Blog Sabree Hussin

PELABURAN EMAS: Kaedah, Pendekatan dan Strategi

Selepas kejatuhan ekonomi, ramai orang mula menyedari di sebalik kejatuhan yang tidak diduga, rupa-rupanya ada “benda” yang tidak tergugat. “Benda” itu adalah emas. Dalam situasi ekonomi merudum dengan dahsyat dan ketika nilai matawang menyusut, emas dengan senyap bergerak melawan arus. Nilainya secara perlahan-lahan mula naik.

 

Negara-negara yang mempunyai rizab emas yang banyak, ekonominya dapat diselamatkan dengan lebih pantas. Begitu juga bagi mereka yang pernah beringat ketika ekonomi cemerlang sebelumnya, mereka dapati pelaburan mereka yang selama ini “tidur” tiba-tiba bangkit menunjukkan belang walaupun mereka sebenarnya tidak pernah berniat melabur dengan cara membeli emas.

 

Kini, emas menunjukkan kehebatannya dan manusia kembali “memburunya”. Namun, seperti pelaburan-pelaburan lain yang pernah cemerlang pada masa lalu, adakah kita yakin yang emas benar-benar memberikan keuntungan kepada kita?

 

Ataupun adakah sekali lagi kita hanyut bersama-sama leburnya pelaburan kita yang gagal?

 

Buku ini membincangkan peranan emas dalam membantu kita merancang pelaburan pada masa hadapan. Buku ini juga disyorkan kepada mereka yang berminat mahu melibatkan diri dalam pelaburan emas. Buku ini mengupas mengenai:

(1) Aspek fizikal emas dan kaedah menentukan ketulenan emas
(2) Kaedah penentuan harga emas
(3) Bentuk-bentuk pelaburan emas di Malaysia
(4) Pembekal pelaburan emas di Malaysia
(5) Perancangan, risiko dan strategi pelaburan emas
(6) Penipuan dalam pelaburan emas

 

Buat para pelabur dan bakal-bakal pelabur logam berharga sekalian, buku ini adalah salah satu buku tentang emas yang anda patut miliki dan baca. Jom saya kongsikan secara ringkas, apa yang anda akan pelajari dan perolehi setelah baca buku ini.

 

Buku ini dipecahkan kepada 4 bahagian. Anda boleh baca dari muka surat ke satu muka surat, ataupun jika mahu, anda juga boleh terus langkau ke muka surat atau pun baca bab-bab yang anda ingin baca sahaja.

 

Lebih-lebih lagi jika anda sememangnya sedang bergiat aktif dalam pelaburan emas, anda mungkin akan dapati apa yang bakal anda baca pada bahagian satu lebih kepada satu bentuk ulangkaji.

 

BAHAGIAN 1
Bab 1 Pengenalan
Bab 2 Sifat-sifat Emas
Bab 3 Kegunaan-kegunaan Emas
Bab 4 Sumber-sumber Emas
Bab 5 Ukuran Timbangan Emas
Bab 6 Jenis-jenis Emas
Bab 7 Kaedah Menentukan Ketulenan Emas

 

Bahagian 1 adalah lebih kepada bab pengenalan kepada kita tentang  apa sebenarnya emas dan kenapa ia begitu berharga. Dengan mengetahui mengenai sifat-sifat emas, In Shaa Allah bukan mudah untuk kita tertipu dengan membeli logam yang sebenarnya bukan emas.

 

Jika selama ini anda menyangka yang emas hanya berguna untuk dibuat barang kemas dan sebagai instrumen pelaburan, bermakna anda dah silap. Sebenarnya ada banyak lagi kegunaan emas. Permintaan terhadap emas turut datang dari bidang perubatan, perindustrian, aeroangkasa, sukan, elektronik dan nanoteknologi. Disebabkan permintaan terhadap emas yang seringkali melebihi penawaran, maka kita dapat lihat harga emas sentiasa mencatatkan kenaikkan untuk jangka masa panjang.

 

BAHAGIAN 2
Bab 8 Kaedah Penentuan Harga Emas
Bab 9 Bentuk-bentuk Pelaburan Emas di Malaysia
Bab 10 Pembekal-pembekal Pelaburan Emas di Malaysia

 

Laman web seperti GoldPrice.org dan juga kitco.com boleh dijadikan rujukan sekiranya anda ingin mengetahui berapa harga emas semasa. Ini satu cara mudah untuk tahu pergerakkan dan perubahan yang berlaku terhadap harga emas dunia hanya dengan memerhati pada pergerakkan graf.

 

Namun, mungkin ada antara anda yang minat nak mengetahui dengan lebih lanjut, apa sebenarnya faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan pada harga emas? Dalam bab 8, ianya diceritakan secara ringkas, bagaimana sebenarnya harga emas ditentukan. Ianya menggunakan Kaedah London Fix. Nak tau apa benda sebenarnya Kaedah London Fix, ia diceritakan dalam bab 8 buku pelaburan emas ini.

 

Sebenarnya terdapat lebih daripada satu cara bagaimana nak melabur dalam emas. In fact, dalam buku Azizi Ali berjudul Masa Untuk Emas juga ada diceritakan pelbagai bentuk pelaburan yang boleh kita lakukan. Dalam buku ini, penulis menceritakan empat bentuk pelaburan yang boleh kita sertai, antaranya

(1) Emas Fizikal

(2) Dinar Emas

(3) Akaun Pelaburan Emas

(4) Barang Kemas

 

Memandangkan emas adalah pelaburan jangka masa panjang, maka buatlah pilihan sewajarnya untuk melabur dalam mana-mana satu bentuk pelaburan.

 

Dalam Bab 10 buku pelaburan emas: kaedah, pendekatan dan strategi ini menceritakan tentang pembekal pelaburan emas yang anda boleh sertai. Kalau anda tak pasti nak join syarikat mana, bolehlah sertai syarikat Power Gold. Saya juga adalah salah seorang ahli Power Gold. Nama Power Gold tidak dimasukkan dalam buku ini, mungkin kerana sewaktu buku ini ditulis, nama Power Gold masih belum popular lagi.

 

BAHAGIAN 3
Bab 11 Perancangan Sebelum Melabur
Bab 12 Risiko Pelaburan Emas
Bab 13 Strategi Pelaburan Emas

 

Jika anda mengambil buku ini, baca, fahamkan kemudian barulah anda mula melabur, bermakna anda adalah seorang pelabur yang bijak merancang dalam aktiviti pelaburan anda. Mendapatkan ilmu yang secukupnya, itu juga adalah salah satu perancangan dalam pelaburan.

 

Seperti yang mungkin anda telah sedia maklum, pelaburan dalam logam emas adalah pelaburan jangka masa panjang. Ini bermakna, untuk benar-benar lihat hasilnya, ia perlukan masa sekurang-kurangnya setahun. Bermakna, jika anda beli emas hari ini, dan mengharapkan perubahan harga yang ketara dalam masa kurang dari enam bulan, maka anda mungkin akan kecewa.

 

Harga emas akan berubah dari masa ke masa. Namun, dari segi nilai, logam ini tetap bernilai. Atas sebab ini juga, adalah amat disarankan untuk kita semua menjadikan emas sebagai penambat kekayaan kita, ataupun penyimpan kekayaan kita.

 

Justeru, untuk simpanan jangka masa panjang, seperti simpanan untuk persaraan, haji, beli rumah, pembiayaan kos pendidikan anak-anak, adalah disarankan untuk kita simpan dalam bentuk emas. Ini kerana nilai emas akan tetap terjamin, walaupun bertahun-tahun masa berlalu.

 

Ini berbeza kalau kita simpan wang tunai. Wang tunai RM50 pada hari ini, (tahun 2016), nilainya tak sama seperti RM50 pada tahun 1996. Lihat sahaja, dengan wang RM50 berapa banyak yang boleh kita beli sekarang berbanding pada tahun 1996. Itulah nilai wang tunai kita pada hari ini.

 

Seperti kebanyakkan instrumen-instrumen pelaburan lain, melabur dalam emas juga ada risikonya. Kalau ada yang kata, melabur dalam emas ni langsung tak ada risiko, boleh jadi dia sedang berhalusinasi ataupun dia sendiri masih belum belajar sampai habis tentang topik pelaburan emas. Memang sangat digalakkan untuk baca buku ini.

 

Pelaburan emas juga ada risikonya. Risiko dalam pelaburan adalah seperti risiko

Fizikal, kimia. kecairan, kebakaran, harga pasaran, susut harga, kewangan, penipuan, kecurian dan tak terduga.

 

Setiap satunya diterangkan dengan lebih terperinci dalam buku pelaburan emas ini.

 

BAHAGIAN 4
Bab 14 Penipuan dalam Pelaburan Emas
Bab 15 Pengiraan Zakat

 

Dalam bahagian ini, kita akan dapat lihat bentuk-bentuk penipuan yang sering berselindung di sebalik nama pelaburan emas. Satu perkara yang anda perlu faham ialah, melabur dalam emas, kita tak akan dapat nikmati sebarang dividen, bonus dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika kita melabur dalam emas fizikal. Ibarat kita beli barang kemas, kemudian simpan dalam peti besi, mana ada kita dapat sebarang bonus atau dividen.

 

Jadi, jika anda temui mana-mana skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan dividen dan bonus, dan anda LANGSUNG TAK FAHAM bagaimana dividen dan bonus boleh diberikan kepada anda, baik anda lari jauh-jauh dari skim sedemikian.

 

Baiklah, topik mengenai zakat dan penyucian harta juga tak kurang pentingnya. Terdapat kaedah yang berbeza untuk menentukan berapa banyak yang perlu dibayar untuk tujuan zakat bagi emas yang dijadikan barangan perhiasan dan juga emas yang dijadikan instrumen pelaburan. Bacalah bab ini, dan anda akan lebih faham bagaimana cara pengiraannya.

 

Selain 4 bahagian ini, anda juga ada dibekalkan dengan lampiran-lampiran tambahan seperti berikut

Lampiran 1 Kegunaan-kegunaan Emas

Lampiran 2 Trend Permintaan Berbanding Pengeluaran Emas

Lampiran 3 Cara Wang Kertas Dicipta

Lampiran 4 Beberapa Contoh Syiling Emas bagi Pelaburan

Lampiran 5 Beberapa Contoh Bar Emas bagi Pelaburan

Lampiran 6 Kaedah Penentuan Ketumpatan dan Kualiti Emas

 

Buku Pelaburan Emas, Kaedah, Pendekatan dan Strategi ini adalah tulisan Saat Sukami dan diterbitkan oleh PTS Professional Publishing.

 

Anda boleh dapatkan buku ini sama ada secara online, ataupun boleh kunjungi mana-mana kedai buku berhampiran anda. Harganya juga murah sahaja, iaitu RM18.00 sahaja untuk semenanjung Malaysia dan RM20.00 bagi Sabah dan Sarawak.

 

Selamat membaca buku ini, dan selamat mendalami ilmu pelaburan emas! Melaburlah dengan ilmu, melaburlah dengan strategi, dan melaburlah dengan penuh keyakinan.

 

 

Exit mobile version