Ada banyak kaedah untuk anda iklankan perniagaan anda diluar sana. Jika kita campurkan, antara kaedah pengiklanan menggunakan medium offline dan online, mungkin kita akan temui lebih daripada 100 cara bagaimana nak iklankan sesebuah perniagaan. Topik yang saya nak kongsikan dengan anda semua pada kali ini adalah topik mengenai pengiklanan menerusi channel advertorial.
Seperti yang anda semua tahu, saya juga menawarkan perkhidmatan penulisan artikel advertorial. Jadi pada kali ini, kita akan bincangkan pula tentang beberapa indikator yang boleh kita jadikan penanda aras untuk melihat sejauh mana kempen advertorial itu berkesan ataupun tidak untuk perniagaan anda.
Apabila kita tahu, sama ada sesuatu kempen advertorial itu memberi impak yang positif atau sebaliknya pada perniagaan kita, maka dari situ bolehlah kita hasilkan satu plan perniagaan yang lebih solid di masa akan datang. Wajarkah anda melabur lebih banyak lagi untuk tujuan advertorial ataupun anda patut adjust dan pelbagaikan lagi method pengiklanan menggunakan lain-lain channel juga.
Jadi disini, sebagai guideline untuk anda, mari kita lihat beberapa poin yang anda boleh jadikan rujukan untuk melihat sama ada sesuatu kempen advertorial itu berkesan dan memberi impak kepada perniagaan anda atau sebaliknya. Jom kita mulakan.
1. Trafik ke laman jualan anda bertambah
Pendapatan anda dan perniagaan anda berkait rapat dengan berapa banyak trafik yang masuk ke laman web jualan anda. Tak semestinya laman web jualan, mungkin anda hanya berniaga di Facebook, Instagram, atau di laman blog. Formulanya masih sama, iaitu lagi banyak trafik yang masuk ke laman web anda, lagi tinggi peluang untuk anda mendapatkan tempahan.
Sekiranya anda ingin menjual sesuatu produk secara online, satu perkara yang anda perlu tahu ialah, bukan semua trafik boleh convert kepada sales. Hanya targeted traffic sahaja yang lazimnya mempunyai potensi yang tinggi untuk jadi pembeli bagi produk yang anda jual.
Saya ambil contoh trafik yang masuk dari search engine misalnya. Pengguna laman web search engine seperti google akan menaip pelbagai kata kunci sebelum mereka buat sebarang keputusan sama ada nak baca hasil carian yang dipaparkan ataupun tidak.
Katakanlah dalam situasi ini, Encik Ahmad bakal berkunjung ke Dungun dalam masa terdekat. Lalu dia pun mencari maklumat tentang homestay yang sesuai sebagai tempat penginapan. Ada beberapa kata kunci yang mungkin beliau akan key in di laman web google. Misalnya, “homestay”, “homestay terbaik di terengganu”, “homestay terbaik di dungun.”
Dalam contoh ini, ada 3 katakunci yang En Ahmad taip di laman web google. Sekiranya anda mempunyai perniagaan homestay di dungun, sudah tentu prospek yang menaip kata kunci “home terbaik di dungun” mempunyai kebarangkalian untuk menjadi pelanggan anda, berbanding mereka yang hanya taip perkataan “homestay” semata-mata.
Ketiga-tiga contoh kata kunci ini besar kemungkinan akan menyumbangkan trafik ke laman web anda. Walaubagaimanapun, hanya mereka yang menaip secara spesifik, iaitu yang memerlukan info tentang homestay terbaik di dungun sahaja yang biasanya
- Memang merancang untuk ke Dungun
- Memang ingin menginap di Dungun
- Sedang mencari tempat untuk menginap
Justeru, trafik jenis ini kita panggil sebagai “targeted traffic” dan mereka inilah yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menjadi pelanggan anda. The best part is, dengan melanggan servis advertorial, anda juga boleh dapat trafik jenis targeted seperti ini untuk perniagaan anda.
2. Lebih banyak pendedahan tentang bisnes anda
Orang ramai akan mula bercerita tentang servis dan perkhidmatan anda. Boleh jadi orang-orang yang anda memang kenal ataupun orang-orang yang anda tak pernah kenal. Jika yang bercerita itu adalah individu-individu yang anda tak pernah kenal sekalipun, lazimnya mereka adalah terdiri daripada target market yang pernah anda sasarkan sebelum ini.
Sebab itulah pentingnya anda kenal “siapa pelanggan sasaran anda.”
3. Artikel advertorial masuk ke page pertama
Adakah artikel advertorial yang anda bayar berjaya masuk ke page pertama google untuk kata kunci pilihan?
Google bukanlah satu-satunya laman web carian yang wujud di internet. Ada banyak lagi pilihan, antaranya Yahoo search, bing, MSN dan sebagainya. Suatu bonus untuk anda dan perniagaan anda apabila artikel advertorial anda berjaya masuk ke page pertama bagi semua laman web carian.
Ini salah satu sebab kenapa anda juga perlu menyenaraikan senarai kata kunci kerana ia memberi kesan kepada pemasaran SEO.
4. Anda mendapat pelanggan baru yang di refer oleh advertorial
Sesekali, apabila anda menerima tempahan ataupun mendapat pertanyaan daripada bakal pelanggan, cuba buat soal selidik mudah ini. Tanyakan pada mereka
“Boleh saya tau, puan tau pasal produk/servis saya ni dari mana ya?”
Jika anda merasakan ianya kurang praktikal untuk bertanya kepada pelanggan anda, dari mana mereka tahu tentang kewujudan perniagaan anda, anda juga boleh melihat statistik pelawat kebanyakkannya datang dari laman web mana.
Sebelum pelanggan menemui laman web anda, pastinya mereka pernah singgah ke mana-mana laman web luar sebelum ini. Boleh jadi mereka di “refer” oleh advertorial yang anda pernah bayar sebelum ini.
Atas ini ialah contoh advertorial yang pernah saya siarkan untuk pelanggan. Dari masa ke masa, pelanggan ini akan terima trafik dari advertorial yang saya hasilkan.
5. Jumlah klik pada link anda bertambah
Satu lagi kriteria yang boleh kita lihat untuk menentukan sejauh mana keberkesanannya untuk mendapatkan servis advertorial adalah dengan melihat jumlah klik yang terhasil pada link yang ingin kita promosikan. Ia boleh jadi sama ada link ke laman jualan, link affiliate dan sebagainya.
Sebagai contoh, salah satu link milik pelanggan yang saya promosikan di laman blog ini mendapat 95 klik. Laman web yang menawarkan servis pengiklanan seperti Facebook Ads dan google adwords misalnya akan mengenakan caj mengikut struktur per click basis.
Katakanlah, setiap klik anda dikenakan bayaran sebanyak 20 sen, dengan 95 klik, anda akan di caj RM19. Jika anda menetapkan bajet pengiklanan sebanyak RM25 sahaja, bermakna kempen anda hanya berbaki 30 klik sahaja lagi. Berbeza dengan kaedah pengiklanan menggunakan servis advertorial, kerana selagi artikel promosi masih wujud, selagi itu link yang anda ingin promosikan akan terus menerima klik daripada bakal pelanggan tanpa sebarang bayaran tambahan.
Pastikan anda mempunyai mekanisme untuk track berapa banyak link yang telah diterima
Ini tanggungjawab anda! Jika anda tidak mempunyai mekanisme sebagai sistem tracking untuk mengetahui berapa banyak klik yang dah diperolehi, maka menjadi tanggungjawab anda untuk siap sedia dengan sistem tersebut.
Laman web yang menawarkan servis link shorter seperti bit.ly juga menawarkan sistem tracking. Jadi, jika anda tak tau nak guna servis dari mana, boleh juga gunakan sistem tracking percuma dari bit.ly
6. Subscriber ataupun mailing list anda meningkat
Bukan sahaja meningkat, malahan anda akan dapati, hampir setiap hari pasti ada sahaja subcriber baru yang opt in atau mendaftar untuk menyertai mailing list anda.
Artikel advertorial bukan sales letter. Peranan advertorial adalah lebih kepada untuk “memberitahu”, “menyalurkan maklumat”, “memberikan penjelasan tentang sesuatu produk atau servis”, dan “menunjukkan kepada target market kepentingan dan kelebihan memiliki produk”
Justeru, saya percaya kejayaan atau kegagalan suatu kempen advertorial turut berkait rapat dengan apa matlamat yang anda ingin capai sebenarnya. Adakah anda ingin dapatkan jualan? Adakah anda ingin wujudkan kesedaran tentang perniagaan anda? Atau anda hanya ingin tingkatkan trafik ke laman web jualan anda?
Nasihat saya…. Fokuslah untuk dapatkan leads, prospek, ataupun list nama dan emel pelanggan. Selepas anda simpan maklumat nama dan emel pelanggan ini, macam-macam perkara anda boleh buat seterusnya. Anda boleh follow up pelanggan tersebut sehinggalah mereka jadi pembeli. Anda boleh tawarkan mereka promosi ataupun tawaran-tawaran lain. Anda boleh juga mengajak mereka untuk lihat lain-lain laman web kepunyaan perniagaan anda.
Banyak benda anda boleh buat.
Yang penting sekali ialah, “simpan database pelanggan dan bakal pelanggan.” Kemudian, barulah anda fokus untuk buat jualan… Ulang-ulang kali!
Inilah dia beberapa poin yang anda boleh lihat untuk mengetahui sama ada sesuatu kempen advertorial itu berkesan ataupun tidak! Semoga penerangan ringkas ini bermanfaat untuk anda.