Blog Sabree Hussin

Bagaimana anda boleh merangka masa depan yang gemilang selepas tamat pengajian di IPT?

Bagaimana kalau anda tak perlu lalui masalah-masalah sama yang banyak dialami oleh mereka yang telah lama tamat pengajian di institusi pengajian tinggi? Anda mungkin tertanya-tanya, MASALAH APA YA? Ini dia yang saya maksudkan… masalah gagal membayar balik hutang pengajian dengan PTPTN.

Pada mulanya, peranan pinjaman PTPTN adalah bagi membantu menampung kos pengajian anda dan memastikan anda dapat belajar tanpa sebarang masalah. Tetapi, duit PTPTN bukan duit anda. Ia adalah duit pinjaman, dan anda WAJIB bayar semula sebarang amaun yang telah dipinjam.

 

Adakah anda akan jadi salah seorang pelajar yang akan ada masalah untuk bayar balik hutang PTPTN kelak?

Tak ada siapa yang tahu. Mungkin YA, mungkin TIDAK. Jika anda khuatir anda mungkin akan ada masalah untuk buat bayaran balik, apabila mengambil kira faktor pasaran kerja yang tidak menentu, langkah terbaik untuk mengelakkan anda ada masalah dibebani hutang belajar dikemudian hari ialah dengan memulakan perancangan kewangan anda dari SEKARANG.

 

Apa strategi anda? Adakah melalui pelan simpanan atau tabungan? Pelan pelaburan? Ataupun pelan penjanaan pendapatan?

 

Antara ketiga-tiga yang saya sebutkan ini, iaitu pelan untuk mulakan simpanan dari awal, membuat pelaburan dan mewujudkan sumber yang boleh menjana pendapatan, saya akan beri penekanan yang lebih pada aspek penjanaan pendapatan.

 

Memandangkan tak ada siapa antara kita yang dapat meramal apa yang akan berlaku di masa akan datang, jadi saya pun tak akan buang masa anda untuk baca ramalan-ramalan yang saya kira belum tentu lagi akan terjadi. Mari kita cerita tentang suatu perancangan atau pelan TINDAKAN yang anda boleh ambil SEKARANG bagi merangka persekitaran masa depan yang lebih kondusif. Boleh?

 

Bukan suatu yang ANEH jika golongan pelajar terlibat dengan perniagaan. Lebih-lebih lagi pelajar universiti. Malahan sebenarnya ada ramai golongan pelajar yang dah didedahkan dengan alam perniagaan sejak dari sekolah rendah lagi.

 

Persoalan yang mungkin timbul ialah,

“Adakah wujud suatu cabang perniagaan yang boleh diceburi oleh golongan pelajar, dengan syarat perniagaan tersebut mestilah TIDAK mengganggu pembelajaran, boleh dibuat secara santai atau pada masa terluang dan yang penting mampu untuk hasilkan pendapatan yang lumayan?”

 

YA! Pasti ada. Jika anda masih belum ada idea, perniagaan apa yang menepati kriteria seperti yang dinyatakan, saya ingin mengajak untuk meneliti sebuah peluang perniagaan dalam industri telekomunikasi menerusi syarikat Tone Excel. (Ada ramai golongan pelajar yang telah sertai peluang perniagaan ini)

 

Apa yang anda akan perolehi apabila bersama syarikat Tone Excel?

Untuk menyertai syarikat ini, dan bina karier anda dalam industri telekomunikasi sebenarnya adalah sangat MUDAH. Anda hanya perlu tukarkan simkad yang anda sedang gunakan sekarang ni, kepada simkad Tone Excel. Itu sahaja. Secara automatik, anda layak untuk mengikuti program rujukan (referral) yang ditawarkan oleh pihak Tone Excel. Mari kita lihat sebahagian daripada kelebihan yang anda bakal nikmati hanya dengan menukar simkad anda kepada simkad Tone Excel.

 

1. Cash back REBET sebanyak 3% untuk pembelian topup peribadi

Pada waktu catatan ini dibuat, Tone Excel adalah satu-satunya syarikat yang menawarkan cash back kepada pelanggannya. Anda tak akan jumpa kelebihan yang seumpama ini ditawarkan oleh syarikat Telco lain.

 

Katakanlah pada bulan tertentu jumlah penggunaan topup anda adalah seperti berikut:

i. Anda topup RM30

Anda dapat cash back sebanyak RM0.90

Anda juga akan dapat PERCUMA data 1GB

 

ii. Jika anda topup RM40 sebulan (RM30 + RM10) 

Anda dapat cash back sebanyak RM1.20

Anda juga akan dapat PERCUMA data 1GB

 

iii. Jika anda topup RM50 sebulan

Anda akan dapat cash back sebanyak RM1.50

Anda juga akan dapat kredit PERCUMA bernilai RM20

 

Cash back yang bakal anda terima sebagai pengguna akan meningkat dengan bertambahnya jumlah tambah nilai yang anda lakukan setiap bulan.

 

Malahan, syarikat juga sentiasa memberi tambah nilai kepada penggunanya dengan memperkenalkan promosi-promosi dan bonus-bonus percuma, seperti percuma kredit tambah nilai dan juga percuma data.

 

2. Komisyen bulanan dari nilai topup rakan-rakan anda

Konsep buat duit dengan Tone Excel ialah, guna sendiri kemudian perkenalkan kepada orang lain. Fasa pertama, anda guna sendiri simkad ini seperti biasa. Anda langgan data, buat panggilan, berhubung menggunakan SMS, test line apabila anda travel ke mana-mana, dan apabila anda rasakan simkad ini memberi kelebihan yang tak terdapat pada mana-mana simkad lain, maka anda kongsikan pengalaman anda sebagai pengguna.

Tiada sebarang paksaan untuk anda lakukan perniagaan ini. Jika anda lakukan perniagaan ini, yang akan dapat untung juga diri anda sendiri. Namun, pastikan anda benar-benar nampak, dah faham dan dapat manfaat daripada produk ini terlebih dahulu, barulah mudah untuk anda kongsikan dengan orang lain tentang produk ini.

 

3. Komisyen yang diterima adalah berterusan setiap bulan

Selagi mana rakan-rakan anda masih lagi menjadi pengguna Tone Excel, selagi itulah komisyen daripada belian topup akan anda terima. Ini bermakna, lagi lama rakan anda menjadi pengguna, maka lagi lamalah anda akan terima komisyen.

 

Biasanya, orang akan pakai handphone sampai bila-bila.

 

4. Boleh dapatkan nombor baru atau kekalkan sahaja nombor anda

Ramai yang RISAU kalau-kalau perlu tukar nombor atau perlu guna dua nombor apabila nak jalankan perniagaan ini. Sebenarnya TAK PERLU. Melalui proses yang kita namakan sebagai MNP (mobile network portability) anda boleh kekalkan nombor yang anda sedang gunakan sekarang.

 

Anda hanya perlu tukar simkad anda kepada Tone Excel. Rakan-rakan dan ahli keluarga anda pun tak akan tau yang anda dah bertukar ke talian lain jika anda menggunakan servis MNP ini.

 

5. Komisyen sehingga 20% dari nilai topup rakan anda dan ini akan dibank in terus ke akaun anda

Adakah komisyen sehingga 20% cukup tinggi dan menarik pada anda?

Dapatkan maklumat lanjut bagaimana anda boleh dapatkan komisyen sebegini tinggi disini: http://www.suppliersimkad.com/

 

Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan yang anda bakal nikmati apabila bertukar ke Tone Excel. Sekurang-kurangnya terdapat 37 kelebihan yang anda bakal perolehi dan senarai penuh anda boleh baca disini.

 

Apa yang membuatkan produk ini IDEAL untuk dijadikan pilihan untuk anda bina sumber pendapatan daripadanya?

Ada banyak peluang dan cabang perniagaan yang anda boleh pilih kat luar sana. Tetapi, kenapa pilih Tone Excel? Baiklah ini sebahagian daripada poin yang anda boleh nilaikan sebelum anda buat keputusan untuk buat sebarang bisnes.

 

1. Perniagaan ini membolehkan anda untuk beroperasi walau dimana sahaja anda berada, dan pada bila-bila masa

Sebagai pelajar, saya tahu anda sibuk. Anda sibuk dengan urusan kelas, kuliah, assignment, kuiz, exam, tesis dan sebagainya. Untuk terlibat dengan sesuatu perniagaan yang memerlukan anda beri komitmen dan masa yang panjang untuk diusahakan bukanlah satu keputusan yang bijak.

 

Semasa belajar, prioriti anda adalah untuk belajar. Tetapi ini bukan bermaksud anda tak boleh buat sesuatu yang EXTRA untuk masa depan anda sendiri. Bisnes Tone Excel ini anda boleh jalankan sama ada secara part time, full time ataupun sometimes.

 

Pelajar sekarang rata-rata ada laptop, dan kemudahan internet juga disediakan. Ada dua benda ni dah cukup untuk anda jalankan perniagaan ini. Anda hanya perlu promosi secara online sahaja, itu dah memadai. Promosi secara online, anda boleh bahagikan masa seperti 15 minit pada waktu pagi, 15 minit pada waktu tengahari, 15 minit pada waktu petang, dan lagi 15 minit pada waktu malam.

 

Jadi dalam sehari, anda hanya peruntukkan kira-kira satu jam sahaja untuk buat promosi secara konsisten setiap hari. Eh apa yang peliknya? Daripada anda online tak ada hasil, kan lebih baik anda online dan membina suatu perniagaan yang bakal beri manfaat kepada anda di masa akan datang.

 

2. Produknya ialah produk keperluan dan ada repeat sales yang tinggi 

Adakah handphone satu keperluan? YA.

Adakah pengguna handphone akan topup setiap bulan? YA.

 

Suatu produk yang bagus ialah produk yang merupakan barangan keperluan dan mempunyai kadar repeat sales yang tinggi. Memandangkan, pelanggan akan buat tambah nilai pada setiap bulan, ini bermakna anda juga bakal nikmati pulangan dalam bentuk komisyen yang akan dibayar terus ke akaun anda setiap bulan juga.

 

Baiklah, sebelum saya tamatkan perkongsian saya, apa kata anda tonton video dibawah. Ia merangkumkan segala yang anda perlu tahu tentang perniagaan ini.

 

Artikel ini ditulis sebagai suatu perkongsian idea untuk golongan pelajar sama ada yang bakal menamatkan pengajian ataupun yang masih lagi belajar. Ketahuilah bahawa masa hadapan adalah suatu perjalanan yang penuh misteri. Kita tak dapat nak meneka dengan tepat, apa yang bakal kita lalui di masa akan datang. Namun, jika anda bersiap sedia dari awal, ia mungkin akan bantu anda menelusuri hari-hari yang bakal mendatang dengan lebih lancar. 

 

Jika anda masih perlukan maklumat yang lebih lanjut mengenai Tone Excel, anda boleh layari laman web berikut: http://www.suppliersimkad.com/

 

Terima kasih saya ucapkan kerana anda meluangkan masa anda untuk membaca catatan ini. Saya doakan semoga anda sentiasa dilimpahi rezeki yang banyak. Wallahua’lam

 

 

 

 

Exit mobile version