Blog Sabree Hussin

Bagaimana Program Jobdirumah boleh bantu atasi masalah pengangguran?

Pada pandangan anda, adakah isu pengangguran ini  merupakan satu masalah yang besar ataupun ia hanya sekadar suatu perkara kecil yang mana ianya pasti akan berlalu pergi satu hari nanti?

 

Jika anda berpandangan, isu pengangguran ini adalah isu besar, saya percaya, dengan sepenuh hati anda pasti akan cuba tangani isu ni dengan sehabis baik. Almaklumlah, bila menganggur ni, lazimnya seseorang tu tak ada duit dan sumber pendapatan. Jadi, bila tak ada duit ni, kan semua benda akan jadi susah. Akan tetapi, jika anda merasakan isu pengangguran ini bukan isu yang besar, saya rasa anda tak perlu baca post ini.

 

Apa punca berlakunya pengangguran?

 

Tak mahu ada kerja tetap

Kerja tetap bermakna komitmen. Masa anda terikat untuk syarikat anda. Anda susah untuk bergerak untuk urusan peribadi dan boleh jadi, jika kurang bernasib baik, untuk mintak cuti sempena perayaan pun boleh jadi agak sukar. Setengah tempat, pekerjanya kena ambik giliran kalau nak cuti sempena hari raya.

 

Baru diberhentikan kerja

Bukan semua orang yang tak bekerja atau yang tengah menganggur tu memang tak bekerja sejak dari dulu lagi. Bukan. Ada antara mereka sebenarnya baru sahaja berhenti kerja, sama ada diberhentikan kerja ataupun berhenti dengan sukarela. Mereka mungkin sebenarnya sedang mengejar sesuatu yang lebih mengujakan berbanding pekerjaan mereka sekarang.

 

Peluang pekerjaan yang terhad

Saban tahun, IPT dan IPTS menghasilkan ramai graduan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan tempat kerja sama ada dalam sektor awam mahupun sektor swasta. Kerjaya dalam sektor awam, mungkin agak sukar untuk dipohon kerana terdapat terlalu ramai yang ingin bekerja kerajaan. Malahan, mereka yang dah mempunyai kerja di sektor swasta turut mohon untuk masuk ke kerja kerajaan.

 

Pun begitu, sejak akhir-akhir ini, ketika negara menghadapi cabaran ekonomi, peluang pekerjaan dalam sektor swasta juga agak terhad dan syarikat swasta dah tentu akan memberi keutamaan kepada calon-calon pekerja yang benar-benar kompeten sahaja. Anda mungkin perlu baca panduan ini bagi memudahkan anda mendapat pekerjaan dalam sektor swasta.

 

Belum dapat pekerjaan yang sesuai

Ramai sebenarnya yang termasuk dalam kelompok ni. Bukan mereka tak mencari pekerjaan yang sesuai, tetapi mereka masih belum betul-betul temui, satu pekerjaan yang menepati kelayakkan dan gaji pilihan mereka.

 

Perubahan trend pada masa kini

Saya pernah baca dalam sebuah artikel berbahasa inggeris, yang mana penulis menyatakan bahawa di luar negara kini berlaku perubahan trend bagaimana cara generasi muda mencari pendapatan. Mereka tidak lagi berminat untuk bekerja dengan satu majikan sahaja. Sebaliknya, mereka memilih untuk menjadi pekerja bebas ataupun seorang freelancer yang tak terikat dengan mana-mana peraturan dan majikan.

 

Ini bermakna, mereka bebas untuk memilih pekerjaan yang bagaimana yang mereka akan lakukan. Pada waktu bila mereka akan bekerja, dan untuk siapa mereka bekerja. Mereka hanya akan bekerja hanya jika dia merasakan sesuatu pekerjaan itu benar-benar memberi pulangan dan keuntungan kepada mereka. Apa yang penting sekali ialah, tak ada siapa yang boleh paksa-paksa mereka untuk bekerja.

 

Contoh-contoh kerja yang ditawarkan di jobdirumah

Sebenarnya ada terlalu banyak jenis kerja yang ditawarkan. Untuk makluman anda, sebarang kerja yang boleh dilakukan hanya menggunakan laptop atau komputer dan boleh dihantar menggunakan perantaraan internet boleh dilakukan dirumah. Anda tak perlu ada ruang pejabat semata-mata untuk menyiapkan kerja penulisan artikel seperti yang sedang saya lakukan sekarang ini. Cukup sekadar anda mempunyai laptop, sambungan internet dan juga meja kecil. Itu sudah memadai.

 

Untuk mengetahui, contoh-contoh kerja yang anda perlu buat, anda boleh baca artikel saya sebelum ini yang berjudul:

Jobdirumah: Review program latihan bekerja dari rumah oleh Jobdirumah (lengkap dan komprehensif)

 

Bagaimana sistem kerja menerusi platform jobdirumah

Sebenarnya, anda masih boleh bekerja dari rumah walaupun tanpa melalui program latihan jobdirumah. Program ini sebenarnya lebih sesuai untuk mereka yang tak ada masa untuk buat kajian dan pembacaan sendiri tentang topik-topik seperti

1. Bagaimana untuk kenalpasti laman web yang benar-benar akan membayar para pesertanya dengan yang scam

2. Cara-cara untuk mendapatkan pekerjaan dengan sistem bidding

3. Prosedur untuk menerima bayaran upah untuk setiap job yang berjaya disiapkan

4. Strategi untuk dapatkan lagi banyak pekerjaan dan mengatasi pesaing lain

5. Cara-cara menghasilkan online resume dan profile yang menarik minat bakal majikan untuk mengupah anda

 

Pada pendapat saya, sebenarnya semua ini anda boleh belajar sendiri. In fact, jika anda pergi kedai-kedai buku seperti MPH, Popular dan sebagainya, anda juga boleh temui buku-buku panduan dan rujukan yang membincangkan perihal yang sama. Cuma yang menjadi persoalan ialah, adakah anda ada masa nak study semua ni? Bukankah lebih cepat dan menjimatkan masa jika anda terus dapatkan sebuah panduan yang spesifik mengajar anda cara-cara buat duit sebagai pekerja bebas dari rumah.

 

Antara tips dan syarat yang perlu diikuti jika serius nak buat duit dengan jobdirumah

Dikesempatan yang sejenak ini, saya nak kongsikan beberapa tips yang anda mungkin boleh follow sekiranya anda nak buat duit dengan cara ini.

1. Mampu untuk bekerja mengikut masa dan dateline yang ditetapkan oleh pihak majikan

Lazimnya, anda akan bekerja dengan majikan yang mempunyai perniagaan sendiri. Perniagaan majikan anda pula boleh jadi dalam skala besar, dan adakalanya majikan anda hanya menjalankan projek-projek kecil sahaja. Jika majikan anda beri anda masa 48 jam sahaja untuk siapkan sesuatu tugasan, anda wajib siapkan tugasan tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan.

 

2. Boleh bekerja sendiri tanpa ada sebarang pengawasan

Bekerja dari rumah memang nampak mudah. Tetapi, bukan semua orang boleh buat. Setengah orang, dia akan cepat lalai apabila bekerja sendiri tanpa ada sebarang pengawasan.

 

3. Tidak terlalu memilih dalam soal kerja

Di peringkat awal, anda perlu fokus untuk membina online profile yang meyakinkan dan mantap. Bakal majikan anda tidak kenal siapa anda. Mereka tidak mempunyai peluang untuk bersemuka dengan anda dan jalankan interview secara berdepan untuk melihat secara in person bagaimana karekter sebenar anda.

 

Untuk menentukan sama ada permohonan kerja diberikan kepada orang yang sepatutnya, majikan hanya dapat menilai seseorang itu berdasarkan

1. Gambar profile yang digunakan

2. Nama yang digunakan

3. Reputasi dan prestasi daripada job terdahulu

4. Tawaran ataupun caj upah yang anda kenakan

 

Sistem kerja yang bakal anda ikuti jika mengikuti program latihan jobdirumah

Mula-mula sekali, anda perlu buat bayaran sebanyak RM50 untuk menjadi ahli dan melayakkan diri anda untuk mengikuti modul latihan seperti yang disediakan oleh pihak Jobdirumah. Modus operandi laman web jobdirumah adalah menyediakan modul latihan dalam bentuk penulisan dan juga video bagi memberi anda pendedahan bagaimana cara sebenar buat duit sebagai seorang pekerja bebas atau lebih dikenali sebagai seorang freelancer. Klik sini untuk sertai sekarang.

 

Kedua, akses ke member area dan ambil masa anda untuk belajar dan hadam setiap modul yang disediakan. Ingat, anda dah pun melabur sejumlah wang untuk mendapatkan ilmu dan informasi tentang bagaimana nak buat duit dengan jobdirumah. Jadi, jangan sia-siakan pelaburan anda. Pastikan sekurang-kurangnya anda mampu untuk pulang modal menerusi cara bekerja dari rumah.

 

Ketiga, pada tahap ini saya andaikan anda telah habis meneliti modul yang disediakan. Anda sebenarnya boleh memanfaatkan enjin carian yang disediakan oleh pihak jobdirumah untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan anda. Saya pasti, ini akan lebih memudahkan anda untuk mencari peluang kerja yang sesuai untuk anda.

 

Keempat, daripada senaraian kerja yang anda jumpa, pilihlah mana-mana kerja sama ada satu sahaja ataupun lebih, yang anda rasakan mampu untuk disiapkan. Pilih job yang anda yakin mampu untuk selesaikan. Tak perlu tamak, kerana dari masa ke masa, akan ada banyak lagi peluang untuk anda dapatkan job lain. Yang penting ialah kualiti, bukannya kuantiti semata-mata.

 

Kelima, bila dah dapat kerja, apa lagi? Siapkan lah tugasan tersebut. Kemudian hantar dan dapatkan bayaran yang sepatutnya. Jika majikan anda adalah orang dari luar negara seperti dari US misalnya, urusan bayaran akan dibuat menerusi paypal dan lazimnya bayaran adalah dalam matawang USD. Jika anda dapat majikan dari Malaysia, anda boleh deal dengan dia sama ada nak bayaran menerusi paypal ataupun boleh juga gunakan servis dari bank tempatan.

 

Bila anda dah biasa dengan kerja-kerja seorang freelancer, anda mungkin dah tak perlu khuatir lagi tentang soal tak ada kerja tetap, kerana pada waktu tu, anda mempunyai teknik dan formula sendiri bagaimana nak buat duit. Anda boleh bekerja jika anda rasa nak kerja dan boleh berhenti pada bila-bila masa. Bukankah ini lebih baik berbanding duk menganggur dan tak buat apa-apa langsung?

 

 

Exit mobile version