Blog Sabree Hussin

Buat duit dengan Video Kahwin

Sebelum ini, saya ada baca sebuah buku yang berkisahkan tentang bagaimana kita boleh jana pendapatan tambahan dengan menawarkan khidmat tertentu semasa sesebuah majlis perkahwinan sedang dijalankan.

 

Buku tersebut berjudul Kaya sebagai fotografi perkahwinan.

 

Tak lama selepas saya baca buku tersebut, saya tertarik pula untuk luaskan lagi pembacaan dalam topik yang sama, iaitu tentang perkahwinan. Kali ini, saya terjumpa pula buku yang berjudul Buat Duit Dengan Video Kahwin.

Buku ini ditulis oleh Rizal Abd. Rashid dan cetakan pada kali pertama dilakukan pada tahun 2009. Tetapi, saya baru berpeluang baca buku ini setelah 9 tahun ianya dicetak. Bermakna, ada beberapa info dalam buku ini yang mungkin sedikit outdated dan kalau ada dalam kalangan pembaca yang ingin memulakan bisnes rakaman video majlis perkahwinan, mungkin perlu cari bahan bacaan dan rujukan yang lebih terkini.

 

Tetapi, dari segi pengetahuan asas yang dimuatkan dalam buku tersebut, saya percaya, pembaca yang baru kali pertama didedahkan dengan topik ini pasti dapat belajar banyak perkara baru tentang selok belok perniagaan rakaman video ini.

 

Mungkin anda juga perasan, jika anda biasa dijemput menghadiri majlis-majlis perkahwinan, anda mungkin perasan ada sesetengah majlis yang mana terdapat jurukamera yang merakam video sepanjang majlis dijalankan.

 

Kalau sekadar kelibat juruforo yang mengambil gambar, itu mungkin satu pemandangan yang biasa.

Sebaliknya, kalau jurukamera yang merakam video, itu mungkin jarang-jarang dapat kita lihat. Melainkan kalau majlis perkahwinan itu adalah dari kalangan keluarga orang berada.

 

Apa tidaknya, dari segi kos, upah untuk mendapatkan khidmat jurukamera yang merakam video adalah lebih mahal berbanding khidmat seorang photographer.

 

Apa maksudnya? Hmm… saya rasa anda juga setuju, kalau anda mampu tawarkan khidmat rakaman video seperti ini, anda mungkin akan dapat bayaran upah yang lebih tinggi berbanding hanya mengambil gambar pegun.

 

Seperti yang saya ada sebutkan sebelum ini, pengetahuan dan ilmu yang dimuatkan dalam buku ini adalah dalam peringkat asas sahaja. Mungkin penulis ingin buka minda kita untuk kita terokai lagi topik ini dan cari rujukan yang lebih padat selepas baca buku ini.

 

Ya la… buku ini pun hanya mengandungi 141 muka surat. Memang tak mungkin kalau nak cerita semua, dan kalau penulis cerita semua sekali, mungkin orang jadi tak berapa minat nak baca.

 

Buku ini boleh diperolehi sama ada di kedai-kedai buku berhampiran anda ataupun boleh dapatkan secara online.

Kalau ada yang nak buat tempahan secara online, boleh ke laman web PTS Media Group ini.

Ataupun, jika anda ingin dapatkan versi ebook, boleh dapatkan dari laman web Lazada disini. (sementara jualan masih dibuka)

 

Bawah ni pula ada antara topik yang dimuatkan dalam buku ini

Kandungan

1. Pengenalan
2. Enam Langkah Mudah
3. Apa yang perlu ada
4. Kemahiran
5. Strategi Bisnes
6. Sepenuh Masa atau Sambilan
7. Pemilihan kamera video 
8. Kelengkapan Asas
9. Beli atau Sewa
10. Ciri-ciri Seorang Jurukamera
11. Persediaan
12. Pengenalan Sudut Asas
13. Perkhidmatan kamera berbilang (MCP)
14. Kenali Adat
15. Produk Akhir
16. Syarikat
17. Bertemu Pelanggan
18. Harga Tawaran
19. Pemasaran
20. Menjaga Pelanggan

 

Tak sia-sia luangkan hampir dua hari untuk baca buku ini. Alhamdulillah, sekarang saya dah dapat ilmu baru tentang aspek rakaman video. Saya memang ada cita-cita untuk menggunakan video dalam kerja-kerja pemasaran online yang saya jalankan.

 

Namun, disebabkan pengetahuan tentang bidang rakaman yang agak cetek, saya jadi teragak-agak nak bermula. Tak apa, saya nak kembali cerita tentang buku Buat Duit Dengan Video Kahwin ini.

 

Dalam bab 7, penulis ada membincangkan tentang topik pemilihan kamera video yang sesuai bagi menjalankan bisnes ini. Menurut penulis, terdapat tiga jenis kamera video yang anda perlu tahu, iaitu

(1) Kamera video tahap penyiaran atau profesional

Biasa digunakan oleh stesen TV dan juga untuk menghasilkan sebuah filem yang akan ditayangkan sama ada dipawagam ataupun di kaca televisyen.

 

(2) Kamera video semi-profesional

Untuk kegunaan bisnes, cukup dengan menggunakan kamera video dari jenis ini. Dari semakan yang saya buat di laman web Lazada, harga kamera seperti ini adalah dalam lingkungan belasan ribu. Boleh lihat disini.

 

(3) Kamera video amatur atau kamkorder

Anda boleh semak harga kamkorder dari halaman ini. Ada yang dari serendah RM100++ hinggalah ke ribuan ringgit. Namun, kamera jenis kamkorder ini kurang sesuai digunakan bagi tujuan rakaman semasa majlis perkahwinan dijalankan.

Tetapi, jika anda sekadar ingin gunakan ia bagi tujuan back-up, tidak ada masalah.

 

Dalam bab 12 buku ini, penulis bercerita pula tentang Pengenalan Sudut Asas. Dalam bab ini, kita akan pelajari tentang sudut-sudut yang sesuai untuk rakaman video dilakukan. Antara sudut yang dibincangkan ialah seperti

1. Long Shot (LS)
Sudut rakaman dari jauh yang menceritakan secara umum apa yang sedang berlaku pada hari tersebut.

2. Establish Shot
Sudut rakaman yang menceritakan secara lebih terperinci tentang kejadian yang sedang dirakamkan, misalnya dimana, nama tempat dan sebagainya.

3. Medium Close Up (MCU)
Sudut sederhana

4. Close Up (CU)
Sudut paling kecil atau dekat

 

Saya tidak akan menceritakan secara details penerangan bagi setiap sudut yang dikongsikan oleh penulis buku ini, sebabnya anda boleh baca sendiri dengan muat turun versi ebook bagi buku ini di laman web ini.

 

Bagi versi ebook, harganya cuma RM10 sahaja. Sekiranya anda berminat untuk memiliki buku ini, bolehlah dapatkan segera sementara jualannya masih lagi dibuka.

 

Adakah saya akan ceburi bidang rakaman video untuk majlis perkahwinan setelah baca buku Buat Duit Dengan Video Kahwin ini?

Besar kemungkinan, jawapannya ialah TIDAK.

 

Saya rasa bidang ini bukan untuk saya. Tetapi, setelah baca buku ini, saya dapati ada banyak ilmu dalam buku ini yang saya dapat manfaatkan dan gunakan untuk bidang yang saya ceburi sekarang ini.

 

Sebab tu saya kata, walaupun buku ini usianya dah agak lama, namun disebabkan sebelum ini saya tak begitu terdedah dengan hal-hal seperti ini, jadi agak banyak juga ilmu baru yang saya perolehi dari pembacaan buku ini.

Mungkin anda ada perancangan untuk memulakan bisnes fotografi anda sendiri. Ataupun anda sudah sedia berada dalam bidang ini, namun jualan anda biasa-biasa sahaja.

 

Jadi lepas ini, anda bolehlah lakukan sesuatu. Misalnya dengan membaca buku ini. Manalah tahu, dengan pembacaan buku ini nanti, timbul pula idea baru untuk anda luaskan lagi capaian perniagaan anda nanti.

 

Kadang-kadang, buku-buku macam ni, boleh memberikan cetusan idea untuk menjadikan kita jadi lebih kreatif dalam urusan bisnes kita. Itulah yang sendiri selalu alami.

 

Jika anda inginkan bacaan tambahan, saya syorkan anda baca juga ebook Bisnes Fotografi ini. Semoga ianya bermanfaat untuk anda.

 

 

Exit mobile version