Blog Sabree Hussin

Bagaimana saya boleh terpilih untuk terima Lazada Box of Joy?

Apabila saya buat blogwalking, saya perasan yang bukan semua blogger ada cerita tentang Lazada’s Box of Joy ini. Bila saya selidik rupa-rupanya ada blogger yang dapat Box of Joy ni, dan ada juga yang tak dapat.

 

Lazada Box of Joy ini sebenarnya merupakan salah satu kempen yang dilancarkan oleh Lazada Malaysia bersempena dengan promosi Lazada Online Revolution 2016 yang diadakan bermula dari 1 November 2016 hingga 14 December 2016.

 

Selain promosi diskaun sehingga 95%, pihak Lazada juga ada melancarkan kempen yang dinamakan sebagai Lazada’s Box of Joy ini khusus buat para ejen affiliate Lazada Malaysia.

Saya difahamkan yang pihak Lazada Malaysia menyediakan lebih kurang 300 kotak Lazada Box of Joy ini! Wah sampai 300 kotak. Banyak jugak tu kan.

 

“Macam mana cara nak dapatkan Lazada Box of Joy?”

Kalau tak silap saya, sebulan sebelum kempen Box of Joy ni dilancarkan, saya ada menerima emel dari pihak Lazada yang menawarkan peluang untuk menulis review tentang beberapa jenama yang terdapat di Lazada. Antara jenama yang akan mengambil bahagian antaranya ialah , , , dan banyak lagi.

 

Jika sebelum ini anda pernah mendaftar untuk jadi salah seorang ejen affiliate Lazada Malaysia, saya pasti anda juga ada menerima emel tawaran tersebut.

 

Bukan semua blogger join sebagai ejen affiliate Lazada

Benda ni saya dah cerita banyak kali dalam blog ni, yang sebagai blogger kita sebenarnya boleh buat duit tambahan dengan menjadi ejen affiliate Lazada.

 

Janganlah cuma harapkan pada satu sumber pendapatan sahaja. Contohnya hanya harapkan duit daripada program pengiklanan Nuffnang semata-mata. Pelbagaikan sumber pendapatan dan salah satunya adalah menerusi program affiliate Lazada ni.

 

Ok sambung pasal Lazada Box of Joy ni pulak.

 

Bila dah dapat emel tawaran dari Lazada tu, saya pun isikan borang penyertaan. Dapat ataupun tidak, terpilih atau pun tidak untuk sertai kempen Lazada Box of Joy ni, saya cuba je. Lagipun saya tahu, kat luar sana ada ramai lagi penulis blog yang hebat-hebat belaka. Kalau nak bandingkan dengan saya, memang jauh beza. Saya ni penulis blog biasa-biasa je.

 

Kemudian tak lama lepas tu saya dapat feedback dari pihak Lazada.

Ya, saya terpilih. Untuk collect Lazada Box of Joy ni, saya perlu hadirkan diri ke Online Revolution Affiliate Workshop yang diadakan pada 5 November 2016 di Berjaya Times Square Hotel.

 

Kesimpulannya, untuk mendapatkan tawaran-tawaran istimewa dari Lazada, contohnya macam Box of Joy ni, saya cadangkan anda buat benda ni.

 

(1) Join sebagai affiliate Lazada Malaysia. Kalau tak tau macam mana nak join, bolehlah baca artikel saya sebelum ni.

Baca ni dulu: Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate? 

 

(2) Kena selalu alert dengan emel-emel yang dihantar oleh pihak Lazada. Sebenarnya pihak Lazada ni memang kerap juga anjurkan kontes, kempen dan macam-macam lagi. Cuma rajin dengan tak rajin je nak join. Jadi lepas ni kena rajin-rajinkan diri untuk join la ye.

 

(3) Join group support untuk affiliate Lazada Malaysia. Ini adalah group RAHSIA khas untuk para affiliate Lazada sahaja. Kat sini pun boleh dapat update terkini dari pihak Lazada.

 

Basically, inilah dia yang anda perlu buat untuk dapat Box of Joy ini. Untuk kempen ini, mungkin agak terlewat kalau anda baru nak join.

 

Tapi jangan risau.

 

Mungkin lepas ini anda boleh join kempen yang lain, di masa akan datang.

 

 

Exit mobile version