Pernah tak anda terfikir untuk buat duit dalam matawang USD hanya dengan melakukan kerja-kerja mudah seperti menulis?
Rutinnya pun mudah sahaja. Pastikan setiap hari anda tulis satu artikel, sama ada artikel yang anda tulis sendiri ataupun artikel yang anda ceduk dari mana-mana sumber. Kalau tak tau mana nak cari sumber artikel, boleh gunakan artikel dari sumber berita seperti sinar harian, harian metro, utusan, Malaysiakini dan sebagainya. Lepas tu, anda siarkan artikel tersebut di laman web anda, dan pastikan anda masukkan iklan dari program PPC Bidvertiser.
“Adakah perlu jadi blogger untuk buat duit dengan bidvertiser?”
TAK PERLU.
Anda tak perlu susah payah nak jadi blogger. Namun, untuk buat duit dengan program pengiklanan Bidvertiser dengan jayanya, anda memerlukan blog. Ha ha pening ke?
Walaupun saya menulis blog, namun saya tak menganggap diri saya sebagai seorang blogger. Saya adalah seorang marketer yang menggunakan medium blog untuk tujuan pemasaran secara online. Faham tu? Tak semestinya orang yang ada blog, automatik akan jadi blogger. Walaupun pada persepsi umum, orang yang ada blog tu adalah blogger.
Ah tak kisahlah… yang penting kita nak buat duit, kan? Apa nak kisah sangat apa orang nak kata.
Baiklah, memandangkan ini adalah kali pertama saya menulis tentang Bidvertiser, jadi saya nak mulakan dengan serba sedikit pengenalan tentang Bidvertiser ini. Dari artikel ini ada beberapa perkara yang saya akan kongsikan, antaranya
1. Apa itu BidVertiser dan siapa mereka?
2. Bagaimana cara mendaftar ke program BidVertiser?
3. Betul ke boleh buat duit dengan program Bidvertiser?
4. Bidvertiser sebagai alternatif Adsense
5. Kelebihan pada program pengiklanan BidVertiser
Apa itu BidVertiser dan siapa mereka?
BidVertiser adalah salah satu divisyen milik Bpath LTD. Ia adalah salah satu platform pengiklanan menggunakan konsep Pay Per Click (PPC) yang telah beroperasi sejak dari tahun 2003 lagi. Jika anda biasa dengar tentang program Pay Per Click (PPC) Adsense, ha… BidVertiser ni pun lebih kurang samalah dengan Adsense.
Dengan BidVertiser ini, anda boleh pilih sama ada nak jadi publisher dan buat duit dalam matawang USD, ataupun anda boleh jadi advertiser, yang mana anda menggunakan perkhidmatan mereka untuk mengiklankan produk dan servis anda. Dalam artikel ini, saya nak cerita cara buat duit sebagai seorang publisher.
Bagaimana cara nak mendaftar ke program BidVertiser
Mudah sahaja. Klik pada banner dibawah ni.
Selepas anda klik, anda akan dibawa ke laman web utama BidVertiser. Paparan adalah seperti dibawah
Lihat pada bahagian yang saya tandakan dengan anak panah berwarna merah. Klik sahaja disitu. Join Now – It’s FREE!
Cara pendaftarannya juga sangatlah mudah. Anda akan diminta untuk mengisi borang yang disediakan dan permohonan anda akan disahkan dalam masa yang agak pantas. Pastikan anda mendaftar sebagai seorang Web Publishers.
Betul ke boleh buat duit dengan Program Pengiklanan BidVertiser?
Mungkin inilah dia soalan yang paling penting sekali. Boleh ke buat duit dengan program ni? Kalau syarikat ni tak bayar, macam mana? … dan betul ke bayaran tu nanti dibuat dalam matawang USD?
Sebenarnya saya pun tak plan nak cerita tentang BidVertiser dalam blog ni. Tapi pada satu hari, saya perasan ada emel yang masuk ke inbox saya. Dalam emel tu pulak tulis
“BidVertiser (powered by Bpath) sent you $10.25 USD”
… dan ini bukannya kali pertama saya terima bayaran dari program ini. Seingat saya ada dalam dua atau tiga kali. Saya pun dah tak ingat, kat website saya yang mana satu yang saya siarkan iklan dari BidVertiser ni. Jadi, memandangkan cara nak buat duit dengan program ni pun sangatlah mudah, jadi sebagai eksperimen, saya siarkan jugak iklan dari BidVertiser dalam blog ni. Mungkin dalam sebulan dua ni nak tengok macam mana performance dia. Kalau ok teruskan, kalau tak ok… buang je la.
Cuma yang tak berapa best ialah iklan dari BidVertiser ni bercampur la pulak iklan pasal casino, judi, forex dan lain-lain. Cuba tengok kat bawah ni, iklan apa yang keluar?
Bidvertiser sebagai alternatif Adsense
Saya rasa saya dah tak ada peluang nak buat duit dengan Adsense. Banyak kali jugak saya apply untuk dapatkan akaun Adsense, tapi hampeh. Asyik kena reject dan kadang-kadang tu saya rasa Adsense ni senang betul akaun nak kena banned. Leceh. Baru nak seronok dapat income dari Adsense, alih-alih bila semak balik akaun, terus dah tak boleh login. Frust betul.
Berbeza dengan BidVertiser. Proses pendaftaran dan proses untuk dapatkan akaun juga sangat mudah. Akaun yang saya ada ni pun dah agak lama, dan tak pernah lagi kena banned. Ha ha harap-harap janganlah diorang nak banned pulak lepas ni.
Apa kelebihan yang terdapat pada platform pengiklanan PPC BidVertiser?
Jika anda juga berhasrat nak buat duit dengan Bidvertiser, setidak-tidaknya anda perlu tahu, apa sebenarnya kelebihan yang ada pada Bidvertiser.
Pertama sekali, anda akan dibayar dalam matawang USD.
Tak payah pergi US pun boleh buat duit dalam matawang negara mereka. So, why not give it a try kan? Tugasnya pun bukan susah mana. Hanya perlu siarkan iklan dari BidVertiser dan biarkan ia berjalan sendiri. Setiap hari, hanya perlu pastikan kita kemaskini blog dengan artikel-artikel baru.
Kedua, proses pendaftaran sangat mudah!
Nak dapatkan kelulusan akaun pun sangat mudah. Kalau tak silap saya, tak ada lagi kes akaun kena reject. Kalau website buat masa ni, BidVertiser utamakan web yang menggunakan nama domain sendiri. Free domain… mintak maaf la ya. Tak diterima.
Ketiga, sangat mudah nak masukkan iklan dalam web
Personally, saya rasa ia sangat mudah. Lebih mudah lagi sebab saya gunakan plugin WordPress Adsense Insertion. Dengan adanya plugin ni, saya boleh masukkan kod iklan BidVertiser dalam mana-mana bahagian post atau page yang saya suka.
Keempat, pembayaran menerusi PayPal yang pantas
Siapa yang biasa shopping online, pasti familiar dengan PayPal. Untuk saya yang selalu beli barang di JVZoo, memang akan selalu guna Paypal. Sebelum-sebelum ni, pernah jugak saya beli barang di JVZoo hanya menggunakan duit yang saya dapat dari BidVertiser.
Kelima, minimum cash out yang RENDAH
Sesetengah program pengiklanan, anda perlu tunggu earning anda mencecah 100 USD dulu baru boleh buat cash out. Dengan BidVertiser ni tak perlu tunggu sebegitu banyak. Asalkan dalam akaun anda cukup 10 USD, anda dah boleh dapat bayaran.
Bayarannya pulak automatik. Anda tak perlu susah payah nak request untuk cash out. Cukup je 10 USD pihak Bpath Ltd akan buat bayaran secara automatik ke akaun PayPal anda.
.
..
…
Dalam keadaan situasi sekarang ni, saya berpendapat, setiap orang perlu ada mekanisme untuk buat duit dalam matawang USD atau setidak-tidaknya dalam matawang selain daripada RM. Kita tarik seberapa banyak USD yang boleh untuk masuk ke negara kita, kerana dengan ini, secara tak langsung kita dapat bantu kuatkan matawang kita. So kalau mat salleh dengan minah salleh tak mau bercuti ke negara kita, dan bawa masuk aliran USD ke pasaran kita, kita sendiri boleh tarik USD dari negara US dengan cara macam ni.
Baiklah, semoga bermanfaat. In Shaa Allah lain kali saya share pulak teknik-teknik dan tips-tips yang boleh anda lakukan untuk dapatkan lagi banyak earning dari akaun BidVertiser anda. Tapi sekarang ni, saya dalam fasa eksperimen. So tunggu la ya.