Blog Sabree Hussin

Boleh ke iklankan lebih dari satu bisnes menggunakan Advertorial?

Soalan:

Salam, kalau ada lebih dari satu bisnes, bolehkah buat promosi iklan menggunakan kaedah Advertorial? Patutkah saya satukan semua bisnes-bisnes saya dalam satu advertorial atau hanya fokus satu bisnes sahaja?

 

Bolehkah promosikan iklan menggunakan kaedah advertorial? Sudah tentu boleh. Malahan semua bisnes boleh dipromosikan menggunakan kaedah advertorial. Advertorial adalah satu cara untuk memberitahu kepada target market bahawa anda mempunyai penyelesaian kepada masalah yang mereka sedang hadapi sekarang.

 

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, mereka boleh hubungi syarikat anda, dan dapatkan penyelesaian kepada masalah mereka dengan satu kos.

Untuk meneruskan perbincangan ini, saya akan sentuh satu persoalan yang penting, iaitu

“Bagaimana cara pengguna internet mencari maklumat sekiranya mereka mempunyai masalah tertentu yang perlukan penyelesaian segera?”

 

Lazimnya, pengguna internet tak akan mencari maklumat menggunakan media sosial. MUNGKIN, dia akan tanyakan kawan-kawan yang ada di media sosial, tetapi kebiasaannya, kawan-kawan pun akan kata “ko google la kalau nak cari info…”

 

Betul tu.

 

Pengguna internet sekarang memang banyak bergantung kepada google untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara. Cara ini lebih cepat dan lebih banyak maklumat boleh diperolehi. Terpulang pada individu itu untuk menyaring maklumat tersebut mengikut kesesuaian dan situasi diri.

 

Mereka akan berfikir mengikut logik keyword.

 

Sebagai contoh, kalau pengguna internet itu tadi ada masalah resdung, dia akan taip kata kunci (keyword) seperti

Cara selesaikan masalah resdung

Ubat resdung

Penawar resdung

 

Ataupun, jika ada pengguna internet yang berhasrat untuk melancong ke Universal Studios Singapore, mereka akan taip kata kunci seperti

Cara pergi ke Universal Studios Singapore

Apa yang best dengan Universal Studios Singapore

Tiket masuk ke Universal Studios Singapore

 

Apa langkah seterusnya?

Sekiranya anda ingin menjadikan kaedah advertorial sebagai medium pemasaran, selain perlu hasilkan ayat jualan atau surat jualan yang memukau hingga mampu untuk hasilkan jualan, anda juga patut fokus untuk memastikan artikel advertorial yang dihasilkan ataupun yang ditempah berjaya masuk ke page pertama di laman carian google.

 

Ini bermakna, anda perlu tahu selok belok pemasaran menggunakan teknik SEO. Dengan teknik SEO, anda boleh pastikan kempen advertorial yang dilancarkan berjaya masuk ke page pertama dan mencapai sasaran. Daripada kajian dan pemerhatian saya, hanya artikel yang keluar di page pertama google sahaja yang mempunyai kebarangkalian yang paling tinggi untuk dibaca oleh pengguna internet.

 

Jika artikel advertorial hanya berupaya masuk ke page kedua, ia masih lagi dibaca. Cuma potensi untuk dapat pembaca yang ramai tu sangatlah rendah. Jika artikel masuk ke page ketiga dan lebih kebelakang dari itu… kebarangkalian untuk ianya dibaca jadi makin rendah. Biasanya memang tak akan dibaca.

 

“Beri satu, ambil satu. Beri dua, ambil salah satu. Beri tiga, tak tau nak pilih yang mana”

Bila kita tak ada pilihan lain, kita hanya akan ambil what ever option yang diberikan kepada kita. Suka ataupun tidak. Proses untuk buat pilihan pun lebih mudah. Sama ada NAK atau TAK NAK.

 

Akan tetapi, bila kita dibentangkan dengan dua pilihan, proses untuk buat keputusan akan jadi lebih perlahan. Kita akan mula mempertimbangkan, antara salah satu daripada opsyen yang diberikan, mana satu yang lebih menarik? Mana satu yang lebih baik untuk kita.

 

Itu kalau diberi dua pilihan.

 

Bagaimana pula kalau diberikan tiga pilihan dan kita hanya boleh pilih salah satu sahaja? Makin lama makin kompleks dan makin susah jadinya untuk buat pilihan.

 

Sebab itu, dalam menghasilkan iklan, kita tak akan longgokkan semua bisnes kita dalam satu iklan. Ia bukan sahaja kurang berkesan, malahan ia akan mengelirukan pembaca ataupun target market kita.

 

Jadi, bercakap dari sudut pengalaman menggunakan kaedah advertorial untuk menghasilkan jualan bagi produk-produk yang saya pernah promosikan, sebaik-baiknya satu advertorial hanya mempromosikan satu produk sahaja kepada satu golongan sasaran sahaja.

 

Semoga perkongsian ini membantu 😀

 

 

Exit mobile version