Blog Sabree Hussin

Buat Duit dengan Pasar Malam

Bisnes pasar malam memang menguntungkan? Eh betul ke boleh buat untung kalau berniaga di pasar malam ni? Saya rasa dah sampai masa untuk saya ambil tahu tentang potensi pendapatan dan peluang buat duit apabila berniaga di pasar malam.

 

Kebetulan, baru-baru ni saya terjumpa pula buku berjudul Buat Duit dengan Pasar Malam yang ditulis oleh Johar Seman.

Cetakkan kali pertama buku ini adalah pada tahun 2009 dan ia diterbitkan oleh syarikat penerbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd, Bila baca buku ini, anda mungkin akan dapati beberapa info didalamnya dah kurang relevan, terutama sekali dalam bab-bab yang menyenaraikan tentang sebut harga sesuatu barangan.

 

Tak apa. Pada saya semua tu small matter je tu. Apa yang lebih penting, penulis dah berjaya menghasilkan sebuah buku yang boleh dijadikan panduan untuk para usahawan yang inginkan suasana perniagaan yang baru dan yang ingin memulakan perniagaan di pasar malam.

 

 

Berikut pula adalah isi kandungan buku ini.

(1) Pengenalan

(2) Jenis Bisnes

(3) Keperluan Asas

(4) Modal, Pinjaman dan Kos

(5) Pendaftaran

(6) Lokasi

(7) Sumber Bekalan

(8) Tenaga Kerja

(9) Kemahiran

(10) Sasaran Pelanggan

(11) Harga Tawaran

(12) Promosi dan Pemasaran

(13) Organisasi Berkaitan

(14) Pengalaman Kisah Sebenar

 

Untuk mereka yang memang berhasrat untuk mula buat duit dengan Pasar Malam, memang sesuai jadikan buku ini sebagai salah satu buku panduan dan rujukan awal.

 

Jenis bisnes yang sesuai dimulakan dipasar malam. Dalam bab ini, penulis telah menyenaraikan BANYAK contoh bisnes yang sesuai dijalankan di pasar malam. Anda tak perlu susah payah nak buat research sendiri. Tak perlu lagi susah payah nak pergi ke satu pasar malam ke satu pasar malam semata-mata untuk dapatkan idea, nak berniaga apa di pasar malam.

Dalam banyak-banyak senarai bisnes yang dicadangkan, salah satunya adalah bisnes jual air balang di pasar malam. Menurut penulis buku ini, bisnes air di pasar malam adalah salah satu contoh bisnes yang menguntungkan dengan modal permulaan yang tidak begitu tinggi.

 

Sebagai contoh, untuk memulakan bisnes jual air balang di pasar malam, anggaran kos adalah seperti berikut

(1) 1 unit kanopi 10 x 10 (3m x 3m) harga dalam RM150 – RM200 (Boleh tempah disini)

(2) 1 set meja pasar malam harga dalam RM100 (maksima)

(3) 3 – 4 balang air harga dalam RM120 – RM130 per balang (ikut saiz)

(4) 2 buah kerusi harga dalam RM20 – RM30

(5) 1 alas meja dalam RM20 – RM30

(6) 1 senduk air gula: RM10 (maksima)

(7) 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma

(8) 1 unit bekas air gula: RM5-10

(9) 1 pek plastik bungkus Air 7×10 atau 8×12: RM4 – 8(Per pack )

(10) Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)

(11) 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)

(12) 1 dozen Straw: RM 5-6

(13) Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)

 

Jumlah keseluruhan untuk mula bisnes air balang di pasar malam tak sampai RM800. Ya, ada banyak juga bisnes di pasar malam yang boleh dimulakan dengan kos modal permulaan bawah RM1,000. Ini menjadikan berniaga di pasar malam sebagai satu peluang perniagaan yang unik berbanding lain-lain bidang perniagaan dan ianya boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

 

 

Keperluan asas untuk mula berniaga di pasar malam. Sebelum nak mulakan sebarang perniagaan, sudah tentu kita perlu tahu apa dia keperluan asas yang perlu disediakan. Antaranya adalah seperti lesen perniagaan, pengangkutan, peralatan untuk berniaga dan banyak lagi. Bab ini ada cerita semua perkara yang mungkin diperlukan untuk mulakan perniagaan di pasar malam.

 

Dimana kita boleh dapatkan sumber bekalan produk bagi diniagakan? Kat mana kita nak cari supplier untuk barang yang diniagakan dipasar malam? Ini salah satu topik yang agak penting. Bagi mendapatkan keuntungan yang paling tinggi, kita perlu pastikan barang yang nak dijual itu diperoleh dari pembekal yang dapat menawarkan harga paling jimat.

Ok… dari pembacaan yang saya buat dari sumber lain, saya dapati salah satu bisnes yang sesuai dijalankan di pasar malam adalah barangan seperti aksesori pakaian, barangan mainan dan sebagainya. Barang-barang seperti ini boleh diperolehi dari China dan yang menariknya ialah, anda tak perlu susah payah nak terbang ke China untuk dapatkan bekalan.

 

Boleh beli secara online sahaja jika anda mahu. Tak tau macam mana nak beli barang dari China secara online? Boleh rujuk panduan ni.

 

Lokasi perniagaan bukan faktor paling penting dalam perniagaan pasar malam? Itu yang diperkatakan oleh penulis buku ini. Hmm nampak macam betul bila difikir-fikirkan semula. Lazimnya, lokasi pasar malam dipilih di tempat yang paling strategik di sesebuah kawasan. Kawasan tersebut juga biasanya memang luas, mempunyai tempat letak kenderaan, dan mudah untuk dikunjungi.

 

Ok kita tengok pulak style atau pengunjung-pengunjung pasar malam. Biasanya mereka yang datang ke pasar malam ni, mereka akan pusing keliling pasar dan lepas tu barulah mereka akan buat pembelian. Saya juga buat macam tu. Saya akan pusing setiap sudut yang ada dan lepas tu baru saya akan buat keputusan barang apa yang best untuk dibeli.

 

Nampaknya, siapa yang berniaga di pasar malam, tak kiralah walau di ceruk mana letaknya gerai anda, anda masih lagi ada peluang yang cukup cerah untuk dapat pelanggan. Apa yang penting, barang yang anda jual itu memang sesuatu yang ada permintaan.

 

 

Strategi meletakkan harga jualan untuk barang yang dijual dipasar malam. Cara anda meletakkan harga juga adalah satu faktor penting yang akan mempengaruhi berapa banyak keuntungan yang bakal diperolehi dalam satu malam. Harga tak terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah sampaikan menjejaskan pendapatan anda.

 

Paling menarik, yang biasa saya nampak, peniaga di pasar malam akan meletakkan harga yang boleh dirunding dan beli banyak dapat lagi murah. Contohnya satu barang harga RM4. Kalau beli 3 dapat RM10. Nampaknya sesetengah peniaga pasar malam lebih suka untuk jual lebih banyak produk berbanding jual mahal.

 

Mungkin falsafah perniagaan yang dipegang ialah,

“Biar UNTUNG sikit, jangan rugi banyak…”  

 

Strategi PROMOSI dan PEMASARAN apabila berniaga di pasar malam. Ini topik atau bab kegemaran saya dalam buku ini. Ya, cara untuk buat kerja-kerja pemasaran apabila berniaga di pasar malam, memang sedikit berbeza berbanding berniaga di lain-lain tempat.

 

Kalau kita pergi ke pasar malam, saya percaya anda juga akan dapat lihat macam-macam cara yang digunakan oleh para peniaga yang ada untuk menarik perhatian pelanggan. Ada yang guna muzik, guna radio, ada yang terpekik terlolong, dan macam-macam lagi.

 

Memandangkan bidang saya adalah pemaran secara online, saya rasa la kan, peniaga pasar malam patut gabungkan teknik pemasaran online dengan pemasaran secara offline juga. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang jual barangan kering seperti aksesori, barangan permainan, barangan kesihatan dan sebagainya. Kalau barang jenis yang boleh pos, lagi bagus.

 

Jadi, buat para usahawan dan bakal usahawan pasar malam, dipersilakan untuk baca buku ini. Boleh dapatkan versi ebook kalau anda tak jumpa buku ini di kedai-kedai buku. Untuk versi ebook, harganya cuma RM10.00 sahaja. Boleh muat turun menerusi pautan ini. (sementara jualannya masih dibuka)

 

 

Exit mobile version