Blog Sabree Hussin

Bila Awak Buat Bisnes, Awak Cuma Nak Cari Seorang Dua Pelanggan Je Ke?

Saya faham, tak semua orang lahir-lahir je dah siap-siap ada bakat untuk buat bisnes.

Ada sesetengahnya perlu melalui proses dan pengalaman yang lama, barulah timbul kesedaran dalam diri, yang mana dengan jalan berniaga barulah seseorang tu dapat tingkatkan kedudukan ekonomi dan memperbaiki kedudukan kewangannya.

Selama ini kita dengar, bangsa cina adalah champion dalam bab-bab bisnes kat Malaysia ni. Kalau bab-bab bisnes, memang orang cina pegang.

Kalau bisnes kedai makan pulak, juaranya adalah Mamak.

Eh

Jadi kat mana orang Melayu? Orang Melayu tak pandai meniaga ke? Orang Melayu tak minat meniaga ke? Kalau tak minat meniaga, macam mana nak cerita bab-bab ekonomi? Macam mana nak jadi kuasa besar dalam ekonomi negara, kalau orang Melayu lagi minat jadi kuli berbanding jadi bos untuk company sendiri?

.

..

Entri ini bukan tentang Rasis

Saya pasti dah ramai yang sedia maklum, saya meniaga sim kad. Bukan sebarang simkad, tetapi adalah simkad Tone Excel yang dikuasakan oleh Tune Talk.

Kenapa saya pilih perniagaan ni? Hmm ada banyak sebabnya. Nantilah saya cerita, itupun kalau sempat.

Bulan March 2014 yang lepas, saya sertai perniagaan ini. Artikel ini saya catatkan pada bulan Disember 2014, bermakna, adalah dalam 9 bulan saya buat bisnes ni.

Hasilnya?

Fuh… macam-macam. Ada kisah suka, seronok, kisah duka mungkin ada sikit, tapi overall, saya berani kata, RM90 yang saya keluarkan pada bulan March 2014 yang lalu, adalah perbelanjaan TERBAIK yang pernah saya keluarkan setakat ini.

 

Bisnes bukan semata-mata tentang nak buat duit. Ia lebih dari itu. Rugilah orang yang buat bisnes semata-mata sebab nak cari duit dan nak tambah duit. Sebenarnya ada banyak lagi hal-hal yang lagi penting berbanding duit yang kita boleh dapat dengan jalan bisnes.

 

Bina perhubungan dan jalin persahabatan

Ini salah satu daripadanya.

Bukan senang nak bina persahabatan dengan orang yang selama ini kita tak kenal. TETAPI… menerusi jalan perniagaan, ianya tak mustahil untuk dilakukan.

 

Luaskan jaringan perhubungan atau networking

Ini salah satu yang saya sasarkan dalam bidang perniagaan.

Luaskan jaringan networking. Tak adalah hanya tertumpu disatu-satu kawasan semata-mata. Macam saya ni yang berasal dari Klang, asal nak bernetworking, tak semestinya cuma nak tumpukan area Klang semata-mata.

 

Perkembangan potensi peribadi dan diri 

Pengalaman tak akan dapat dibeli.

Itu kita perlu lalui sendiri. Ia hanya dapat dikongsi, namun ia tidak mungkin untuk dicuri.

*

Sebelum ini saya pernah buat bisnes jual barangan kecantikkan menerusi sistem dropship. Ok tak berapa memberangsangkan. Mungkin semua tu ada kena mengena dengan diri saya sendiri yang sebenarnya tak ada lah minat sangat dengan produk-produk kecantikan ni. Lagipun, niche ini terlalu cepat berlaku perubahan citarasa dan pertukaran produk.

 

So dipendekkan cerita, saya tak berapa berjaya dalam niche kecantikkan ini.

Bila saya buat bisnes dalam bidang ini, adakah saya hanya target untuk dapat seorang dua pelanggan je? Mestilah tidak. Kalau boleh saya nak ada beratus-ratus jika bukan beribu-ribu orang pelanggan!

 

Jika anda berada ditempat saya, adakah anda hanya mahukan seorang dua pelanggan sahaja?

  **

Selain dropship, saya juga buat duit dengan program affiliate.

Ada banyak produk yang saya promosikan dalam satu-satu masa. Terima kasih pada blog-blog saya. Dengan ada banyak blog ini, kerja-kerja promosi jadi lagi mudah.

 

Jika anda berada ditempat saya, adakah anda hanya ingin dapatkan seorang dua pelanggan sahaja sudah cukup memadai?

Lazimnya, untuk mana-mana produk affiliate, keuntungan untuk satu produk yang boleh dihasilkan adalah sekitar RM20 paling sikit.

Sekarang anda dah tahu, anda akan untung RM20 jika berjaya dapat sales. Adakah anda dah cukup puas hati bila dah ada seorang dua pelanggan sahaja?

 

***

Inilah yang peliknya dengan sesetengah golongan manusia ni.

Bila saya promosikan program Tone Excel kepada mereka, boleh pulak dia tanya, berapa ramai aku kena cari?

Bro, ko kalau nak buat bisnes, ko cuma nak dapatkan seorang dua pelanggan je, atau ko nak dapatkan ribu-ribu orang pelanggan ye?

 

Setiap bisnes perlu ada sales target

Personally, saya juga ada sales target saya sendiri. Hmm… saya nak ada seribu orang direct customer yang beli simkad Tone Excel ini dan activate simkad ini menerusi idp saya, iaitu 449841.

 

Itu matmalat saya.

Tak ada halangan, dan tak ada sekatan untuk saya hadkan penjualan simkad ini kepada kuantiti tertentu sebenarnya. Contohnya macam program MLM yang saya pernah jumpa sebelum ini, pihak syarikat mensyaratkan supaya ahlinya hanya buat 4 sales sahaja.

 

Di Tone Excel, bukan sebegitu. Berapa banyak yang anda nak jual, terpulang pada anda.

Lagi banyak yang anda dapat dan sanggup jual, lagi tinggi potensi pendapatan yang bakal anda raih.

Jadi, kenapa nak hadkan pelanggan anda kepada seorang dua semata-mata, lepas tu nak mengharapkan pulangan yang lumayan dan yang tak masuk akal.

Kan nampak sangat corak pemikiran macam tu sebenarnya masih lagi dibayangi oleh corak pemikiran ingin cepat kaya, tetapi tak sanggup berusaha keras dan cuma berminat NAK SENANG.

 

 

Exit mobile version