Blog Sabree Hussin

Bayaran komisyen Pay Per Click Bidvertiser Ogos 2015

Pada mulanya saya ambil endah tak endah dengan bayaran komisyen yang masuk ke akaun PayPal saya ni. Memandangkan saya lebih fokus pada program-program buat duit yang ada dari dalam negara, jadi program-program luar negara ni kebanyakkannya saya amalkan konsep set and forget.

 

Salah satunya adalah dari program pengiklanan Bidvertiser.

 

Jujurnya, saya sendiri dah tak ingat, laman web saya yang mana satu yang sebenarnya yang dah berikan saya income ni. Tau-tau dapat duit pulak dari program pengiklanan Bidvertiser.

 

Bila saya semak balik, sama ada pernah atau tak saya terima bayaran sebelum ni, rupa-rupanya…

 

Saya dah menerima bayaran dari program pengiklanan ni sejak dari tahun 2013 lagi rupanya. Pelik betul sebab langsung tak ada dalam memori pasal program ni. Rasanya, kalau sebelum-sebelum ni, saya buat betul-betul dalam program macam ni, mesti sekarang dah mewah sikit kot ha ha

 

Anda masih agak baru dan pertama kali dengar tentang BidVertiser? Apa kata anda baca artikel saya yang ini iaitu

Buat duit dengan program pengiklanan BidVertiser

 

Beberapa tahun kebelakangan ni, mungkin 2 atau 3 tahun yang lepas, saya memang ada buat beberapa laman web khusus untuk tujuan buat duit online. Untuk sumber pendapatan, saya pilih program pengiklanan.

 

Masalah dengan program pengiklanan ni ialah, pendapatan kita akan bergantung kepada betapa popular laman web yang kita hasilkan. Nak tau laman web kita tu popular ataupun tidak, kita tengoklah pada jumlah trafik yang keluar dan masuk ke laman web yang dibina. Laman web yang popular, akan menerima kunjungan trafik yang banyak.

 

…dan nak bina laman web yang ada potensi untuk jadi popular pun bukannya senang. Ada banyak benda yang perlu diambil kira, antaranya dari segi kualiti konten, lay out laman web, design dan sebagainya. Tak ada short cut untuk hasilkan laman web yang popular.

 

Semuanya perlu mula dari bawah. Bila kita start, we are nobody. Laman web kita akan perlu bersaing dengan jutaan laman web yang dah sedia mendominasi laman carian google. Maka bermulalah perjalanan hidup kita untuk bina dan bangunkan sebuah laman web yang berpotensi untuk jadi mesin buat duit.

 

Tak apa, tak ada masalah. Time tu, sekitar tahun 2013 macam tu, memang saya ada buat macam-macam laman web. Masa tu, saya bukan terdesak sangat nak guna duit, dan laman web yang saya bina pun basically adalah untuk tujuan eksperimen.

 

Hari ini, apa yang asalnya hanya untuk tujuan eksperimen, ia dah pun membuahkan hasil. TERBUKTI program pengiklanan BidVertiser memang boleh buat duit, dan mereka dengan konsisten membayar saya apabila dah cukup minimum earning.

 

Apabila earning kita di BidVertiser mencapai 10 USD, pihak pengurusan akan terus buat bayaran ke akaun kita. Tak perlu pun susah payah nak request nak mintak cash out dan sebagainya. Buat duit dalam matawang USD, walaupun tak banyak mana, tapi kalau di darab dengan 4, cukup jugak ni nak buat beli KFC kan.

 

Ok kalau anda ada blog, dan anda nak cuba program ni, boleh klik pada banner kat bawah ni.

 




make money online

 

Exit mobile version