Blog Sabree Hussin

Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant

Kalau ikut pada rekod, ini merupakan posting kelima yang saya hasilkan berkisarkan kepada topik “buat duit dengan PG Mall”.

 

Boleh luangkan sedikit masa untuk baca posting saya yang terdahulu berjudul

(1) Pengenalan kepada bisnes PG Mall

(2) Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?

(3) 10 Tips Bisnes PG Mall

(4) Panduan membeli belah di platform e-commerce PG Mall

 

Kalau ikutkan, dari 4 artikel ini pun sebenarnya pembaca sepatutnya dah boleh faham, macam mana cara nak buat duit melalui program consumerchant PG Mall ini.

Dengan syarat, kenalah baca.

Baca dengan niat yang betul-betul ikhlas nak cuba fahamkan apa yang tersedia disebalik peluang untuk menjana pendapatan menerusi program ini.

 

Tak faham tak apa.

Boleh bertanya.

 

Tapi sebelum sibuk nak tanya soalan tu, kenalah baca dulu.

Apa yang jadi masalah bila ada orang yang langsung tak baca, tapi terus nak tanya macam-macam soalan. Sedangkan jawapan untuk soalan yang ditanyakan tu, memang dah ada dalam artikel yang saya tulis sebelum ini.

 

Tapi macam biasalah, kategori pembaca ini ada pelbagai.

Kita dah terangkan dengan panjang lebar, dia tetap tanya soalan-soalan simple (remeh) seperti

“Macam mana nak mulakan bisnes PG Mall?”

“Macam mana nak buat duit dengan PG Mall ni sebenarnya?”

“Dari mana datangnya keuntungan kalau nak buat duit dengan PG Mall?”

 

Tak apalah, mungkin cara saya buat penerangan yang kurang bagus, sebab tu ada pembaca yang bila dah baca, masih tetap tak faham.

 

Ada satu lagi kemungkinan, iaitu pembaca tersebut baru pertama kali didedahkan dengan konsep buat duit menerusi kaedah referral marketing.

 

Kalau ini merupakan kali pertama anda mendengar mengenai peluang buat duit melalui program affiliate, ataupun referral marketing, saya pun pernah tulis mengenai topik tersebut. Anda boleh baca melalui pautan dibawah ini.

(1) Apa itu program Affiliate

(2) Apa itu affiliate network

 

Kita raikan sahaja kepelbagaian yang wujud.

Macam saya sebutkan sebelum ini, tak faham tak apa. Boleh tanya soalan.

Anda boleh tanya soalan dibahagian komen dibawah atau hubungi saya.

 

Memandangkan saya ada sedikit kesempatan, jadi saya rasa baiklah kiranya untuk saya luangkan sedikit masa untuk buat posting tambahan mengenai peluang perniagaan melalui platform PG Mall ini.

 

Ada beberapa perkara yang saya akan kupaskan dalam posting ini, iaitu

(1) Cara untuk memulakan bisnes PG Mall.

(2) Apa perlu buat selepas daftar PG Mall.

(3) Dari mana datangnya keuntungan kalau kita nak buat duit dengan PG Mall.

(4) Apa cabaran dalam bisnes PG Mall?

(5) Betul ke boleh buat duit dengan PG Mall?

 

Cara untuk mulakan bisnes anda di PG Mall

Terdapat sekurang-kurangnya dua cara untuk buat duit menerusi platform PG Mall.

Cara pertama, adalah dengan menjadi penjual produk di PG Mall.

Cara kedua pula adalah dengan menyertai program consumerchat PG Mall.

 

Ada satu buku yang ditulis oleh pengasas PG Mall, yang membincangkan topik mengenai program yang dikenali dengan nama consumerchant.

 

Tajuk buku tersebut ialah Consumerchant – A Revolutionary Sharing Economy Business Model.

Buku ini dijual dengan harga RM29.75 sahaja.

Untuk membaca buku ini, anda boleh dapatkan dari platform PG Mall menerusi pautan ini.

(harga mungkin berbeza bergantung kepada bila anda baca artikel ini)

 

Untuk pengetahuan anda, program consumerchant ini merupakan suatu program perkongsian keuntungan, yang mana kita sebagai pengguna dan pembeli di platform PG Mall, berhak untuk menikmati perkongsian keuntungan mengikut peratusan tertentu apabila berbelanja di PG Mall dan apabila kita membawa pelanggan baru.

 

Apa perlu buat selepas join PG Mall?

Saya syorkan, perkara pertama yang anda perlu buat selepas join program consumerchant PG Mall ini ialah, cuba biasakan dan fahamkan cara untuk menggunakan sistem PG Mall.

 

Platform PG Mall ni, kita boleh akses sama ada melalui komputer ataupun smartphone.

 

Paparan di komputer adalah sedikit berbeza kalau dibandingkan dengan paparan di smartphone.

Sudah tentu, kalau anda menggunakan komputer, ada lebih banyak data dan statistik yang anda boleh jadikan rujukan, berbanding kalau anda menggunakan smartphone.

 

Layari laman web PG Mall melalui pautan https://pgmall.my/ dan seterusnya login ke member area.

Dibawah ini adalah paparan sekiranya anda menggunakan komputer.

Dekat member area, anda boleh lihat status anda sebagai shopper, sama ada Shopper, Super Shopper, Premium Shopper ataupun Elite Shopper.

 

Seperti yang anda dapat lihat pada screenshot diatas, status saya adalah Super Shopper. Saya memperoleh status ini sebab saya pernah berbelanja dalam satu amaun yang agak besar di platform PG Mall.

 

Dekat member area ini, bahagian yang penting ialah di PG Business Center.

Pada ruangan PG Business Center ini juga, anda boleh melihat prestasi anda dalam bisnes PG Mall ini.

 

Anda boleh lihat maklumat seperti

i. Berapa banyak jumlah jualan yang telah berjaya dihasilkan

ii. Berapa ramai pengguna baru telah menyertai rangkaian shopper dibawah anda

iii. Berapa banyak jumlah insentif yang layak anda terima

 

Kalau anda mahukan ramai pengguna baru join menerusi rangkaian anda, maka anda perlulah buat kerja-kerja pemasaran. Satu lagi yang saya ingin highlight disini ialah, konsep program consumerchant ini ada banyak iras-iras dengan bisnes network marketing.

 

Kalau anda faham konsep bisnes network marketing, maka lebih mudah untuk anda fahami perjalanan bisnes di PG Mall ini.

 

Pada ruangan PG Business Center ini juga anda boleh melihat statistik dan data-data berkaitan dengan prestasi anda sepanjang anda menjadi sebahagian daripada keluarga PG Mall.

 

Apa perbezaan antara Shopper, Super Shopper, Premium Shopper dengan Elite Shopper?

Sekarang saya nak sentuh sedikit mengenai perbezaan status shopper yang terdapat di PG Mall.

 

Terdapat 4 tahap shopper yang berbeza di PG Mall, iaitu

i. Shopper

Mereka yang baru kali pertama mendaftar sebagai ahli di PG Mall, akan mendapat status shopper. Setiap orang yang berstatus shopper layak untuk mendapat 0.5% cash back untuk setiap pembelian yang dia lakukan.

 

Sebagai contoh, jika dia berbelanja sebanyak RM1,000 di PG Mall, dia akan memperolehi cash back sebanyak RM5 yang akan dikreditkan ke akaun c-wallet.

 

ii. Super Shopper

Status anda sebagai shopper akan dinaiktaraf menjadi Super Shopper apabila anda berjaya mendaftarkan 50 orang dan keatas pengguna baru berstatus Shopper dibawah anda dan mendapatkan jumlah jualan kumpulan keseluruhan sebanyak RM50,000.00

 

Kalau anda sekadar berjaya daftarkan 50 orang, which is pada saya benda ini tak begitu susah, tapi dari 50 orang tu tak ada seorang pun yang pernah atau berminat untuk berbelanja di PG Mall, status anda akan tetap kekal sebagai Shopper, sehinggalah jumlah jualan keseluruhan bagi kumpulan anda mencapai angka RM50,000

 

Walaubagaimanapun, terdapat cara untuk anda terus mendapatkan status Super Shopper, walaupun anda belum daftarkan 50 orang shopper dibawah anda. Caranya adalah dengan menjadi dealer di Public Gold. Anda akan terus dinaiktaraf sebagai Super Shopper di PG Mall.

 

Sebagai Super Shopper, anda akan menikmati cash back sebanyak 1% untuk pembelian yang anda lakukan di PG Mall.

 

Andai kata anda berbelanja sebanyak RM1,000 di PG Mall, jumlah cash back yang bakal anda perolehi adalah sebanyak RM10 yang akan dikreditkan semula ke akaun c-wallet anda.

 

iii. Premium Shopper

Syarat untuk menjadi Premium Shopper, anda perlu jadi Super Shopper terlebih dahulu, dan selepas itu anda perlu perkenalkan 200 orang shopper baru di PG Mall dan perlu capai jumlah jualan keseluruhan sebanyak RM200,000.

 

Apabila anda mencapai status Premium Shopper, cash back yang anda bakal nikmati adalah sebanyak 1.5%

Ini bermakna, jika anda berbelanja sebanyak RM1,000 di PG Mall, jumlah yang akan perolehi semula adalah sebanyak RM15

 

iv. Elite Shopper

Ini merupakan tahap tertinggi dalam PG Mall. Seorang yang berstatus Premium Shopper perlu memperkenalkan 300 shopper dan mencapai jumlah jualan kumpulan sebanyak RM500,000 bagi melayakkan diri menjadi seorang yang berstatus Elite Shopper.

 

Seorang yang berstatus Elite Shopper di PG Mall menikmati cash back sebanyak 2% untuk setiap pembelian yang dilakukan.

Maknanya, jika dia berbelanja sebanyak RM1,000 maka dia akan terima cash back sebanyak RM20.

 

Dalam program consumerchant PG Mall ini, umumnya setiap orang akan bermula sebagai shopper terlebih dahulu.

Kemudian status shopper tersebut akan dinaikkan bergantung kepada prestasi dan juga perbelanjaan yang pernah anda lakukan di platform PG Mall.

 

Lebih tinggi jumlah yang pernah anda belanjakan di platform PG Mall, maka lebih cepat status shopper anda akan dinaikkan.

 

Selain daripada cara yang saya sebutkan disini, pihak PG Mall juga dari masa ke masa ada menganjurkan promosi dan kempen tertentu, yang membolehkan status anda dinaikkan dengan lebih cepat.

 

Misalnya anda beli emas.

Apa pun, untuk kempen khas seperti ini, kita perlu tunggu sebarang pengumuman dari pihak PG Mall.

 

Buat masa ini kita fokus sahaja dulu dengan kaedah biasa untuk naik pangkat kepada status shopper yang seterusnya.

 

Setiap pengguna sama ada yang berstatus Shopper, Super Shopper, Premium Shopper dan juga Elite Shopper, turut layak untuk menerima insentif dari pembelian yang dilakukan oleh shopper dalam rangkaiannya.

 

Shopper layak dapat 0.5%

Super Shopper layak dapat 1.0%

Premium Shopper layak dapat 1.5%

Elite Shopper layak dapat 2.0%

 

Apa maksudnya?

Maksudnya, kalau kata anda sekarang berstatus Super Shopper, dan dalam rangkaian ada sudah terdapat berpuluh-puluh ahli baru, dan jumlah pembelian terhasil dalam kalangan shopper dibawah rangkaian anda pada bulan tersebut ialah RM50,000 (contoh), maka anda akan dapat insentif sebanyak 1.0% dari nilai pembelian tersebut.

 

1.0% X RM50,000 = RM500

 

RM500 inilah yang bakal anda perolehi, dalam bentuk insentif. Selagi mana ahli dibawah rangkaian anda terus buat pembelian selagi itulah anda akan layak terima perkongsian keuntungan.

Menarik, kan?

 

Kalau anda menggunakan smartphone, paparan yang anda dapat lihat adalah lebih ringkas seperti dibawah.

 

Seperti yang anda boleh lihat, melalui paparan di smartphone anda juga boleh nampak nama anda, alamat email yang digunakan semasa pendaftaran, status anda sebagai shopper dan sebagainya.

 

Luangkan sedikit masa untuk baca maklumat yang terdapat di bahagian member area. Seterusnya, kita akan mula buat perkara yang lebih penting iaitu mula mendaftarkan pengguna baru untuk menjadi pelanggan di PG Mall.

 

Daftarkan pengguna baru ke PG Mall

Saya terus sambung penerangan untuk mereka yang menggunakan smartphone.

 

Kalau anda nak mula daftarkan pengguna baru, klik invite your friends. Paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.

Anda perlu pilih sama ada nak terus share ke whatsapp, twitter, facebook dan sebagainya. Atau anda juga boleh pilih opsyen copy yang mana melalui opsyen tersebut anda boleh copy link referral milik anda.

 

Link yang anda perlu promosikan adalah berbentuk seperti berikut

https://pgmall.my/register?referralPgCode=mohamadsabree@gmail.com

 

Pastikan link tersebut mengandungi alamat email anda.

 

Sebarkan link referral tersebut kepada mereka yang masih belum pernah jadi ahli di PG Mall.

Ajak mereka untuk daftar jadi ahli dan pelanggan di PG Mall.

Yakinkan mereka untuk buka akaun di PG Mall dengan bercerita setiap kelebihan dan manfaat yang bakal diperolehi melalui program ini.

 

Berapa ramai pelanggan boleh didaftarkan?

Setakat yang saya tahu, PG Mall tak menetapkan sebarang had. Berapa banyak yang anda mampu daftarkan, buat saja.

 

Kalau dalam sehari, anda mampu daftarkan 100 pengguna baru, maka silakanlah buat.

Kalau anda konsisten sehari boleh daftarkan 100 orang, dalam masa 30 hari atau sebulan, anda sudah pun mempunyai 3,000 orang pelanggan!

 

Tapi kalau tak mampu daftarkan sehari 100 orang, saya rasa daftarkan 1 orang 1 hari pun kira agak bagus.

 

Macam mana nak dapatkan pelanggan?

Ikutlah pada kreativiti anda. Anda bebas untuk gunakan apa cara sekalipun, asalkan ia tak melanggar terma dan syarat, peraturan dan undang-undang negara.

 

Cara yang saya sendiri gunakan adalah dengan menghasilkan konten.

Ya, buat konten.

 

Konten ini ada pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk

i. Artikel (seperti yang anda sedang baca)

ii. Video (tiktok, youtube)

iii. Audio (podcast)

iv. Imej

 

Konten dalam bentuk apa yang anda ingin hasilkan, semuanya terpulanglah pada anda.

Kalau anda tak minat nak buat konten, dan lebih selesa untuk bercerita secara one to one dengan bakal prospek anda, itupun boleh dilakukan. Tiada sebarang halangan.

 

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.

Dimana ada Alasan, disitu ada halangan.

 

Dalam bisnes PG Mall ini, anda ada kebebasan untuk buat konten ataupun nak berkongsi mengikut cara dan keselesaan anda sendiri. Tiada siapa yang akan kata, cara anda salah atau betul.

 

Ini bukannya macam kerja di pejabat. Ada supervisor yang akan menyelia kerja-kerja anda.

Ini adalah bisnes anda sendiri.

 

Kalau anda tak nak buat apa-apa pun tak ada siapa yang akan tegur anda.

Anda buat, In Shaa Allah anda akan nampak hasil.

 

Anda tak buat apa-apa, tak ada siapa yang akan bising dan akan tegur anda.

 

Baiklah, saya nak sambung sedikit mengenai strategi atau kaedah menghasilkan konten untuk mempromosikan dan memperkenalkan peluang buat duit dengan PG Mall ini.

 

Sekali lagi saya tekankan, anda bebas untuk hasilkan sebarang bentuk konten yang anda mahu hasilkan.

 

Saya secara peribadi, lebih cenderung untuk buat dua jenis konten.

Pertama, konten yang bercerita mengenai PG Mall.

Kedua, buat konten yang mempromosikan produk yang dijual di PG Mall.

 

Saya suka baca buku, jadi saya ada menghasilkan konten yang bercerita mengenai review tentang buku-buku yang pernah saya baca sebelum ini, yang mana kebetulan buku tersebut turut dijual di PG Mall.

 

Contohnya adalah buku berjudul buat duit dengan Rumah Sewa.

Buku ini sebenarnya boleh dibeli sama ada melalui PG Mall, Shopee ataupun Lazada.

 

Ya, kebetulan ada banyak seller yang menjual produk yang sama.

Kalau ada pembaca yang beli melalui PG Mall, dia akan daftar akaun dan seterusnya setiap kali dia beli barang, dia akan menyumbangkan cash back kepada saya.

 

Cabaran dalam bisnes PG Mall?

Pada asasnya, bisnes PG Mall ini sangat mudah.

 

Tapi nak tahu tak, apa yang menjadikan ianya susah dan nampak lama untuk menampakkan hasilnya.

Jawapannya adalah disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri secara umumnya.

Setelah sekian lama saya mempromosikan program ini, saya dapati program ini sangat mudah.

 

Apa yang menjadi penghalang, adalah sikap manusia yang sangat skeptikal, defensif dan malas.

 

Saya tak mengatakan sikap ini adalah negatif, tapi apa yang saya ingin sampaikan ialah dengan adanya ketiga-tiga sikap ini, ia membuatkan sesuatu usaha itu jadi sukar dan hampir mustahil untuk berjaya.

 

Mari kita lihat sikap skeptikal.

Sikap skeptikal ini maksudnya adalah rasa was-was, kurang percaya atau ragu-ragu.

 

Skeptikal ini mampu untuk melindungi seseorang itu daripada terjebak dalam situasi yang berbahaya dan menyebabkan kerugian.

 

Jadi dengan adanya skeptikal ini, seseorang itu tak akan terus menerima konsep buat duit yang diperkenalkan oleh PG Mall ini.

 

Dia akan bertanya soalan-soalan seperti

i. Boleh percaya ke program PG Mall ini?

ii. Macam mana nak buat duit dengan PG Mall?

iii. Apakah langkah demi langkah atau mekanisme yang digunakan untuk buat duit

 

Persoalan-persoalan ini akan melindungi dirinya daripada terjebak dalam program yang scam dan menipu.

Tanyalah soalan dan setelah dapat jawapan, dan jawapan tersebut memang masuk akal, apa lagi yang menghalang anda untuk tak bertindak?

 

Jawapannya adalah sistem pertahanan kedua manusia, iaitu defensif.

Pada peringkat ini, dia belum betul-betul percaya dan yakin yang program ini dapat bantu untuk buat duit.

 

Jadi dia akan mula jadi defensif dan akan mula mengeluarkan alasan-alasan seperti

i. Kenapa program seperti ini tak akan berjaya

ii. Kenapa mustahil untuk buat duit

 

Perkara berlaku disebabkan individu tersebut terpaksa melakukan perubahan dan mengubah serba sedikit jadual harian. Kalau sebelum ini, selepas habis kerja pada waktu malam, boleh duduk rileks tak buat apa-apa. Maybe just layan Youtube, atau Netflix sampai malam, tapi lepas ini dia perlu buat sedikit perubahan.

 

Masa yang ada itu perlu digunakan untuk hasilkan konten dan membuat perkongsian tentang PG Mall.

Ini sangat-sangat mengganggu (disruptive) jadual, rutin dan kebiasaan harinya.

 

Tapi cuba tanyakan pada diri anda.

Jika seseorang mencadangkan anda untuk lakukan sesuatu, dan perkara tersebut baik untuk anda, tapi anda masih tetap tak mahu lakukannya.

Adakah sebenarnya ia berlaku disebabkan anda benar-benar tak bersedia untuk lakukannya, atau sekadar anda malas.

 

Saya berpendapat semua orang berhak untuk berjaya.

Termasuklah orang yang malas.

Mereka juga ada hak untuk merasa kejayaan.

 

Cuma orang malas ni, biarlah dia berusaha dan bertindak ikut cara orang malas.

Saya sendiri menganggap yang saya ni adalah orang yang malas.

 

Atas sebab tu, saya buat penerangan mengenai program PG Mall menggunakan konten.

Konten yang saya siarkan sama ada di media sosial atau di platform blog.

 

Lazimnya saya akan menulis artikel diblog. Kemudian link artikel blog tersebut saya akan share di semua platform media sosial yang saya miliki.

 

Kalau ada orang bertanya pasal program ini, saya akan berikan sahaja link artikel ke blog saya.

Saya tak akan terangkan secara panjang lebar.

Kalau orang tu betul-betul nak tahu pasal program ini, dia kena baca.

 

Saya faham, ada orang lebih gemar kalau dapat berjumpa empat mata untuk saya terangkan tentang program ini.

Ada juga orang yang suka kalau penerangan dibuat dengan gaya berbalas-balas mesej.

 

Dia tanya soalan melalui whatsapp, saya balas whatsapp tersebut ikut pertanyaan yang diajukan.

But sorry.

 

Saya malas.

Kenapa saya perlu luangkan berjam-jam masa saya yang begitu berharga untuk melayan soalan-soalan, sedangkan saya hanya perlu berikan link artikel blog saya untuk dia baca.

 

Ada juga individu yang bila dah join, tapi dia malas nak lakukan perubahan.

Kalau sebelum ini, dia mungkin dah biasa beli barang melalui platform e-commerce lain contohnya seperti Lazada ataupun di Shopee. Sekarang ini, apabila dah jadi sebahagian daripada pengguna PG Mall, dia masih lagi terbawa-bawa dengan perangai lama.

 

Masih lagi tetap tak nak buat sebarang pembelian melalui platform PG Mall.

Sedangkan kalau dia beli melalui PG Mall, dia akan dapat manfaat seperti

i. Cash back

ii. Penghantaran percuma

iii. Voucher

 

Buatlah dulu perbandingan harga sebelum anda buat sebarang pembelian. Boleh jadi anda akan temui ada beberapa produk yang dijual di PG Mall yang sebenarnya harganya lebih murah berbanding di platform lain.

 

Bercakap dari segi malas ini, saya pun dulu tak adalah lepas join terus buat kerja-kerja marketing.

Saya pun ambil masa yang agak lama, barulah saya mula mempromosikan program ini.

 

Satu lagi, selepas beberapa bulan atau mungkin tahun saya join PG Mall, saya baru tulis 4 atau 5 artikel yang bercerita mengenai PG Mall.

 

Selalu saya berkira-kira sendiri, mungkin ke kalau saya lebih rajin dalam menghasilkan konten, saya akan dapat income yang lebih besar berbanding apa yang saya dah perolehi sekarang?

 

Saya tak ada jawapan untuk soalan itu.

Ikut logik sepatutnya begitulah.

 

Lebih banyak usaha dan lebih besar tindakan, maka lebih besar juga potensi pendapatan.

Apa yang jadi masalah ini apabila tindakan langsung tak ada, nak suruh join pun payah, kemudian masih lagi kata ada masalah untuk buat duit.

 

Padahal semua peluang sudah tersedia dan terhidang depan mata.

Tapi masih tak nak ambil.

Kenapa ya?

 

Betul ke boleh buat duit dengan PG Mall?

Orang masih tertanya-tanya, apa betul ke boleh buat duit dengan PG Mall?

 

Saya kata, betullah.

Saya pernah kongsikan bukti screenshot income milik ahli yang lebih senior dari saya.

Pada bulan December 2020, beliau menerima bayaran sebanyak RM13,091.89 dari PG Mall.

Sekarang ini sudah beberapa tahun berlalu, dan tak mustahil pada hari ini income yang dia berjaya hasilkan lebih besar berbanding yang pernah dia hasilkan dulu.

 

Sudah tentu, perkara ini bukannya berlaku dalam masa yang singkat.

Anda perlu daftarkan banyak pelanggan baru.

 

Pelanggan baru tersebut pula, bukan sekadar daftar kemudian senyap.

Pelanggan baru tersebut perlu buat pembelian di PG Mall.

 

Bila saya kata anda perlu daftarkan banyak pelanggan baru, bermakna ada kerja yang perlu dilakukan.

Anda perlu lakukan kerja-kerja pemasaran.

Anda perlu buat perkongsian dan bercerita mengenai PG Mall.

 

Cara paling cepat untuk anda nampak hasil transaksi, adalah dengan anda membuat pembelian untuk diri anda sendiri.

Belilah apa-apa produk yang ada dijual di PG Mall.

 

Dibawah ini pula adalah screenshot akaun PG Mall milik saya sendiri.

Saya juga beberapa kali menerima bayaran insentif dari PG Mall.

Namun disebabkan amaunnya dibawah RM100, duit ini dimasukkan ke dalam akaun C-Wallet saya.

Duit yang saya terima ini, saya gunakan semula untuk beli barang-barang keperluan seperti susu, pampers, vitamin, buku-buku dan sebagainya. Ada terlalu banyak barangan yang boleh di beli di PG Mall.

 

Melalui pembelian produk yang anda pakai sendiri pun, anda boleh dapat income. Anda hanya perlu tukar tempat pembelian atau shopping. Kalau sebelum ini biasa beli barang di shopping mall, pasaraya, atau di lain-lain platform e-commerce, kali ini tukar dan beli di PG Mall.

 

Mulakan dengan beli produk yang pertama.

 

Andai kata anda berstatus shopper, cash back yang layak anda terima adalah sebanyak 0.5%.

Kalau anda berbelanja sebanyak RM10, anda layak untuk dapat cash back sebanyak RM0.05

Kalau anda berbelanja sebanyak RM50, anda bakal perolehi cash back sebanyak RM0.025

Kalau anda berbelanja sebanyak RM100, anda layak untuk menerima cash back sebanyak RM0.50

 

Lagi banyak anda berbelanja, maka lagi besar cash back yang bakal anda perolehi.

Sekiranya anda ingin hasilkan income yang lebih besar lagi, maka anda perlulah mula daftarkan pelanggan lain.

 

Anda juga bakal memperolehi cash back melalui pembelian yang dilakukan oleh pelanggan yang anda daftarkan. Lihat contoh dibawah ini.

Untuk bulan Januari 2023, saya berjaya hasilkan jualan sebanyak RM3,0006.70

Memandangkan cash back yang bakal saya perolehi adalah sebanyak 1%, maka cash back yang bakal saya terima dari transaksi ini adalah sebanyak RM30.07

 

Adakah saya buat jualan?

Tidak.

 

Apa yang saya buat sebelum ini adalah saya mengajak pelanggan ini untuk mendaftar akaun di PG Mall.

Sejak dari itu, setiap kali dia buat pembelian, saya akan dapat cash back dari pembelian yang dia lakukan.

 

Inilah perjanjian yang ditawarkan oleh PG Mall.

Pihak PG Mall akan kongsi keuntungan (profit sharing) setiap kali pelanggan yang kita perkenalkan kepada PG Mall buat pembelian.

 

Boleh tak bantu downline yang tak pandai buat kerja marketing?

Boleh.

 

Tapi sehingga ke hari ini, saya tak pernah lagi jumpa mana downline yang hubungi saya sebab nak minta bantuan.

Situasi yang lebih biasa saya jumpa adalah, lepas dah join senyap.

Suasana jadi sunyi sepi.

 

Kalau ada downline yang minta pertolongan, In Shaa Allah saya akan cuba bantu setakat yang saya mampu.

Baca juga: 11 Personaliti individu yang menyertai bisnes Network Marketing

 

Tapi benda ini kena fahamkan betul-betul.

Saya hanya membantu.

Bukannya jadi kuli kena buat semua kerja untuk anda.

 

Bila nak minta bantuan tu, be specific.

Bantuan yang bagaimana yang anda perlukan?

 

Saya ada beberapa cara dan kaedah yang saya boleh bantu.

Sebenarnya tak susah mana pun.

 

Saya hanya perlu tukar satu kod sahaja di blog saya, dan secara automatik semua link PG Mall yang ada di blog saya akan bertukar jadi link anda.

Anda boleh share link artikel blog saya, yang mempromosikan PG Mall sama ada di media sosial atau mana-mana platform yang anda miliki, dan semua tu akan jadi link anda.

 

Ataupun cara yang lebih baik ialah, anda bina sendiri blog atau laman web anda.

 

Anda tak nak pening-pening kepala nak bina website atau blog?

Tak ada masalah.

 

Buat sahaja konten di media sosial.

Ada fanpage, personal profile, twitter, linkedIn dan banyak lagi.

 

Apa yang penting adalah… buat.

Kalau tak buat apa-apa, maknanya sampai bila-bilalah tak akan nampak sebarang hasil.

 

Saya rasa itu sajalah yang saya dapat kongsikan dalam posting kali ini.

Moga bermanfaat.

 

 

Exit mobile version