Blog Sabree Hussin

Bayaran komisen Pay Per Click Bidvertiser November 2016

Jika ini merupakan kali pertama anda sampai ke laman blog ini, biarlah saya cerita serba sedikit tentang laman blog ini. Sebenarnya blog ini adalah blog peribadi. Umumnya, isi kandungan blog ini adalah menceritakan hal-hal peribadi berkaitan dengan penulis blog ini. Iaitu saya la!

 

Akan tetapi, saya berpendapat, kalau cuma tulis hal-hal peribadi dalam blog ni, ianya rasa seperti tak berapa seronok. Lagipun, siapa yang nak tau tentang apa benda saya makan, ke mana saya pergi pada hari hujung minggu dan apa pakaian yang saya baru beli di Zalora. Betul tak?

Jadi, daripada saya penuhkan blog ni dengan cerita-cerita macam tu, saya rasa lebih baik saya cerita tentang perkara-perkara yang saya sendiri lakukan untuk buat duit di internet. Mungkin ada antara perkara-perkara yang saya ceritakan dalam blog ini, dapat memberi anda serba sedikit panduan dan inspirasi untuk anda juga buat duit di internet.

 

Tahukah anda, yang sebenarnya sesiapa sahaja boleh buat duit di internet? Anda tak perlu memiliki ijazah, tak perlu ada pangkat doktor, tak semestinya perlu jadi seorang yang popular untuk jana pendapatan di internet. Apa yang anda perlukan adalah ilmu yang betul untuk buat duit dan juga semangat yang kuat.

 

Kenapa semangat yang kuat? Sebab anda mungkin terpaksa lalui pelbagai rintangan dan cabaran untuk benar-benar berjaya buat duit di internet. Anda akan mula mengumpul haters, anda terpaksa berdepan dengan ancaman dari hackers dan terpaksa berlawan dengan pelbagai golongan scammers!

 

Ok! Saya saja cakap macam tu supaya perkongsian ini nampak lebih dramatik dari yang sepatutnya ha ha

 

Cerita kali ini, saya nak kongsikan tentang pengalaman saya buat duit menggunakan medium blog personal untuk jana pendapatan dalam matawang USD. Kat bawah ni pula adalah BUKTI pembayaran yang saya telah terima. Ya, ianya dalam matawang USD.

Baiklah. Saya tunjukkan bukti bayaran yang saya telah terima bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya saya nak bagitahu yang saya adalah seseorang yang memang tahu apa benda yang saya cerita dalam ni. Ianya adalah dari pengalaman sebenar dan bukannya setakat baca dari google kemudian cerita macam dia tau semua benda.

 

Apa yang diperlukan untuk mula jana pendapatan dengan Program Pengiklanan Bidvertiser?

Anda perlu ada blog. Kemudian anda perlu pergi laman web Bidvertiser menerusi pautan ini dan buat pendaftaran sebagai seorang Publisher.

 

Seterusnya anda akan diminta untuk mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama anda, nama laman blog anda, dan beberapa maklumat yang berkaitan. Saya pun dah tak ingat apa lagi maklumat yang diperlukan. Saya rasa ada baiknya anda buka sendiri link tersebut dan klik pada butang pendaftaran ataupun Join now.

 

Selepas pendaftaran, biasanya pihak Bidvertiser akan ambil masa beberapa jam untuk menilai pendaftaran anda dan mereka akan lihat sama ada anda sesuai atau tidak untuk jadi publisher bagi pihak Bidvertiser.

 

Walaubagaimanapun, kebiasaannya setiap permohonan akan diterima. Namun anda perlu pastikan yang anda mempunyai laman blog yang menggunakan nama domain dan hosting sendiri ketika membuat pendaftaran.

 

Kita skip.

 

Andaikan selepas berlalu beberapa ketika, anda diterima untuk masuk ke program pengiklanan ni. Langkah seterusnya adalah untuk anda ambil kod iklan di laman web Bidvertiser dan seterusnya masukkan kod iklan tersebut di laman web anda.

 

Itu sahaja.

 

Maka bermula saat ini, setiap orang yang melawat laman blog anda, mereka akan “diganggu” oleh iklan-iklan dari Bidvertiser. Ada iklan jenis pop up dan ada iklan jenis yang suka buka window baru secara automatik.

 

Saya berpendapat, untuk mereka yang memang ada blog dan blog mereka tu memang ada banyak trafik bolehlah siarkan iklan dari Bidvertiser ini.

 

Walaubagaimanapun….

 

Sebenarnya saya kurang suka iklan Bidvertiser ni. Pertama, sebab iklan yang keluar ni kadang-kadang jenis yang entah apa-apa. Ada iklan pasal kasino, online betting, dan macam-macam benda yang saya tak berapa suka. Malangnya iklan tersebut tak boleh di filter (atau mungkin saya yang tak tau macam mana nak filter iklan-iklan tu semua).

 

Kedua, iklan tersebut bukan sahaja mengganggu pelawat blog ni, malahan ia juga mengganggu saya! Setiap kali saya klik blog saya sendiri, pop up akan muncul. Kemudian akan buka browser baru. Ah… memang serabut la.

 

Ketiga, ini cuma syak wasangka saya sahaja. Saya berpendapat bahawa ada iklan Bidvertiser yang dah “curi” komisen affiliate Lazada saya!

Macam mana Bidvertiser boleh curi komisen dari Lazada?

Sebelum saya nak cerita tentang benda ni, saya nak ulang sekali lagi. Saya cuma syak sahaja. Ini bermakna, saya tak ada bukti dan tak dapat nak buktikan bahawa benda ini benar-benar berlaku

 

Akan tetapi ada beberapa perkara yang buatkan saya berfikir sedemikian.

 

Pertama, saya perhatikan jumlah sales yang berjaya saya hasilkan agak kurang sedangkan pada bulan November ini, Lazada sedang jalankan kempen jualan besar-besaran yang dinamakan sebagai Lazada Online Revolution. Saya rasa ianya agak pelik bila pada waktu kempen sebegini, jumlah sales yang dapat saya hasilkan hanya sedikit sahaja!

 

Itu petanda pertama, iaitu sales saya jatuh sedikit sejak saya mula siarkan iklan dari Bidvertiser. 

 

Kedua, saya perasan ada pop up yang seterusnya membuka browser yang baru, redirect ke laman web lain dan laman web itu adalah iklan dari Lazada yang dipunyai oleh seorang ejen affiliate (yang saya tak kenal siapa, sebab cuma tau nama id sahaja)! 

 

Tahukah anda, apa sebenarnya yang akan berlaku kepada link affiliate anda? Biar saya terangkan. Kebanyakkan program affiliate di Malaysia menggunakan sistem cookies. Cookies ini pula akan track last referring agent atau dalam bahasa mudahnya dia akan semak link affiliate siapa yang terakhir di klik oleh pembeli sebelum melakukan tempahan.

 

Andaikan pembaca blog ini sedang baca artikel tentang produk Lazada. Dia pun klik pada link affiliate saya. Kemudian tiba-tiba muncul iklan dari Bidvertiser yang seterusnya redirect ke website misteri. Selepas habis loading, website tu rupa-rupanya membawa ke laman web Lazada. Automatik cookies yang dipasang di browser milik pembeli tadi akan update kepada cookies milik ejen yang beriklan menggunakan Bidvertiser tu tadi.

 

Berlaku proses overriding komisen disitu.

 

Lalu saya panggil ini sebagai curi komisen.

 

Jadi kali ini, saya buang sekejap iklan Bidvertiser dalam blog ini. Saya nak buat eksperimen dan nak tengok apa perkembangan dan perbezaannya. Mungkin dalam masa sebulan atau tiga bulan ni, saya tak nak letak iklan Bidvertiser dalam blog ni.

 

Dalam tempoh ni, saya akan monitor perkembangan sale dari Lazada. Jika sale makin turun, maka saya anggap iklan Bidvertiser bukan puncanya. Jika sale tak berubah, maka saya anggap Bidvertiser bukanlah puncanya.

 

Akan tetapi, jika sales saya di Lazada meningkat, maka CONFIRM, Bidvertiserlah punca kenapa sale saya di Lazada agak merosot!

 

Baiklah, saya harap dari perkongsian saya yang ringkas ini, anda dapatlah belajar sesuatu tentang Bidvertiser dan cara-cara untuk jana pendapatan tambahan secara online dalam matawang USD. Ataupun jika anda perlukan info tambahan, boleh juga baca post saya yang sebelum ini.

klik untuk baca: Buat duit dengan program pengiklanan Bidvertiser

 

Semoga bermanfaat dan semoga anda juga berjaya buat duit lepas ni.

 

 

Exit mobile version