Blog Sabree Hussin

Sanggup ke bayar lebih Mahal untuk tempat penginapan?

Adakah anda sanggup bayar mahal untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti? 

 

Kalau boleh dapat tempat penginapan yang murah, kenapa perlu bayar mahal? Betul tak. Kalau tengok iklan dari Trivago, mesti perasan ayat kenapa perlu bayar lebih?

 

Tetapi, orang yang sanggup untuk bayar mahal-mahal ini, dia bukannya saja-saja nak buang duit. Sudah tentu ada sebab kenapa mereka sanggup berbelanja lebih, sedangkan mereka ada alternatif untuk bayar dengan harga yang lebih murah.

Saya sanggup bayar harga yang lebih mahal, asalkan perkhidmatan yang disediakan setara dengan kos yang perlu dibayar.

 

Bercerita tentang kos untuk tempat penginapan, sejak saya mula menggunakan laman web Airbnb untuk membuat tempahan, saya mula mempelajari banyak perkara baru tentang tabiat manusia ketika memilih tempat penginapan yang sesuai dengan diri mereka.

 

Salah satu perkara yang menarik perhatian saya adalah mengenai kesanggupan seseorang itu untuk mengeluarkan belanja yang lebih mahal, untuk menginap disesuatu tempat, sedangkan di lokasi yang sama atau berhampiran terdapat tempat penginapan lain yang lebih murah harganya.

 

Perbincangan ini lebih berfokus kepada tempat penginapan jenis homestay, atau guesthouse dan ia mungkin tak terpakai pada industri hotel.

 

Terdapat beberapa kriteria yang saya akan lihat sebelum bersetuju dengan harga yang dimahukan oleh pemilik homestay. Berikut ini adalah antara yang saya akan pertimbangkan.

 

Sekiranya kriteria ini ada pada homestay yang saya ingin tempah, saya tak teragak-agak untuk bayar dengan harga yang lebih tinggi berbanding pilihan lain yang terdapat dilokasi yang sama.

 

(1) Swimming Pool

Saya suka swimming pool yang luas, so that saya boleh berenang tanpa mengganggu pengguna lain.

Saya suka swimming pool yang masa penggunaannya bermula seawal 7.00 pagi. Selesai solat Subuh dah boleh bersiap-siap untuk terus turun ke pool.

Saya suka swimming pool yang kita boleh guna sampai waktu malam. Waktu siang kadang-kadang tak ada masa untuk turun ke pool, so kalau boleh guna pool pada waktu malam, memang sangat terbaik!

 

Apa yang saya perhatikan, kebanyakkan homestay atau guesthouse sekarang ini terletak dikawasan kediaman jenis apartment ataupun kondo. Memang kebanyakkannya ada swimming pool.

 

Kalau dalam sesuatu kawasan, saya dapati ada banyak sangat pilihan homestay, misalnya seperti di area Setia Alam, maka saya akan pilih homestay yang mempunyai swimming pool yang nampak paling best.

Kenapa swimming pool?

 

Mungkin sebab rumah saya tak ada swimming pool. Jadi, bila nak menginap di tempat orang lain, saya nak pilih tempat yang ada swimming pool.

 

Boleh jadi satu hari nanti, apabila saya berpindah ke rumah sendiri yang ada swimming pool, saya dah tak kisah sangat tentang ada swimming pool ataupun tidak. Wallahua’lam.

 

Namun begitu, setelah saya baca banyak iklan tentang homestay yang ada swimming pool, saya jarang lihat pemilik homestay memberikan diskripsi yang jelas tentang swimming pool yang terdapat ditempatnya.

 

Tahukah anda, sebenarnya dekat luar sana ada pelanggan seperti saya yang tak kisah nak kena bayar lebih, jika anda berikan penerangan yang jelas tentang swimming pool yang terdapat dihomestay milik anda.

 

(2) Gym

Ada gym yang tetamu boleh gunakan? Ini satu kemudahan yang sangat baik, dan kalau kemudahan tersebut memang tersedia di homestay anda, saya memang tak kisah kalau kena bayar mahal sikit.

 

Walaupun hakikatnya saya selalu tak ada masa nak pergi ke gym tempat saya menginap. Maklumlah, kita pergi bercuti bukan sebab nak pergi ke gym, dan kebanyakkan masa akan dihabiskan diluar rumah.

 

Tapi, kalau ada gym tu bagus, walaupun tak semestinya akan digunakan.

 

(3) Pemandangan yang menarik

Ini satu point untuk anda letakkan harga yang lebih tinggi berbanding pesaing anda.

 

Rumah anda menghadap kawasan yang sangat cantik?

 

Buka tingkap, boleh lihat pemandangan yang sangat cantik, ataupun ada balkoni yang mana pengunjung boleh lepak santai sambil menikmati panorama yang indah.

Tak perlu risau untuk letakkan harga yang tinggi sedikit berbanding orang lain, sebabnya untuk mereka yang tahu menghargai, pasti tak akan teragak-agak untuk bayar harga yang anda mahukan.

 

(4) Lokasi berdekatan dengan pantai

Point ini lebih sesuai kalau guesthouse anda berdekatan dengan kawasan pantai.

 

Kalau tengok kebanyakkan resort yang terdapat di kawasan pantai memang begitulah formulanya. Kalau dekat dengan pantai (beachside), harga yang diletakkan biasanya lebih mahal berbanding dengan yang jauh dari pantai, ataupun roadside.

 

Boleh jalan kaki sahaja kalau nak mandi pantai, apa salahnya kalau kena keluar duit lebih sikit.

 

(5) Kunci menggunakan smartlock

Saya suka rumah yang menggunakan sistem kunci smartlock ataupun yang menggunakan kunci bernombor sebabnya semua orang boleh keluar masuk rumah dengan mudah.

Kalau ada 6 orang menginap dalam rumah, kesemua orang bebas untuk keluar masuk tanpa perlu risau kehilangan kunci atau perlu minta kunci lebih.

 

Sistem kunci smartlock seperti diatas ini sebenarnya boleh didapati di laman web Lazada menerusi pautan ini, ataupun kalau link tersebut sudah tak berfungsi, anda boleh terus ke laman web ini dan buat carian disana.

 

(6) High-Speed Internet wifi

Apabila diberi dua pilihan, sama ada nak pilih homestay yang ada wifi atau yang tanpa wifi, sudah tentu keutamaan akan diberikan kepada homestay yang ada wifi.

 

Walaupun kena bayar lebih mahal. Tak apa, tak ada masalah. Kalau wifi yang disediakan tu pula jenis yang memang high speed, lagi bagus!

 

Bila tak ada sebarang aktiviti diluar rumah, boleh lepak santai dalam homestay sambil layan movie menerusi applikasi Netflix.

(7) Hiasan dalaman yang memukau

Sekali imbas, nampak macam hotel lima bintang. Tapi sebenarnya bukan hotel, sebaliknya adalah guesthouse.

 

Kalau buka laman web Airbnb, memang ada banyak guesthouse yang design dia cantik-cantik. Bagi pengendali bisnes homestay yang hiasan dalamannya biasa-biasa, saya kira anda perlu buat sesuatu supaya homestay anda juga akan kelihatan menarik dan ramai pengunjung akan memilih tempat anda.

 

(8) Peralatan dalam rumah yang serba lengkap

Peralatan memasak, set pinggan mangkuk, ada dapur untuk memasak, ada cerek elektrik, mesin basuh, mesin pengering pakaian, seterika, dan sebagainya.

 

Satu lagi yang tak kurang pentingnya ialah aircond di setiap bilik termasuk di ruang tamu.

 

(9) Tempat letak kereta tanpa had

Setakat ini, saya dah jumpa 4 guesthouse yang menyediakan petak parking tanpa had untuk pengunjungnya.

  1. Sophiarose Muslim House, Cameron Highland
  2. PD Paradise Lagoon Apartment, Port Dickson
  3. Ocean View Resort, Port Dickson
  4. Glory Beach Resort, Port Dickson

Petak parking menggunakan konsep first come first serve basis.

 

Kalau petak parking memang ada banyak, apa salahnya kalau kena bayar lebih sekalipun.

 

(10) Percuma

Percuma dekat sini, bukanlah bermaksud tak perlu bayar apa-apa langsung. Tetapi saya merujuk kepada istilah complimentary.

 

Ada disediakan minuman 3 in 1, ada juga makanan seperti mee segera, sekotak cereal untuk sarapan pagi dan sebagainya.

 

(11) Tiada had tetamu

Kalau buat tempahan di Airbnb, ada beberapa rumah yang mana pemilik meletakkan had jumlah orang dalam rumah. Misalnya cuma boleh 6 orang sahaja. Kalau nak bawa lebih, kena buat bayaran tambahan.

 

Benda ni sangat tak seronok. Saya lebih suka rumah yang tak meletakkan had berapa ramai boleh masuk, walaupun pada peringkat awal, tuan rumah meletakkan caj sewaan yang agak tinggi.

 

Sekiranya terdapat kriteria seperti yang saya senaraikan disini, saya berpendapat kalau kena bayar lebih mahal pun tak ada masalah.

 

 

Exit mobile version