Blog Sabree Hussin

Untung berkali ganda apabila anda melabur dalam Pelaburan Emas Power Gold

Adakah anda tahu, yang sebenarnya terdapat satu cara yang anda boleh lakukan, untuk anda perolehi keuntungan berganda-ganda apabila membuat pelaburan emas.

 

Saya tau anda telah sedia maklum bahawa emas adalah sejenis logam yang sangat berharga. Ia bukan sahaja diminati oleh kaum hawa, malahan kaum adam juga turut menyimpan emas sebagai aset pelaburan. Namun, masih ramai lagi yang belum tahu, hakikat bahawa

Anda boleh buat untung apabila beli emas.

Anda masih boleh untung apabila jual balik emas yang telah dibeli.

Pada masa yang sama, anda juga akan untung berganda jika anda menjadi usahawan emas

… dan ya, anda akan berterusan buat untung apabila pelanggan anda buat repeat order dan menjadi pengumpul emas seperti anda. 

 

Sila teruskan pembacaan untuk saya bongkarkan kepada anda rahsia dan tekniknya.

Memang tak dinafikan, di luar sana terdapat banyak syarikat pengeluar emas. Setiap syarikat pengeluar menawarkan emas dalam pelbagai bentuk. Namun, bagi tujuan pelaburan, emas yang mempunyai nilai adalah emas dalam kualiti 999 atau 916.

 

Nak jadi pelabur emas sebenarnya sangatlah mudah. Semua orang boleh lakukannya. Salah satu kelebihan melabur dalam pelaburan emas berbanding lain-lain bentuk pelaburan ialah, ia boleh dimulakan walaupun dengan modal permulaan yang sangat minima.

 

Kalau anda ada RM200 – RM300, anda sudah boleh mula melabur dalam pelaburan logam berharga ini. Dengan modal sebanyak ini, anda sudah boleh memiliki emas fizikal anda sendiri sama ada dalam bentuk Gold Bar 1 gram, 1/4 Dinar emas, atau syiling emas seberat 1gram.

 

Menurut Azizi Ali, dalam buku beliau yang berjudul Masa Untuk Emas, sebenarnya sebagai pelabur emas, kita mempunyai opsyen untuk membuat pelaburan sama ada dalam bentuk

Emas fizikal – Contohnya adalah seperti membeli kepingan emas (gold bar), syiling emas, syiling numismatik, syiling peringatan dan barangan kemas.

Emas kertas – Saham emas, ETF, pasaran hadapan, akaun simpanan emas, sijil

Emas perantaraan – Contohnya adalah emas digital.

 

Mana satu jenis emas yang bagus? Emas fizikal, emas kertas atau emas perantaraan? Sebenarnya setiap satu mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Sudah tentu, untuk memaksimakan lagi keuntungan apabila anda membuat pelaburan emas, anda perlu ada ilmu tentang pelaburan emas.

 

Namun, jika anda baru nak mula melabur, bolehlah mulakan dengan membuat pelaburan emas fizikal. Satu yang bagus tentang emas fizikal ni ialah anda boleh nampak, boleh pegang emas tu dan boleh simpan sendiri emas tersebut. Bila-bila masa, anda boleh susun emas-emas pelaburan milik anda mengikut kesukaan hati.

Bermula dengan sekeping emas, lama kelamaan jadi makin banyak. Itulah powernya emas. Ia ibarat magnet yang menarik kekayaan. Tidak rugi menjadi penyimpan dan pelabur emas.

 

Bagaimana anda boleh dapat keuntungan sebagai pembeli emas?

Jawapannya adalah dengan mendapatkan harga diskaun yang sudah pastinya lebih rendah berbanding harga pasaran emas semasa.

Lihat pada jadual diatas. Ini adalah harga emas pada hari catatan ini dihasilkan. Harga emas 1/4 dinar yang ditawarkan kepada orang ramai adalah sebanyak RM236. Akan tetapi, jika anda merupakan ahli berdaftar yang sah, anda akan dapat harga yang lebih jimat iatu RM211 sahaja. Penjimatan sebanyak RM25.

 

Boleh ke kalau nak jual balik emas ini kepada syarikat?

Ya sudah tentu boleh. Masalah dengan kebanyakkan emas ialah, ia akan mengalami susut nilai (juga dikenali sebagai spread) apabila kita nak jual semula kepada syarikat atau kedai yang mengeluarkan emas tersebut. Sebagai contoh, kalau beli barang kemas dari kedai emas, kalau kita nak jual balik susut nilai boleh jadi sebanyak 10% – 15%! Ia boleh jadi lebih tinggi lagi bergantung kepada jenis emas dan juga reka bentuk emas tersebut.

 

Akan tetapi, jika anda merupakan pemilik emas keluaran Amethyst Gold Creation, syarikat akan beli balik emas anda dengan kadar susut nilai yang agak rendah iaitu sekitar 7% – 8% sahaja.

 

Sekiranya pada waktu anda nak jual emas tersebut, harganya dah naik lebih tinggi berbanding sewaktu anda beli masa mula-mula dulu, anda mungkin masih lagi ada untung disini. (pengiraan yang lebih teliti perlu dilakukan disini)

 

Apakah yang membuatkan anda masih belum mula melabur dalam pelaburan emas?

Kalau jawapan anda ialah, anda tak tau bagaimana nak bermula, ataupun anda kata yang anda masih belum yakin untuk melabur dalam pelaburan emas, maka anda mungkin berminat untuk sertai seminar pelaburan emas yang sering dijalankan oleh pihak syarikat.

Seminar pelaburan emas ada yang berbayar dan ada yang percuma. Kalau yang berbayar, biasanya yurannya juga tidaklah begitu mahal. Saya pernah lihat ada tiket seminar yang dijual dengan harga RM10 sahaja. Kalau tak minat dengan seminar yang berbayar, boleh datang seminar yang percuma. (Whatsapp ke +6018-3271687 untuk dapatkan maklumat terkini tentang seminar dan join group pelaburan emas)

 

Melabur dalam emas perlu ada strateginya. Seperti lain-lain pelaburan yang ada dipasaran, ia tak boleh dilakukan sekadar ikut-ikutan. Orang lain melabur dalam emas, kita pun sibuk nak melabur dalam emas. Akhirnya orang yang kita follow tu berjaya, kita pula masih tak kemana.

 

Ada banyak sebab kenapa seseorang itu kurang berjaya dalam pelaburan emas. Antaranya

(1) Dia beli emas di kedai-kedai emas biasa dan tak dapat sebarang harga diskaun

(2) Beli emas pada waktu emas tengah mahal. Sepatutnya beli ketika harga murah dan jual ketika harga mahal.

(3) Tak tau macam mana nak manfaatkan fungsi Ar Rahnu, iaitu sistem pajak gadai islam yang ada dipasaran

(4) Masih keliru dengan konsep emas pelaburan dan emas perhiasan

(5) Dia dikenakan caj spread yang tinggi sebab jual balik emas di tempat yang salah

(6) Masih tak nampak bagaimana dengan mengumpul emas, sebenarnya dia sedang mengumpul kekayaan. Sebenarnya lebih cepat untuk dapat RM1 juta dengan mengumpul emas berbanding mengumpul wang kertas.

… dan banyak lagi.

 

Sebenarnya kalau anda berminat, anda boleh join group whatsapp pelaburan emas untuk mendapatkan lebih banyak info-info tentang pelaburan emas setiap hari. Bila kita dah celik dan mempunyai ilmu emas, lagi mudah untuk kita merangka stategi bagi menjalankan pelaburan yang lebih baik.

 

(Whatsapp ke +6018-3271687 untuk dapatkan maklumat terkini tentang pelaburan emas dan join group whatsapp pelabur emas)

 

Daftar sebagai ahli PowerGold untuk dapat pelbagai keistimewaan apabila melabur dalam pelaburan emas

Di Power Gold, anda melabur emas dengan cara anda membeli emas fizikal tersebut. Anda beli emas, maka anda akan dapat emas.

 

Bukan itu sahaja, sebagai ahli anda juga layak untuk membeli emas dengan harga istimewa yang lebih rendah daripada harga pasaran. Bagi mereka yang tidak mempunyai modal yang besar, boleh mula melabur sedikit demi sedikit dengan membeli 1 gram emas setiap bulan.

 

Tiada sebarang paksaan mahupun had pembelian. Kalau ada duit lebih boleh beli emas banyak-banyak, dan kalau tak ada duit, tak beli pun tak apa. Sebenarnya ada terlalu banyak info tentang pelaburan emas yang nak saya kongsikan kepada anda, namun untuk mengelakkan posting ini jadi sangat panjang, saya perlu berhenti sekarang.

 

Namun, jika anda ada sebarang soalan atau pertanyaan, (tak kira apa soalan sekalipun berkenaan dengan pelaburan emas) bolehlah hubungi wakil Power Gold menerusi maklumat dibawah ini.

 

MAKLUMAT HUBUNGAN

Ahli powergold berdaftar: Syed Hussein Al Muhammad (Dip.Sains Perubatan)

Email: Syedhusseinalmuhammad@gmail.com

Whatsapp: 018-3271687

Fb official: Myperundingemas

Website Official: myperundingemas.blogspot.com

 

Ataupun anda juga boleh tinggalkan soalan anda dibahagian komen dibawah. Untuk respons yang pantas, sila whatsapp pertanyaan anda ke nombor 018-3271687.

 

Contohnya, anda mungkin nak tau cara daftar sebagai ahli, jadi anda boleh tanyakan terus soalan tersebut di whatsapp.

 

Ps: Di Power Gold, anda beli emas fizikal, maka anda akan dapat emas. Ia bukannya skim pelaburan yang menjanjikan anda pendapatan bulanan secara tetap. Sekiranya anda ditawarkan untuk menyertai skim emas dengan bayaran hibah bulanan, hati-hatilah ye.

 

 

Exit mobile version