ke sesuatu tempat, tempat makan yang sedap, tempat shopping dan sebagainya.

 

Ada ke orang yang perlukan khidmat macam ni? Tentulah ada. Sekarang ini cuba anda bayangkan situasi ini. Pernah tak anda pergi bercuti, dan semasa percutian tersebut anda rasa ada banyak tempat nak pergi, tapi tak sempat. Sedangkan ada orang lain, yang pergi bercuti di tempat yang sama, mampu untuk pergi ke semua tempat.

 

Kenapa boleh jadi macam tu agaknya? Jawapannya adalah pengurusan masa dan tempat.

 

Saya selalu berharap, kan bagus kalau ada orang yang boleh bagitahu, bila pergi bercuti disesuatu tempat tu, mana satu tempat yang kita patut pergi dulu dan mana satu tempat yang kita patut pergi kemudian. Seterusnya, berapa lama masa yang perlu diperuntukkan untuk sesuatu tempat, supaya tak buang banyak masa.

 

Seandainya anda mampu untuk berikan khidmat konsultasi, apa salahnya anda sediakan perkhidmatan ini.

 

Macam mana nak buat duit dalam sektor pelancongan?

Sekarang ini kita dah tahu, apa produk-produk yang berkaitan dengan industri pelancongan. Persoalan seterusnya ialah, macam mana nak buat duit dalam sektor ini?

 

Tak kira apa jenis produk yang anda ingin fokus, sama ada pelbagai jenis tiket, tempat penginapan mahupun perkhidmatan kereta sewa, semua ini memerlukan anda membuat jualan dan mendapatkan pelanggan.

 

Kerja yang paling susah, bukannya untuk dapatkan persetujuan dari pemilik resort, pemilik syarikat bas mahupun pemilik syarikat kapal terbang untuk terima kita sebagai ejen, sebaliknya bahagian yang mencabar adalah mendapatkan pelanggan.

 

Ya, kena tahu macam mana nak buat jualan!

 

Kalau bidang jualan, bukanlah satu bidang yang menakutkan untuk anda, saya boleh katakan bisnes ini sangat bagus untuk diceburi.

 

Cuba lihat kalender anda. Kalau pada bulan-bulan tertentu, ada banyak hari cuti, pendapatan anda juga akan meningkat beberapa kali ganda.

 

Daftar PERCUMA sebagai ejen yang mempromosikan produk pelancongan

Terdapat sebuah laman web yang menawarkan program affiliate, yang anda boleh sertai dan mula mempromosikan produk-produk dalam sektor pelancongan.

 

Jumlah produk dan perkhidmatan yang anda boleh promosikan ada sangat banyak, dan saya percaya apabila anda sertai program ini nanti, anda tak akan kehabisan produk untuk dipromosikan.

 

Program yang saya maksudkan adalah program affiliate Involve Asia.

Melalui progam affiliate ini, kita boleh mula menjadi ejen kepada banyak syarikat yang memang bergiat aktif dalam sektor pelancongan. Syarikat yang saya maksudkan adalah seperti Agoda, Airbnb, Trivago dan banyak lagi.

 

Dibawah ini hanya sebahagian daripada syarikat yang kita boleh promosikan.

Setelah anda mendaftar dalam program affiliate ini, anda akan mendapat akses kepada lebih banyak syarikat yang berkaitan dengan industri pelancongan, yang anda boleh promosikan.

 

Anda mempromosikan pakej pelancongan yang ditawarkan oleh jenama-jenama besar dalam industri pelancongan, seperti yang ditawarkan oleh syarikat Trivago, Agoda, Airbnb dan sebagainya.

 

Bakal pelanggan anda pasti akan rasa lebih yakin untuk buat tempahan, kalau dibandingkan dengan anda mempromosikan pakej pelancongan dari syarikat yang tak dikenali.

 

Untuk memudahkan anda mendapat jualan, saya cadangkan anda gunakan laman web berkonsepkan blog dan mula menulis topik yang berkaitan dengan percutian. Apabila laman blog anda mula mendapat perhatian oleh pengguna internet dan sudah mula memperolehi trafik yang konsisten, pada masa itu anda akan dapat lihat pendapatan anda daripada industri pelancongan mula menampakkan hasilnya.

 

Bukankah cara ini lagi mudah untuk buat duit dalam industri pelancongan? Kita fokus sahaja dalam bab pemasaran. Kita fokus untuk dapatkan seberapa banyak trafik untuk masuk ke laman web kita yang mempromosikan produk-produk dalam industri pelancongan.

 

Baiklah, pada saya ini cara yang lebih mudah dan saya sendiri biasa buat duit dengan cara ini. Sebab tu saya berani untuk bercerita disini.

 

Anda mungkin ada cara lain yang lebih berkesan? Boleh kongsikan kepada saya?

 

 

Exit mobile version