Blog Sabree Hussin

Bagaimana menjadi Ejen Dropship bagi Lazada Malaysia?

Macam mana cara nak buat duit dengan Lazada? Setakat daripada apa yang saya tahu, sebenarnya terdapat sekurang-kurangnya tiga cara, macam mana nak buat duit dengan Lazada.

 

Cara pertama, mintak kerja dengan Lazada dan jadi salah seorang daripada staff mereka. Kalau ada yang minat nak bekerja dengan Lazada, boleh terus ke laman web mereka atau boleh juga gunakan pautan ini untuk melihat senarai kekosongan kerja yang ada.

 

Cara kedua untuk buat duit dengan Lazada adalah dengan menjadi penjual atau seller di Lazada.

Anda boleh terus ke laman web Lazada dan cari pautan yang tertulis “Sell on Lazada”. Klik pada pautan tersebut dan seterusnya anda akan dibawa ke halaman pendaftaran sebagai seorang penjual.

 

Paparan yang akan kelihatan adalah seperti dibawah ini.

Nampaknya, pada waktu catatan ini saya hasilkan, kita boleh menjadi penjual di laman web ecommerce terkenal Lazada walaupun kita tidak mempunyai nama syarikat dan belum mempunyai sijil SSM.

 

Tekan sahaja pada pautan “sign up here” dan seterusnya anda ikuti sahaja step yang diperlukan. Pada langkah seterusnya anda akan diminta untuk mengisikan borang dan memberikan maklumat peribadi anda. Saya tidak akan cerita panjang-panjang tentang bagaimana nak jadi penjual di laman web Lazada sebab ini bukan fokus artikel kali ini.

 

Cara ketiga nak buat duit dengan Lazada, adalah dengan menyertai program affiliate.

Ini kaedah yang saya dan ramai lagi kawan-kawan penulis blog gunakan untuk buat duit dengan Lazada. Kerjanya tidaklah begitu sukar.

 

Kita hanya perlu update blog macam biasa, dan pada mana-mana bahagian dalam blog, sama ada pada side bar mahupun dalam artikel, kita sertakan sekali pautan yang mengandungi link affiliate kita.

 

Sekiranya terdapat klik pada link affiliate dan orang yang tekan klik pada link kita membuat pembelian bagi sebarang produk yang dijual di Lazada, maka kita akan dapat komisen. Peratusan komisen yang bakal diterima pula adalah sekitar 4% – 12% bergantung kepada apa jenis produk yang dibeli.

 

Kalau produk yang terjual tu memang mahal harganya, maka komisen yang nampak tak seberapa ni pun akan jadi tinggi. Sebagai contoh, jam tangan lelaki di Lazada.

Komisen untuk jam tangan lelaki adalah sebanyak 10% daripada harga produk.

 

Katakanlah kita berjaya dapatkan jualan untuk jam tangan Rolex Oyster Perpetual Submariner ni. Maka, komisen yang bakal kita perolehi adalah sebanyak

RM38,000 (harga jam) X 10% (komisen affiliate) = RM3,800

 

Ya, RM3,800. Itulah komisen yang bakal kita perolehi.

 

Alangkah indahnya dunia kalau dalam sebulan berjaya jual 10 unit jam tangan Rolex ni kan.

 

Baiklah. Itu tiga cara yang saya sedia maklum untuk buat duit dengan Lazada.

 

Tetapi, apabila kita cerita pasal program affiliate, pasti akan ada yang tanya, macam mana kalau nak buat dropship dengan Lazada? Boleh ke tak boleh?

 

Sebelum tu, saya nak cerita secara ringkas, bagaimana konsep perniagaan menggunakan sistem droship dilakuan. Apa kata anda lihat kepada gambar rajah kat bawah ni.

Atas ini adalah konsep biasa bagi perniagaan yang menggunakan sistem dropship.

(1) Anda masukkan gambar produk yang ingin dijual di internet. Buat iklan untuk produk tersebut.

(2) Apabila ada pelanggan yang berminat, dia akan buat tempahan.

(3) Bayaran akan dibuat ke akaun bank anda.

(4) Setelah mendapat bayaran dari pelanggan, barulah anda akan buat tempahan dari pembekal.

(5) Pihak pembekal akan menghantar barangan tersebut terus kepada pelanggan anda.

 

Apabila kita dah betul-betul faham dengan konsep bisnes dropship seperti ini, kemudian barulah kita sesuaikan dengan matlamat kita, iaitu nak buat dropship dengan Lazada.

 

Satu perkara yang saya perlu highlight disini, pihak Lazada tidak menawarkan program dropship secara rasmi.

 

Walaupun begitu, saya secara peribadi telah beberapa kali bantu ahli keluarga dan kenalan rapat saya untuk beli barang dari Lazada. Kenapa mereka tak beli sendiri dari Lazada?

 

Ada macam-macam sebab.

 

Ada yang kata tak pandai. Tak ada laptop. Tak ada akaun internet banking dan macam-macam lagi alasan.

 

Apabila saya belikan barang bagi pihak orang lain, konsepnya lebih kurang sama sahaja dengan konsep dropship.

Semasa nak mengisi borang tempahan, pastikan alamat untuk penghantaran tu anda isikan alamat pelanggan anda. Atau dalam situasi saya, saya isikan alamat ahli keluarga yang minta saya belikan barang dari Lazada.

 

Nah.

 

Sama kan dengan konsep dropship.

 

Laman web Lazada tu sendiri sudah memberikan pelbagai gambar-gambar yang menarik yang kita boleh terus gunakan dalam misi kita nak buat duit sebagai ejen dropship.

 

Lagi satu, kebanyakkan gambar produk tidak mempunyai watermark.

 

Justeru, kalau ada yang terfikir dan menggunakan platform iklan seperti laman web mudah.my juga tiada masalah. Siapa tahu, dengan mengiklankan produk tersebut di macam-macam platform, anda akan dapat lebih banyak jualan, berbanding kalau hanya upload gambar di profile FB semata-mata.

 

Ataupun, kalau ada yang baru nak mencuba, bolehlah cuba-cuba menjual di facebook dulu. Pilih satu produk yang dijual di Lazada, save dulu gambar produk tu dan seterusnya anda upload di Facebook. Tengok dulu sambutan dia macam mana.

 

Kalau nampak boleh buat duit, bolehlah jadikan benda ni sebagai salah satu sumber pendapatan. Cuma anda tak perlulah nak bagitahu kat semua orang, yang anda gunakan Lazada sebagai pembekal.

 

 

Exit mobile version