Blog Sabree Hussin

Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP

Baru-baru ni saya ada buat pembelian emas melalui kaedah Gold Accumulation Program (GAP) dari syarikat Public Gold. Konsep pembelian emas menerusi akaun emas GAP ini sebenarnya adalah membeli emas dalam kuantiti berat sedikit demi sedikit.

 

Sebagai ahli Public Gold, kita boleh beli emas bermula dengan harga RM100.

 

Kalau beli emas dengan harga RM100, berapa berat emas yang kita boleh dapat? 

Ini saya merujuk kepada harga emas pada hari saya buat pembelian. Dengan RM100, kita akan dapat emas Public Gold seberat 0.3788 gram.

Sebenarnya kaedah beli dan kumpul emas melalui program GAP Public Gold ini sangat bagus untuk mereka yang mempunyai kekangan dari segi bajet. Mungkin kalau nak beli terus 1 gram, modal tak cukup. Jadi daripada tak beli dan simpan emas langsung, apa salahnya menabung sedikit demi sedikit. In Shaa Allah, lama kelamaan kita akan ada banyak emas dalam simpanan kita.

 

Emas ni, kalau mampu beli banyak, belilah banyak. Tak rugi pun kalau beli dan simpan emas.

Kalau dalam sebulan, mampu beli 1 gram untuk simpanan, belilah 1 gram.

 

Kalau kurang berkemampuan, atau belum mampu, boleh target untuk beli 0.5 gram setiap bulan.

Kalau 0.5 gram, harganya baru RM132. Sekali lagi saya tegaskan, harga ini saya ikut pada hari saya buat pembelian iaitu 1 Feb 2021.

 

Kalau nak buat cara simpanan setiap bulan RM100 pun boleh, tak ada masalah. Ini adalah syarat minimum kalau nak beli emas di Public Gold melalui akaun simpanan emas GAP. Cuma pada saya, berat emas yang bakal kita perolehi tu tak berapa cantik, sebab ada 4 titik perpuluhan.

 

Apa salahnya, daripada kita hanya simpan RM100, kita tambah sedikit lagi iaitu RM32 sahaja, untuk kita dapatkan 0.5 gram emas.

 

Apa pun, semua ini terpulang pada pilihan dan citarasa anda. Pilihlah, nak simpan emas bernilai RM100 atau RM132? Nak emas seberat 0.3788 gram atau 0.5 gram? 

 

Perbandingan beli emas 1 gram Public Gold melalui GAP dengan beli terus di laman web Public Gold

Perbandingan ini saya buat hanya bagi tujuan memberi informasi sahaja.

 

Daripada pemerhatian yang saya buat, saya dapati kalau beli emas melalui akaun GAP, kita lebih untung. Emas yang kita beli tu juga dapat diperolehi dengan harga yang lebih rendah.

 

Untuk perbandingan ini, saya hanya buat perbandingan untuk emas dengan berat 1 gram sahaja.

 

Mula-mula sekali, mari saya tunjukkan berapa harga emas 1 gram jika beli melalui program Gold Accumulation Program GAP

Harganya ialah RM264 untuk 1 gram.

 

Berikut pula adalah harga emas 1 gram jika kita beli terus dari Public Gold.

Harga emas di Public Gold akan dikemaskini setiap 20 minit, bagi mengikuti perubahan harga emas dunia. Baiklah, kalau beli emas 1 gram dalam bentuk ini, harganya ialah RM350.

 

Bandingkan dengan kita beli melalui GAP. Harganya lebih mahal, kan? Kenapa agaknya begitu ya? Tak apa, nanti saya cerita.

 

Untuk pengetahuan pembaca, selain beli emas Public Gold melalui akaun GAP dan laman web rasmi Public Gold, kita juga boleh beli emas public Gold menerusi laman web PG Mall.

 

Ini antara contoh emas 1 gram yang ada dijual di PG Mall yang kita boleh beli.

 

Ini design yang lebih kurang sama dengan yang kita boleh beli dari laman web Public Gold. Harganya RM307.

 

Ini pula design gambar kucing dengan tulisan Happy Birthday. Kalau nak jadikan emas ni sebagai hadiah hari jadi, sangatlah sesuai. Menarik juga kan, kita hadiahkan emas kepada orang yang kita sayang dan hargai.

 

Harganya RM308

 

Seterusnya ada design wau bulan dan setem 50 sen.

 

Untuk design ini harganya agak tinggi iaitu RM345.

 

Ini pula dengan design batik sogan. Batik sogan ini membawa maksud yang tersendiri, dan jika ada yang berminat untuk beli emas 1 gram dari PG Mall untuk design ini, harganya ialah RM350.

(Harga emas di Public Gold dan juga di PG Mall mungkin sudah tak sama, ketika anda baca posting ini.)

 

Seperti yang anda boleh lihat, untuk emas 1 gram keluaran Public Gold, harganya semua berbeza-beza. Kalau beli menerusi PG Mall juga begitu. Ada harga yang berbeza, dan harga ini nampaknya berbeza disebabkan

i. Design emas

ii. Edisi keluaran sama ada limited edition atau tidak

iii. Workmanship atau upah pembuatan

iv. Platform dimana anda buat pembelian

 

Beli emas secara GAP

Apabila kita beli emas menerusi program GAP Public Gold, kita sebenarnya membeli emas dalam gram tanpa kita tentukan apakah hasil akhir, atau produk akhir yang bakal kita perolehi nanti.

 

Kita ada 1 gram emas dalam akaun GAP namun kita masih belum buat keputusan sama ada nak keluarkan emas tu dalam bentuk apa kelak. Adakah dalam bentuk gold bar, syiling emas dan berapa beratnya kelak.

 

Nanti bila kita dah buat keputusan untuk bawa keluar emas fizikal dari akaun GAP, masa tu kita akan dikenakan Gold Premium, bergantung kepada apa jenis emas yang kita nak keluarkan.

 

Macam saya sendiri, secara peribadi untuk permulaan saya target nak bawa keluar emas dalam bentuk gold bar 20 gram. Kalau nak beli terus emas 20 gram pun boleh, cuma harganya agak tinggi dan buat masa ni saya tak ada duit sebanyak tu untuk buat pembelian secara lump sum.

Seperti yang anda boleh lihat pada jadual diatas, harga emas 20 gram Public Gold adalah RM5,296

 

Kalau nak tunggu ada duit sebanyak tu, memang tak terbeli gamaknya. Jadi, lebih baik beli sikit-sikit. Sebulan beli 1 gram, dan In Shaa Allah masuk bulan yang ke 20 nanti dah boleh bawa keluar jongkong emas seberat 20 gram.

 

Susah ke cara nak beli emas menerusi kaedah akaun emas GAP Public Gold?

Cara nak beli emas menerusi kaedah GAP sangat mudah. Saya akan tunjukkan langkahnya satu per satu.

 

Sebagai permulaan, anda perlu daftar akaun Public Gold terlebih dahulu. Untuk jadi ahli, anda perlukan seorang introducer atau anda boleh walk in ke mana-mana cawangan.

 

Saya juga adalah seorang dealer Public Gold, dan jika anda ingin jadi ahli Public Gold dan mula mengumpul dan menyimpan emas Public Gold, boleh hubungi saya untuk daftar sebagai ahli.

 

Selain hubungi saya melalui whatsapp, anda juga boleh buat pendaftaran sendiri di laman web rasmi Public Gold. Caranya mudah sahaja, sila ke halaman Public Gold melalui pautan ini.

 

Paparan seperti dibawah ini akan kelihatan pada skrin anda.

Isikan maklumat diatas dengan lengkap, dan seterusnya klik pada butang submit. Selepas pendaftaran anda diluluskan, anda boleh terus login ke dalam sistem dan mula buat pembelian emas anda yang pertama.

 

Setelah jadi ahli, anda tak perlu beli emas dari saya. Untuk urusan pembelian, semuanya hanya perlu berurusan dengan Public Gold. Namun jika anda ada sebarang soalan dan pertanyaan, masa tu boleh tanya pada saya bila-bila masa apa-apa soalan berkaitan emas. Itu sebabnya kenapa saya berikan nombor whatsapp saya untuk bantuan segera.

 

Langkah demi langkah cara beli emas melalui GAP

Mula-mula sekali, anda layari laman web Public Gold.

https://publicgold.com.my/

Dekat laman utama ini ada butang Login.

 

Klik pada butang login dan masukkan maklumat username dan password anda. Username adalah kod PG (PG Code) yang diberikan kepada setiap ahli berdaftar Public Gold.

Sekali lagi, kalau anda masih belum ada kod keahlian dan minat nak daftar sebagai ahli, boleh hubungi saya untuk saya bantu anda jadi penyimpan emas.

 

Bila dah berjaya login, terus klik pada bahagian bertulis MYGAP.

 

Bila anda dah klik MY GAP, paparan seperti dibawah akan kelihatan.

Klik sahaja pada Go To New Site.

 

Berikut adalah paparan member area.

Saya pun baru mula menyimpan emas dengan Public Gold melalui program GAP ini. Buat masa ini, baru ada 1 gram emas dalam simpanan. In Shaa Allah ada rezeki, saya akan tambahkan lagi simpanan.

 

Untuk beli emas, klik sahaja pada butang Buy GAP Now.

 

Kita akan dibawa ke halaman untuk kita pilih nak beli berapa gram emas.

Pembelian minimum ialah sebanyak RM100. Kita akan dapat 0.3788 gram.

Pada saya, angka tersebut tak berapa cantik, jadi apa kata tambah sikit duit untuk cukupkan 0.5 gram. Harganya baru RM132.

 

Dalam contoh ini, saya tunjuk yang saya beli 1 gram emas sahaja. Jumlah yang perlu saya bayar ialah RM264.

 

Untuk pembayaran, boleh gunakan online banking (FPX) dan seterusnya tekan butang Place Order.

 

Saya buat bayaran menggunakan akaun Maybank.

Anda boleh pilih apa-apa akaun bank yang tersenarai nanti.

 

Login akaun bank dan teruskan dengan proses pembayaran.

Setelah pembayaran kita berjaya, kita akan dapat notifikasi seperti diatas.

 

Selepas itu kita boleh kembali ke akaun kita untuk lihat, apakah status pembelian kita. Biasanya kena tunggu beberapa minit untuk sistem mengemaskini tempahan kita.

Macam dekat atas ini, status tempahan saya masih lagi processing.

 

Tapi benda ni sekejap je. Tak lama lepas tu, sistem pun dikemaskinikan dan pembelian saya telahpun disahkan.

Jadi sekarang ni, saya sudah mempunyai 2 gram emas dalam akaun GAP.

Macam yang saya sebutkan sebelum ini, konsep GAP ini lebih kurang macam menabung. Kita beli emas sedikit demi sedikit. Nanti bila dah capai jumlah berat yang kita nak, barulah kita buat pengeluaran emas fizikal.

 

Misalnya kalau anda nak kumpul sampai cukup 100 gram, masa tu boleh keluarkan jongkong emas seberat 100 gram macam dibawah ini.

Kalau ada duit boleh je beli terus. Tak perlu melalui GAP. Saya semak harganya pada waktu tu ialah RM26,237.

 

Pada saya mungkin mahal, tapi pada anda, jumlah ini mungkin biasa sahaja.

 

Emas dan aura kekayaan

Orang yang pernah dan biasa simpan emas, pasti akan perasan perkara ini. Emas ini mempunyai aura tertentu yang membuatkan kita nak beli emas dan kumpul emas banyak-banyak.

 

Kita tengok orang perempuan. Sesetengahnya ada hobi beli barang kemas. Selang beberapa bulan mesti akan beli barang kemas. Kemudian bila dapat bonus, pun akan beli emas dulu.

 

Dia sentiasa upgrade dan tambah emas dalam simpanan dia.

 

Adakah rugi menyimpan emas ni? Jawapannya sudah tentu tidak. Tak rugi simpan emas. Malahan emas tu sendiri adalah barangan berharga. Andai kata satu hari nanti, si pembeli emas ni perlu duit, pada bila-bila masa dia boleh bawa barang kemas yang ada dalam simpanannya untuk dipajak dan dapatkan duit tunai.

 

Macam saya sendiri, kali pertama beli emas, saya pun mula rasa termotivasi untuk beli lagi dan lagi. Rasa seronok bila tengok berat emas dalam simpanan kita makin bertambah. Biarlah walau cuma bertambah 1 gram sahaja setiap bulan. Yang penting bertambah!

 

Ini berbeza dengan apabila kita simpan duit tunai (cash).

 

Bila kita simpan cash, masa tu akal kita mula berfikir, apa nak beli dengan duit cash yang ada dalam akaun bank. Bila rasa ada keinginan nak beli sesuatu, dan kita ada cash yang berlebihan, masa tu cukup mudah untuk buat pembelian.

 

Salah ke?

 

Tak salah. Cuma dalam keadaan saya sendiri, selalu terjadi, lepas beli barang terus rasa menyesal. Menyesal sebab beli, padahal barang yang dibeli tu bukanlah penting sangat.

 

Ini berbeza dengan beli emas.

 

Bila dah beli emas, terus rasa nak beli lagi dan lagi. Tapi sebaik-baiknya beli emas ikut keperluan dan kemampuan dulu. Almaklumlah, kita juga perlu duit tunai untuk kelangsungan hidup.

 

Masalahnya saya tak mampu beli emas

Saya juga pernah mempunyai pemikiran yang sama.

 

Nak beli emas? Mana mampu. Kemudian saya terus lupakan idea untuk beli emas.

 

Anehnya, disaat saya kata saya tak mampu nak beli emas, saya masih mampu beli baju baru (harga sekitar RM20 – RM30), kereta mainan hot wheel (RM10 – RM20), beli makanan overprice, beli diamond dalam game, dan sebagainya.

 

Kesemua tu adalah satu perbelanjaan yang tak perlu, tapi saya lakukan sebab saya ada kemahuan. Jumlahnya, jika dikira-kira, mungkin hampir menyamai RM200 – RM300. Dengan pembaziran sebanyak ini, saya sebenarnya boleh beli at least 0.5 gram – 1 gram emas.

 

Beli emas, tak ada duit.

Belanja untuk barang yang tak perlu dan tak ada nilai, boleh tak ada masalah.

 

Saya faham, situasi kita sudah tentu tak sama. Mungkin anda benar-benar susah dan tak mampu beli emas, tak apa. Itu saya akan beri cadangan kemudian ya.

 

Sekarang ini, saya nak ajak mereka yang lifestyle lebih kurang macam saya, yang sebelum ini banyak membeli barang-barang yang tak perlu, untuk utamakan beli emas dulu.

 

Tak perlu mula dalam jumlah yang besar.

 

Saya syorkan, mula dalam kuantiti yang kecil, misalnya start dengan 0.5 gram dulu melalui akaun GAP. Nanti bila dah rasa selesa, dah mula dapat rentak, barulah naikkan jumlah simpanan tersebut.

 

In Shaa Allah, kita menabung sedikit demi sedikit, lama-lama pasti emas kita akan bertambah.

 

Bagaimana dengan orang yang tak mampu beli emas?

Kalau anda masih belum mampu beli emas, ketahuilah bahawa dunia ini masih belum berakhir.

 

Kalau dengan pendapatan yang anda hasilkan sekarang tak mampu untuk beli emas, jawapannya adalah wujudkan pendapatan baru, dan khaskan pendapatan yang baru itu nanti hanya untuk beli emas sahaja. Bukan untuk beli benda lain.

 

Tak tau macam mana nak wujudkan income baru?

Senang sahaja.

 

Baca posting saya berjudul 50 kerja boleh dilakukan ketika pandemik. Dekat situ ada macam-macam kerja yang anda boleh pilih dan buat. Daripada 50 tu, takkan tak ada satu pun yang anda boleh buat?

 

Kemudian, baca juga posting saya tentang cara buat duit dengan PG Mall. Saya recommend PG Mall sebab ia ada potensi untuk berikan anda pendapatan pasif, jika anda lakukan dengan betul.

 

Bila dah dapat income tu nanti, belilah emas.

 

Setakat mana anda nak usaha, terpulang pada anda. Usaha lebih, dapat lebih. Usaha kurang, komplen banyak, dapatlah seperti mana yang anda dapat sekarang.

 

Baiklah, sekian dulu perkongsian saya mengenai cara untuk membeli dan menyimpan emas menerusi akaun emas GAP Public Gold. Jika anda ada sebarang pertanyaan, atau ingin mula menyimpan emas seperti saya, bolehlah hubungi saya.

 

Whatsapp > https://publicgoldsh.wasap.my/ @ 011-5689 0863

 

Untuk artikel akan datang saya akan kongsikan pula cara bagaimana untuk buat pembelian emas Public Gold menggunakan Apps Public Gold.

 

Exit mobile version