Blog Sabree Hussin

Bagaimana Youtube boleh bantu mengembangkan perniagaan anda?

Secara purata, pengguna internet akan meluangkan masa sekitar 15 – 30 minit setiap hari untuk menonton video di laman web Youtube. Saya juga tak terkecuali.

 

Pada waktu catatan ni saya tulis, sebenarnya pada masa yang sama saya juga sedang menonton video di Youtube

Ini adalah salah satu channel yang paling kerap saya tonton di Youtube. Oh jika anda pun berminat nak tonton video ni, boleh klik sini: A Christian lady accepts Islam after her questions are convicingly answered by Dr Zakir Naik

 

Selain channel Dr Zakir, saya juga tonton beberapa video lain Youtube seperti video tentang sesi sidang debat di parlimen, ceramah UAI dan sebagainya (ceh macam bagus sangat pulak ha ha ok fine kadang-kadang saya layan jugak video tentang kucing-kucing comel)

 

Tahukah anda, tagline bagi Youtube ialah “Broadcast Yourself”? Youtube menyediakan platform bagi orang biasa macam kita semua untuk menyiarkan video-video kita bagi dikongsikan kepada seluruh dunia. Selagi mana tempat tersebut ada internet, bermakna video anda boleh ditonton di mana-mana pelusuk dunia.

 

Adakah laman Youtube berpotensi untuk memberikan pendapatan kepada kita?

 

Tentu sekali BOLEH.

Baca: Rahsia Duit Youtube

 

Beberapa tahun kebelakangan ni, ramai juga sebenarnya selebriti yang bermula dengan platform Youtube sebelum nama mereka mula meningkat naik dan dikenali sebagaimana mereka sekarang. Mereka bermula dengan memuat naik video persembahan mereka di Youtube, menarik minat sebahagian pengguna laman web Youtube dan menukarkan mereka kepada peminat, kemudian mereka mula membina jenama dan akhirnya mempunyai follower tersendiri.

Best ke tak bila ada follower dan peminat sendiri ni? Bila buat lagu dan jual CD, dah ada peminat yang bersedia nak beli. Bila nak mulakan perniagaan kosmetik sendiri, dah ada ready buyer dari kalangan peminat untuk beli. Kalau tak ada job untuk persembahan, pada bila-bila masa ada peminat yang nak jemput untuk buat persembahan di function.

 

Ok itu cerita tentang artis yang bermula dengan Youtube. Bukan semua orang boleh mengeksplotasi laman Youtube seperti mereka. Kalau nak buat seperti yang mereka buat ni, dah tentu anda memerlukan bakat tertentu, wajah yang tampan dan menarik, barulah ada ‘harga’.

 

Macam mana nak manfaatkan Youtube untuk mengembangkan bisnes sedia ada?

Pertama sekali dan paling penting, anda perlu dapatkan kefahaman tentang bagaimana laman web Youtube ini beroperasi. Setuju? Baiklah, dari segi teknikal dan taktikal, saya akan cerita di lain masa. Itu pun kalau saya ada kesempatan nak tulis dengan lebih details tentang pemasaran di Youtube ni. Kalau anda nak tau cepat, sekarang ni dah ada panduan khas tentang pemasaran Youtube. Anda boleh baca di laman web Rahsia Duit Youtube ni.

 

Pada asasnya, kita boleh memanfaatkan jumlah pengunjung yang ramai yang berada di laman Youtube untuk kita promosikan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Baiklah, saya akan share sekurang-kurangnya 3 cara bagaimana anda boleh menggunakan Youtube sebagai salah satu channel untuk anda dapatkan jualan dan pelanggan baru untuk perniagaan anda.

 

Antara teknik-teknik pemasaran video yang anda boleh lakukan dalam masa 24 jam dari sekarang ini ialah

1. Hasilkan video khusus untuk menceritakan tentang produk atau perkhidmatan anda

Tak perlu susah payah nak hasilkan video standard Dreamworks atau Disneys.

Anda boleh mula merakam dan memuat naik video anda semudah membuat rakaman menggunakan smart phone anda. Saya pernah cuba, dan dari segi kualiti ianya bukanlah perkara besar.

Sebab yang lebih penting dalam pemasaran video, adalah kita mahukan lebih banyak publisiti dan pendedahan terhadap perniagaan kita.

 

2. Dapatkan mana-mana video yang berpotensi untuk jadi viral dan anda masukkan iklan jenis Pop Up pada video tersebut

Memandangkan Youtube mempunyai sistem untuk kenalpasti video yang SAMA, maka apa yang anda boleh buat ialah muat turun video yang sememangnya sedang viral, edit serba sedikit dan upload semula.

 

3, Dapatkan video-video yang ada peluang untuk jadi viral kemudian anda masukkan serba sedikit iklan tentang produk anda di bahagian video description 

Kalau anda tak mempunyai kemahiran untuk buat iklan jenis Pop Up pada video, tak ada masalah. Manfaatkan bahagian description untuk anda selitkan serba sedikit pengenalan tentang perniagaan anda.

 

Alright, saya share teknik yang simple sahaja dulu. Kalau ikut pengalaman saya yang sebelum-sebelum ni, teknik simple pun sebenarnya dah cukup untuk memberikan hasil, dengan syarat… KENA BUAT la.

Untuk bahagian yang complicated, tak akan cukup satu blogpost untuk terangkan dengan lengkap. Anda kena baca dalam bentuk ebook, itu lebih baik dan anda boleh download disini.

 

 

Exit mobile version