Blog Sabree Hussin

5 Teknik Extra Income bila buat bisnes Homestay

Orang yang buat bisnes homestay, sebenarnya boleh tambahkan lagi pendapatan ataupun buat extra income melalui bisnes yang sedang dijalankan.

 

Ini boleh dilakukan dengan menawarkan servis tambahan yang memang diperlukan dan dicari-cari oleh penyewa.

 

Sekiranya anda sudah muat turun panduan Bisnes Homestay yang ditulis oleh saudara Faridil Atras, anda juga akan dapat sesalinan ebook yang menerangkan tentang cara-cara untuk dapatkan pendapatan tambahan melalui bisnes homestay anda.

 

Ini dia ebook yang saya maksudkan.

Saya pun sebenarnya masih belum lagi baca isi kandungan ebook ini. Walaupun begitu, saya rasa saya boleh teka apa sebenarnya lima teknik tambahan untuk dapatkan extra income melalui bisnes homestay ini.

 

Jadi, apa yang saya bakal kongsikan disini, adalah hasil daripada tekaan saya sahaja. Kalau sama, ia mungkin cuma kebetulan. Kalau tak sama, anggap sahajalah point yang saya nyatakan dalam posting ini adalah info tambahan dari apa yang bakal anda baca dari penulis ebook tersebut yang merupakan seorang Jutawan Homestay nanti.

 

Apakah dia cara atau teknik untuk dapatkan income yang lebih banyak daripada bisnes homestay yang sedang dijalankan sekarang ini? Ini dia jawapan saya.

 

(1) Khidmat tour guide

Sesuai untuk pengunjung yang baru kali pertama datang ke tempat anda, dan mereka mungkin tak biasa dengan keadaan persekitaran.

 

Ataupun khidmat tour guide ini boleh juga bawa tetamu anda untuk buat aktiviti mendaki gunung, masuk dalam hutan, dan sebagainya.

Lihat contoh dekat atas ini.

 

Caj untuk tawarkan khidmat seperti diatas ditawarkan dari harga RM149 – RM200 untuk seorang peserta. Boleh tahan mahal dan tinggi juga income yang boleh dihasilkan, kan?

 

(2) Perkhidmatan kereta sewa

Perkhidmatan ini lebih mudah untuk ditawarkan apabila pengunjung yang datang check in ke tempat anda perlu menggunakan pengangkutan awam.

 

Misalnya pengunjung yang datang menggunakan khidmat kapal terbang, feri, tren dan sebagainya. Bagi memudahkan pergerakkan sepanjang berada ditempat anda, anda boleh tawarkan khidmat kereta sewa.

 

Tak semestinya kereta sewa sahaja. Boleh juga luaskan lagi tawaran kepada motosikal, dan juga basikal. Kalau anda tak tawarkan khidmat seumpama ini, boleh jadi tetamu anda ini akan sewa ditempat lain.

 

(3) Jual pakej aktiviti

Jika homestay anda terletak dikawasan percutian, ini satu lagi yang anda boleh tawarkan kepada mereka yang menginap di homestay milik anda.

 

Sekarang ini, memang mudah untuk beli pakej aktiviti. Misalnya, kalau nak beli secara online boleh layari laman web Travelog.

 

Tapi kalau anda ada kenalan yang boleh tawarkan harga lebih murah, walaupun cuma berbeza RM1 atau RM5 sekalipun, ini boleh buatkan tetamu anda berkenan untuk beli pakej aktiviti melalui anda.

 

(4) Buat kejutan dan dekorasi sempena hari jadi, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya

Untuk point yang ini, anda kena tahu apa sebenarnya tujuan penginapan tersebut. Adakah sebab nak sambut hari lahir, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.

 

Kalau untuk acara sambutan khas boleh tawarkan kepada penginap untuk anda siap sedia dengan dekorasi yang sesuai dan juga boleh sediakan kek. Sudah tentu, ada bayaran yang akan dikenakan.

 

(5) Penyediaan makanan

Anda sediakan menu, dan jika ada tetamu yang minat nak buat tempahan boleh hubungi anda.

 

Set makanan ini pula anda boleh tawarkan mengikut set sarapan pagi, makan tengahari ataupun makan malam. Siap sedia dengan menu.

 

Kalau boleh masak sendiri, anda masak. Kalau tak boleh masak, anda order sahaja dari restoran berdekatan yang anda yakin rasanya sedap.

Kadang-kadang bila dah check in, kita rasa agak malas nak keluar dan cari tempat makan. Especially sarapan pagi. Kalau boleh, bangun pagi tu sarapan dah tersedia atas meja.

 

Jadi pertimbangkanlah lima kaedah ini, untuk dapatkan extra income dari bisnes homestay anda.

 

Info tambahan

Kalau anda menggunakan laman web Airbnb untuk dapatkan pelanggan, dua kaedah ini boleh digunakan.

 

(6) Extra caj untuk tetamu tambahan

Anda tetapkan, homestay anda hanya sesuai untuk 6 orang tetamu sahaja. Jika ada tetamu tambahan, anda kenakan caj tambahan sebanyak RM20 untuk seorang tetamu bagi penginapan semalaman.

 

Namun anda perlulah pastikan, caj tambahan yang dikenakan tu berbaloi. Misalnya, anda akan sediakan bantal, tilam dan selimut tambahan.

 

(7) Caj untuk pembersihan (cleaning fee)

Ini juga merupakan caj tambahan yang akhirnya akan jadi extra income kepada anda.

 

Kalau anda tak sempat nak bersihkan homestay anda dan terpaksa upah orang untuk buat kerja pembersihan, duit ini boleh digunakan untuk bayaran kerja-kerja tersebut.

 

Tapi kalau anda boleh buat sendiri, duit untuk cleaning fee tu nanti boleh jadi extra income untuk anda.

 

Agak-agak ada lagi tak cara untuk tambahkan pendapatan melalui bisnes homestay ini? Saya rasa pasti ada. Kalau anda ada idea lain, sudi-sudikan lah untuk kongsi dibahagian komen ya.

 

 

Exit mobile version