Blog Sabree Hussin

Bagaimana cara berkesan mempromosikan bisnes homestay menerusi teknik Search Engine Optimization (SEO)

Anda mempunyai perniagaan homestay anda sendiri? Pernahkah anda dengar tentang teknik pemasaran menggunakan kaedah Search Engine Optimization ataupun SEO?

 

Teknik SEO ini adalah salah satu teknik pengiklanan menggunakan laman web enjin carian. Jika bercakap mengenai laman web enjin carian, yang paling popular sudah tentu laman web google.

 

Saya pasti, mesti ramai dalam kalangan pemilik bisnes, mahukan iklan perniagaan mereka keluar di muka surat pertama google setiap kali ada pengguna internet menaip kata kunci tertentu yang related dengan perniagaan yang dijalankan.

Contonya, kalau kita menjalankan perniagaan homestay di Melaka, maka sudah tentu kita mahukan, setiap kali pengguna internet menaip kata kunci seperti “homestay Melaka”, iklan kita yang akan muncul di muka surat pertama google.

 

Sebab apa kita mahukan iklan kita berada di muka surat pertama google?

 

Kita cerita bab potensi. Dari pengalaman saya sendiri, yang bergiat dalam bidang pemasaran menggunakan teknik SEO, artikel iklan yang pernah saya hasilkan, yang berada di muka surat pertama google menerima lebih banyak trafik berbanding artikel iklan yang berada di muka surat yang agak jauh dibelakang.

 

Maka tak hairanlah, kenapa ada yang sanggup BAYAR supaya iklan mereka masuk ke page pertama Google. Bila sebut kena bayar, saya akan sentuh sedikit mengenai iklan berbayar yang dinamakan sebagai Google Adwords.

 

Data ini saya ambil dari laman web Google Keyword Planner.

Dari data ini, kita dapat tahu,

1. Dalam sebulan ada lebih kurang 10 ribu ke 100 ribu carian untuk kata kunci ini.

2. Persaingan untuk mendapatkan tempat yang baik untuk kata kunci ini ditahap medium – kena bandingkan dengan jumlah page yang telah wujud di internet

3. Suggested bid $0.54 adalah jumlah yang dicadangkan untuk anda bayar jika mahu iklan anda yang dipaparkan apabila ada yang menaip keyword “homestay melaka” di search engine.

 

$0.54 adalah bersamaan dengan RM2.12

Anda akan dikenakan bayaran mengikut berapa kali iklan atau link yang anda iklankan di google menerima klik dari pengguna internet.

 

Satu klik kena bayar RM2.12

Kalau dapat 100 klik, maka anda kena bayar RM212

Memang nampak mahal, tetapi tak kan daripada 100 orang yang klik, tak ada seorang pun yang akan jadi pelanggan anda?

 

Kalau situasi ini yang terjadi pada anda, bermakna anda perlu rujuk panduan Jutawan Homestay ini untuk mengetahui dimana silapnya!

Kebiasaannya, kaedah pengiklanan berbayar seperti Adwords ini, menjadi pilihan untuk mereka yang memang ada bajet pengiklanan khas. Saya pernah bersembang dengan pemilik bisnes homestay di Kota Kinabalu Sabah, katanya dalam sebulan dia akan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM3,000 hanya untuk tujuan buat iklan.

 

Kiranya banyak la jugak kan?

 

Bagi yang baru nak bermula, ataupun bagi mereka yang memang tak ada bajet untuk buat iklan, namun masih nak buatkan iklan mereka keluar di muka surat pertama enjin carian google, apakah pilihan yang anda ada?

 

Jawapannya, adalah Search Engine Optimization.

 

Adakah terdapat cara SENANG nak buat pemasaran bisnes homestay menggunakan kaedah Search Engine Optimization?

Sebenarnya, teknik SEO ini bukannya susah sangat. Asalkan anda faham, bagaimana laman web enjin carian berfungsi, anda dah boleh mula atur strategi untuk gunakan teknik ini.

 

Pertama sekali, sudah tentu anda perlu ada laman web anda sendiri. Dekat laman web inilah, anda perlu tuliskan segala maklumat berkenaan dengan perniagaan dan khidmat homestay yang anda tawarkan.

 

Sebagai alternatif, jika anda tak ada masa untuk buat dan jaga laman web anda sendiri, anda boleh tumpangkan iklan anda di mana-mana laman web yang menyediakan khidmat pengiklanan.

 

Ada banyak laman web yang anda boleh gunakan untuk iklankan homestay anda. Sesetengahnya memerlukan anda untuk membayar kepada pemilik web, manakala sebahagiannya anda boleh iklankan perniagaan anda secara percuma sahaja.

 

Perkenalkan laman web Airbnb…

Saya dah lama perhatikan laman web Airbnb ni.

Selalu saya lihat, untuk sebarang keyword yang ada kaitan dengan perniagaan homestay, pasti laman web airbnb akan muncul di muka surat pertama google.

 

Saya sempat buat sedikit carian tadi, dan ini adalah hasilnya.

 

Untuk kata kunci “homestay Melaka”

Airbnb juga menggunakan iklan berbayar untuk mempromosikan laman web tempahan mereka. Ini bermakna, kalau anda ada iklankan homestay anda di Airbnb, anda tak perlu buat iklan berbayar pun tak ada masalah.

 

Pihak Airbnb sendiri yang akan buatkan iklan berbayar untuk anda. Anda hanya perlu pastikan homestay anda cukup menarik, bagi memastikan pelawat membuat tempahan homestay anda. Anda boleh baca posting saya sebelum ini berjudul 10 Rahsia Pelaris Bisnes Homestay.

 

Selain gunakan kaedah iklan berbayar adwords, laman web airbnb juga agak bagus dari aspek SEO. Ini iklan yang bukan berbayar.

Pada waktu catatan ini saya buat, terdapat kira-kira 386,000 halaman yang telah disiarkan diinternet, yang mengandungi keyword “homestay melaka”. Salah satunya adalah laman web saya sendiri.

 

Apabila website Airbnb ini mampu masuk ke muka surat pertama, bermakna laman web mereka ini memang terbukti sangat bagus. Saya sendiri menghadapi banyak kesukaran nak bersaing dengan laman web airbnb tu.

 

Oleh kerana kedudukan tempat pertama, menawarkan peluang dan potensi pendapatan yang tak terhingga, maka ramailah yang berlumba-lumba untuk dapatkan tempat tersebut.

 

Untuk rebut kedudukan tempat pertama bagi kata kunci “homestay melaka” mungkin bukan satu tindakan yang terbaik. Melaka tu kan agak besar. Bukankah lebih baik kalau kita spesifikkan lagi, dimana lokasi sebenar homestay anda?

 

Mungkin… “homestay Melaka Bukit Katil”

 

Ianya lebih spesifik dan kebarangkalian untuk pelanggan buat tempahan pasti lebih tinggi. Cuba bayangkan, pelanggan tu sebenarnya mencari homestay di Pengkalan Balak, Melaka sebab dekat dengan Pantai. Tapi homestay anda di Bukit Katil pula.

 

Kan tak berapa sesuai.

 

Sebagai penutup, jika anda ingin gunakan kaedah iklan SEO ini, ada beberapa tindakan yang wajar untuk diambil. Iaitu

1. Belajar dan buat sendiri

2. Upah orang lain untuk buatkan untuk anda

3. Iklankan perniagaan homestay anda di laman web yang memang ada kredibiliti dan bagus dari aspek SEO seperti laman web Airbnb

 

Jika anda baru pertama kali dengar nama laman web Airbnb, anda boleh klik ke pautan ini dan anda akan dibawa ke halaman Airbnb. Seterusnya tekan pada butang Become a Host.

 

Semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat hendaknya.

 

 

 

Exit mobile version